You are on page 1of 7

program satu daerah satu industri

program satu daerah satu industri telah


diperkenalkan sebagai satu kampung satu
produk (sksp) pada tahun 1992. pada tahun
2002, program ini dikembangkan menjadi satu
kampung satu industri (sksi) dan setahun
kemudian ditukar kepada satu daerah satu
industri (sdsi) yang mencakupi skop yang lebih
luas.
program sdsi yang dilaksanakan ketika ini
berkonsepkan pembangunan produk atau
perkhidmatan yang beridentitikan satu daerah
yang dihasilkan secara komersial untuk menarik
minat pelancong ke daerah tersebut. program ini
menjurus ke arah pembangunan budaya
masyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus
memupuk keharmonian bermasyarakat melalui
aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti. konsep
baru dilaksanakan pula berorientasikan model
perniagaan yang lebih berdaya tahan dan
berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai
tambah yang tinggi untuk mendapat manfaat
sepenuhnya.
melalui konsep ini, sdsi tidak dianggap semata-
mata pekerjaan sampingan dan pendapatan
tambahan, atau sebahagian daripada program
pembasmian kemiskinan, tetapi sebagai salah
satu bentuk perniagaan yang menjana potensi /
prospek yang menjamin pendapatan berterusan.
teras utama konsep baru adalah:
i) penyelarasan serta pelaksanaan secara
menyeluruh dan bersepadu dengan
mengenal pasti satu atau lebih produk
atau perkhidmatan utama bagi sesuatu
daerah untuk dibangun dan
dikembangkan.
ii) pemantapan proses perniagaan
melalui pewujudan mekanisme
pemasaran yang tersusun bertunjangkan
maklumat pasaran, penjenamaan dan
pengurusan pengeluaran yang
berorientasikan perniagaan.
selain itu, konsep baru program sdsi ini
menggunakan kaedah pengelompokan
(clustering) bagi menyokong dan menggerakkan
keseluruhan rantaian nilai dari peringkat
bekalan sumber bahan mentah, tahap
pengeluaran dan seterusnya pengedaran dan
pemasaran. pendekatan setiap aktiviti di
sepanjang rantaian nilai dalam setiap program
sdsi hendaklah memberikan nilai tambah
kepada aktiviti berkenaan.
sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan
satu jentera pentadbiran khas bagi memastikan
kerjasama penuh antara pihak kerajaan dengan
swasta diwujudkan pada pelbagai peringkat
yang merangkumi daerah, negeri dan
kementerian.
jentera penyelarasan pelaksanaan program sdsi
adalah seperti berikut:-
peringkat kebangsaan
i) jawatankuasa peringkat kebangsaan
merupakan badan utama yang
mengawasi, menyelaras serta
menilai kemajuan pelaksanaan
danmemuruskan dasar serta
strategi pelaksanaan program
sdsi. jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh timbalan
perdana menteri malaysia.
ii) jawatankuasa peringkat agensi
merupakan badan pada peringkat
pegawai yang memastikan
keputusan jawatankuasa
peringkat kebangsaan
dilaksanakan. jawatankuasa ini
juga bertanggungjawab
menangani isu dan masalah
pelaksanaan dasar serta strategi
program sdsi. unit penyelarasan
pelaksanaan (icu), jabatan
perdana menteri
dipertanggungjawab sebagai
pengerusi bagi jawatankuasa ini.
iii) jawatankuasa kerja (di kementerian
berkaitan)
merupakan badan pada peringkat
kementerian yang
bertanggungjawab secara
langsung dalam penyelarasan
pelaksnaan program sdsi.
jawatankuasa ini
bertanggungjawab memastikan
keputusan jawatankuasa
peringkat kebangsaan dan
jawatankuasa peringkat agensi
dilaksanakan. jawatankuasa ini
juga perlu menangani isu dan
masalah pelaksanaan program /
projek di bawah bidang kuasa
kementerian masing-masing
yang relevan. bidang kuasa ini
terbahagi kepada tujuh (7)
jawatankuasa iaitu; jawatankuasa
kerja produk makanan,
jawatankuasa kerja homestay,
jawatankuasa kerja produk kraf,
jawatankuasa kerja
pembangunan keusahawanan,
jawatankuasa kerja pemasaran
dan promosi, jawatankuasa kerja
industri desa, jawatankuasa kerja
sawari.
peringkat negeri
i) jawatankuasa peringkat negeri
bertanggungjawab memastikan
keputusan jawatankuasa
peringkat kebangsaan dan
jawatankuasa peringkat agensi
dilaksanakan. jawatankuasa
peringkat negeri juga perlu
menangani isu dan masalah
pelaksanaan program sdsi di
negeri masing-masing. di
peringkat ini, menteri besar dan
juga jabatan pembangunan
persekutuan / pejabat
pembangunan negeri
bertanggungjawab melaksanakan
segala aktiviti di peringkat
negeri.
ii) jawatankuasa peringkat daerah /
bahagian
bertanggungjawab menyelaras
pelaksanaan sdsi di peringkat
daerah / bahagian. oleh itu,
pegawai daerah dan pejabat
daerah berfungsi untuk
memastikan semau aktiviti sdsi
di peringkat daerah berjalan
lancar.
kerajaan juga telah
mengeluarkan satu arahan
pelaksanaan program sdsi yang
bertujuan untuk memantap dan
menggariskan makenisme serta
rangka kerja pelaksanaan
program sdsi ke seluruh negara.
peranan kerajaan melalui mecd dalam
membangunkan sdsi
sehingga tahun 2006, di antara produk
dan perkhidmatan yang telah
dibangunkan menerusi program sdsi
meliputi makanan dan minuman,
homestay, tekstil dan sulaman,
kraftangan, seramik, tumbuhan herba
dan produk kesihatan, hasil ternakan
laut, hasil tanaman buah-buahan dan
nursery. semua produk dan
perkhidmatan ini akan dipertingkatkan
kualitinya menerusi program groom big.
ianya meliputi aspek pembungkusan,
pelabelan, penjenamaan, amalan
peningkatan kualiti, haccp dan ms iso
9001 serta peningkatan kualiti asas
pengeluaran. peningkatan produk ini
bertujuan untuk membolehkan produk
sdsi lebih ’presentable’ dan memberi
keyakinan terhadap kualiti produk desa.
selain itu, kerajaan juga menyediakan
latihan serta kemahiran bagi
meningkatkan ilmu keusahawanan
kepada semua pengusaha sdsi dalam
mengendalikan serta mengurus
organisasi perniagaan pada peringkat
daerah. kursus seperti ”latihan asas
perniagaan”, ”kursus atau bengkel
kemahiran kraf” dan juga ”seminar
motivasi usahawan” dianjurkan oleh
institut keusahawanan negara (insken) di
bawah kementerian pembangunan
usahawan dan koperasi.
begitu juga dengan sokongan dari aspek
pembiayaan dan penajaan di mana
kerajaan telah menyediakan pembiayaan
sebanyak rm50 juta untuk mempromosi
dan memasarkan produk sdsi sepanjang
tempoh rancangan malaysia ke -9. dalam
hal ini semua produk sdsi akan
berpeluang untuk diketengahkan dan
dipertingkatkan di dalam pasaran
domestik dan antarabangsa dengan
ditaja oleh kerajaan sehingga 50%
daripada kos keseluruhan perbelanjaan.
semua produk sdsi akan dipromosikan
menerusi stesyen televisyen, radio,
media akhbar dan majalah dan juga
melalui pemasangan billboard. selain
itu, lapangan terbang seperti klia juga
akan digunakan untuk mempamerkan
produk sdsi sebagai salah satu
pendekatan untuk memperkenalkan
produk sdsi kepada pelancong asing.
status pelaksanaan dan pembangunan program
sdsi
kerajaan telah merancang beberapa
program untuk membangunkan program
sdsi ini. antaranya showcase sdsi di
peringkat nasional yang dilaksanakan
setiap tahun yang dapat mengumpulkan
keseluruhan produk sdsi dari setiap
daerah dan juga dari setiap agensi yang
berkaitan dengan pembangunan sdsi
seperti pelancongan, kraftangan,
pertanian, kebudayaan dan kesenian.
program ini selain mempromosi dan
memasarkan produk sdsi, ia juga
bertujuan untuk meluaskan rangkaian
perniagaan sesama usahawan dan
memberi peluang kepada usahawan sdsi
untuk mendapat business matching
dengan pihak luar. showcase sdsi ini
melibatkan jumlah keseluruhan 206
usahawan sdsi yang mengusahakan
pelbagai produk dan perkhidmatan
daripada 13 buah negeri.
selain itu, kerajaan dengan kerjasama
pihak swasta dan government link
companies (glcs) telah mengambil
beberapa daerah sebagai daerah angkat
bagi tujuan pembangunan daerah
tersebut. pelbagai program dan aktiviti
yang dilaksanakan antaranya
menyediakan ruang premis jualan,
memberikan kemudahan mesin,
mengambil produk yang dihasilkan
sebagai ‘corporate gift’, memberikan
latihan dan kemahiran kepada usahawan
sdsi dan menemukan usahawan dengan
pembeli berpotensi di bawah rangkaian
syarikat dan glcs. diharapkan lebih
ramai syarikat swasta seperti tnb,
petronas dagangan berhad, naza berhad
(automatif industri), malaysia airlines
(mas) dan juga air asia untuk mengambil
beberapa daerah untuk dijadikan sebagai
daerah angkat.
bagi memantapkan lagi usaha
pembangunan sdsi, sebuah galeri sdsi
yang menempatkan semua produk
terbaik sdsi telahpun diwujudkan di
bangunan mecd, putrajaya. selain
mempamer dan menjual produk sdsi
tersebut, galeri sdsi ini juga berfungsi
sebagai salah satu pusat tarikan
pelancong asing yang mengunjungi
putrajaya. ini bagi membolehkan
produk-produk sdsi diperkenalkan
berdasarkan kepada keunikan dan hasil
daripada industri desa yang berasaskan
kepada ‘community based’. melalui
galeri ini, pelbagai informasi berkaitan
sdsi akan dipaparkan kepada orang
ramai bagi menerangkan konsep sdsi
secara keseluruhan.
selain itu, satu program promosi
produk/perkhidmatana sdsi melalui
media massa telah dilaksanakan oleh
mecd melalui kaedah penjelajahan atau
travelogue dari satu daerah ke satu
daerah. program tv yang dinamakan
travelog sdsi bersama mecd di rtm ini
akan memberi peluang kepada usahawan
sdsi mempromosi dan mengenengahkan
produk/perkhidmatan kepada
masyarakat dengan capaian (viewer)
yang lebih luas.

You might also like