You are on page 1of 34

HASIL KAJIAN

1. INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN :


- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain Felda adalah badan separuh kerajaan , pernah di bawah Kementerian Tanah Pembangunan Koperasi dari 5 Januari 1994 & mulai April tahun 2004 sehingga kini telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri . Nama rasmi felda ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA).

- Lokasi
Ibu pejabat utama felda terletak di Jalan Perumahan Gurney , Kuala Lumpur serta pejabat kawasan disetiap negeri dan juga di beberapa wilayah seperti Alor Setar , Gua Musang , Jengka , Johor Bahru , Mempaga , Sahabat , Segamat , Trolak dan Terengganu.

- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan


Felda ditubuhkan besertakan dengan visi dan misi yang tersendiri , visi penubuhan felda ialah sebagai peneraju industri sawit dunia dan warga peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan. Manakala misi felda pula ialah memastikan pengurusan felda bertaraf antarabangsa , penghasilan dan keluaran sawit dan getah adalah yang terbaik di dunia , peneroka memperolehi pendapatan yang stabil , keluarga mendapat pendidikan yang sesuai dan sepatutnya ,semua peneroka dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang moden , memiliki persekitaran yang harmoni dan sejahtera serta lain perkara yang positif.

- Carta organisasi dan senarai pentadbir


Pentadbiran felda terbahagi kepada 31 bahagian yang diketuai oleh pengarah besar ( Dato Dzulkifli Abd Wahab ) seterusnya diikuti pula dengan Audit Dalam Felda ( Lim Eng Hoe ) Pengurusan Risiko / Integriti ( Mohd Zaidi Malek ) Urusetia Lembaga ( Asiah Sohit ) Unit Undang Undang ( Helwani Lokman ) Perhubungan Awam / Hal Ehwal Korporat dan Latihan / KPI & KRA ( I .Rajindran ) seterusnya timbalan timbalan pengarah terbahagi kepada 3 iaitu Timbalan Pengarah Besar ( Perladangan & Perkebunan ) iaitu ( Mohd Nor Kailany ) dan diikuti oleh Perkebunan & Hal Ehwal Tanam Semula ( Hussin Ali ) seterusnya Gedung Makanan Negara dan Wilayah yang terbahagi kepada 11 Wilayah iaitu Kuantan RGM - ( Ab Ghani Mohd Ali ) ARGM ( Pamuji Kemis ) , Trolak RGM ( Md Zulkili Md Naam ) ARGM ( Mohd Mokhtar Lateh ) , Raja Alias RGM ( Izham Mustafa ) ARGM ( Muhamad Rizal Abdul Halim ) , Jengka RGM ( Saari Din ) ARGM ( Shahrizal Mohd Saleh ) , Mempaga RGM ( Jahya Janal ) ARGM ( Amir Hamdan Yusof ) , Johor Bahru RGM ( Hanafi Suhada ) ARGM ( Ismail Samingin ) , Terengganu RGM ( Abd Malib Abd Rani ) ARGM ( Mohd Ridzuan Mohd Noor ) , Segamat RGM ( Kasimon Saleh ) ARGM ( Mohamad Dan Md Zain ) , Alor Setar RGM ( Abdul Manap Amat ) ARGM ( Abdul Rahman Ahmad ) , Gua Musang RGM ( Norzuki Mustafa ) ARGM ( Che Noh Che Pa ) , Sahabat RGM ( Juany Saleh ) . Seterusnya Timbalan Besar ( Pengurusan & Kewangan) Iaitu ( Suhaimi Zainuddin ) diikuti oleh Sumber Manusia ( Abdul Karim Ahmad ) Kewangan ( Haniff Ahmad Norlilah ) Tanah ( Sheikh Abd Hadi Sheikh Omar ) Tadbiran ( Rohana Abdul Rahman ) .Seterusnya Timbalan Pengarah Besar ( Pembangunan Komuniti ) iaitu

(Abidin Abd Rahman ) diikuti oleh Pembangunan Komuniti & Koordinasi ( Mohammad Ibrahim ) Pembangunan Usahawan ( Norhayati Sarif ) Inovasi & Pembangunan Generasi Baru ( Faizoull Ahmad ) .

2 . LATAR BELAKANG
- Sejarah penubuhan ( Asal usul / Tarikh / Pengasas ) Sebelum merdeka pemimpin yang terdahulu telah melihat lebih jauh kehadapan serta berwawasan .Malaya mempunyai kawasan hutan yang terbentang luas dan tanah yang subur yang boleh dimajukan untuk pertanian . Keperluan negara untuk mengadakan pembangunan tanah yang teratur di Tanah Melayu di sedari sejak Parti Perikatan membentuk kerajaan pada tahun 1955 . Nasib penduduk luar bandar khususnya orang Melayu tidak terbela dan rata ratanya hidup dibelenggu kemiskinan . Sektor swasta tidak memainkan peranan membangunkan sektor pertanian secara menyeluruh dan memperlihatkan kepincangan dari segi faedah yang dinikmati penduduk luar bandar melalui pembukaan tanah secara besar besaran dan penempatan penduduk di kawasan baru . Cadangan membentuk Jawatankuasa Khas untuk mengkaji keperluan menubuhkan sebuah lembaga dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman . Berikutan itu Kerajaan telah mengarahkan supaya satu jawatankuasa yang kemudiannya dinamakan Jawatankuasa Kerja Kerajaan . Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada 1 julai 1956 dan diasaskan oleh Tun Abd Razak.

- Undang undang tubuh / Undang undang kecil / Garis panduan penubuhan


Jawatankuasa Kerja Kerajaan telah ditubuhkan pada Ogos 1955 dan ditugaskan untuk menilai keperluan dalam negeri negeri dan Negeri Selat akan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam perkara memajukan kawasan kawasan baru untuk pembangunan tanah dan petempatan dengan membuat syor berdasarkan dari segi kewangan dan pentadbiran .Antara syor yang dikemukakan adalah diperkenalkan satu undang undang persekutuan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( LKTP ) dan membentuk Jawatankuasa mengkaji penubuhan LKTP. Syor seterusnya ialah lembaga yang diluluskan bertanggungjawab menguruskan dan menyalurkan dana kepada perbadanan Negeri dan menyelaraskan pembangunan tanah di negeri di negeri berkenaaan . Seterusnya kerajaan Negeri bertindak merancang di peringkat awal pembangunan tanah dan mengadakan rundingan dengan LKTP sekiranya peruntukan melibatkan wang Kerajaan Persekutuan . Syor terakhir ialah mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri kemungkinan mengambil alih rancangan pembangunan tanah yang diuruskan oleh Perbadanan Negeri . Syor syor Jawatankuasa Kerja telah diterima oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Undang undang Kemajuan Tanah 1956 ( Land Development Ordinance of 1956 ) diwujudkan pada 1 Julai 1956 dan terbentuklah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( LKTP ) atau FELDA .Bagi membolehkan pembukaan tanah dan penempatan penduduk dilaksanakan secara teratur dan terkawal , Kerajaan telah bersetuju menggubal satu akta yang dinamakan Akta Tanah( Kawasan Petempatan Berkelompok ) 1960 atau lebih dikenali Group Settlement Area (GSA ) Akta ini dibentangkan di parlimen oleh AllahyarhamTun Abdul Razak Hussein pada 27 April 1960.Akta ini berkuatkuasa pada 30 Mei 1960 dan bertujuan untuk menyegerakan

pembukaan tanah kawasan luar bandar , menyelarasan dasar dan polisi pembukaan tanah baru , mendapatkan kerjasama daripada pihak Berkuasa Negeri ( PBN) dan memberi tanah kepada seseorang dengan cara ekonomik . Dengan adanya akta ini Felda boleh membangunkan tanah kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan .

- Cara pelantikan pentadbir tempatan


Pejabat dirancangan merupakan tempat pentadbiran dirancangan Felda . Jawatan Pengurus adalah lantikan yang dibuat oleh Jabatan Sumber Manusia Felda begitu juga dengan perlantikan kakitangan kakitangan lain . Pengurus adalah Ketua Pentadbir di Pentadbir dirancangan . Dirancangan Felda terdapat Pengurus , Penolong Pengurus , Kerani Kewangan , Kerani Stor , dan Pemandu Rancangan . Kakitangan lain pula adalah Penyelia Ladang , Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat ( Sosial Belia dan Agama ) .Tugas penyelia lading adalah untuk memastikan hasil ladang peneroka produktif dengan menggunakan kaedah kepimpinan , kefahaman , tatacara & budaya kerja , fasiliti yang sempurna , sikap dan komitmen pekerja ,sistem pemantauan dan penjagaan kebun secara sistematik . Pegawai Pembantu Masyarakat pula bertugas yang berkaitan dengan kemasyurakatan peneroka seperti dalam aktiviti sosial , belia , keagamaan , kesihatan & lain lain . Dalam pentadbiran peneroka terbahagi kepada 17 bahagian yang diketuai oleh Pengerusi dan seterusnya Timbalan Pengerusi dan diikuti oleh Setiausaha , Bendahari , Perwakilan terus Perwakilan Blok , Perwakilan Undangan , GPW , Belia , Koperasi , Ketua Blok , Ketua Blok 2 , Ketua Blok , Kesihatan , Polis , Guru Besar , Imam . Pengerusi JKKR & GPW dirancangan adalah pengurus Felda .Ketua Blok JKKR ( Jawatan kuasa Kemajuan Rancangan ) Ketua Blok GPW ( Gerakan Persatuan Wanita ) & Persatuan Belia diurus oleeh

Pengurus rancangan .Pertubuhan pertubuhan lain atau unit unit akan diselaraskan dalam JKKR melalui Biro biro JKKR ( Ladang , Pendidikan , Ekonomi , Sosial & Agama.

3 . PERANAN
- Ekonomi
Bagi membangunkan ekonomi felda , felda telah melakukan beberapa langkah iaitu penggredan BTS . Penggredan BTS ialah mengklasifikasikan BTS yang masak dan bermutu tinggi sahaja dihantar ke kilang untuk diproses . Objektifnya ialah untuk mempertingkatkan mutu BTS yang akan dihantar ke kilang , mempertingkatkan kecekapan kadar perahan dan mendapatkan minyak yang berkualiti tinggi , mendapatkan pulangan hasil yang tinggi . Manakala kaedah pelaksanaannya pula ialah pihak ladang perlu melantik Penggred BTS yang bertauliah ,manual Penggredan BTS yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB ) dijadikan panduan untuk kerja kerja penggredan BTS , kerja kerja penggredan dijalankan di pentas buah sebelum BTS dihantar ke kilang , pentas buah diladang perlu diberi nombor bagi memudahkan aktiviti menggred BTS dijalankan , penggred BTSperlu pergi ke setiap pentas buah (manual ) lorong tuai ( mekanisasi ) untuk mengasingkan BTS yang masak ,busuk , mentah , mengkal , lama dan berpenyakit ,seterusnya BTS muda , mengkal , busuk , lama dan berpenyakit dicat dengan warna putih dan di longgokan di luar pentas serta dimusnahkan , penggred perlu mengisi Borang Penggredan BTS diladang dan menyerahkan kepada penyelia ladang setiap hari , Borang Penggredan BTS digunakan untuk menilai prestasi penuai dan boleh digunakan sebagai panduan dendaan kepada penuai . Langkah seterusnya pula ialah melakukan tanaman semula.Program tanaman semula dijalankan apabila pokok sawit dan getah telah dan tua dan tidak lagi produktif . Felda akan mengendalikan kerja tanam semula kebun peneroka bagi memastikan kebun peneroka diurus dengan baik dan sempurna . Felda turut menjalankan kempen tanam semula supaya peneroka menyertai program tanam semula bersama felda .

Pengurusan tanam semula berkelompok dapat menjimatkan kos operasi kebun berbanding pengurusan secara individu . Felda menampung keseluruhan kos pembangunan tanam semula walaupun caruman peneroka hanyalah RM 9,600 sahaja . Felda memberikan perkhidmatan percuma di dalam program tanam semula kebun peneroka . Peneroka diberi bantuan sara hidup semasa tanaman belum berhasil selama 36 bulan bagi sawit dan 72 bulan bagi getah . Bantuan sara hidup ini perlu dibayar balik oleh peneroka . Dengan itu peneroka diberi pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima bantuan sara hidup . Sara hidup akan diganti dengan pendahuluan pendapatan apabila kebun mula mengeluarkan hasil . Kadarnya ialah RM 140 seekar bagi dua tahun pertama dan RM 150 seekar bagi tahun berikutnya . Tempoh bayaran balik peneroka adalah selama 20 tahun dan ia tidak dibebankan kepada peneroka sebaliknya ditolak daripada penjualan hasil kebun . Jumlah bayaran BK adalah fleksibel dan bergantung pada ekonomi semasa di mana felda tetap memastikan pendapatan peneroka melepasi RM 1,000 sebulan . Langkah seterusnya pula ialah dengan mengadakan Lesen MPOB .Pengurusan felda telah melaksanakan dasar yang dipersetujui oleh MPOB iaitu Satu Premis Satu Lesen bagi membeli , menjual dan mengalih buah kelapa sawit . Ini bermakna hanya Lesen Pengurus Rancangan felda yang boleh beroperasi di setiap rancangan . Tidak timbul masalah bagi yang menguruskan sendiri kebun mereka kerana mereka boleh menggunakan lessen Pengurus felda untuk menghantar hasil ke kilang.Mereka hanya perlu mendapatkan Nota Hantaran dari pejabat rancangan bagi membolehkan penghantaran ke kilang dilaksanakan.Semua peneroka telah disediakan kemudahan untuk menghantar hasil kepada felda dengan diwujudkan paysheet . Bayaran penjualan hasil BTS daripada peneroka akan dibayar 100 peratus (%) sekiranya mereka tidak mempunyai tunggakan hutang dengan felda seperti peneroka yang menguruskan kebun sendiri pada

peringkat awal . Semua peneroka yang menghantar hasil ke felda menggunakan nota hantaran layak untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh felda seperti intensif produktiviti , pinjaman perumahan , computer , SIUF dan sebagainya . Langkah terakhir pula ialah Ses Tanam Semula Getah . Wang ses adalah kutipan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas setiap jualan getah .Ia menggunakan dasar & kaedah Pemulangan Wang Ses Tanam Semula kepada pekebun kecil adalah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi Perusahaan Getah ( Penanaman Semula ) 1952 . Dikutip pada kadar tertentu oleh kerajaan melalui RISDA yang digunakan untuk membiayai Program Tanam Semula . Kadar bantuan tanam semula yang diterima daripada RISDA adalah RM 7,000 sehektar iaitu daripada tanaman getah ke getah manakala dari getah ke sawit adalah RM6,000 sehektar . Bantuan ini mencukupi untuk menguruskan kebun sawit atau getah sehingga pokok mengeluarkan hasil . Ia termasuk pembersihan kawasan , penyediaan teres , jalan pertanian , bahan tanaman , input pertanian dan lain lain seperti upah kerja dan buruh . Bantuan yang diterima daripada RISDA tidak dipulangkan kepada peneroka disebabkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan felda di mana bantuan yang diterima daripada RISDA akan membayar kembali kos yang didahulukan oleh felda .

- Pendidikan Tumpuan bidang pendidikandan latihan kemahiran menjadi agenda utama Felda untuk memastikan generasi baru menikmati peluang melanjutkan pengajian hingga peringkat lebih tinggi dalam apa jua bidang. Sejak Felda mewujudkan program Latihan Kemahiran Generasi Baru enam tahun lalu, seramai 33,017 anak-anak peneroka dilatih di pusat latihan kemahiran , kolej, universiti dan akademi profesional terpilih.Setiap tahun, felda menyadiakan peruntukan sebanyak RM50 juta. Program ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Kursus peringkat sijil diadakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan felda seperti GiatMara,Institut Kemahiran Mara,Institut Keamhiaran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian (I L P) dan Prodata. Ia dibiayai felda sepenuhnya melibatkan Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Antara bidang yang dilatih ialah Juruteknik Pembaikan Komputer, Multimedia, Mekaniksasi Ladang, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan Automatif.Tempoh peringkat sijil ialah antara 6 hingga 24 bulan. Bagi kursus peringkat diploma pula, ia dijalankan diuniversiti atau kolej dan Pusat Latihan Bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Kolej Tun Abdul Razak, Universiti Nilai, Universiti Teknologi Mara dan Akademi Laut Malaysia (Alam). Kursus diploma menawarkan pengajian dalam bidang seperti kejururawatan, maritim keusahawanan, kreatif dan inovatif, pengurusan ladang, perakaunan,perkapalan dan sebagainya.Tahun ini,felda memberi tumpuan kepada beberapa kursus bernilai tinggi dan profesional,antaranya,Aviation Industry Floor Maintenance,Kursus Teknikal Automobil Usahawan dengan kerjasama Proton dan Maritim Fishing di Sabah. Buat masa ini, 230 generasi baru sedang menjalani latihan profesional dalam bidang jurutera Penyenggaraan Pesawat manakala 67 pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara dalam pelbagai bidang profesional di universiti universiti

terkemuka dunia di bawah pembiayaan felda sepenuhnya . Felda menaggung semua kos pembiayaan kursus di peringkat sijil manakala bagi diploma dan ijazah pula dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah . Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah tiga bulan tasetelah tiga bulan tamat pengajian .

- Kemasyarakatan

Felda telah membuat program kecerian kampung dengan menubuhkan Majlis Tempatan untuk melaksanakan aktiviti pelupusan dan pembuangan sampah . Majlis Tempatan felda digerakkan di tanah rancangan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan program keceriaan termasuklah landskap ,penanaman pokok di sekitar jalan utama , pelupusan sampah dan lain lain lagi . Kutipan sampah secara berjadual dilaksanakan dimana sampah dikutip secara berkala bagi memastikan ia tidak mengganggu keceriaan dan persekitaran kawasan rancangan . Mulai September 2007 , Program Anugerah Keceriaan Kampung felda atau AKKF dilancarkan di semua 317 rancangan felda bertujuan menukar wajah perkampungan felda menjadi komuniti taman dan menjadikan warga peneroka komuniti contoh luar bandar . Pelaksanaannya meliputi pengurusan kutipan sampah berjadual , pengurusan Majlis Tempatan felda dan pengindahan kawasan kampung secara berterusan .Program gotong royong dikalangan ahli masyarakat turut sepanjang masa sebagai menyokong pelaksanaan dan keberkesanan program pelupusan sampah di tanah rancangan . Felda memberi peruntukan berjumlah RM10.00 sepeneroka sebulan dan peneroka hanya membiayai sebanyak RM5.00 seorang . Berdasarkan bilangan peneroka seramai 112,635 orang , felda

membiayai RM1.126 juta setiap bulan atau RM13.516 juta setahun . Keseluruhan kos bagi peruntukan ini ialah RM1.689 juta sebulan atau RM20.274 juta setahun . Bagi mereka yang berniaga di kawasan perniagaan akan memberi sumbangan berjumlah RM10.00 seorang . Selain itu Yayasan Felda akan menubuhkan Institut Hafazan al Quran bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahu mempelajari dan mendalami kitab suci itu . Ia perlu melalui beberapa fasa pembinaan lagi sebelum boleh memulakan operasi .Pada peringkat permulaan , ia akan mengambil 20 orang penuntut sahaja daripada pelbagai peringkat usia . Seterusnya akan membuka tawaran kepada sesiapa sahaja yang berminat mempelajari serta mendalami al Quran dan tidak terhadkepada warga felda sahaja .Cek bernilai RM2.5 juta telah diberikan untuk disalurkan ke dalam dana Yayasan Felda . Selain pembinaan Institut Hafazan al Quran , Yayasan itu juga terlibat dalam projek pembinaan rumah jagaan warga emas di lokasi yang sama .Projek yang diberi nama Green Home itu merupakan pusat penjagaan warga tua yang lengkap dengan kemudahan dalam persekitaran kampung yang mendamaikan .

- Kebajikan
Kerajaan felda telah menjaga kebajikan peneroka dengan memberikan bantuan , pinjaman dan kemudahan peneroka . Antaranya ialah Pinjaman Pembesaran Rumah . Kemudahan pinjaman ini diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan memberi kemudahan kepada peneroka membina semula / mengubahsuai rumah di tanah rancangan .Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah dantara RM10,000 hingga RM40,000 .Pinjaman tanpa faedah ini terbuka kepada yang layak dan berumur tidak melebihi 70 tahun semasa pinjaman diluluskan . Caj perkhidmatan sebanyak 2.5 peratus dikenakan untuk sekali sahaja

sepanjang tempoh pinjaman bagi menampung kos pengurusan . Seterusnya pula ialah Pinjaman Komputer.Skim pinjaman membeli computer kepada peneroka diwujudkan mulai tahun 2005 bagi meningkatkan kemahiran warga peneroka di bidang teknologi maklumat . Pimjaman kepada peneroka yang layak adalah berjumlah RM2,400 dan tiada faedah dikenakan . Tempoh bayaran balik adalah balik 35 bulan dan syarat pinjaman seperti peneroka menyertai program bersama felda , pendapatan bersih bulanan melebihi RM500 , mempunyai tanggungan melebihi 3 orang dan sekurang kurangnya seorang bersekolah , bebas dari sebarang tindakan tatatertib. Pinjaman seterasnya ialah Skim Bantuan Pembaikan Rumah Peneroka . Pada tahun 2003 hingga 2007 , felda telah melaksanakan bantuan pembaikan rumah peneroka yang didapati daif dan perlu diperbaiki bagi memastikan peneroka dan keluarga tinggal dalam keadaan sempurna dan selesa . Bantuan RM 10,000 / peneroka tersebut diberikan kepada 3,293 peneroka dengan peruntukan berjumlah RM32.93 juta . Bantuan ini hanya dilaksanakan sehingga tahun 2007 sahaja . Felda juga memberikan kebajikan kepada peneroka antaranya ialah Pelan Khairat Kematian Peneroka ( PKKP) . Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2008 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh felda kepada peneroka ditanah rancangan .Tujuan skim ini adalah melindungi para peneroka yang ditimpa kemalangan menjalankan pelbagai aktiviti kebun dan aktiviti yang lain ditanah rancangan , membantu peneroka atau keluarga semasa ditimpa bencana atau kemalangan . Seterusnya ialah Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka . Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi oenyakit kronik yang memerlukan alat bantuan kesihatan dan bencana alam . Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh peneroka . Selain itu , pemberian Hari Raya turut diberikan . Tujuan pemberian ini antaranya ialah untuk membantu

meringankan beban peneroka sebagai persiapan hari raya dan kelengkapan persekolahan anak anak . Pemberian ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan felda . Akhir sekali ialah Pelaburan dalam Koperasi Permodalan felda Berhad (KPF) .KPF adalah badan pelaburan peneroka yang menjalankan kegiatan pelaburan dan kewangan . KPF menguasai 51% pemilikan dalam felda Global Ventures ( FGV) dan segala keuntungan dipulangkan kepada peneroka dalam bentuk dividen . Felda menggalakkan peneroka membuat tabungan penyimpanan di dalam KPF dengan memberi sijil saham percuma di peringkat awal dan menyediakan kemudahan pembiayaan melalui Skim Pinjaman Koperasi Permodalan Felda (KPF).

4 . PERKEMBANGAN
- Sumber Kewangan
Sumber kewangan bagi membiayai projek projek pembangunan oleh felda diperolehi daripada kerajaan Persekutuan , Bank Dunia , Bank Pembangunan Asia , Tabung Kerajaan Kuwait , Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain lain . Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja kerja pertanian , pembinaan kilang dan perumahan peneroka . Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan .Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan . Bagi Hak peneroka pula , felda hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada felda termasuk bayaran Cukai Tahunan yang disatukan kepada Kerajaan Negeri . Bagi peneroka yang telah menerima surat

hak milk , apabila berlaku kematian , pembahagian kawasan pegangan kepada waris waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan . Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru bermula 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara . Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancngan . Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh felda dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan .

- Pembangunan prasarana / Fizikal


Bagi tujuan pembangunan felda telah membuat projek infrastruktur . Rancangan felda adalah tertakluk dan diwartakan di bawah Akta Tanah ( Kawasan PetempatanBerkelompok ) 1960 atau Land Act ( Group Settlement Areas ) . Rancangan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kawasan bandar yang mengandungi petempatan , perniagaan dan perusahaan di mana terdapatnya rumah kediaman peneroka , bangunan awam , kedai , gerai , institusi awam , prasarana , sekolah ,klinik , balai raya , masjid dan sebagainya . seterusnya kawasan luar bandar yang mana kawasan pertanian yang diuntukan kepada peneroka .Semasa rancangan dibuka felda menyediakan pelan tata atur yang menunjukkan susun atur pembangunan kawaan bandar atau pecan felda . Bagi melengkapkan bandar atau pecan kecil , felda menyediakan peruntukan dalaman mengikut kemampuan kewangan semasa untuk membiayai beberapa projek yang difikirkan sesuai . Projrk yang dijalankan ini termasuklah

menambahbaik sistem perparitan , penjagaan jalann kampung , pembinaan dewan dan kompleks sukan , penyediaan ruang perniagaan dan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat rancangan . Sejumlah RM15 juta disediakan untuk menaiktaraf jalan perkampungan felda dan menaiktaraf masjid / sekolah agama . Sejumlah RM 4 juta diperuntukan untuk menyiapkan pemasangan lampu jalan di perkampungan felda .Tumpuan diberikan bagi menaiktaraf kawasan perniagaan di 40 buah gugusan dengan menyediakan kawasan letak kereta , tandas awam , perparitan dan pemasangan lampu . Peruntukan RM13 juta disediakan bagi tujuan ini . Sehingga Mac 2010 , felda telah membina 65 buah dewan serbaguna jenis A & B dengan kos RM37.01 juta dan kompleks sukan / gelanggang sukan sebanyak 17 buah dengan kos RM39.24 juta dan 2 buah gelanggang futsal bernilai RM1.5 juta untuk kemudahan masyarakat setempat mengadakan aktiviti .Selain itu , projek pembinaan menara felda 50 tingkat yang mempunyai lingkungan kawasan lantai bersih seluas 689,000 kaki persegi dan mempunyai sebuah dewan serba guna yang mampu memuatkan 1,500 orang .Pembinaan bangunan ini begitu signifikan dengan kejayaan 50 tahun felda sebagai organisasi pembangunan tanah paling berjaya di dunia .

- Pengiktirafan / Penghargaan
Beberapa kemajuan telah felda peroleh seperti berjaya memajukan hidup peneroka setempat di seluruh negara , mempunyai estet terbesar didunia , felda satu satunya didunia yang mengamal sistem pemberian tanah untuk kesejahteraan peneroka yang ditanam dengan tanaman utama iaitu sawit , felda telah dikenali diperingkat antarabangsa .Berikutan dengan Kebangsaan Tun Abd Razak yang diberikan kepada pertubuhan yang terlibat dalam

perkhidmatan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat sejagat . Seterusnya ialah Anugerah Pengurusan Kewangan 1992 yang diberikan kepada sesuatu jabatan yang mempamerkan ciri ciri kecemerlangan dalam pengurusan kewangan , Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara yang diberikan kepada organisasi kerajaan yang telah berjaya mempamerkan prestasi cemerlang , Anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat 1993 yang diberikan kepada organisasi yang mencapai kecemerlangan dalam pembangunan teknologi maklumat , Anugerah Pengurusan Projek 1993 pengiktirafan yang diberi kepada sesebuah jabatan di peringkat kementerian yang telah menunjukkan kaedah pengurusan yang cemerlang dalam menguruskan projek projek pembangunan , Anugerah Malaysia Livestock Industry Award 2007 pengiktirafan kepada syarikat yang berjaya menunjukkan pencapaian dalam sektor pertanian Negara . Felda Farm products sdn bhd menerima anugerah ini ekoran kejayaannya menjalankan aktiviti penternakan integrasi melalui pengurusan yang baik dan sistematik , Sijil Anugerah Kerajaan Malaysia 2003 pengiktirafan kepada rancangan Felda Cenderawasih yang berjaya menunjukkan pencapaian dalam sektor ladang pertanian di felda . Rancangan ini adalah pemenang Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia . Sempena hari pekerja tahun 2003 , Anugerah Ramon Magsaysay pengiktirafan kepada pengerusi felda Tan Sri Raja Muhamad Alias di atas sumbangannya terhadap felda . Sumbangan ini adalah dari perkhidmatan Kerajaan di Manila pada 31 Ogos 1980.

- Cabaran yang dihadapi


Objektif hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan dan rintangan yang dianggap sebagai cabaran . Antara cabaran tersebut termasuklah mewujudkan negara bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama .

Ia mesti menjadi negara yang aman , berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum , hidup dalam harmoni , bekerjasama sepenuhnya , secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara . Cabaran yang kedua pula, untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas , tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri , bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah . Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan , sedar semua kemampuannya , tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain . Cabaran ketiga pula , untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang , mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang , demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun . Cabaran yang keempat pula, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika , yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama , dan kejiwaan yang didorong oleh tahap etika paling tinggi . Cabaran yang kelima pula ialah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur , rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adapt , kebudayaan dan kepercayaan agama masing masing dan pada masa yang sama , meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara . Cabaran yang keenam pula , mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif , mempunyai daya perubahan tiggi dan memandang ke depan , yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan . Cabaran yang terakhir ialah mewujudkan penyayang dan budaya menyayangi , iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat jauh lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekelilingsistem kekeluargaan yang kukuh .

You might also like