You are on page 1of 2

REFLEKSI NAMA : NURSYAHIRA BT ZULKARNAIN KELAS : T1 PENGAJIAN SOSIAL Syukur ke hadrat Illahi, dengan segala limpah dan kurnianya

saya telah selamat menjalani klinik kejurulatihan dan kepegawaian bagi permainan bola jaring. Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengikuti kursus ini selama 3 hari yang bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang sendiri. Peluang sebegini saya manfaatkan sepenuhnya dengan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan dalam permainan bola jaring. Sekalung penghargaan buat Puan Noor Azli Bt Hj Ali yang tekad menganjurkan kursus ini untuk ahli GERKO bola jaring. Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya dapati saya mendapat pelbagai info baru disamping membaiki kemahiran permainan saya. Saya dapati saya telah dapat membaiki beberapa kelemahan saya semasa bermain bola jaring. Sebagai contoh, saya telah dapat mempelajari teknik yang lebih baik untuk menjaring. Memandangkan saya sering diberikan posisi bermain sebagai penjaring, saya harus mempunyai kemahiran menjaring yang baik. Menerusi nasihat dan latihan daripada jurulatih professional iaitu Puan Bong dan Puan Norhayati, saya kini dapat menguasai teknik jaringan yang betul. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka berdua yang banyak membantu saya. Selain itu, saya telah belajar mengenai peraturan dan undang-undang permainan bola jaring. Saya sedar selama ini saya kurang member penekanan pada aspek peraturan dalam pemainan bola jaring. Melalui kursus ini, saya dapati pengetahuan dan pemahaman saya dalam aspek ini berkembang. Saya mula faham tentang cara untuk menjadi pengadil bola jaring yang betul. Selain itu,saya dapati saya sudah mula memahami undang-undang dalam permainan ini. Saya yakin selepas ini, saya akan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dalam pengadilan dan kepegawaian bola jaring. Walaupun saya dan rakan-rakan lain terpaksa bermain di bwah siaran matahari petang yang amat terik, namun saya berasa berbaloi dengan nilai ilmu yang saya perolehi di akhir kursus ini. Saya sangat berharap kursus seperti ini akan

dapat diteruskan untuk masa akan datang agar lebih banyak kemahiran baru dan pengetahuan baru akan dapat saya kutip dan belajar. Semoga aktiviti seperti ini dapat memberi pengajaran berguna pada saya dan rakan-rakan.

You might also like