You are on page 1of 45

Adalah ini diakui bahawa segala laporan hasil kajian yang dijalankan adalah tulen dari kami kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya. Segala maklumat dan rujukan yang diperolehi adalah berdasarkan sumbersumber yang sah dan terkini selaras dengan kehendak soalan kerja kursus berasaskan ilmu bagi subjek perkembangan sejarah negara ini.

H a l a m a n |1

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia pernah mengalami beberapa peristiwa penting dalam lipatan sejarah. peristiwa yang berlaku terlampau banyak dan sukar untuk ditafsirkan melalui satu sudut sahaja. Peristiwaperistiwa seperti ini mempunyai pengajaran yang harus diambil ikhtibar oleh generasi baru pasca kemerdekaan. Antara peristiwa penting yang berlaku terhadap negara sewaktu era pasca[1] kemerdekaan ialah Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)[2], Pemberontakan Brunei (1962-1966)[3], Rusuhan Kaum 1964[4], Pemisahan Singapura (1965)[5], Peristiwa 13 Mei (1969)[6] dan sebagainya. Kesemua peristiwa ini mempunyai kesan tertentu kepada negara. Namun dengan kebijaksanaan pemimpin negara sewaktu era itu, Malaysia akhirnya dapat menempuhnya dengan baik tanpa sebarang konflik berdarah yang berlarutan. Antara konflik yang paling menyakitkan Malaysia ialah peristiwa darurat menentang pengaruh komunisme dari merebak dalam negara.

1.1

Pendefinisian dan Konsep Darurat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) di halaman 316, darurat membawa maksud keadaan yang serba sulit seperti huru-hara, tidak aman dan sebagainya yang disebabkan oleh ancaman musuh melalui peperangan, propaganda saraf dan sebagainya. Manakala perkataan terbitan daripada darurat iaitu mendaruratkan pula membawa maksud menjadikan atau memaksa keadaan darurat berlaku.

Menurut pendefinisian darurat yang dikeluarkan oleh laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu[7], perkataan darurat membawa maksud keadaan susah yang datang dengan tidak disangka-sangka; keadaan yang menyusahkan. Ini bermaksud, keadaan darurat ialah keadaan yang datang secara mendadak atau tiba-tiba dan akan membawa kesusahan kepada sosial persekitaran.

Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, perkataan darurat jika diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris ialah emergency. Menurut Advanced English Dictionary (2009)[8] halaman 363, perkataan emergency membawa maksud An unexpected and serious happening which needs to be dealt with immediately.

H a l a m a n |2

1.2

Konsep Darurat

Menurut sumber tambahan dari laman web Wikipedia[9], darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Justitium[10] merupakan persamaannya dalam undang-undang Rom.

Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau perlembagaan ketika darurat.

H a l a m a n |3

2.0 2.1

KAEDAH KAJIAN Sumber Primer

2.1.1

Kajian Dokumen

Untuk melengkapkan lagi maklumat terus dari sumber pertama untuk maklumat yang lebih tepat, kajian dokumen turut diadakan di Arkib Negara Cawangan ________ yang terletak di tingkat ________ Wisma Persekutuan di ________. Pelbagai maklumat yang bermanfaat berkenaan kronologi darurat dan usaha pembanterasan telah dapat diperoleh. Kebanyakan maklumat diperolehi dari pelbagai sumber secara bertulis. Sama ada dari surat-surat agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ________, keratan-keratan akhbar lama dari beberapa buah buku sumber dan sebagainya. Segala sumber rujukan bertulis itu diperolehi setelah melalui beberapa proses seperti menempah dokumen, menyalin dokumen penting dan sebagainya dengan bantuan kakitangan Arkib Negara Cawangan ________. Segala maklumat mengenai darurat telah dapat diperolehi dan diolah secara ilmiah untuk dimuatkan ke dalam pelaporan kajian ini. (sila rujuk foto 1 di lampiran A) 2.1.2 Temubual

Bagi mendapatkan bahan-bahan maklumat yang betul-betul tepat dan sahih dari sumber pertama, sesi temuramah telah diadakan dengan beberapa individu yang pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam peristiwa darurat ini. Beberapa individu yang terlibat telah berjaya ditemuramah antaranya ialah Encik ________, bekas tentera wataniah di ________ dan kini Ketua Kampung ________, Encik ________, bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini menjadi Pengerusi Badan Khairat Kematian Kampung ________, dan juga Encik ________, Pengerusi JKKKP Kampung ________ yang pernah terlibat dalam tugas berkawal sepanjang malam di kampung untuk memastikan keselamatan kampung dari anasiranasir komunis. Kesemua individu yang telah ditemui terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menentang anasir komunis di ________. Umum mengetahui bahawa ________ merupakan antara negeri yang menjadi sarang komunis terutama di bahagian

H a l a m a n |4

________ dan utara ________. Kesemua data yang telah diperolehi telah diolah secara ilmiah untuk dimuatkan ke dalam laporan kajian. (sila rujuk foto 2,3 dan 4 di lampiran A)

Selain itu, sesi perbincangan dengan ahli kumpulan lain turut diadakan berkenaan kaedah untuk mendapatkan informasi dan juga melaksanakan kajian secara lebih beretika. Mereka turut menunjukkan cara ataupun kaedah penulisan pelbagai bahan untuk

dipersembahkan nanti. Dari perbincangan tersebut, kami dapat perolehi pelbagai lagi maklumat yang pada hemat kami amat berguna untuk dijadikan panduan kepada penulisan ilmiah nanti. Dengan berkolaborasi bersama mereka, tugasan kami semakin lancar dan jelas dengan bantuan mereka. 2.2 Sumber Sekunder

2.2.1

Kajian Perpustakaan

Pelbagai maklumat yang bermanfaat berkenaan dengan kronologi peristiwa darurat dan juga usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan telah berjaya didapati secara tulen dari beberapa buah perpustakaan. Antara Perpustakaan yang terlibat ialah Perpustakaan ________ IPG Kampus ________, Perpustakaan Awam ________ dan juga Perpustakaan Awam ________. Kebanyakan maklumat diperolehi dari pelbagai sumber secara bertulis. Sama ada dari buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan sebagainya. Malah sewaktu di perpustakaan juga eksplorasi internet dilaksanakan dengan kemudahan internet tanpa wayar di perpustakaan tersebut. Dengan itu, pelbagai lagi maklumat yang berguna dapat diperolehi. Segala maklumat yang berkaitan dan bermanfaat telah diolah secara ilmiah di dalam laporan kajian ini.

H a l a m a n |5

3.0

CARTA ALIRAN MASA : KRONOLOGI DARURAT

12 September 1945

: Jeneral Jepun, Itagaki Seishiro, mewakili Jeneral Terauchi, menyerah kepada Pihak Berikat di Singapura.

September 1945

: British Military Administration (BMA) diperkenalkan untuk mengisi kekosongan pentadbiran selepas Jepun menyerah kalah sehingga terbentuknya Malayan Union.

1 April 1946

: Malayan Union diperkenalkan dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama Malayan Union.

1 Februari 1948

: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui antara UMNO dan Raja-raja Melayu.

6 Jun 1948

: Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang berleluasa di ladang-ladang, kilang dan lombong yang dicetuskan oleh pihak Komunis.

12 Jun 1948

: Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati dirumah mereka di Johor oleh 5 pengganas Komunis.

14 Jun 1948

: Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbarnya mengumumkan tentang peningkatan rusuhan oleh pengganas Komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.

15 Jun 1948

: Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan serta Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.

H a l a m a n |6

16 Jun 1948

: Tiga peladang berbangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.

18 Jun 1948

: Darurat telah diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat PKM dan Ibu pejabat bekas-bekas anggota MPAJA. Pekerja ladang dan estet diberikan perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform telah menyerang Balai Polis Jeram Choh, Johor.

19 Jun 1948

: Darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu

21 Jun 1948

: Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.

23 Jun 1948

: Singapura telah diisytiharkan darurat.

28 Jun 1948

: Peraturan darurat dikeluarkan serta penubuhan Pasukan Konstabel Khas (SC). 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis Kuala Krau, Pahang.

29 Jun 1948

: Pengganas Komunis telah menyerbu pekan Jerantut, Pahang dan membakar balai polis serta melarikan barang-barang kedai.

1 Julai 1948

: Pegawai Jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.

5 Julai 1948

: Polis dan Tentera digabungkan bagi membanteras keganasan Komunis.

7 Julai 1948

: Serangan udara telah dilancarkan ke atas khemah-khemah Komunis di hutan Perak Utara.

8 Julai 1948

: Salah seorang Ketua Pengganas Komunis, Tan Kan juga Ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas.

H a l a m a n |7

9 Julai 1948

: Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan India dibunuh di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis Langkap, Selatan Perak dan seorang Konstabel terkorban.

10 Julai 1948

: Polis dan askar Gurkha membunuh 4 pengganas Komunis dan 19 orang Komunis ditawan di Kuala Lumpur.

12 Julai 1948

: Pengganas beruniform telah merampas lombong arang batu di Batu Arang, Selangor. 5 orang Cina dibunuh dan loji dimusnahkan. Pengganas mengambilalih estet senggang Kuala Kangsar,

Perak.diisytihar seluruh negara. 14 Julai 1948 : 4 orang awam Cina wanita telah dibunuh di Ulu Yam, Selangor.

17 Julai 1948

: 300 pengganas Komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang terbunuh dan 14 orang cedera. Pengganas telah menawan pekan Gua Musang

20 Julai 1948

: Seorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh dan 3 orang lagi cedera akibat serangan hendap pengganas komunis di Gua Musang, Kelantan. Seorang Guru Besar berbangsa Cina terbunuh di Selangor.

21 Julai 1948

: Beberapa buah bangunan dibakar dalam seragan Komunis di 3 buah estet di Perak

23 Julai 1948

: Bagi memastikan pergerakan Komunis dapat dihapuskan, kerajaan Tanah Melayu dan Singapura telah mengharamkan PKM.

27 Feb. 1949

: Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan bagi mendapat sokongan orang Cina.

23 Feb 1950

: Pengganas Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

H a l a m a n |8

April 1950

: Rancangan Briggs diperkenalkan (Satu rancangan penempatan semula setinggan yang tinggal di pinggir hutan dengan tujuan untuk memutuskan bekalan makanan kepada pengganas Komunis dan melumpuhkan kegiatan mereka)

Sept. 1953

: Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan oleh Templer supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis.

Jun 1955

: Tunku Abdul Rahman menerima surat daripada Parti Komunis Malaya

Julai 1955

: Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.

9 Sept. 1955

: Kerajaan Perikatan tanpa campurtangan British menabur 50 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang.

28-29 Dis 1955

: Rundingan Baling telah diadakan di Sekolah Rendah Baling, Baling, Kedah Darul Aman.

21 Disember 1955

: Pasukan keselamatan mendapat perintah bagi mengadakan gencatan senjata yang meliputi kawasan seluas 640 kilometer persegi berhampiran dengan sempadan Siam.

Februari 1956

: Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan.

31 Ogos 1957

: Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ketika itu darurat masih lagi berkuatkuasa.

1 Sept - 31 Dis 1957

: Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan tawaran pengampunan komunis kali kedua.

H a l a m a n |9

29 Julai 1960

: YTM Tuanku Abdul Rahman menandatangani surat penamatan darurat setebal 176 mukasurat.

30 Julai 1960

: Darurat secara rasminya ditamatkan dan Ordinan Darurat 1948 telah dimansuhkan.

2 Disember 1989

: Rundingan Damai Haadyai 1989 telah ditandatangani diantara kerajaan Persekutuan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya dan Thailand menjadi orang tengah. Ancaman PKM tamat secara rasmi.

H a l a m a n |10

4.0

PETA MINDA : USAHA MENAMATKAN DARURAT

PENGENALAN KAD PENGENALAN


Penduduk Tanah Melayu, 12 tahun ke atas buat kad pengenalan diri. Memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti antara komunis & bukan komunis.

PENGISYTIHARAN DARURAT 1948


Memberi kuasa kepada kerajaan menangkap yang disyaki. Perintah berkurungatan. Sekatan jalan raya. Menyekat & mengawal

USAHA MENANGANI DARURAT

RANCANGAN TEMPLER
KETENTERAAN Menaikkan semangat & kekuatan tentera. Penubuhan Home Guard. Merupakan langkah yang paling agresif melemahkan komunis. PENGENALAN KAWASAN PUTIH & HITAM Kawasan bebas komunis. Membangunkan sosio ekonomi penduduk. Menggalakkan perkembangan politik pelbagai kaum.

RANCANGAN BRIGGS
KAMPUNG BARU Penempatan semula setinggan CIna. Menyekat bekalan makanan daripada jatuh ke tangan Min Yuen. GERAKAN KELAPARAN Mengawal makanan dari sampai ke pihak komunis. Komunis sukar dapat bekalan makanan. PENUBUHAN JAWATANKUASA KERJA PERANG Mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri & persekutuan. Langkah membanteras lebih berkesan.

H a l a m a n |11

5.0 5.1

ESEI : LAPORAN KAJIAN KOMUNISME DI TANAH MELAYU Kronologi Perkembangan Komunisme di Tanah Melayu

Menurut Harry Miller (1972)[11], pergerakan komunisme di Tanah Melayu telah bermula seawal tahun 1920-an apabila ejen perisikan dari Parti Komunis China mula meresap masuk ke dalam Tanah Melayu. Parti Komunis China (PKC) mendapat sokongan penuh dari Parti Komunis Rusia (Russian Communist Party) dengan tujuan untuk mendominasi dunia bermula dari benua Asia. Antara sasaran utama PKC ialah untuk menghalau kuasa penjajahan Perancis di kawasan Indo-China, Belanda di Asia Selatan dan British di Tanah Melayu serta Kalimantan Utara. 1928, Parti Komunis Nanyang[12] telah ditubuhkan di Singapura untuk menyebarkan ideologi komunis. Walaubagaimanapun April 1930, seorang wakil komunis China yang dilatih khas di Moscow iaitu Nguen Ai Quoc[13] telah bermesyuarat bersama ahli Parti Komunis Nanyang dan bersetuju untuk membubarkan Parti Komunis Nanyang menggantikannya dengan Parti Komunis Malaya bagi menumpukan usaha sepenuhnya menjadikan Tanah Melayu sebagai republik Komunis. (sila rujuk foto 5 di lampiran A)

Sewaktu Perang Dunia Kedua, pihak British telah bersekutu dengan pihak Komunis untuk menyerang tentera Jepun. Seramai 200 gerila komunis telah dilatih khas oleh tentera British bagi menentang Jepun dan akhirnya gerila-gerila Melayu, China dan British telah bergabung dan membentuk Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Pada Mei 1943, ketumbukan tentera khas Force 136 telah didatangkan khas dari India menggunakan Kapal Selam ke Tanah Melayu untuk bergabung dengan MPAJA menentang Jepun. Pada 6 Mei 1947, Loi Tek, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya telah belot dan melarikan diri bersama sumber kewangan parti. Chin Peng[14][15] telah dilantik menjadi Setiausana Agung paling muda Parti Komunis Malaya iaitu pada umur 26 tahun dan beliau telah membina semula kekuatan komunis selepas itu. Pengganas komunis telah mengganas dan peristiwa kemuncak keganasan adalah sewaktu serangan berdarah ke atas Balai Polis Bukit Kepong. (sila rujuk foto 6, 7 & 8 di lampiran A) Menurut Wan Hamzah Awang (1994)[16], Rundingan Baling menjadi titik-tolak kepada kemerosotan sokongan dan kekuatan Komunis Malaya dan akhirnya mereka melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand sewaktu itu. Perjuangan Parti Komunis Malaya

H a l a m a n |12

melawan pasukan keselamatan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya tamat sewaktu Rundingan Damai Haadyai 1989.[17][18] (sila rujuk foto 9 & 10 di lampiran A)

5.2

Usaha Membanteras Pengaruh Komunisme

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada kerajaan British sebelum merdeka ataupun kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum 1963) dan Persekutuan Malaysia (selepas 1963) untuk membanteras anasir ganas komunis. Menurut Sheela Abraham. (1993),[19] antara tindakan drastik yang telah dilakukan ialah mengisytiharkan undang-undang darurat. Antaranya tindakan yang dilaksanakan sepanjang darurat ialah mengharamkan parti politik yang bersifat radikal, sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Menurut Abdul Razak Baginda. (2009), pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Menurut data dari Arkib Negara Cawangan Terengganu[20], di Terengganu sahaja terdapat sekurang-kurangnya 23 000 Home Guard terlatih. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat. (sila rujuk foto 11 & 12 di lampiran A)

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis. Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih. (sila rujuk foto 13 di lampiran A)

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada. Kad

H a l a m a n |13

pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun. (sila rujuk foto 14 di lampiran A) Sir Harold Briggs[21][22] juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuklah penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang. (sila rujuk foto 15 di lampiran A)

Langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan adalah tipis. Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila. Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11 000 nyawa terkorban, termasuk 2 500 orang awam. 5.3 Ancaman Komunis di Kawasan Kajian

Lokasi kajian yang menjadi subjek utama pengkajian mengenai komunis ini ialah di kawasan sekitar Kampung ________ dan ________. Data kajian menunjukkan bahawa kewujudan pergerakan komunis di kawasan kajian amat ketara dengan pergerakan mereka yang agresif. Ini mungkin disebabkan oleh kawasan diantara ________ dan ________ yang mempunyai litupan hutan hijau yang tebal dan sukar untuk diterokai. Maka laluan hutan seperti inilah menjadi peluang kepada pihak komunis untuk bergerak dari ________ ke ________. 5.3.1 Laluan Komunis di Kawasan Kajian

Menurut Encik ________, bekas tentera wataniah di ________ dan kini bertugas sebagai Ketua Kampung ________, pergerakan komunis di kawasan Kg. ________ yang terletak di ________

H a l a m a n |14

merupakan cabang kepada pergerakan komunis utama di ________. Menurut beliau, pada sekitar 1960-an, kawasan ________ merupakan antara kawasan hitam kerana aktiviti komunis amat ketara dan menjadi salah satu dari kawasan prioriti utama kerajaan dalam dalam usaha membanteras kegiatan komunis. (sila rujuk foto 16 di lampiran A)

Beliau sewaktu itu berpangkat prebet telah ditugaskan untuk melakukan rondaan rutin dan kawalan di sekitar pekan ________, iaitu kira-kira 30 kilometer dari bandar ________. Dalam salah satu rondaan rutin, beliau dan platunnya pernah terserempak dengan segerombolan komunis yang menurut sumber risikan dipercayai dalam perjalanan ke ________ dari selatan negeri ________. Namun kerana ketumbukan platun yang dianggotai beliau terlalu kecil jika dibandingkan dengan gerombolan komunis tersebut, maka beliau dengan arahan ketua platun terpaksa bersembunyi dan memaklumkan sumber tersebut kepada markas batalion di ________ untuk operasi selanjutnya. Setelah tiba di markas cawangan batalion di ________, ________, beliau dimaklumkan bahawa gerombolan komunis tersebut telah berjaya dilumpuhkan oleh pihak tentera di sempadan ________ dan ________.

Menurut Encik ________, Pengerusi JKKKP Kampung ________ yang pernah terlibat dalam tugas berkawal sepanjang malam di kampung untuk memastikan keselamatan kampung dari anasir-anasir komunis mengatakan bahawa ancaman komunis terhadap kampungkampung melayu di sekitar ________, ________ dan ________ di ________ boleh dikatakan pada tahap minimum. Menurut beliau lagi, sewaktu berkhidmat sebagai pengawal keselamatan kampung, tidak berlaku sebarang kes pembunuhan penduduk oleh pihak komunis. Namun menurut beliau, pernah sekali seorang penduduk kampung yang keluar menoreh di kebun getah menemui beberapa pasang pakaian seragam komunis yang berlumuran darah, beberapa paket rangsum,[23] dan kelongsong peluru senapang bertaburan. Perkara tersebut lantas dilaporkan ke Pondok Polis ________ dan pihak polis menyatakan bahawa komunis tersebut mungkin antara saki-baki komunis yang tercedera sewaktu pertempuran dengan pasukan keselamatan di ________. 5.3.2 Pembunuhan Individu Berprofil Tinggi

Menurut Encik ________, bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini menjadi Pengerusi Badan Khairat Kematian Kampung ________ pula, beliau bertugas sewaktu peristiwa darurat fasa kedua iaitu 1961 sehingga 1989. Beliau pernah ditugaskan di daerah

H a l a m a n |15

________ dan ________ di ________. Beliau bertugas selaku pengiring kepada VIP seandainya terdapat VIP yang datang ke ________ dan ________. Sewaktu itu menurut beliau, keadaan tidak selamat kerana pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi tentera dan polis menjadi antara sasaran utama pembunuhan oleh pihak komunis. Sepanjang beliau bertugas, terdapat juga amaran dari pihak risikan mengenai kehadiran pembunuh upahan pihak komunis, namun menurut beliau lagi, tiada sebarang kes pembunuhan berprofil tinggi berlaku sepanjang beliau bertugas di ________. Menurut Tan Choe Choe dan V. Vasudevan (2010),[24] keselamatan pegawai tinggi kerajaan dan juga pegawai tinggi polis dan tentera dalam bahaya kerana sentiasa menjadi sasaran pembunuhan gerila komunis. Sebagai contohnya pada tahun 1975, Ketua Pegawai Polis (CPO) Perak iaitu mendiang Datuk Khoo Chong Kong telah dibunuh. Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan, pada November 1975 Dato Seri Yuen Yuet Leng pula telah mengambil alih tugas sebagai CPO Perak. Namun akhinrya Dato Seri Yuen Yuet Leng dan keluarga turut menerima ancaman bunuh dan boleh dikatakan hampir semua CPO dan keluarga berhadapan dengan ancaman bunuh oleh pengganas komunis. Ancaman penculikan tertentu menyebabkan Dato Seri Yuen Yuet Leng telah dihantar ke Britain demi keselamatannya. Pembunuh CPO Khoo akhirnya berjaya ditangkap, diadili dan digantung. (sila rujuk foto 17 di lampiran A) Menurut J.J Raj (2007)[25], sewaktu diakhir darurat fasa kedua iaitu sekitar 1980-1989, ramai pegawai tinggi tentera, polis dan kerajaan yang menjadi mangsa pembunuhan pihak komunis. Teorinya mudah iaitu pihak komunis cuba untuk menggambarkan kepada masyarakat bahawa mereka masih berkuasa dan hebat kerana mampu membunuh pegawai tinggi tentera, polis dan kerajaan. Menurut Tuanku Abdul Rahman (1984)[26], kejayaan pihak komunis yang paling gemilang dalam operasi pembunuhan individu berprofil tinggi ialah sewaktu operasi pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney di Bukit Fraser. Menurut sumber dari web Malaya/Borneo Veterens 1948/1966[27], Sir Henry Gurney dan isterinya Lady Gurney beserta setiausaha peribadi D.J Staples dalam perjalanan ke Bukit Fraser atas urusan rasmi. Sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Fraser, kenderaan konvoi dinaiki beliau telah diserang hendap oleh gerila komunis dan telah mengorbankan Sir Henry Gurney. Sewaktu serangan, Peguam Negara sewaktu itu iaitu M.J.P Hogan dan isteri turut serta di dalam konvoi tetapi sempat memberhentikan kereta mereka sewaktu serangan. Pihak komunis tidak membunuh individu lain dan hanya membunuh Sir Henry Gurney dan pemandu kenderaannya iaitu seorang

H a l a m a n |16

pemandu melayu. Ini menunjukkan bahawa pihak komunis telah mengetahui lebih awal tentang kehadiran konvoi Sir Henry Gurney dan bilangan individu dalam konvoi dan mereka hanya menyasarkan Sir Henry Gurney untuk dibunuh. (sila rujuk foto 18 & 19 di lampiran A)

Dengan data-data yang diperolehi mengenai pergerakan komunis dan kegiatannya di sekitar kawasan kajian iaitu di Kampung Tualang dan di Kuala Kangsar menunjukkan bahawa Kampung Tualang menjadi laluan kepada pihak komunis untuk ke markas utama mereka di tengah-tengah belantara Gerik. Disebabkan oleh itulah kawasan Gerik menjadi kawasan tumpuan utama pihak tentera dan polis untuk membanteras gerakan komunis. Perak juga merupakan negeri di mana lahirnya pemimpin komunis yang paling dikehendaki iaitu Chin Peng. Chin Peng dilahirkan dan berasal dari Sitiawan, Perak. 5.4 Ciri Positif Pasukan Keselamatan dan Penentang Komunis

Menurut Halal Ismail (1994)[28], sejarah kepolisan dan ketenteraan di Tanah Melayu dan Malaysia kini bermula seawal sewaktu empayar Kerajaan Melayu Melaka lagi. Namun institusi kepolisan dan ketenteraan sewaktu tidak secara sistematik, tiada rekod rasmi dan catatan sejarah kurang jelas. Sejarah awal kepolisan dan ketenteraan yang jelas dan rasmi ialah sewaktu era penjajah Belanda. Ini kerana sewaktu era penjajahan Portugis, sistem ketenteraan dan kepolisan dikawal sepenuhnya oleh penjajah dan anak watan tidak terlibat secara langsung dalam tugasan kepolisan dan ketenteraan. Sewaktu era penjajahan Belanda bermula 14 Januari 1641, pihak Belanda terpaksa menubuhkan suatu pasukan polis yang dinamakan Burgher Guard yang pegawai tertingginya adalah dari warga Belanda dan anggota bawahannya adalah masyarakat peribumi tempatan.

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mendarat di Pulau Pinang dan telah menamakan kembali Pulau Pinang menjadi Prince of Wales Island. Untuk mengawal penduduk Pulau Pinang, Francis Light telah melantik ketua atau Captain bagi setiap kaum di pulau itu. Captain akan bertindak sebagai ketua polis bagi setiap kaum dan akan dibantu oleh 5 orang peon atau kini boleh diklasifikasikan sebagai konstabel. Pada 1836, telah diadakan pengambilan pertama pasukan polis khas yang terdiri dari warganegara eropah. Sewaktu pengambilan itu, telah berlaku rusuhan diantara dua kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang iaitu kumpulan Ghee Hin dan Toh Peh Kong dan berlanjutan sehingga kemuncaknya pada 1867. Kumpulan polis khas ini tidak mampu mengekang rusuhan kongsi gelap ini dan meminta

H a l a m a n |17

bantuan polis dari Singapura untuk meredakan keadaan. Pada 1896, Kol. R.S.F Walker telah mengasaskan Malay States Guides iaitu pasukan polis anak watan pertama. Dari sinilah bermulanya semangat kepahlawanan untuk mempertahankan tanah air dari anasir luar yang mengganggu ketenteraman awam. (sila rujuk foto 20, 21 & 22 di lampiran A) Menurut Wan Hamzah Awang (1985),[29] pihak keselamatan seperti polis dan tentera telah berusaha sepenuhnya untuk mempertahankan tanah air dari pihak-pihak yang cuba menganggu ketenteraman negara. Pengisytiharan darurat pada 1948 telah menjadikan peranan pihak polis dan tentera menjadi semakin penting dan rumit. Dengan tugas dan operasi yang rumit, berisiko tinggi dan kerap, maka ianya menuntut semangat, dedikasi dan kesungguhan dari pihak keselamatan untuk mengekalkan keharmonian tanah air. Dengan berbekalkan beberapa ciri positif, pihak keselamatan telah berjaya menempuhi tempoh jerih-perih darurat fasa pertama dan kedua. Terdapat beberapa ciri positif yang ada pihak keselamatan yang dapat diperoleh.

5.4.1

Semangat Kental

Menurut Wan Hamzah Awang (1994)[30], pasukan keselamatan seperti polis dan tentera sewaktu peristiwa darurat sentiasa berada dalam siapsiaga untuk terlibat dalam sebarang operasi. Menurut beliau, sewaktu Rundingan Baling diadakan diantara Tuanku Abdul Rahman dan juga Chin Peng di daerah Baling, Kedah, pasukan keselamatan sentiasa bersiapsedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan dari pihak komunis. Ini kerana menurut beliau, antara syarat utama pihak komunis untuk berunding ialah tiada kawalan keselamatan dan kehadiran anggota polis atau tentera yang ramai di kawasan rundingan. Ini berkemungkinan sebagai langkah berjaga-jaga pihak komunis untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam rundingan tersebut. Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menepati syarat pihak komunis. Menurut Sheela Abraham (1993)[31], semangat pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan negara dari ancaman pihak pengganas amat tinggi kerana beberapa faktor. Antara faktor yang mendorong kepada wujudnya semangat kental dalam diri setiap anggota pasukan keselamatan adalah kerana mereka berjuang untuk mempertahankan tanah air dan ahli keluarga mereka. Malah sokongan yang diberikan kepada pasukan keselamatan dari pelbagai pihak turut menjadikan semangat mereka sentiasa kental dan teguh dalam

H a l a m a n |18

menjalankan tugas. Faktor kematian rakan seperjuangan turut menjadi pemangkin untuk menggalas tugas menghapuskan anasir agresif komunis. Mereka menjadi bersemangat untuk membalas dendam kerana kematian rakan seperjuangan. 5.4.2 Sanggup Berkorban

Menurut Harry Miller (1972), sewaktu peristiwa darurat fasa pertama iaitu bermula 1948 sehingga 1960, kekuatan anggota keselamatan sewaktu itu tidak terlalu besar dan kuat dan penentangan dari pihak komunis pula amat hebat dan kerap berlaku serangan kepada pihak awam dan pihak keselamatan. Walaupun kekuatan pihak keselamatan tidak terlalu besar dan kuat, keganasan komunis dapat dikekang dengan berkesan. Menurut petikan akhbar Berita Harian pada 8 September 2011[32] ,serangan yang menjadi ingatan dalam lipatan sejarah darurat negara ialah peristiwa berdarah serangan ke atas balai polis Bukit Kepong. Serangan oleh komunis ini telah diarahkan oleh salah seorang pimpinan Angkatan Pemuda Insaf iaitu Mat Indera.[33][34] (sila rujuk foto 23, 24 & 25 di lampiran A) Dato Jins Shamsuddin melalui filem arahannya iaitu berjudul Bukit Kepong (1982) [35][36], telah memaparkan secara visual lakonan filem bagaimana tingginya semangat kental anggota polis mempertahankan balai polis mereka dari serangan pihak komunis. Menurut Harry Miller (1972) pula, peristiwa Bukit Kepong telah menyebabkan 14 anggota polis, 8 polis bantuan dan 5 orang awam iaitu anak dan isteri anggota polis telah terkorban. Kesemua anggota polis tetap bertahan dalam serangan bertubi-tubi dari pihak komunis. Walaupun terdapat sedikit kekeliruan mengenai rentetan berlakunya peristiwa Bukit Kepong seperti yang didedahkan oleh Imam Majid[37] iaitu salah seorang jawatankuasa tertinggi Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seangkatan dengan Mat Indera, peristiwa Bukit Kepong tetap dikenang dalam lipatan sejarah sebagai suatu peristiwa berdarah negara. (sila rujuk foto 26 di lampiran A) 5.4.3 Tegas dan Amanah

Menurut Abdul Rahman Putra (1984), sewaktu peristiwa darurat fasa pertama (1948-1960) dan fasa kedua (1961-1989), pihak keselamatan negara telah menjalankan tugas dengan sebaiknya. Menurut beliau lagi, ramai pegawai tinggi pihak keselamatan menerima pelbagai pelawaan makan suap dari pihak komunis untuk mengelakkan mereka dari dikenakan tindakan atas perbuatan ganas mereka. Namun disebabkan tingginya sifat tegas dan amanah anggota

H a l a m a n |19

keselamatan, pelawaan wang suapan tersebut ditolak walaupun ianya sungguh lumayan. Menurut Abdul Rahman Putra, sikap mementingkan negara, ilmu keagamaan dan adat resam menjadi antara penghalang utama kepada anggota keselamatan dari menerima makan suap.

Menurut Halal Ismail (1994), antara nilai-nilai murni dalam kepolisan yang diterapkan sewaktu latihan di Pusat Latihan Polis di seluruh negara ialah nilai ketegasan dan amanah. Walaupun pihak polis mengamalkan sikap tegas dan beramanah dalam menjalankan tugas, sifat mesra tetap diamalkan bagi memastikan hubungan diantara polis dan masyarakat sentiasa kekal terjalin. Dengan ikatan yang erat antara masyarakat dan polis, maka ini memudahkan kepada masyarakat untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam apa-apa siasatan. Ianya bersesuaian dengan moto Polis Diraja Malaysia iaitu Mesra, Cepat dan Betul. (sila rujuk foto 27 di lampiran A) 5.5 Kesan-Kesan Darurat

Peristiwa darurat yang berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama (1948-1960) dan fasa dua (1961-1989) telah memberikan pelbagai impak kepada tanah air. Secara realistiknya impak negatif lebih banyak berbanding impak positif. Impak negatif yang wujud kesan daripada darurat telah menyedarkan masyarakat bahawa tiada siapa yang dapat memberikan kemakmuran kepada tanah air kita kecuali kita sendiri. Setelah penjajahan selama 400 tahun bermula seawal 1511 sehinggalah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, tanah air telah melalui pelbagai pengalaman pahit yang memeritkan jiwa. Impak negatif peristiwa darurat kepada negara dapat dibahagikan kepada beberapa aspek seperti impak kepada ekonomi, impak kepada sosial dan impak kepada sistem politik. (sila rujuk foto 28 di lampiran A)

5.5.1

Impak Kepada Ekonomi

Menurut Abdul Razak Baginda (2009)[38], darurat telah menekan ekonomi negara dan menyebabkan pembangunan negara sedikit lembap dan terencat kerana kerajaan terpaksa menyeimbangkan perbelanjaan kepada awam dan perbelanjaan untuk keselamatan. Menurut beliau, dalam tempoh darurat pertama iaitu 1948-1969, sekitar $321 juta dibelanjakan oleh kerajaan British sewaktu itu untuk membaikpulih kemudahan keselamatan yang terjejas akibat perang dunia kedua dan membekalkan senjata dan membina ketumbukan ketenteraan baru. Penentangan yang hebat dari gerakan komunis telah menyebabkan pihak British membekalkan

H a l a m a n |20

peruntukan kewangan yang besar dan segera kepada bidang keselamatan dan menyebabkan pembaikan dan pembinaan kemudahan awam menjadi lembap. (sila rujuk foto 29 & 30 di lampiran A)

Bagi darurat kedua iaitu 1961-1989, beliau menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau kerajaan Persekutuan Malaysia setelah bergabung pada 1963[39], telah menghadapi tekanan ekonomi yang cukup kuat. Ini menyebabkan Malaysia terpaksa memohon geran pinjaman kewangan daripada International Monatery Fund (IMF)[40][41] dan meminta bantuan tentera komanwel[42][43] seperti dari Australia, New Zealand, Fiji dan sebagainya. Dengan bantuan dari pelbagai pihak akhirnya negara dapat mengharungi peristiwa pahit getir ini dengan jaya walaupun menanggung impak negatif yang tinggi. 5.5.2 Impak Kepada Sosial

Darurat turut memberikan kesan kepada sosial negara. Menurut Mohmed Jalut Yamin (2011), sewaktu peristiwa darurat di negeri Perak, Kampung ________ menjadi antara laluan utama pengganas komunis untuk menuju ke markas utama mereka di kawasan hutan Gerik. Setelah pihak polis dan tentera wataniah yang berkawal di kawasan kampung tersebut memberikan amaran berkenaan kegiatan komunis melalui kampung tersebut, penduduk kampung menjadi cemas dan banyak kegiatan kehidupan seharian yang tergendala. Sebagai contoh menurut beliau, kegiatan menoreh getah tidak dapat dijalankan sewaktu aktiviti malam dan awal pagi kerana kebimbangan kehadiran komunis di ladang. Pendapatan penduduk merosot, pengeluaran bahan mentah menurun dan aktiviti kehidupan masyarakat terhad. Ini menyebabkan impak negatif yang tinggi kepada sosial masyarakat. (sila rujuk foto 31 di lampiran A)

5.5.3

Impak Kepada Politik

Menurut Abdul Razak Baginda (2009), peristiwa darurat turut memberikan impak negatif kepada sistem politik dalam negara. Menurut beliau, banyak parti politik yang tidak sehaluan dengan pemerintahan kerajaan British sewaktu peristiwa darurat fasa pertama telah dihalang sepenuhnya dari berkembang dan bergerak aktif. Hanya parti politik yang sehaluan dengan pihak British sahaja yang dibenarkan bergerak aktif seperti UMNO, MIC dan juga MCA. Itupun setelah mendapat desakan dari pihak Raja-Raja Melayu dan rakyat jelata.

H a l a m a n |21

Sewaktu menjelang kemerdekaan dalam pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu[44][45], terdapat beberapa buah parti politik yang dibenarkan oleh pihak British seperti Parti Negara (IMP)[46][47], Parti Islam SeMalaysia (PAS)[48][49] dan sebagainya. Kesemua parti ini telah dibenarkan untuk bertanding sewaktu pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu tersebut. Sewaktu peristiwa darurat fasa kedua pihak kerajaan telah memantau secara rapat pergerakan parti politik berhaluan kiri bagi memastikan tiada anasir-anasir komunis meresap masuk melalui parti berhaluan kiri di Tanah Melayu sebelum 1963 dan di dalam Persekutuan Malaysia selepas 1963.

6.0

RUMUSAN

Secara konklusinya dapat disimpulkan bahawa kronologi peristiwa darurat sama ada fasa pertama (1948-1960) dan fasa kedua (1961-1989) banyak memberi impak dan pengalaman kepada negara. Keberadaan kita yang terlalu mudah mengikut hasutan menyebabkan ada antara kita yang terlibat dalam aktiviti subversif yang berkemungkinan akan menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan negara terganggu. Peristiwa darurat ini turut memberikan impak negatif kepada negara sama ada dari sudut ekonomi, politik dan juga sistem sosial.

Kesengsaraan pihak keselamatan sama ada polis atau tentera harus dijadikan sebagai teladan kerana tanpa semangat kental, sanggup terkorban dan juga tegas dan beramanah dalam menjalankan tugas, maka tidak mungkin kita hidup seperti ini. Kewujudan semangat tersebut secara tidak langsung menjadi benteng kepada para perajurit negara dalam menjalankan tugas dan tidak sewenang-wenangnya menjual maruah dan harga diri negara kepada individu lain. Dengan itu, generasi Y atau generasi muda hendaklah berusaha untuk menerapkan nilai keagamaan dalam diri dan diamalkan dengan sebaiknya.
[1]

[2]

Pasca menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), membawa maksud awalan asing sesudah, selepas, setelah. Konfrontasi Indonesia-Malaysia adalah bangkangan politik dari tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota /naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

H a l a m a n |22

[3]

Pemberontakan Brunei adalah tragedi yang berlaku pada 8 Disember 1962. Para pemberontak mula melancarkan serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), balai polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia. Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia. [4] Semasa perarakan Maulidur Rasul di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan. Kekacauan itu turut merebak ke kawasankawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23 Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2 Ogos, selepas 11 hari. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera. [5] Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. [6] Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi pula menunjukkan jumlah kematian kaum Melayu ialah 86, orang Cina 342 orang dan kaum-kaum lain 3 orang. Walaubagaimanapun, statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. [7] Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dilayari pada 21 September 2011 di URL http://prpm. dbp.gov.my [8] Advanced English Dictionary. (2009). Selangor: Chambers Harrap Publishers Ltd [9] Darurat. Diakses pada 1 September 2011, di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat [10] Justitium merupakan salah satu dalam konsep hukum perundangan Rom. Ianya menyamai pengisytiharan darurat (pada waktu kini). Konsep undang-undang ini kebiasaannya dijalankan seandainya berlaku kematian pemerintah tertinggi kerajaa (raja), sewaktu tempoh berlakunya kekosongan pemerintahan/kerajaan (konsep interregnum) dan juga sewaktu berlakunya peperangan atau penaklukan negara oleh kuasa luar. [11] Harry Miller. (1972). Jungle War In Malaya. Singapura: Eastern Universities Press. [12] Menurut Harry Miller (1972) dalam judul Jungle War In Malaya, perkataan Nanyang membawa maksud Lautan Selatan iaitu merujuk kepada wilayah-wilayah Asia Selatan. [13] Nguen Ai Quoc atau nama lainnya Ho Chi Minh merupakan individu yang bertanggungjawab melancarkan perang revolusi terhadap penjajahan Perancis di Indo-China dan mengasaskan Viet-Chong untuk menekan kuasa imperialis kapitalis keluar dari Indo-China. [14] Chin Peng. Diakses pada 18 September 2011 di URL http://www.answers.com/topic/chinpeng [15] Chin Peng (Ong Boon Hua) dilahirkan pada 1924 di Sitiawan. Ayahnya seorang tukang basikal. Menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 pada usia 26. Seorang individu berkarisma dan berwawasan dalam mengejar cita-cita.

H a l a m a n |23

[16]

Wan Hamzah Awang. (1994). Baling : Membuka Jalan Damai. Kajang: Massa Enterprise Sdn. Bhd. [17] Rundingan Damai Haadyai 1989. Dilayari pada 21 September 2011 di URL http://ms. wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989 [18] Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Antara isi kandungan perjanjian ialah PKM akan meletakkan senjata sepenuhnya kepada pihak Malaysia ataupun Thailand dan kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah memberikan perlindungan dan pengampunan kepada bekas-bekas komunis untuk kembali ke tanah air dan menjalani kehidupan baru sebagai masyarakat kebanyakan. [19] Sheela Abraham. (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. [20] Malaysia. S.U.K Terengganu. (1955). Disbandment of Homeguard Units. Kuala Terengganu. Jabatan Arkib Cawangan Terengganu. (No. Fail S.U.K.Tr (Gen) 697) [21] Harold Rawdon Briggs. Diakses pada 21 September 2011 di URL http://en.wikipedia. org/wiki/Harold_Rawdon_Briggs [22] Jeneral Sir Harold Briggs menjalankan tugas bermula 1950 sebagai Ketua Operasi AntiKomunis di Tanah Melayu. Rancangan beliau ialah dengan menghalang bekalan makanan, ubatan dan kelengkapan hidup pihak komunis. Untuk menjayakannya, beliau memperkenalkan Rancangan Perang Saraf Briggs dan petempatan semula semua penduduk yang terdedah kepada anasir komunis iaitu seramai 500,000 orang ke beberapa kampung baru. [23] Rangsum menurut Kamus Dewan Edisi Keempat di halaman 1285 membawa maksud catuan makanan dan lain-lain: memberi makanan kepada askar, tahanan dan lain-lain. [24] Choe, Tan Choe. (27 Jun 2010). Tough job to reopen case after 36 years. New Straits Time. Diakses pada 21 September 2011 di URL http://www.detnews.com/2005/ autosider/0505/06/A01-173553.htm. [25] Raj, J.J (jr.). (2007). The Struggle For Malaysian Independence. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. [26] Abdul Rahman Putra. (1984). Malaysia: The Road To Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. [27] Death of Sir Henry Gurney. Diakses pada 21 September 2011 di URL http://askari_ mb.tripod.com/id6.htm [28] Halal Ismail. (1994). Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara. [29] Wan Hamzah Awang. (1985). Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. [30] Wan Hamzah Awang. (1994). Baling : Membuka Jalan Damai. Kajang: Massa Enterprise Sdn. Bhd. [31] Sheela Abraham. (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. [32] Berita Harian. (8 September 2011). Mat Indera Rancang Serangan Ke Atas Bukit Kepong, 23. [33] Mat Indera: Sejarah Perjuangan. Diakses pada 20 September 2011 di URL http://biodatatokoh.blogspot.com/2011/09/mat-indera-sejarah-perjuangan.html [34] Nama sebenarnya ialah Ahmad Bin Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Seorang hafaz Quran dan murid kepada Kiai Haji Fadzil Bentan dan Tuan Haji Yasin (Ayah kepada Dato Seri Muhyidin Yassin). Berjuang bersama API dan komunis bermula 1948 dan mengarahkan serangan ke atas bukit kepung sebelum ditangkap pada malam 14 oktober 1952. Beliau dihukum gantung sampai mati pada jam 11 malam, 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

H a l a m a n |24

[35] [36]

Jins Shamsudin. (Pengarah). (1982). Bukit Kepong. Jins Shamsudin Productions. Bukit Kepong (filem). Diakses pada 21 September 2011 di URL http://www.imdb.com /title/tt0082112/ [37] Imam Majid (PKMM) Pejuang Kemerdekaan?. Diakses pada 19 September 2011, di URL http://teratakkampungku.blogspot.com/2011/09/imam-majidpkmm-pejuangkemerdekaan.html [38] Abdul Razak Baginda. (2009). Malaysias Defense & Security Since 1957. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Center. [39] Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. [40] International Monatery Funds (IMF). Diakses pada 21 September 2011 di URL http:// www.imf.org/external/index.htm [41] International Monetary Fund (IMF) merupakan sebuah badan internegara yang menguruskan kewangan luar negara negara anggota dalam bentuk sistem kewangan makroekonomi. Antara objektif utama penubuhan badan ini ialah untuk menstabilkan kewangan di peringkat antarabangsa. Malah badan ini turut berfungsi membantu negara anggota dalam aspek pemberian pinjaman segera, pembayaran hutang antara negara anggota dan menghulurkan bantuan kepada mana-mana negara anggota dalam kesusahan. [42] Commonwealth of Nations. Dilayari pada 21 September 2011 di URL http://www. thecommonwealth.org/ [43] Pertubuhan Negara Komanwel atau Commonwealth of Nations atau lebih dikenali sebagai British Commonwealth, ialah sebuah badan antarabangsa yang melibatkan 44 buah negara yang telah merdeka dari jajahan empayar British. Komanwel bukanlah satu kesatuan politik tetapi lebih menumpukan kepada proses mempromosikan sistem demokrasi, hak asasi manusia, pengurusan kerajaan yang baik, hukum undang-undang, kebebasan individu, perdagangan bebas dan keamanan dunia. [44] Ke arah Mencapai Kemerdekaan. Diakses pada 19 September 2011 di URL http://www. malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/ke-arah-mencapai-kemerdekaan [45] Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam SeMalaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak. [46] Parti Negara. Diakses pada 18 September 2011 di URL http://en.wikipedia.org /wiki/Parti_Negara [47] Merupakan parti berasaskan orang melayu seperti Parti Independence of Malaya Party (IMP) tahun 1953. Secara rasmi diasaskan pada Februari 1954. Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, iaitu bekas presiden UMNO yang pertama setelah beliau kehilangan kuasa. Parti ini tidak mendapat sokongan orang melayu kerana bertindih sokongan dengan UMNO. Pada Pilihanraya 1955 menunjukkan Parti Negara tidak memenangi apa-apa kerusi dan hanya pada Pilihanraya Umum Tanah Melayu pada 1959 barulah Parti Negara memenangi sebuah kerusi parlimen di Terengganu oleh Dato Onn sendiri. [48] Parti Islam Semalaysia (PAS). Diakses pada 18 September 2011 di URL http://ms. wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_SeMalaysia

H a l a m a n |25

[49]

Parti Islam Se-Malaysia telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Kini PAS merupakan sebahagian dari Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PKR dan PAS.

H a l a m a n |26

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Putra. (1984). Malaysia : The Road To Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Abdul Razak Baginda. (2009). Malaysias Defense & Security Since 1957. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Center. Advanced English Dictionary. (2009). Selangor: Chambers Harrap Publishers Ltd. Arkib negara Malaysia. (2009). 50 Tahun Tamat Darurat. Diakses pada 14 September di URL http://www.arkib.gov.my/50_tahun_tamat_darurat Berita Harian. (8 September 2011). Mat Indera Rancang Serangan Ke Atas Bukit Kepong, 23. Bukit Kepong Incident. Diakses pada 21 September 2011 di URL 2011

http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Kepong_Incident Bukit Kepong (filem). Diakses pada 21 September 2011 di URL

http://www.imdb.com/title/tt0082112/ Chin Peng. Diakses pada 18 September 2011 di URL http://www.answers.com/topic/chin-peng Commonwealth of Nations. Dilayari pada 21 September 2011 di URL

http://www.thecommonwealth.org/ Darurat Tanah Melayu. Diakses pada 1 September 2011, di URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu Darurat. Diakses pada 1 September 2011, di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat Death of Sir Henry Gurney. Diakses pada 21 September 2011 di URL

http://askari_mb.tripod.com/id6.htm Federal Police. (1960). Emergency Measures - Ending of The Emergency Celebration. Kuala Terengganu. Jabatan Arkib Negara Cawangan Terengganu. (No. Fail 44/33/1) Federal Police. (1953). New Villages (Resettlement) - Check on Movements In and Out. Kuala Terengganu. Jabatan Arkib Negara Cawangan Terengganu. No Fail 76/5) Gerakan Komunis Tanah Melayu. Diakses pada 6 September 2011, di URL

http://www.arkib.gov.my/gerakan_komunis_tanah_melayu Halal Ismail. (1994). Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara. Harry Miller. (1972). Jungle War In Malaya. Singapura: Eastern Universities Press. Harold Rawdon Briggs. Diakses pada 21 September 2011 di URL

http://en.wikipedia.org/wiki/Harold_Rawdon_Briggs

H a l a m a n |27

Imam Majid (PKMM) Pejuang Kemerdekaan?. Diakses pada 19 September 2011, di URL http://teratakkampungku.blogspot.com/2011/09/imam-majidpkmm-pejuangkemerdekaan.html International Monatery Funds (IMF). Diakses pada 21 September 2011 di URL

http://www.imf.org/external/index.htm Jins Shamsudin. (pengarah). (1982). Bukit Kepong. Jins Shamsudin Productions. Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ke arah Mencapai Kemerdekaan. Diakses pada 19 September 2011 di URL

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/ke-arah-mencapai-kemerdekaan Kisah Pemisahan Malaysia-Singapura. Dilayari pada 13 September 2011 di URL

http://graduanmelayumuda.blogspot.com/2009/08/9-ogos-1965-kisah-pemisahansingapura.html Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Dilayari pada 3 September 2011 di URL http://arieramadhatus. wordpress.com/2010/03/03/konfrontasi-indonesia-malaysia/ Mat Indera: Sejarah Perjuangan. Diakses pada 20 September 2011 di URL http://biodatatokoh.blogspot.com/2011/09/mat-indera-sejarah-perjuangan.html Malaysia. S.U.K Terengganu. (1955). Disbandment of Homeguard Units. Kuala Terengganu. Jabatan Arkib Cawangan Terengganu. (No. Fail S.U.K.Tr (Gen) 697) Mohd Kasri Bin Saidon.(2007). Darurat Di Tanah Melayu 1948-1960: Strategi Dan Kesan Terhadap Kedah. Pulau Pinang: Usm. Tesis Ijazah Sarjana. Mohd Yusop Saad. (29 Ogos 2011). Darurat : Peranan Askar Wataniah. [interview] Mohmed Jalut Yamin. (31 Ogos 2011). Darurat di Perak. [interview] Othman Mohd Yusop. (1 September 2011). Pasukan Polis Hutan dan Darurat. [interview] Parti Islam Semalaysia (PAS). Diakses pada 18 September 2011 di URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_SeMalaysia Parti Negara. Diakses pada 18 September 2011 di URL

http://en.wikipedia.org/wiki/Parti_Negara Pembentukan Malaysia 1963. Diakses pada 17 September 2011 di URL

http://www.arkib.gov.my/penubuhan_malaysia Pemberontakan Brunei (1962-1966). Dilayari pada 12 September 2011 di URL

http://www.almujtaba.com/malay/Al-Shia.Com%20Indonesian%20Page/AlShia.Com%20Indonesian%20Page/www.al-shia.com/html/id/service/Info-NegaraMuslim/Brunei%20Darussalam.htm

H a l a m a n |28

Peristiwa

Bukit

Kepong.

Diakses

pada

21

September

2011

di

URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong Peristiwa 13 Mei 1969. Diakses pada 21 September 2011 di URL http://wanville.wordpress.com /2008/01/31/peristiwa-13-mei-1969-jadi-pengajaran/ Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dilayari pada 21 September 2011 di URL

http://prpm.dbp.gov.my Psychological Warfare of the Malayan Emergency, 1948-1960. Diakses pada 1 September 2011, di URL http://www.psywar.org/malaya.php Raj, J.J (jr.). (2007). The Struggle For Malaysian Independence. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Rundingan Baling 1955. (2010). Diakses pada 10 September 2011 di URL http://www. malaysiasensasi.net/2009/11/rundingan-baling-1955.html. Rundingan Damai Hatyai 1989. Dilayari pada 21 September 2011 di URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989 Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura. Dilayari pada 17 September 2011 di URL http://lamankm2b.tripod.com/cgi-bin/m/KM2A1/4564.html Sheela Abraham. (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Choe, Tan Choe. (27 Jun 2010). Tough job to reopen case after 36 years. New Straits Time. Diakses pada 21 September 2011 di URL http://www.detnews.com/2005/

autosider/0505/06/A01-173553.htm. Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). (2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiew, Wai Sin. (2002). Sejarah Zaman Darurat 1948-1960: Satu Kajian Bibliografi Beranotasi. M.A Tesis. Universiti Malaya. Wan Hamzah Awang. (1985). Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Wan Hamzah Awang. (1994). Baling : Membuka Jalan Damai. Kajang: Massa Enterprise Sdn. Bhd. Yuen Yuet Leng. Dilayari pada 21 September 2011 di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/Yuen_Yuet_Leng

H a l a m a n |29

LAMPIRAN A

Foto 1 : Arkib Negara Cawangan ________ di Bangunan Wisma Persekutuan ________.

Foto 2 : Encik ________, bekas tentera wataniah di ________ dan kini Ketua Kampung ________ bersama isteri.

H a l a m a n |30

LAMPIRAN A

Foto 3 : Encik ________, bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini menjadi Pengerusi Badan Khairat Kematian Kampung ________.

Foto 4 : Encik ________ (kanan), Pengerusi JKKKP Kampung ________ yang pernah terlibat dalam tugas berkawal sepanjang malam di kampung untuk memastikan keselamatan kampung dari anasir-anasir komunis. (duduk depan perahu)

H a l a m a n |31

LAMPIRAN A

Foto 5 : Wakil komunis China yang dilatih khas di Moscow iaitu Nguen Ai Quoc @ Ho Chi Minh yang menubuhkan Parti Komunis Malaya.

Foto 6 : Tentera Malayan People Anti-Japanese Army yang mendapat sokongan British berjuang secara gerila menentang Jepun.

H a l a m a n |32

LAMPIRAN A

Foto 7 : Pasukan Task Force 136 yang dibawa khas dari India untuk membantu MPAJA menentang Jepun secara gerila.

Foto 8 : Loi Tek, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya pertama yang belot dan melarikan kewangan PKM.

H a l a m a n |33

LAMPIRAN A

Foto 9 : Rundingan Baling diantara kerajaan Tuanku Abdul Rahman, Sir David Marshall dan Chin Peng. Sumber : http://wasiatpejuang.blogspot.com/2011/07/kegagalan-rundingan-balingdan.html

Foto 10 : Rundingan Damai Haadyai 1989 antara Kerajaan Persekutuan Malaysia dan pihak Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Thailand sebagai orang tengah. PKM meletak senjata secara rasmi.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Perjanjian_haadyai.jpg

H a l a m a n |34

LAMPIRAN A

Foto 11 : Ketumbukan Tentera Gurkha sewaktu penentangan terhadap Jepun. Sumber : http://paspangkor.blogspot.com/2011/09/lagi-kisah-mat-indera.html

Foto 12 : Tentera dari Fiji, bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel diterima Tanah Melayu untuk membanteras pengganas Komunis. Sumber : http://paspangkor.blogspot.com/2011/09/lagi-kisah-mat-indera.html

H a l a m a n |35

LAMPIRAN A

Foto 13 : Kawasan putih pertama di Melaka yang bebas dari kegiatan dan pengaruh komunis. Sumber : http://foto-antik.blogspot.com/2009/07/darurat-1948-1960.html

Foto 14 : Tentera British dan tentera Melayu sedang menyoalsiasat seorang penduduk Cina bagi mendapatkan maklumat mengenai Komunis.

H a l a m a n |36

LAMPIRAN A

Foto 15 : Lt Gen Sir Harold Rawdon Briggs yang bertanggungjawab memperkenalkan perang saraf, kawasan hitam putih dan gerakan kelaparan dalam mengekang kemaraan dan keganasan komunis. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Harold_Rawdon_Briggs

Foto 16 : Pihak tentera sewaktu operasi ketenteraan memburu pengganas komunis di kawasan hutan di Gerik, Perak Sumber : http://blog2-pas.blogspot.com/2011/08/batu-gajah-mari_29.html

H a l a m a n |37

LAMPIRAN A

Foto 17 : Dato Seri Yuen Yuet Leng adalah pegawai polis Malaysia dari kalangan kaum Cina Malaysia. Jasa penting beliau ialah menentang komunis Beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 1950-1984. Beliau menjadi Komisioner Polis Sarawak pada tahun 1984 Sumber : http://miakbaitkenyalang.blogspot.com/2011/05/yuen-yuet-leong-wirayang-tak-didendang.html

Foto 18 : Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney merupakan British High Commissioner in Malaya (1 Oktober 1948 6 Oktober 1951), meninggal sewaktu serangan hendap Komunis di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurney

H a l a m a n |38

LAMPIRAN A

Foto 19 : Upacara penyemadian Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney di Cheras kerana meninggal sewaktu serangan hendap Komunis di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Sumber : http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/22/the-fightagainst-terrorism-since-aug-1945/

Foto 20 : Pasukan polis Francis Light Peagent yang merupakan polis rasmi pertama di Negeri-negeri Selat. Sumber : Halal Ismail. (1994). Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.

H a l a m a n |39

LAMPIRAN A

Foto 21 : Pada 1896, Kol. R.S.F Walker telah mengasaskan Malay States Guides iaitu pasukan polis anak watan pertama. Sumber : Halal Ismail. (1994). Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.

Foto 22 : Lt. Colonel Robert Sandilands Frowd Walker C.M.G. (juga dikenali sebagai R. S. F. Walker) (13 Mei 1850 16 Mei 1917) bertanggungjawab mengasaskan Malay States Guides iaitu pasukan polis anak watan pertama. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Sandilands_Frowd_Walker

H a l a m a n |40

LAMPIRAN A

Foto 23 : Anggota polis balai polis Bukit Kepong yang mempertahankan balai polis mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sumber : http://kulaanniring.blogspot.com/2011/09/mat-sabu-vs-anggota-polisbukit-kepong.html

Foto 24 : Keadaan balai polis Bukit Kepong yang hangus terbakar setelah semalaman menerima serangan sengit dari pihak komunis. Sumber : http://kulaanniring.blogspot.com/2011/09/mat-sabu-vs-anggota-polisbukit-kepong.html

H a l a m a n |41

LAMPIRAN A

Foto 25 : Mat Indera yang berjaya ditahan pihak polis dan dihukum gantung sampai mati setelah disabit kesalahan menyerang dan membunuh anggota polis. Sumber : http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/09/mat-inderaindra-2.jpg

Foto 26 : Filem Bukit Kepong arahan Dato Jins Shamsudin yang menggambarkan realiti serangan komunis terhadap balai polis Bukit Kepong. Sumber : http://jomss.blogspot.com/2011_01_23_archive.html

H a l a m a n |42

LAMPIRAN A

Foto 27 : Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaparkan moto PDRM iaitu Mesra, Cepat dan Betul. Sumber : http://www.polistrg.gov.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id= 486&Itemid=292

Foto 28 : Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Sumber : http://www.cpps.org.my/sub_page.aspx?catID=2&ddlID=522

H a l a m a n |43

LAMPIRAN A

Foto 29 : Tentera Jepun menyeksa penduduk awam dan menyebabkan banyak kemusnahan kepada negara. Sumber : http://khai79.blogspot.com/2010/12/kebrutalan-tentera-jepun-semasaww2.html

Foto 30 : Tentera Jepun mengebom pertahanan tentera berikat menggunakan mortar berat dan menyebabkan kemusnahan kepada infrastruktur awam. Sumber : http://takusahrisau.wordpress.com/2011/01/

H a l a m a n |44

Foto 30 : Kad Ration makanan yang dikeluarkan oleh pihak British untuk penduduk Kg. Baru bagi mengelakkan mereka membekalkan makanan, ubatan dan pakaian kepada pengganas Komunis. Sumber : http://takusahrisau.wordpress.com/2011/01/

H a l a m a n |45

You might also like