You are on page 1of 46

SINOPSIS

TEMA

PERSOALAN

WATAK & PERWATAKAN

PLOT

TEKNIK PLOT

NILAI

PENGAJARAN

SINOPSIS

BAB 1

BAB 2

BAB 3

Betara Angkasa Indera Dewa , iaitu seorang raja di kayangan telah meminta kebenaran untuk turun ke bumi Kepada Betara Guru. Tujuan baginda adalah untuk melihat temasya raja-raja di dunia. Betara Guru tidak membenarkannya tetapi selepas 3 kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara Guru, akhirnya baginda berjaya juga. Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi dengan ditemani oleh isterinya, Dewi Kenchana.

Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya turun ke bumi dalam keadaan yang amat daif. Di bumi, Bentara Angkasa dikenal sebagai Si Miskin, manakala Dewi Kenchana dikenal sebagai isteri Si Miskin. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dan isterinya telah dihina dan dikasari oleh penduduk di negeri tersebut.

Mereka tiada rempat tinggal, hanya berteduh di bawah pokok ketika waktu malam. Ketika mereka sedang mencari makanan dalam timbunan sampah, mereka bertemu dengan sebiji ketupat basi dan sebuku tebu. Sebenarnya, ketupat dan tebu itu berasal dari kayangan juga, iaitu anak kepada Bentara Karma Jaya. Selepas tiga bulan, isteri Si Miskin pun hamil.

Selepas tiga bulan, isteri Si Miskin pun hamil. Isteri Si Miskin mengidam buah mempelam dan buah nangka di taman maharaja. Si Miskin dengan rasa rendah diri meminta buah tersebut daripada Maharaja Indera Dewa. Maharaja berasa kasihan dan memberikan buah tersebut kepada Si Miskin. Isteri Si Miskin gembira kerana dapat makan buah tersebut.

Isteri Si Miskin melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Marakarma. Marakarma mempunyai rupa paras yang sangat elok. Pada suatu hari, Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang. Hal ini menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga berubah dalam sekelip mata.

Si Miskin berdoa kepada Allah, sekiranya anak itu adalah keturunan dewa-dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan rimba itu. Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri. Si Miskin pun memerintah kerajaan yang bernama Puspa Sari. Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.

Selepas itu, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sempena kelahiran tersebut, Maharaja Indera Angkasa mengadakan sambutan besar-besaran di negri Puspa Sari.

TEMA

TEMA

Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari kayangan menempuh dugaan dan kesengsaraan hidup di bumi.

PERSOALAN

Kemurahan hati seorang pemerintah dalam memenuhi permintaan rakyatnya yang hidup serba kekurangan

Kesabaran ketika berdepan dengan pelbagai ujian dan masalah.

Kemurahan hati seorang pemerintah dalam memenuhi permintaan rakyatnya yang hidup serba kekurangan
Maharaja Indera Dewa memberikan buah Kesabaran ketika berdepan mempelam dan buah nangka kepada Si dengan pelbagai ujian dan Miskin yang datang menghadapnya masalah. semata-mata kerana ingin menunaikan hajat isterinya yang mengidam buahbuahan tersebut.

Kemurahan hati seorang Si Miskin dan isterinya sabar ketika pemerintah dalam memenuhi mereka dibaling batu dan kayu oleh orang ramai sehingga badan mereka bengkakpermintaan rakyatnya yang bengkok danserba kekurangan hidup berlumuran darah.

Kesabaran ketika berdepan dengan pelbagai ujian dan masalah.

Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.

Kasih sayang seorang suami kepada isterinya

Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.

Kasih sayang seorang suami Betara Karma Jaya menukar anak lelakinya menjadi ketupat dan anak kepada isterinya perempuannya menjadi tebu supaya mereka berdua tidak terpisah dan dihantar ke bumi.

Si Miskin menyembah Maharaja Indera Kesaktian yang tidak dimiliki Dewa memohon buah mempelam dan oleh manusia biasa. nangka di taman maharaja kerana isterinya ingin mengidam buah-buahan tersebutt.

Kasih sayang seorang suami kepada isterinya

WATAK & PERWATAKAN

BETARA ANGKASA INDERA DEWA (SI MISKIN)

DEWI KENCHANA (ISTERI SI MISKIN)

MAHARAJA INDERA DEWA

BETARA GURU

MARAKARMA

TUAN PUTERI NILA KASUMA

Gagah & berani

Maharaja di kayangan

Sayang akan isterinya, Dewi Kenchana

Turun ke bumi menjadi Si Miskin

BETARA ANGKASA INDERA DEWA (SI MISKIN)

Tukar nama kepada Maharaja Indera Angkasa

Menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang

Isteri kepada Si Miskin Mengidam buah nangka dan buah mempelam di taman maharaja ketika hamil anak pertama. Mengikut suaminya turun ke bumi

DEWI KENCANA ( ISTERI SI MISKIN)

Sayang akan suaminya

Tukar nama kepada Tuan Puteri Ratna Dewi

Setia kepada suaminya

Memberikan buah mempelam dan buah nangka kepada Si Miskin

Raja di negeri Anta Beranta

MAHARAJA INDERA DEWA

Pemurah

BETARA GURU
Ahli kayangan yang menurunkan Betara Angkasa Indera Dewa bersama isterinya ke bumi

Anak kepada Si Miskin dan isteri Si Miskin

Berasal dari kayangan

MARAKARMA

Diturunkan k bumi menjadi ketupat dan dimakan oleh isteri Si Miskin

Berasal dari kayangan Adik kepada Marakarma Anak kepada Bentara Karma Jaya

TUAN PUTERI NILA KASUMA

Anak kedua kepada Si Miskin dan isterinya

Diturunkan ke bumi menjadi tebu dan dimakan oleh isteri Si Miskin

PLOT

Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi dengan ditemani oleh isterinya, Dewi Kenchana. Bentara Angkasa dikenal sebagai Si Miskin, manakala Dewi Kenchana dikenal sebagai isteri Si Miskin. Si Miskin dan isterinya telah dihina dan dikasari oleh penduduk di negeri tersebut.

Isteri Si Miskin hamil. Isteri Si Miskin mengidam buah mempelam dan buah nangka di taman maharaja. Maharaja Indera Dewa berasa kasihan dan memberikan buah tersebut kepada Si Miskin. Selepas sembilan bulan isteri Si Miskin melahirkan seorang putera bernama Marakarma.

Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang. Hal ini menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga berubah dalam sekelip mata.

Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sempena kelahiran tersebut, Maharaja Indera Angkasa mengadakan sambutan besar-besaran di negeri Puspa Sari.

Gaya bahasa

simile- seperi orang hendak mati Bahasa istana- patik, tuanku, bertitah, bermohon, murka Bahasa Arab- Taala Bahasa klasik- tajau,kaus,masyghulnya

Latar
Latarmasa- zaman dahulu, pagi hingga malam Latar tempat- negeri kayangan, negeri Anta Beranta, negeri Puspa Sari Latar masyarakat- masyarakat di kayangan, masyarakat bumi, masyarakat yang setia kepada pemerintah-masyarakat feudal

NILAI
KASIH SAYANG PENGORBANAN KESETIAAN MURAH HATI BERSIMPATI KETABAHAN HATI KEADILAN

PENGAJARAN
Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan Kita janganlah bersifat kedekut dan bangga diri

Jawab soalan-soalan di bawah: 1. Siapakah nama adinda Marakarma? 2. Apakah yang menyebabkan isteri Si Miskin hamil? 3. Prosa Traditional ini mengandungi beberapa perkataan bahasa klasik.Nyatakan maksud bagi perkataan tajau dan masyghulnya. 4. Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam prosa traditional Hikayat Marakarma 5. Sekiranya anda mempunyai kesaktian, bagaimanakah anda gunakan kesaktian tersebut? 6. Andaikan anda Dewi Kencana. Adakah anda akan mengikut suami anda turun ke dunia dan menjadi manusia biasa? Mengapa?

Tugasan tambahan: Bentuk dua kumpulan .Kumpulan 1 akan membuat pembentangan bagi tajuk Prosa Traditional Hikayat Marakarma dan Kumpulan 2 akan membuat pembentangan bagi tajuk Prosa Traditional Budi Seorang Bapa Angkat. Pembentangan akan dijalankan pada minggu hadapan (ISNIN- 19 Sept 2011). Tidak dibenarkan sama sekali menunda pembentangan tersebut kerana cikgu akan ambil markah Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

You might also like