You are on page 1of 12

Muhammad Fatahulhanif Bin Jumli PISMP

Tok Gajah

Satu

usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu.

Pengalaman-pengalaman

yang bererti

kepada murid

ada elemen keseronokan mencetuskan minat ingin tahu mencari maklumat sendiri

Murid

diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri sendiri dan bagi diri sendiri.

Pendekatan

secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada sesuatu konsep yang lebih luas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta.

Startegi

lebih berpusatkan kepada pelajar. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti. Berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang dirancang. Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan pelajar secara aktif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membina kemahiran pelajar-pelajar.

Tema

yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar. Tema yang dipilih haruslah ada kaitan dengan kehidupan dan pengalaman murid. Ini kerana murid sudah ada pengalaman hidup sebenar yang ada dengan kaitan tema. Tema mempunyai sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak memlih tema dan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid.

Sekuen

sesuatu tema amat penting agar dapat membantu murid memahami secara keseluruhan dan perkembangan antara idea. Tema harus merangkumi pelbagai bidang atau mata pelajaran lain merentasi tema sedia ada atau proses penggabungjalinan. Konsep bermain sambil belajar sangat ditekankan.

Pilih

Tema

Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada bayak bidang sesuatu mata pelajaran, tetapi ia hendalah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang bermakna hilang.

Membina

jaringan perancangan

Membuat sumbang saran untuk membina carta atau peta semantik yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema tersebut .

Pilih

bahan

Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan yang banyak.

Rancang

aktiviti

Pilih dan reka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar ke arah pencapaian matlamat pelajaran.

Pelajar

dibimbing untuk memperkembangkan idea serta menyatukan fakta untuk menjadi satu konsep yang kukuh. Pengajaran tematik merangkumi satu bidang yang luas dan guru perlu memecahkan tema kepada beberapa komponen kecil agar penerangan setiap komponen lebih jelas dan mudah difahami oleg pelajar.

Aktiviti

yang dipilih harus selaras dengan objektif pelajaran, sesuai dengan tema dan pemilihan bahan demi mencapai matlamat pembelajaran.

You might also like