You are on page 1of 19

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II

1.0

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat cetakan 2007 halaman 1509, kalimah sivik membawa maksud ilmu tatarakyat, hak, perasaan tanggungjawab terhadap seseorang atau

masyarakatnya. Ini membawa maksud, sivik merujuk kepada ilmu yang membicarakan mengenai kehidupan rakyat atau tatarakyat, kebudayaan dan cara hidup, adat resam masyarakat dan sebagainya. Malah sifat kebertanggungjawaban juga merupakan salah satu dari prinsip pendidikan sivik.

Mengikut kamus Advanced English Dictionary halaman 199, sivik di dalam bahasa inggeris bermaksud civic. Menurut kamus tersebut, perkataan civic membawa maksud pertalian diantara penduduk dengan sesuatu ketamadunan atau pembandaran. Nama lain bagi civic ialah tatarakyat. Secara kesimpulan dapat dikelaskan bahawa sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat keputusan

menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Setiap individu mempunyai peranan dalam memartabatkan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Antaranya ialah konsep pencapaian kendiri menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifatsifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya sepanjang hayat. Mereka dapat mencapai kecemerlangan diri dalam pendidikan, iaitu dengan mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri. Kita dapat berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan dan berkongsi dengan rakan-rakan tentang ciri-ciri perwatakan terpuji. Menghasilkan garisan hidup tentang kejayaan dan cabaran diri juga merupakan cara untuk perkembangan diri ke arah pencapaian kendiri.

Peranan

keluarga

turut

penting

dalam

memastikan

Pendidikan

Sivik

Dan

Kewarganegaraan ini dapat diaplikasikan dalam diri dan individu. Hubungan keluarga yang

H a l a m a n |1

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II harmoni dapat membina keluarga yang bahagia. Hubungan keluarga yang erat dapat mewujudkan keluarga yang berperpaduan dan bertanggungjawab dalam setiap anggota keluarga dengan menyambut hari khas keluarga atau membuat persiapan bagi sesuatu majlis atau perayaan. Selain itu, anggota keluarga mesti berkongsi suka duka. Di samping itu, ibu bapa pula memainkan peranan untuk menyokong anggota keluarga yang mencapai kejayaan atau memberikan motivasi dalam menghadapi kesusahan atau kesedihan Oleh itu, untuk mewujudkan keluarga yang harmonis setiap anggota keluarga mesti menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan turut mempunyai kesan yang mendalam dalam membentuk minda dan pemikiran masyarakat. Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dapat melahirkan anggota masyarakat yang bersatu padu dan patriotik akan lebih memahami dari segi tradisi, keagamaan, kebudayaan serta etnik-etnik masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian. Selain itu, penting juga untuk memupuk nilai hidup tolong-menolong semasa mengatasi cabaran dan dugaan yang berlaku dan mengambil tindakan yang wajar. Berperanan dalam menjalinkan rangkaian kemasyarakatan yang erat dan memainkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menyempurnakan slogan Satu Malaysia. Akhirnya, mewujudkan masyarakat yang demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersifat patriotisme.

2.0 2.1

KAEDAH KAJIAN Pemerhatian

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan kaedah mengaplikasi sumber pengajaran dalam menerapkan nilai murni dan perpaduan dalam kepelbagaian, beberapa sesi pemerhatian diadakan di kelas-kelas yang terpilih di Sekolah Kebangsaan ______ , ______, ______. Pemerhatian telah dijalankan sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Dengan kerjasama yang baik dari dua orang responden iaitu ______ dan juga ______, sesi pemerhatian dapat dijalankan dengan

lancarnya. Kerjasama yang diberikan turut amat memuaskan. Segala maklumat mengenai nilai murni ke arah perpaduan dalam kepelbagaian telah berjaya diperoleh dan diekstrak ke dalam laporan ilmiah ini. (sila rujuk foto 1 dan 2 di lampiran A)

H a l a m a n |2

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II

2.2

Kajian Perpustakaan

Pelbagai maklumat yang bermanfaat berkenaan dengan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dalam kepelbagaian, ciri-ciri budaya dan adat resam dan juga sumber bermanfaat untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PSK telah berjaya didapati secara tulen dari beberapa buah perpustakaan. Antara Perpustakaan yang terlibat ialah Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus ______, Perpustakaan Awam ______, Perpustakaan Awam ______ dan juga Perpustakaan SK ______. Kebanyakan maklumat diperolehi dari pelbagai sumber secara bertulis. Sama ada dari buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan sebagainya. Malah sewaktu di perpustakaan juga eksplorasi internet dilaksanakan dengan kemudahan internet tanpa wayar di kesemua perpustakaan tersebut. Dengan itu, pelbagai lagi maklumat yang berguna dapat diperolehi. Segala maklumat yang berkaitan dan bermanfaat telah diolah secara ilmiah di dalam laporan kajian ini.

2.3

Kajian Dokumen

Sesi kajian dokumen turut sama diadakan dengan kerjasama ______ selaku ketua panitia subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan juga ______ iaitu setiausaha panitia

subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Antara dokumen yang telah diberikan kebenaran untuk dijalankan kajian dan pemerhatian ialah fail utama panitia subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, alatan bahan bantu belajar, soalan ujian bulanan PSK, jadual aktiviti PSK dan sebagainya. Kesemua maklumat ini amat penting dalam mengenalpasti isi kandung PSK yang menjurus kepada penyemaian semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

2.4

Perbincangan

Selain itu, sesi perbincangan dengan ahli kumpulan lain turut diadakan berkenaan kaedah untuk mendapatkan informasi dan juga melaksanakan kajian secara lebih beretika. Mereka turut menunjukkan cara ataupun kaedah penulisan pelbagai bahan untuk dipersembahkan nanti. Dari perbincangan tersebut, kami dapat perolehi pelbagai lagi maklumat yang pada hemat kami amat berguna untuk dijadikan panduan kepada penulisan ilmiah nanti. Dengan berkolaborasi bersama mereka, tugasan kami semakin lancar dan jelas dengan bantuan mereka.

H a l a m a n |3

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II

3.0

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT SETEMPAT DALAM NEGARA

Menurut dokumen sukatan pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa topik yang harus diberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ini mempunyai matlamat yang jelas dalam merangka pemikiran murid di sekolah. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Selain matlamat yang jelas, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan turut mempunyai beberapa objektif utama yang harus dicapai melalui usaha murni para guru. Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Objektif dari aspek pengetahuan menekan pencapaian untuk mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia. Menerangkan peranan dan tanggungjawab kearah pembinaan keluarga yang bahagia, menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni, memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia, menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara dan mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

Objektif dari aspek kemahiran pula menekan pencapaian untuk mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab, mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku, berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat, menangani konflik diri, keluarga dan rakan, belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama dan juga membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

Objektif dari aspek nilai pula menekan pencapaian untuk mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri, menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga, menghormati kaum dan budaya lain, menyayangi alam sekitar, menunjukkan semangat kekitaan,

H a l a m a n |4

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka dan juga menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. 3.1 Tema Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

Pendidikan

Sivik

Dan

Kewarganegaraan dan nilai sivik

memberi supaya

penekanan murid

terhadap

penguasaan yang

pengetahuan,

kemahiran

menjadi warganegara

bertanggungjawab. Subjek ini akan disampaikan menerusi enam tema utama iaitu sayangi diri, sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya Malaysia, Malaysia negaraku dan juga sedia hadapi cabaran

Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.

3.2

Latarbelakang Budaya dan Kesenian Masyarakat Setempat Dalam Negara

Menurut dokumen sukatan pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, antara salah satu tema pengajaran yang membicarakan mengenai kebudayaan dan kesenian masyarakat berbilang kaum dalam Malaysia ialah tema kenali budaya Malaysia. Tema ini membicarakan secara jelas dan terperinci mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan dari pelbagai aspek sama ada permainan, pakaian, alatan dan sebagainya pelbagai masyarakat dan kelompok etnik serta kaum dalam Malaysia. 3.2.1 Kebudayaan Seni Tarian

Antara aspek kebudayaan yang diketengahkan melalui Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ialah aspek warisan kebudayaan seni dan tarian. Setiap kaum di Malaysia mempunyai seni tarian yang tersendiri yang asli dari kaum mereka. Namun tidak dinafikan terdapat juga adaptasi tarian luar ke dalam tarian sesuatu kaum itu. Kaum di Malaysia dapat dipecahkan kepada 4 kelompok utama iaitu Melayu, Cina, India dan juga bumiputera Sabah dan Sarawak. Menurut

H a l a m a n |5

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II Haliza Binti Jelani, panel perunding utama pembinaan modul PSK negeri Johor melalui laman blog Sumber Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Rendah, kesemua kaum mempunyai tarian yang tersendiri. Menurut beliau lagi, kaum Melayu merupakan kaum yang paling banyak mempunyai tarian tradisional tersendiri. Antara tarian tersebut ialah Ulik Mayang, Watimang Landak, Endang, Inang, Kuda Kepang, Zapin dan sebagainya.

Manakala bagi kaum India pula, mereka mempunyai tarian mereka tersendiri iaitu tarian Bhangra, Gidda, Kathak, Bharatnatyam dan sebagainya. Kesemua tarian ini mempunyai maksud dan asal-usul tertentu. Malah tarian mereka juga merupakan satu manifestasi kepada penyembahan dewa-dewa dalam agama Hindu. Bagi kaum Cina pula, mereka turut mempunyai tarian yang tersendiri. Tarian mereka amat terkenal di seluruh dunia kerana kaum Cina menghuni di segenap negara dalam dunia ini. Apa yang diketengahkan hanyalah Tarian Singa sahaja, sedangkan banyak lagi tarian kebudayaan cina antaranya ialah Tao Yao, Tarian Reben, Tarian Bunga Teratai, Tarian Naga, Tarian Kipas dan sebagainya.

Bagi masyarakat minoriti di Sabah dan Sarawak, sudah semestinya mereka turut memiliki kebudayaan tarian mereka sendiri. Antaranya ialah Daling-Daling (Bajau), Mangunatip (Kadazan), Rajang Be'uh (bidayuh), Seladai (Melanau), Datun Julud (Sarawak), Ngajat (Iban) dan sebagainya. Dengan kewujudan berbagai jenis tarian berdasarkan kebudayaan kaum, maka dapat disimpulkan bahawa Malaysia mempunyai banyak kebudayaan tarian yang menarik yang dapat diterokai untuk sama-sama difahami bagi memupuk perpaduan. 3.2.2 Kebudayaan Seni Alatan Muzik

Menurut Haliza Binti Jelani, panel perunding utama pembinaan modul PSK negeri Johor melalui laman blog Sumber Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Rendah, selain tarian, kebudayaan sesuatu kaum turut melibatkan penghasilan bunyian dan muzik melalui alatan muzik mereka yang tersendiri. Malah kaum peribumi di Sabah dan Sarawak tidak terlepas dari memiliki alatan muzik yang tersendiri. Menurut Mohd Osman Taib dalam buku karyanya iaitu Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, masyarakat Melayu mempunyai beberapa alat muzik seperti Bonang, Angklung, Serunai, Gong, Gambus, Kompang dan sebagainya.

Menurut Haliza Binti Jelani pula, bangsa India, Cina dan kaum peribumi Sabah dan Sarawak turut mempunyai alat muzik yang tersendiri. Bagi kaum India, alatan muzik seperti

H a l a m a n |6

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II Veena, Tabla, Tampura, Sitar dan sebagainya yang dimainkan sewaktu upacara sembahyang, perkahwinan dan majlis keramaian. Manakala bagi kaum Cina pula, alat muzik mereka ialah Gong Cina, Gendang Cina, Sheng, Yangqin, Gaohu, Erhu dan sebagainya. Kaum peribumi Sabah dan Sarawak pula mempunyai alatan muzik seperti Satong (Sarawak), Engkromong (Sarawak), Sape (Sarawak), Kulintangan (Sabah), Sampoton (Sabah), Engkerurai (Sabah), Sundatang (Sabah) dan sebagainya. Pada kebiasaannya alatan muzik ini diperbuat dari bahan semulajadi dan memerlukan teknik khas pembuatan. Ini menjadikan alat muzik ini unik dan sukar untuk ditemui.

3.2.3

Kebudayaan Bahasa dan Dialek

Menurut Haliza Binti Jelani, panel perunding utama pembinaan modul PSK negeri Johor melalui laman blog Sumber Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Rendah, kebudayaan turut meliputi dari aspek pertuturan dan bahasa yang digunakan. Ini dapat dijelaskan dengan perbezaan yang jelas bahasa ibunda diantara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Malah dalam kaum Melayu juga terdapat pelbagai dialek percakapan bahasa Melayu yang mempunyai ciri tersendiri di setiap kawasan atau negeri. Bagi kaum Melayu, bahasa Melayu itu sendiri terbahagi kepada beberapa dialek antaranya seperti dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek utara, dialek Negeri Sembilan, dialek Johor-Riau dan sebagainya.

Bagi kaum Cina pula, pada kebiasaannya di Malaysia mereka menggunakan loghat Cina Candarin atau Kantonis, tetapi terdapat juga sesetengah masyarakat Cina yang menggunakan bahasa Hakka, Macau dan sebagainya. Kesemua loghat ini dituturkan hampir 1.3 bilion masyarakat Cina di seluruh dunia. Bagi kaum India pula, terdapat pelbagai dialek pertuturan mereka seperti Hindi, Malayalam, Punjab, Nepal, Sind dan sebagainya. Namun kebiasaannya masyarakat India di Malaysia menuturkan bahasa Tamil dalam percakapan seharian mereka. Dianggarkan terdapat sekitar 430 juta individu di seluruh dunia yang menuturkan bahasa ini secara rasmi dalam kehidupan seharian mereka.

H a l a m a n |7

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 3.2.4 Kebudayaan Tekstil dan Pakaian

Menurut Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli dalam buku mereka iaitu Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu, kesemua kaum dan etnik di dalam Malaysia hampir pasti mempunyai kesenian tekstil dan adab pemakaian yang tersendiri. Ianya berkait rapat dengan amalan keagamaan, kehidupan harian, adat resam turun temurun, keadaan geografi petempatan dan sebagainya. Setiap pakaian yang dikenakan di badan mempunyai peranan tertentu seperti menandakan status sosial individu, tingkat formal sesuatu majlis dan sebagainya. Malah terdapat sesetengah pakaian yang hanya boleh dipakai oleh segolongan minoriti individu seperti pakaian diraja dan puak bangsawan istana.

Nazaruddin

Mohd

Jali

(2001)

dalam

Pengajian

Malaysia:

Kenegaraan

dan

Kewarganegaraan, masyarakat Melayu merupakan antara masyarakat yang paling tinggi kesenian pembuatan tekstil. Ini mungkin disebabkan oleh kewujudan institusi beraja yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesenian tekstil untuk keperluan golongan istana bagi pemakaian sewaktu sebarang istiadat diraja. Antara pakaian masyarakat melayu ialah Baju Kebaya, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Melayu, Celana, Kain Sarung, Samping, Selendang dan sebagainya.

Manakala bagi masyarakat Cina pula, antara jenis pakaian mereka ialah Cheong Sam, Samfoo dan sebagainya. Pakaian masyarakat Cina lebih mementingkan warna merah kerana ianya dianggap warna tuah dan pakaian ini biasanya dipakai sewaktu majlis keramaian dan perayaan mereka. Manakala bagi masyarakat kaum India pula, mereka turut mempunyai pakaian yang tersendiri. Antara pakaian kaum India ialah Dhoti, Kain Sarung, Sari, baju Punjab dan sebagainya. Pakaian mereka kebanyakkannya berwarna putih kerana melambangkan kesucian tetapi sari mempunyai pelbagai warna dan sering dipakai sewaktu perayaan dan majlis keramaian. Masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak turut mempunyai kesenian tekstil dan pakaian yang tersendiri. Menurut laman web Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau, Sabah, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai tekstil dan pakaian tradisional yang tersendiri. Ini kerana di kepulauan Borneo Utara itu mempunyai berpuluh-puluh puak atau etnik yang sudah tentu mempunyai kebudayaan, fahaman dan adat resam yang tersendiri. Antara pakaian tradisional mereka ialah Bidang, Kalambi, Bedong, Kain Sirat, Dandong dan banyak lagi pakaian tradisional mengikut etnik-etnik tertentu.

H a l a m a n |8

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 4.0 SUMBER MENGAPLIKASI BUDAYA MASYARAKAT SETEMPAT

Kepelbagaian penggunaan sumber penting dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dapat menarik minat murid sekaligus dapat memudahkan pemindahan ilmu dari guru kepada murid. Kesemua sumber dan kaedah pengajaran haruslah bertepatan dengan matlamat utama pembelajaran subjek Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan dan menepati ketiga-tiga objektif utama pembelajaran iaitu objektif pengetahuan, objektif kemahiran dan juga objektif nilai. Kesemua objektif ini haruslah diusahakan untuk ditepati bagi memastikan matlamat utama pembelajaran dapat ditepati seperti juga objektif. 4.1 Aplikasi Buku Teks

Penggunaan buku teks merupakan antara elemen paling penting kepada guru untuk digunakan sepenuhnya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah dokumen silibus buku teks ini hendaklah dijadikan panduan utama melebihi dokumen bertulis yang lain seperti buku latihan, buku rujukan dan sebagainya. Ini kerana segala apa yang terdapat di dalam buku teks itulah yang akan dijadikan soalan peperiksaan, kuiz dan sebagainya. Fakta dan kualiti bahan turut dijamin oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pihak utama yang mengendalikan urusan pendidikan dan juga fakta pembelajaran dalam darjah. Buku teks turut mempunyai banyak ilustrasi gambarajah sama ada secara ilustrasi penulis atau gambar sebenar.

Menurut ______, ketua panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, penggunaan buku teks paling penting dalam pembelajaran darjah. Ini kerana kesemua murid mempunyai buku teks masing-masing kerana buku teks diberikan secara percuma melalui skim pinjaman buku teks oleh pihak kementerian melalui sekolah. Justeru, segala soalan peperiksaan, kuiz, tugasan dan segalanya berkaitan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan akan berpandukan kepada buku teks. Menurut ______, setiausaha panitia Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan SK

______ pula, soalan ujian dwibulanan Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan akan berpandukan kepada buku teks. Menurut beliau, pembuat dan penggubal soalan ujian bulanan akan 100% berpandukan kepada buku teks tersebut dan tidak melibatkan sumber lain.

H a l a m a n |9

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 4.2 Aplikasi Sumber Elektronik

Selain sumber dari dokumen bertulis seperti buku teks, aplikasi sumber elektronik seperti penggunaan komputer riba dan projector skrin LCD turut boleh digunakan oleh guru untuk memastikan sesi pembelajaran lebih menarik dan mampu mengalihkan tumpuan murid ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan turut memainkan peranan penting dalam memastikan pembelajaran berasaskan sumber elektronik dapat direalisasikan. Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan telah mengeluarkan pelbagai perisian pembelajaran dan juga cakera padat pembelajaran yang bersifat interaktif dengan gabungan imej menarik, video yang bermanfaat dan soalan-soalan ujian serta kuiz subjek yang terkini dan dapat merangsang minda para murid.

Dalam era teknologi maklumat dalam sistem dunia terbuka ini, penggunaan aplikasi sumber elektronik sangat penting untuk diaplikasi kerana kebanyakan murid sudah mahir dengan aplikasi elektronik dan teknologi maklumat. Justeru, menjadi suatu cabaran kepada guru untuk memastikan sumber elektronik ini diaplikasikan dengan baik sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid di zaman IT ini akan lebih berminat dengan penggunaan sumber elektronik kerana ianya lebih bersifat interaktif berbanding buku teks yang pegun. Namun teknologi tidak akan dapat menyaingi keabsahan sumber dari buku teks kerana buku teks sentiasa menjadi medium utama pembelajaran dan dipantau 100% oleh pihak kementerian. 4.3 Aplikasi Bahan Bantu Belajar

Selain dari sumber dokumen bertulis dan juga sumber elektronik, penggunaan bahan bantu belajar turut penting untuk diaplikasikan oleh guru sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bahan bantu belajar memberikan kesan yang lebih realistik seperti penggunaan relia dari bahan-bahan di persekitaran. Sebagai contoh bagi topik alatan muzik tradisional kaum Melayu, guru mungkin boleh membawa alat muzik tradisional seperti Gendang, Gong, Kompang atau sebagainya ke dalam kelas. Dengan ini murid dapat melihat dan merasai sendiri alatan yang mereka belajar di dalam topik tersebut. Seandainya guru berkebolehan, guru bolehlah mengajar murid bagaimana alat muzik tersebut dimainkan. Justeru, murid akan lebih memberikan tumpuan dalam pembelajaran dan untuk sesi pembelajaran di masa hadapan murid tentu tidak sabar-sabar untuk belajar. Itulah kepentingan bahan bantu belajar.

H a l a m a n |10

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II Aplikasi bahan bantu belajar lain seperti permainan dan sebagainya turut boleh digunakan oleh guru untuk menarik minat murid. Sebagai contoh bagi topik permainan tradisional, guru mungkin boleh membawa Batu Seremban, Congkak dan sebagainya. Guru hendaklah mengajar bagaimana cara permainan tersebut dimainkan dan berilah peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman bermain permainan tradisional tersebut. dengan itu, sesi pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan secara tidak langsung, murid akan belajar sesuatu dari aktiviti bermain tersebut.

5.0

NILAI MURNI MEREALISASI PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Menurut dokumen Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5 dan juga Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, antara tema-tema Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang menyemai semangat perpaduan ialah tema hidup bersama di sekolah dan masyarakat serta tema kenali budaya Malaysia. Pengenalan tema kedua tema ini dalam subjek PSK adalah bertujuan untuk merealisasikan perpaduan dalam kepelbagaian kaum agar keamanan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui antara semua kaum dapat dipertahankan dan tidak diganggu gugat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007 di halaman 1112, perkataan perpaduan adalah berasal dari kata akar padu yang membawa maksud perihal berpadu, bergabung menjadi satu, bersepakat dan lain-lain. Manakala menurut Nazarudin Mohd Jali et. al (2001) dalam Pengajian Malaysia, perpaduan membawa maksud perkumpulan beberapa individu berlainan genetik dan hidup di dalam suatu wilayah bertamadun tetapi tidak bercampur dari sudut budaya, adat resam dan kepercayaan. Dengan pendefinisian dari kedua-dua sumber di atas menunjukkan bahawa perpaduan adalah berkaitan dengan dua kelompok berbeza dari pelbagai segi yang dapat hidup di dalam suatu wilayah bertamadun dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

H a l a m a n |11

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 5.1 Nilai Murni Masyakarat Di Malaysia Berdasarkan Silibus PSK

Menurut dokumen Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5 dan juga Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, antara sifat ataupun nilai-nilai murni yang berusaha untuk diterapkan ke dalam murid-murid melalui pendidikan ialah nilai murni memahami cara hidup jiran, menghormati agama dan kepercayaan serta budaya jiran, menganggap jiran seperti keluarga sendiri, bertolak-ansur serta saling tolong menolong.

5.1.1

Memahami Cara Hidup Jiran

Nilai murni memahami cara hidup jiran penting untuk diterapkan ke dalam jiwa murid-murid bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat dipereratkan. Menurut Joginder Singh dan Lokman Musa (1975) dalam Tatarakyat Buku Satu, memahami cara hidup jiran penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dengan memahami cara hidup jiran di sekeliling, maka sebarang tingkah-laku ataupun perayaan dan adat resam yang tidak disenangi dapat dielakkan. Sebagai contoh menurut Joginder Singh, sewaktu perayaan kaum cina, penggunaan Gendang ataupun Gong yang kuat hendaklah dikurangkan kekuatan bunyinya bagi memastikan bunyi kuat tersebut tidak mengganggu masyarakat sekeliling seperti kaum Melayu dan India.

Setiap kaum mempunyai cara hidup yang berlainan dan tersendiri. Kerana itulah yang menyebabkan Malaysia mempunyai kebudayaan yang pelbagai. Maka perpaduan harus dipupuk bagi memastikan semangat perpaduan dan keamanan negara dapat dikekalkan. Peristiwa rusuhan kaum seperti pada tahun 1969 haruslah dielakkan bagi memastikan negara terus dapat dipacu menuju kegemilangan mencapai Wawasan 2020 seperti mana yang telah diaspirasikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. 5.1.2 Menghormati Kepercayaan, Agama dan Budaya Jiran

Menurut Rancangan Pelajaran Tahunan Subjek Pendidikan Sivik Kewarganegaraan yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, nilai yang kedua yang ingin dipupuk dalam minda murid-murid ialah menghormati agama, kepercayaan

H a l a m a n |12

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II dan juga budaya jiran. Menurut Haliza Binti Jelani, panel perunding utama pembinaan modul PSK negeri Johor melalui laman blog Sumber Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Rendah, pada kebiasaannya secara tradisi kaum-kaum di Malaysia mempunyai agama rasmi masing-masing. Masyarakat Melayu secara tradisinya menganut agama Islam, masyarakat Cina dengan fahaman Confuciusme dan Buddha, masyarakat India dengan agama Hindu manakala kaum bumiputera pula secara umumnya menyembah semangat alam semulajadi, tidak beragama serta berfahaman paganisme.

Justeru, dengan perbezaan fahaman agama dan kepercayaan ini, maka setiap individu harus berusaha untuk memahami pantang larang dalam agama-agama setiap kaum. Nilai ini telah cuba diterapkan dalam silibus Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan bagi memastikan setiap murid dapat memahami perbezaan fahaman dan agama setiap kaum. Sebagai contoh, bagi agama Islam, daging khindzir haram untuk dimakan manakala bagi agama Hindu pula, daging lembu adalah diharamkan untuk dimakan. Maka masyarakat haruslah memahaminya agar tidak berlaku sebarang konflik seandainya kesilapan kecil seperti ini tidak diambil berat. 5.1.3 Jiran Seperti Keluarga Sendiri

Nilai yang tidak kurang penting untuk dipupuk ke dalam jiwa murid melalui Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ialah menganggap jiran seperti keluarga sendiri. Menurut Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli (2001) dalam Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu, antara faktor mengapa perpaduan diantara penduduk Baba Nyonya dan masyarakat Melayu di Melaka amat erat adalah kerana mereka tinggal dalam satu kejiranan dan mereka menganggap bahawa jiran mereka seumpama keluarga sendiri walaupun berlainan bangsa, agama dan kepercayaan serta budaya. Justeru, nilai yang menganggap jiran seperti keluarga sendiri adalah penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan kesepaduan dan keamanan negara dapat dipelihara buat tatapan masyarakat di masa hadapan. 5.1.4 Nilai Bertolak-ansur dan Tolong-menolong

Berdasarkan dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, nilai terakhir yang cuba diterapkan ke dalam jiwa murid ialah nilai bertolak-ansur dan tolong-menolong. Menurut Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin (2000) dalam Sejarah Malaysia, antara cara yang paling

H a l a m a n |13

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II mudah untuk memupuk semangat bertolak-ansur dan tolong-menolong dalam masyarakat majmuk dalam negara ialah dengan melakukan aktiviti secara bersama seperti bergotongroyong, riadhah bersama dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini dapat memastikan interaksi antara masyarakat dalam satu kejiranan dapat dipesatkan dan sekaligus secara tidak langsung, perpaduan dan sikap tolak-ansur dapat diterapkan dalam jiwa segenap lapisan masyarakat.

5.2

Nilai Murni Masyarakat Setempat di Lokasi Kajian

Suatu penyelidikan mengenai nilai murni amalan masyarakat setempat telah diadakan di lokasi kajian iaitu di sekitar bandar ______ di jajahan ______ berpandukan kepada budaya murid tahun 5 di SK ______, ______. Kajian dan penyelidikan telah diadakan terhadap murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan ______ di ______, ______, ______. Kajian telah diadakan

sewaktu sesi pengajaran subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di dalam kelas. Berdasarkan kajian, beberapa nilai murni masyarakat setempat dalam merealisasikan perpaduan dalam kepelbagaian telah berjaya diperoleh. Antaranya ialah nilai bertolak-ansur, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersopan-santun dan juga menyertai aktiviti

kemasyarakatan setempat.

5.2.1

Nilai Murni Bertolak-Ansur

Melalui sesi temubual bersama ketua panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan SK ______ iaitu ______, antara nilai yang sering diterapkan oleh beliau kepada murid-murid di dalam kelas ialah nilai bertolak-ansur. Nilai ini menurut beliau terdapat di dalam silibus Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan ianya bertepatan dengan sifat yang wajib ada dalam diri setiap murid. Ini bagi memastikan setiap murid dapat bertolak-ansur sesama murid dan nilai murni ini dapat dibawa ke mana sahaja mereka berada. Menurut beliau lagi, walaupun kawasan sekitar bandar ______ hampir 90% adalah masyarakat Melayu, terdapat juga sekitar 10% masyarakat bukan melayu seperti kaum Cina, Siam, India dan sebagainya. Maka secara tidak langsungnya berlaku juga interaksi diantara penduduk Melayu dan kaum-kaum lain.

Maka dengan wujudnya nilai murni bertolak-ansur, diharapkan agar murid-murid dapat membawa nilai ini walau di mana mereka berada. Dengan ini mereka akan mudah berinteraksi tanpa berkonflik dengan masyarakat dari kaum lain. Sikap tolak-ansur membuatkan muridmurid tidak mudah tersentuh hati ataupun kecil hati dengan sedikit kerenah sahabat-sahabat

H a l a m a n |14

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II dari kaum lain yang mungkin berbeza cara mereka bersosial. Kepelbagaian kaum dan etnik tidak akan mampu menggugat kesepaduan masyarakat di sekitar bandar ______. 5.2.2 Nilai Murni Tolong-Menolong

Menurut ______ lagi, selain dari nilai bertolak-ansur, beliau turut berusaha menerapkan nilai saling tolong-menolong dalam jiwa setiap murid di bawah kendaliannya. Ini bagi memastikan sikap suka tolong-menolong tidak pernah luput dari hati murid-murid. Menurut Joginder Singh Jessy dan Lokman Musa (1975) dalam Tatarakyat Buku Satu, aspek tolong-menolong merupakan budaya masyarakat Melayu yang paling dikagumi oleh masyarakat lain. Aktiviti seperti bergotong-royong mengusung rumah, menyembelih lembu untuk majlis keramaian, penyediaan moreh sewaktu bulan Ramadhan antara aktiviti tolong-menolong dan saling bekerjasama yang menjadi kekaguman para sarjana barat yang mengkaji tentang tanah Melayu. Dengan adanya sikap suka tolong-menolong antara satu sama lain, secara tidak langsung perpaduan diantara masyarakat majmuk and berbilang kaum akan menjadi lebih erat. Ini dapat diperhatikan sewaktu kajian dilakukan di Sekolah Kebangsaan ______. Murid-murid saling tolong-menolong tanpa perlu diarahkan oleh guru dan tindakan murid tersebut membuktikan bahawa pengajaran nilai murni melalui Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan adalah berkesan dengan usaha dari guru. 5.2.3 Nilai Murni Hormat-Menghormati

Selain nilai murni tolong-menolong dan bertolak-ansur, nilai murni yang seterusnya yang ditekankan di dalam pembelajaran dalam kelas ialah nilai murni hormat-menghormati. Menurut ______, iaitu setiausaha panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan SK ______, nilai murni hormat-menghormati amat beliau tekankan sewaktu sesi pembelajaran dalam kelas. Penerapan sikap hormat-menghormati akan menyebabkan murid-murid lebih menghargai golongan yang mereka hormati. Sebagai contoh menurut beliau, beliau sering menasihati dan mengingatkan murid-muridnya mengenai peri pentingnya menghormati individu yang lebih tua. Walaupun individu tersebut hanya seorang tukang sapu, tukang cuci tandas, tetapi penghormatan harus diberikan kepada individu tersebut kerana usia dan sumbangannya yang tidak ternilai. Menurut beliau lagi, beliau mengharapkan agar nilai murni hormat-menghormati ini akan kekal di dalam jiwa murid-murid dan sekaligus mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat luar dari pelbagai latarbelakang sama ada keagamaan, kaum, bangsa,

H a l a m a n |15

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II kepercayaan dan sebagainya. Dengan ini, perpaduan dalam kepelbagaian kaum dapat terus dieratkan dan segala konflik yang timbul dapat diselesaikan dengan suasana yang aman sejahtera dan harmoni. 5.2.4 Nilai Murni Bersopan-Santun

Menurut Abdullah Halim Nasir (1979) dalam Panduan ke Tempat Bersejarah Kelantan, masyarakat di negeri Kelantan terkenal dengan nilai murni bersopan-santun. Menurut beliau lagi, antara faktor wujudnya sikap bersopan-santun yang tinggi adalah kerana tingginya ilmu kerohanian dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Malah tidak keterlaluan sekiranya dirangkumkan bahawa bukan hanya masyarakat Melayu sahaja mempunyai sikap sopansantun dan tatasusila yang tinggi, tetapi juga kaum-kaum lain seperti kaum Cina, India dan juga masyarakat Siam. Kewujudan pondok-pondok agama yang pesat sama ada secara tradisional ataupun moden telah menyebabkan nilai murni bersopan-santun ini terus kekal di dalam jiwa masyarakat Kelantan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Kewujudan nilai murni bersopan-santun dapat memupuk perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat kerana setiap masyarakat akan bersifat sopan-santun dalam berinteraksi antara kaum dan segala sesuatu yang dapat mengeruhkan keadaan perpaduan akan cuba dihindarkan bagi memastikan perpaduan sentiasa utuh. 5.2.5 Nilai Murni Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

Nilai murni turut dapat diperoleh dari penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat. Menurut ______ iaitu setiausaha panitia Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan, pihak sekolah sering memberikan galakan kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatn. Sebagai contoh menurut beliau, acara gotong-royong melibatkan murid dan PIBG SK ______ paling banyak memberikan kesan kepada pemupukan nilai-nilai murni. Malah aktiviti lain seperti sambutan kemerdekaan dengan pihak luar turut memberikan peluang kepada guru dalam memupuk nilai murni dalam aktiviti kemasyarakat. Sebagai contohnya sifat bekerjasama, tolong-menolong secara tidak langsung dapat diterapkan di dalam penyertaan murid dalam aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan yang aktif murid dalam aktiviti kemasyarakatan akan melatih murid untuk tidak kekok berhadapan dengan masyarakat dan sekaligus mereka tidak takut, tidak malu dan yakin untuk berhadapan dengan individu yang berlainan fahaman agama, bangsa, bahasa pertuturan dan sebagainya.

H a l a m a n |16

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II

6.0

PENUTUP

Kepentingan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amat besar seperti pelajar dapat mengenal, mengurus, mempelajari tentang hak dan tanggungjawab seseorang. Mereka mengenal pasti peranan dan tanggungjawab anggota keluarga. Selain itu, pelajar boleh berinteraksi dan berkomunikasi secara sopan dengan orang lain. Mereka juga dapat memahami, mengekalkan dan menghargai pelbagai agama, tradisi dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Pelajar juga dapat mengenali sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara serta memupuk perasaan bangga dan cinta akan negara.

Untuk

membentuk

satu

masyarakat

yang

berilmah,

Pendidikan

Sivik

Dan

Kewarganegaraan harus dipupuk di kalangan generasi muda terutamanya remaja, ini ialah untuk mempertingkatkan semangat patriotik dan nasionalisme mereka supaya golongan tersebut dapat lebih memahami negara mereka dari segi perkembangan ekonomi dan dari segi sistem politik. Di samping itu, tumpuan perlu diberi dalam penguasaaan dan perkembangan dari segi kemahiran berfikir bagi membolehkan golongan muda membuat keputusan secara rasional dalam menghadapi sebarang dugaan masa depan yang kompleks.

H a l a m a n |17

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II BIBLIOGRAFI

Abdullah Halim Nasir. (1979). Panduan ke Tempat Bersejarah Kelantan. Kuala Lumpur. Jabatan Muzium Negara. Balakrishnan, Vishalache et. al. (2007). Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Balqis Samsudin. (7 September 2011). Pemupukan Nilai Murni Dalam Pembelajaran PSK. [interview] Daniel Perret & Puteri Rashidah Megat Ramli. (2001). Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hajah Noresah Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliza Jelani. Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Rendah. Dilayari pada 7 September 2011 di URL http://psksksd.blogspot.com/ Joginder Singh Jessy & Lokman Musa. (1975). Tatarakyat Buku Satu. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mohd Taib Osman. (1988). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nazaruddin Mohd Jali et. al. (2001). Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Hashiman Mansor. (7 September 2011). Aspek dan Tema Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. [interview] Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dilayari pada 7 September 2011 di URL http://pskmethodist.blogspot.com/ Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Dilayari pada 7 September 2011 di URL http://psksyafiq.blogspot.com/2009/04/gerakan.html Pendidikan Sivik Membentuk Masyarakat Berilmiah. Dilayari pada 13 September 2011 di URL http://c8sblm1053.blogspot.com/ Peranan Pendidikan Sivik Terhadap Murid. Dilayari pada 13 September 2011 di URL http://c8sblm1053.blogspot.com/2010/08/peranan-pendidikan-sivik-terhadap_05.html

H a l a m a n |18

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II Sukatan Pelajaran PSK. Dilayari pada 7 September 2011 di URL http://akses.skseriampang.net /SP/08_Pendidikan_Sivik_Kewarganegaraan/sp_psk_kbsr.pdf SK Kg. Titingan, Tawau, Sabah. Dilayari pada 7 September 2011 di URL http://www.sktitingan .com/db2/index.php?option=com_docman&Itemid=111 Yeow Ching Ching. (1971). Segalanya Sivik. Dilayari pada 13 September 2011 di URL http://www.scribd.com/doc/49932105/Segalanya-Sivik

H a l a m a n |19

You might also like