You are on page 1of 10

PENGURUSAN PENYAYANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH SINOPSIS : Topik ini akan membincangkan mengenai definisi pengurusan

penyayang .Seterusnya peranan guru sebagai fasilitator,instruksi,penyedia permainan, pemerhati, penilai, perancang,model dan peranan refleksi. Seterusnya membentangkan mengenai konsep penyayang,ciri-ciri intelek penyayang dan amalan budaya penyayang. Terdapat sembilan peranan guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti berikut: 4.7.1 4.7.2 4.7.3 4.7.4 4.7.5 4.7.6 4.7.7 4.7.8 4.7.9 4.7.10 4.7.11 4.7.12 Fasilitator Instruktur Penyedia permainan Pengurus Pemerhati Penilai Perancang Model Peranan refleksi Konsep Penyayang Ciri-ciri Penyayang Amalan budaya Penyayang

P Peranan

Guru Prasekolah (Krogh, SA, 1990)

Fasilitator Peranan reflektif

Penilai

Pemerhati

Pengajar (Instructor)

Perancang Penyedian permainan (play provider)

Pengurus

1)

Guru sebagai fasilitator. Perkataan fasilitator berasas daripada bahasa Latin, iaitu facilis bermaksud mudah dan facilitating education sebagai making academic and social learning as easy as possible for children. (Krogh, s, 1990).

Peranan guru sebagai fasilitator lebih tertumpu kepada usaha berfikir secara fleksibel dan sentiasa memilih kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai. Dalam bilik darjah setiap pelajar diberi ruang belajar dengan pelbagai cara bergantung kepada keperluan, minat dan stail pembelajaran masing-masing. Mengamalkan pembelajaran secara aktif, berfikir, membuat keputusan secara asli (ingenuity). Sentiasa peka untuk memberi soalan secara konsisten kepada kanak-kanak pada masa yang difikirkan sesuai bagi menambah dan meningkatkan kematangan kognitif mereka. Tidak melihat kekurangan kanak-kanak dalam membuat persepsi, aspek pengetahuan dan pertimbangan sebagai kekurangan. Malahan itu merupakan manifestasi perkembangan yang boleh dikembangkan. Menggunakan kaedah pengajaran mata pelajaran (curricular subject matter). Guru Sebagai Tenaga Pengajar Sesi pengajaran yang memerlukan guru berinteraksi secara langsung kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan mengikut keperluan kurikulum. Situasi yang sesuai ialah dengan semasa membuat demonstrasi, bercerita atau menyampaikan maklumat yang penting. Peranan Guru Sebagai Instruktor a) b) c) d) e) f) g) h) i) Sentiasa menyediakan objek konkrit. Hadkan penggunaan perkataan semasa menerang. Hadkan pencapaian objektif. Gunakan bahan sedia ada seperti dinding papan notis semasa menerang dan menarik perhatian kanak-kanak. Rangsang perhatian kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti-aktiviti menarik sebelum menegahkan tema baru. Memberi peluang kanak-kanak menyiapkan suatu tugasan /projek yang menarik minat mereka. Mengingatkan kanak-kanak tentang peraturan bilik darjah. Hadkan masa memberi penerangan. Mengumpul kanak-kanak disuatu tempat sebelum memberi penerangan.

Penyediaan Permainan Bermain merupakan sebahagian daripada fitrah kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sepatutnya bergantung pada permainan asas konkrit, lain-lain bentuk permainan seperti asas air dan seni dapat membantu perkembangan fizikal, emosi dan kognitif kanak-kanak. Weininger, 1979, dalam The Integrated Early Childhood Curriculum oleh Suzanne Krogh, kanak-kanak perlu mempunyai masa yang cukup untuk aktiviti main asas imaginasi dan dramatik bagi membantu mereka mengatasi masalah ketakutan / fears dan keinginan (wants). This is accomplished by playing out the event again and again until it no longer holds any elements which upset or inhibit the child (Weininger, 1979, page 28) Mengikut pakar psikologi Jean Piaget, menstruktur, mengklasifikasi, memikir dan mengorganisasi merupakan proses aktiviti mental yang berfungsi semasa aktiviti bermain.

Guru Sebagai Pengurus Di sekolah guru menggunakan pelbagai cara mengurus keperluan dan bilik darjah bagi menarik perhatian kanak-kanak. Gaya pengurusan guru perlulah seiring dengan keperluan situasi dan keperluan kanak-kanak. Kriteria utama yang perlu ditekankan ialah fleksibiliti.

a) Melatih kanak-kanak membuat keputusan sendiri secara beransur-ansur. Beri peluang kanak-kanak membuat keputusan sebagai satu pendekatan ganjaran. Guru boleh menggunakan kaedah ini seawal permulaan persekolahan mesyuarat kelas boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kanak-kanak berbincang dan memenuhi keperluan mereka. b) Guru mesti sentiasa peka kepada keperluan dan minat kanak-kanak terutama sekali dalam penyediaan aktiviti dalam kelas. Aktiviti yang kurang menarik akan menyebabkan tumpuan akan berkurang yang membawa kepada pelbagai masalah lain. Guru boleh mengurangkan masalah ini dengan menselang selikan aktiviti yang difikirkan menarik dan kurang menarik. c) Aktiviti main, memerlukan guru dari membuat pelbagai persediaan dari aspek pengurusan. Sebagai contoh guru mesti peka terhadap ahli-ahli kumpulan, jantina, minat dan kecerdasan kanak-kanak.

Tahap perkembangan aktiviti main ; Main solitari - Egosentrik, memenuhi keperluan sendiri. Onlooker play memerhati rakan-rakan lain tapi tidak terlibat secara langsung Main parallel Bermain bersama tetapi tidak berkongsi bahan mainan Associatif berkongsi atau bertukar alat mainan tapi mempunyai kebebasan masing-masing. Main koperatif kanak-kanak pilih rakan, aktiviti bersama mengikut mood mereka. d) e) f) Sentiasa bersedia untuk merancang semula aktiviti yang mempunyai kekurangan di masa akan datang. Merancang dan mengurus kelas sebelum kanak-kanak sampai ke sekolah setiap hari. Mengurangkan kebisingan kelas dengan bergerak sepanjang masa dan bercakap secara perlahan-lahan kepada ahli kumpulan aktiviti. Jika suasana menjadi tidak terkawal, guru perlulah menghentikan semua aktiviti seketika dan memberi arahan atau adakan perbincangan kelas semula. Jika semasa guru berbincang dengan ahli kumpulan dan ahli kumpulan lain membuat bising, panggil kanakkanak tersebut dan tegur dengan baik secara bersemuka.Elakkan menggunakan kata-kata atau riak emosi yang negatif. Guru dalam pelbagai keadaan boleh mengawal suasana kelam kabut dengan bernyanyi, mainkan muzik atau permainan nombor. Guru perlulah ingat setiap tindak tanduknya mempunyai kesan sama ada positif atau negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

Guru Sebagai Pemerhati Setiap hari guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku kanak-kanak. Ini menjadikan tugas memerhati bukan satu tugas yang mudah. Namun demikian, aktiviti pemerhatian dalam jangka masa panjang dapat membantu guru menyelesaikan pelbagai masalah di prasekolah. Contohnya, sukar menjalankan aktiviti bersama dalam kumpulan. Setelah guru prasekolah menjalankan pemerhatian didapati Ali mempunyai 2, 3 tingkahlaku yang tidak disenangi oleh rakan-rakannya. Proses Pemerhatian mempunyai pelbagai matlamat dan cara pelaksanaan. a) Pemerhatian untuk perkembangan kognitif

Memberi input kepada guru cara pembelajaran yang paling berkesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak A sukar membaca sendiri atau kanak-kanak B sukar belajar bersama rakan-rakan. b) Pemerhatian untuk perkembangan afektif . Interaksi kanak-kanak dalam kelas membantu guru melihat cara kanak-kanak bergaul dalam kumpulan, membentuk kumpulan rakan sebaya, dominasi, kesukaran personaliti (personality difficulties), kerja kumpulan dll. Guru juga dapat melihat hirarki sosial yang wujud dalam kelas dan bersedia memainkan peranan pada bila-bila masa. Teknik Pemerhatian a) b) c) d) e) f) g) Sambut kanak-kanak di waktu pagi secara bersemuka untuk melihat riak wajah dan perasaan mereka. Aktiviti yang pertama setiap hari perlulah ringkas untuk memudahkan guru membuat pemerhatian. Aktiviti yang disediakan tidak perlu lama, di antara 2 3 minit. Sentiasa berdiri menghadap kanak-kanak dan elakkan membelakangi mereka. Memantau semasa aktiviti sedang berjalan, dengan membawa bersama board untuk mencatat pesanan yang perlu diberi perhatian. Sentiasa peka terhadap perbualan kanak-kanak semasa aktiviti berjalan. Guna bantuan perakam tape semasa guru mengendali aktiviti. Analisis aspek yang perlu diperbaiki setelah mendengar semula rakaman tersebut. Buat refleksi setiap hari lebih kurang 10 minit selepas sesi tamat.

Guru Sebagai Penilai Pemerhatian merupakan satu cara guru menilai pelbagai aspek perkembangan kanakkanak. Tujuan penilaian terhadap hasil kerja kanak-kanak adalah untuk mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran telah tercapai. Sebelum membuat penilaian guru prasekolah perlu memahami matlamat sebenar yang hendak dicapai. Langkah-langkah yang perlu diambil perhatian ; a) b) Sebelum memulakan aktiviti, senaraikan matlamat 6 objektif yang hendak dicapai contohnya perkembangan atau hasil pembelajaran mengikut tahap kanak-kanak. Penilaian boleh dibuat semasa pemerhatian.

Pemerhatian Sebagai Cara Menilai. Dijalankan sejurus aktiviti bermula sama ada secara senyap atau berdialog dengan kanak-kanak. Memudahkan guru mendapat maklum balas secara terus perlu diubah, diganti, dipercepatkan atau diperlahankan.

Aktiviti Susulan Salah satu cara yang berkesan untuk menilai sesuatu aktiviti ialah dengan membuat tindakan susulan. Contoh aktiviit susulan. a) Aktiviit utama : Mengunjungi supermarket untuk mempelajari (principal activity) tentang harga barangan dan : Wujudkan satu sudut di kelas berkaitan pengalaman melibatkan kanak-kanak membuat belian dan mengurus wang. Kanak-kanak belajar lagu dan nyanyian. mengadakan program persembahan informal dengan menjemput ibu bapa dan warga

pembelian. Aktiviti Susulan

Aktiviti utama Tindakan susulan sekolah.

: :

Teknik menilai boleh dirumuskan dengan pelbagai bentuk seperti ujian, formal, pemerhatian tak formal, dan aktiviti pembelajaran. Guru Sebagai Perancang Bilik darjah yang berpusatkan pelajar dan menggunakan kurikulum bersepadu dan menggunakan kurikulum bersepadu perlu dirancang dengan teliti sebelum ia dilaksanakan. Semasa merancang P & P untuk setengah tahun akademik, tema perlulah disusun mengikut kepentingannya. Merancang P & p untuk aktiviti harian merupakan tugas yang rumit. Guru Sebagai Peranan Reflektif * Reflektif merupakan satu tindakan yang sangat penting dalam proses P & P. Menurut Deweys guru reflektif perlu memiliki sikap mengkaji diri, berfikiran terbuka dan sanggup untuk menerima tanggungjawab atas setiap tindakan dan

keputusan yang telah dibuat. Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasi bagi membantu guru baru di sekolah. a) b) Sentiasa berhubung dengan pensyarah pembimbing semasa mendapat latihan di maktab. Memerhati cara guur-guru berpengalaman / pakar mengendalikan sesi P & P.

Garis Panduan Peranan Guru Pendidikan Prasekolah 1. Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak benarkan mereka menyentuh atau memegang guru. Kanak-kanak peka dan mudah tersinggung skiranya mereka tidak dibenarkan memegang / menyentuh guru. Kasih sayang dan pesefahaman tetap menjadi pemusatan yang lebih dalam proses pendidikan, daripada mana-mana teknik, teori dan teknologi yang ada. (Peter Kline The Everyday Genius) 2. 3. Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanak, Kanakkanak adalah individu yang unik serta berbeza. Menyedari bahawa ada kanak-kanak yang lebih mahir menggunakan kaki dan tangan daripada kanak-kanak yang lain. Kebolehan ini tidak semestinya ada kaitan dengan kecerdasan. Sebelum mula mengajar, guru hendaklah menarik minat kana-kanak dan mengetahui apa yang mereka suka. Rangsangkan kanak-kanak untuk belajar. Sediakan aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan kanak-kanak. Menyediakan bahan / alat untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian dan menggunakan masa sepenuhnya. Elakkan aktiviti yang sama terlalu lama diulang sebab ini akan membosankan mereka. Kanak-kanak yang bosan tidak boleh belajar dengan bermakna/berkesan. Pastikan apa yang hendak ditunjukkan kepada kanak-kanak iu, mudah dan jelas sebab kanak-kanak cepat keliru jika benda yang ditunjukkan terlalu banyak atau terlalu sukar untuk mereka fahami. Kanak-kanak yang sihat mempunyai pemusatan yang pendek. Jadi guru hendaklah bersedia untuk menukarkan aktiviti yang pelbagai.

4. 5. 6.

7.

8.

9. 10. 11.

Bila menegur atau memperbaiki kesilapan, baiki satu kesalahan sahaja pada satu satu masa. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan. Kanak-kanak suka membuat sesuatu pekerjaan dan melihat hasil kerjanya. Puji usaha kanak-kanak dan hasilnya. Bila mengajar angka dan hw-uf, ajar dengan beberapa cara hingga kemahiran itu dapat dicapai. Gunakan berbagai-bagai jenis bahan / alat dari media yang berlainan untuk membantu meneguhkan kemahiran itu. Gunakan gambar / perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak. Kanak-kanak cepat belajar jika mereka seronok. Kanak-kanak suka mencuba sekiranya keadaan menyenangkan hati dan selesa. Galakkan mereka mencuba sesuatu dan beri bantuan hanya jika diperlukan sahaja. Adakan pilihan tetapi dalam kadar yang terhad dalam pelajaran yang hendak dicapai. Proses memilih merangsangkan kanak-kanak untuk memilih dan secara tidak langsung membuat keputusan. Memperkenalkan jenis-jenis di mana kanak-kanak boleh bermain sesama sendiri. Ini membantu perkembangan sosial. Jangan memulakan pelajaran/konsep baru sebelum semua kanak-kanak memahami konsep yang telah diajar sebelumnya. Kanak-kanak bukanlah miniature adults kita tidak boleh berharap mereka berkelakuan seperti orang dewasa. Kanak-kanak tidak berada dalam keadaan yang sama sepanjang masa- reaksi terhadap pengaruh persekitaran membuatkan mereka selalu berubah.

12. 13. 14.

15. 16. 17. 18.

Rujukan : 1. 2. 3. 4. Brewer, J.A. (1992). Introduction to Early Childhood Education Preschool Through Primary Grades. Boston :Allyn and Bacon. Essa, E (2002), Introduction to Early Childhod Education (3rd Edition). Albany : Delmar Publishers. Joyce, B. Dan Weil, M (1996). Model of Teaching. Boston : Allyn and Bacon. Morrison, G.S. (2001), Early Childhood Education Today, (8th Edition). New Jersey : Merill Prentice Hall.

You might also like