You are on page 1of 8

Gua Pari @ Fairy cave, Bau, Kuching Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak

di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'. Leganda Gua Pari - pari (Mitos) Mengikut Cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak. Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang tiada penjaganya. Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi batu. Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di gua ini. Ini dapat di buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan pemujaan. Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu. Bukit Batu yang menempatkan Gua Pari

Kubu Lili (Fort Lily) Seperti juga daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima

Rentap yang menentang White Colonial Regime yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60an di layar Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regim Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai Kubu Lili (Fort Lily) bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861. Selain daripada kisah perjuangan Rentap, terdapat satu kisah yang agak menarik iaitu kisah pertempuran di Benting Maro yang dikisahkan dalam buku-buku sejarah tempatan. Antara pahlawanan yang terkenal ialah Sharip Masahor. Berdasarkan kedudukannya yang agak strategic, maka akhirnya Kubu Lili dijadikan sebagai pusat pertahanan oleh Brooke selain menjadi pusat pentadbiran. Kedudukan ini diteruskan lagi semasa era zaman pendudukan Jepun selama empat tahun. Apabila Sarawak merdeka dalam Malaysia pada tahun 1963, Kubu Lili tetap dijadikan sebagai pusat pentadbiran yang kemudiannya dijadikan sebagai Pejabat Daerah sehinggalah pada tahun 1975. Sehingga kini, Kubu Lili tetap mengekalkan ciri-ciri asal dan masih berdiri megah serta turut dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong.

Bukit Sadok / Kubu Rentap


Program Ekspedisi Bukit Sadok Program Ekspedisi Bukit Sadok diadakan bagi memperingati detik-detik bersejarah tentangan diantara Rentap dengan Charles Brooke di kubu kuat Rentap di Bukit Sadok. Sebuah meriam yang dikenali sebagai Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk menentang penjajah Inggeris tersebut.

Bukit Sadok adalah terletak di antara hulu Batang Skrang di Bahagian Timur dan hulu Sungai Spak / Batang Layar di Bahagian Barat. Rumah panjang berdekatan adalah Peredu, Gerenjang dan Genting Pisang (Batang Skrang) dan Batu Pesok, Rantau Rayang dan Jambu (Batang Layar). Untuk ke Bukit Sadok, pengangkutan darat boleh digunakan dari Bandar Betong ke Rh. Giri, Jambu yang mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Dari Rh. Giri, Jambu, pendakian bermula selama lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak Bukit Sadok. Pada amnya, Bukit Sadok mempunyai hutan jenis MDF (Mixed Dipterocarp Forests) tetapi di kawasan kemuncak terdapat hutan yang berbentuk Keranggas. Seperti kebiasaanya, jenis pokok yang terdapat terdiri daripada spesis Meranti, Kapur, Keruing, Resak, Luis, Tampar Hutan, Nyatoh, Kayu Malam, Geronggang, Minggi, Mempening (Empili) dan selunsur (Melaban). Dua jenis pokok yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan seperti Bintangor dan Tongkat Ali (spesis yang terlindung sepenuhnya) juga terdapat di kawasan ini. Di kawasan Bukit Sadok, terdapat haiwan-haiwan yang terlindung sepenuhnya seperti Orang Utan (Maias), Empeliau, Tupai Kerawak, Tupai Tanah (Kerampu), Burung Kenyalang dan Burung Ruai. Bagi haiwan terlindung adalah seperti Tupai Terbang (Kubong), Beruang, Landak, Enturun, Tenggiling, Munsang, Kesindap, Sengayan, Burung Ensing dan Ular Sawa. Sejarah Rentap, Bukit Sadok dan Bedil Bujang Timpang Berang Mengikut sejarah, Rentap telah menggunakan meriam Bujang Timpang Berang untuk mempertahankan kubunya di Bukit Sadok pada bulan Jun 1857. Pada masa tersebut pasukan tentera Rajah yang terdiri dari 3,500 orang Iban dan 500 orang Melayu diketuai oleh Charles Brooke telah mara dari Sungai Skrang untuk menyerang kubu Rentap. Beberapa orang askar Charles Brooke telah cedera parah atau terbunuh. Keadaan ini telah memaksa Charles Brooke untuk berundur seterusnya menamatkan Ekspedisi Pertama mereka. Dalam Ekspedisi Kedua yang diketuai oleh Charles Brooke dan pasukan tenteranya yang terdiri daripada 2,000 orang Iban dan 200 orang Melayu telah menghampiri Bukit Sadok melalui Sungai Layar, dari Nanga Tiga ke Rapu untuk menentang Rentap pada bulan Ogos 1858, Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk mempertahankan kubu Rentap di Bukit Sadok. Dalam Ekspedisi Ketiga, Charles Brooke telah membawa bersama sebuah bedil bernama Bujang Sadok yang seberat 368 kg yang dibuat di Kuching. Tembakan pertama dari bedil Bujang Sadok telah menembusi dinding kubu dan membunuh ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang. Tembakan yang bertalu-talu telah menyebabkan dinding kubu tersebut berjaya ditembusi. Kayu pembawa yang membawa meriam Bujang Sadok juga telah patah. Darah ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang telah meresap ke dalam belerang serta menyebabkan bedil Bujang Timpang Berang tidak dapat berfungsi. Kubu berkenaan akhirnya ditawan dan bedil Bujang Timpang Berang dipateri dengan besi pada 29 Oktober 1861. Rentap dan pengikutnya yang terselamat seramai 24 orang berjaya melarikan diri. Kubu berkenaan telah dibakar pada petang 28 Oktober 1861. Api yang membakar kubu tersebut dapat dilihat dari jauh melalui beberapa buah rumah panjang. Bujang Timpang Berang telah ditinggalkan dan dibiar tanpa dipedulikan di Bukit Sadok selama 65 tahun. Pada tahun 1926, seorang Pegawai Daerah Betong bernama G.R.H. Arundell dan Penghulu Unji dari Spak telah membawa turun meriam tersebut ke Kubu Lili di Rantau Entanak, Betong. Pada 9 Oktober 1990, Bujang Timpang Berang dialihkan dari Kubu Lili ke Pejabat Daerah di Bukit Bangun, Betong. Tugu Peringatan Panglima Rentap Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Douglas Uggah ak Embas, YB Encik Aidan Wing dan Datu Nillie Tanggai. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Encik Romie Sigan Daniel (Residen Bahagian Betong), Dr. Ngenang Janggu (Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana (Pegawai Daerah

Betong), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum dari rumah-rumah panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman. Sebelum upacara perasmian ini, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok. Antara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat serta laluan mendaki untuk memudahkan para pendaki dan pelancong datang ke situ.

Sejarah BETONG

Masyarakat Sarawak di sini terdiri daripada pelbagai bangsa terutama masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Masyarakat Iban Betong kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman di sepanjang Sungai Layar, Sungai Spak dan Sungai Padeh. Di kawasan Spaoh dan Debak pula lebih tertumpu di kawasan Ulu Paku, Ulu Rimbas, Ulu Bayor dan sedikit tinggal di sepanjang jalan Pusa. Mereka mengamalkan pertanian pindah (padi bukit) di samping getah, lada dan koko sebagai tanaman komersial. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu di kawasan ini termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap.

Manakala masyarakat Melayu pula ramai yang mendiami kawasan hiliran dan persisiran pantai meliputi kawasan Pusa, Debak, Spaoh dan Maludam sedikit di kawasan pinggiran pekan. Pekerjaan tradisi masyarakat ini termasuklah menjadi nelayan terutama di Kampung Pusa dan sekitarnya. Mereka juga pada zaman awalnya bergiat dalam usaha penanaman padi di pinggiran sungai. Selain daripada itu, ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti pembalakan terutama di sekitar Beladin. Seperti juga masyarakat Iban, masyarakat Melayu di sini juga tidak kurang hebatnya dengan nama-nama tokoh terkenal seperti nama Datuk Patinggi Udin, Abang Abdul Kadir, Abang Godam dan Datuk Patinggi Kedit. Penduduk Cina pula kebanyakannya tinggal di pekan, sama ada di Betong, Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Pada tahun 1927, pekan Betong dikatakan mempunyai 16 buah unit kedai sahaja yang dimonopoli oleh masyarakat Cina. Tidak dinafikan juga masyarakat Cina di sini pada awalnya ada yang tinggal di pinggir pekan bagi mengusaha tanaman sayur-sayuran. Golongan ini lebih dikenali sebagai 'Cina Kebun'. Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

Rentap Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas, mahu generasi muda mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan Iban itu, terutamanya ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 ini. Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, 48, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang kini terletak dalam Bahagian Betong. Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya. Walaupun dilabelkan sebagai ketua pemberontak oleh regim Brooke, saya sangat menghormati dan menyanjungi peranannya sebagai pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang menggerakkan semangat nasionalisme, kata Luyang, seorang pegawai penerangan di Jabatan Penerangan Sarawak kepada Bernama di sini. Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung di rumah panjang 26

pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya dengan Tawak Sadok, sejenis gong yang digunakan semasa peperangan di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek moyang lima generasi. Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan sebagai ketua panglima perang. Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept 1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun, menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844. Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara hidup tradisional kaum Iban. Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai usaha kerajaan menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai Lumbong Rentap, yang bermaksud kubur dalam bahasa Iban, bagi memperingati perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan kesungguhannya mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993. Sesuatu perlu dilakukan bagi generasi muda mempelajari tentang Rentap, semangat perjuangannya dan cerita mengenai penentangannya terhadap pentadbiran Brooke bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mereka, kata bapa kepada tiga anak. Sebagai sebahagian daripada warisan sejarah dan kekayaan budaya, Luyang menggesa kerajaan supaya meningkatkan kemudahan termasuk pondok dan trek hutan menuju ke Tugu Peringatan Rentap di puncak Bukit Sadok. Dari kawasan tinggi inilah panglima hebat dan pengikutnya turun dan melayari Sungai Saribas atau Sungai Ulu Skrang River untuk melancarkan serangan menentang penjajahan Brooke. Luyang berkata kemudahan yang lebih baik dan penyelenggaran akan memudahkan orang ramai termasuk pelancong dan pelajar melawat tugu bersejarah di puncak Bukit Sadok, dengan replika Bujang Timpang Berang, sejenis meriam yang digunakan oleh Rentap dalam peperangannya menentang askar-askar Brooke dibina. Meriam sebenar kini ditempatkan di Pejabat Daerah Betong, Bukit Bangun, setelah dipindahkan dari Kubu Lily di Betong, di mana sebuah jalan dan dewan komuniti dinamakan sempena nama Rentap.

KUBU LILY, BETONG

GUA PARI-PARI / FAIRY CAVE DI BAU.KROKONG

You might also like