You are on page 1of 4

BUDAYA MEMBACA AMALAN MULIA Firman-firman Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia, santun bahasa

Pali mengungkapkan Tripitaka bacaan setiap penganut Buddha, atau helai-helai Veda alunan lagu pengamal ajaran Hindu, juga baris Injil yang cekal dihayati pengikut ajaran Triniti. Semuanya membentuk sebuah dogma yang sama. Ilmu wajib diteroka, asasnya amalan ilmu membaca. bermula, Seawal dengan Adam dicipta, saat itulah penerokaan membaca segala petanda

kebesaran Yang Maha Esa, maka terbinalah tamadun manusia. Lantaran itu, percayalah BUDAYA MEMBACA AMALAN MULIA Budaya membaca menepati definisi konsep al-Warraq pada zaman Abbasiyyah yakni langkah memulakan gaya hidup membaca dan mengkaji ilmu secara sihat. Pemahaman teori, praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti merupakan intipati budaya membaca yang sejati. Semua ini dianggap sebagai perbuatan yang luhur, murni dan agung kerana mampu memanusiakan manusia. Maka, Budaya Membaca Amalan Mulia menuntut kita untuk menilai kemampuan gaya hidup membaca ini dalam meningkatkan darjat manusia, membentuk individu berilmu, membina masyarakat berjaya dan menjana minda bangsa. Hadirin sekalian, Manusia pertama Adam A.S., dicipta bersama semangat ingin tahu, hingga manusia terakhir yang lahir pun pasti akan memiliki semangat itu. Kita sedar, ilmu manusia cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan. Tetapi kerana percaya, di sisi Tuhan apa yang lebih berat timbangannya adalah tinta para ulama berbanding darah

para syuhada, maka kita masih meneruskan penerokaan ilmu menerusi amalan membaca. Kewujudan ilmu tidak pernah membezabezakan siapakah penuntutnya. Dari golongan raja dan pemimpin berkuasa, hinggalah kelompok marhaen atau hamba, ilmu tersedia untuk diteroka, buat pedoman di hari muka, nadi ilmu amalan membaca. Bezanya darjat manusia, dilihat menerusi betapa tingginya ilmu di dada, pabila berilmu dipandang mulia. Saudara-saudari, anda pasti tidak percaya, 40 kali, Ibnu Sina mengulangbaca kitab Metafizika karya Aristotle. Gaius Plinius Secundus menghabiskan dua pertiga usianya semata-mata untuk membaca dan menuntut ilmu. Dan Imam as-Syafie terpaksa menulis dengan pelepah kurma tetapi berjaya mengarang 174 kitab sepanjang riwayatnya. Itulah gambaran gigihnya tokoh-tokoh terdahulu membudayakan amalan membaca bagi mencari kemanisan ilmu. Hari ini berbeza, kita begitu taksub pada segulung ijazah kononnya itulah lambang orang berilmu dan dipandang mulia. Ramai yang mengaku tahu membaca tetapi buta pada hurufnya, mengaku tahu mengira tetapi tidak mengenal angka, mengaku tahu menulis tetapi ideanya muflis. Bagi kita, membaca sekadar hobi suka-suka bukan untuk diteroka kerana rendahnya kecintaan kita terhadap ilmu. Hadirin sekalian, Kepentingan budaya membaca turut menjana perkembangan masyarakat. Kerana budaya itulah, sejarah Rom Kuno mampu bermula dari sebuah desa kecil di tengah Itali sehingga berjaya menakluk dunia. Tamadun China dan India yang amat gemilang juga berkongsi rahsia yang sama. Hatta Christopher Colombus takkan kenal benua Amerika, Vasco Da Gama takkan menemui laluan ke India, Laksamana Cheng Ho takkan menjadi penjelajah terkemuka tanpa membaca kitab-kitab peta dunia!

Bagi membudayakan amalan membaca dalam jiwa setiap rakyat, Jepun tidak pernah malu menggunakan sistem pendidikan Hanko dan Terakoya, tidak malu menulis dan membaca dengan kaedah Kanji dan Katagana, maka bangsa Malaysia juga seharusnya percaya kita mampu untuk membina tamadun dan negara dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Lantaran itulah, kerajaan berkobar-kobar memperkasakan gerakan budaya membaca kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 mencatatkan purata hanya 2 buah buku setahun, seterusnya meningkat kepada 11 buah buku setahun pada 2009. Bukti bahawa kita yakin dan percaya, bangsa Malaysia takkan berjaya andai ilmu tidak dikongsi bersama, semuanya bertitik-tolak dari budaya membaca. Saudara dan saudari, Raja Phra Poramin Tharamaha Chulalongkorn, Alfred Russell Wallace dan Karamchand Mohandas Mahatma Gandhi percaya hanya penerokaan ilmu menerusi amalan membaca yang bisa membebaskan kita daripada belenggu penjajahan, ini penindasan, tiada kejahilan adakah dan ini kedaifan. Pemimpin-pemimpin sudah lagi,

bermakna pucuk ilmu dan akar budaya juga sudah mati? Maka hari ini kita bimbang, ramai yang lebih gemar memilih bahan bacaan picisan, bukan naskhah ilmu pengetahuan; novel murahan dan komik hiburan, bukan jurnal saintifik dan majalah akademik. Dek kerana buta pada makna ilmu, kita abaikan kepentingan bahan bacaan yang berfaedah. Akhirnya, yang menerima padah dan natijah itu siapa? Pasti bangsa kita yang tertutup minda dan terkatup jiwanya. Maka bangunlah, siapapun diri anda. Hanya melalui amalan membaca dan penerokaan ilmu, kita mampu meningkatkan

martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya benarlah kalam pencipta, ilmu adalah cahaya. Pencetus cahaya ilmu bermula dengan kalimah iqra yakni bacalah! Akhir kata, kita renungkanlah, membina sebuah ketamadunan tidak sesingkat awan menjadi hujan, api menjadi abu dan pasir menjadi debu. Tetapi asas tamadun adalah penerokaan ilmu melalui amalan membaca. Benarlah bahawa, Budaya Membaca Amalan Mulia.

You might also like