You are on page 1of 15

Sesi Julai 2010 SOALAN 1 a. Berikan takrif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seeorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

b. Senaraikan LIMA(5) dalam sejarah perkembangan pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia. i. Era keselamatan dandang sebelum 1914

ii. Era keselamatan jentera 1914 hingga 1962 iii. Era keselamatan industri 1953 hingga 1967 iv. Era keselamatan dan keselamatan industry 1970 hingga 1994 v. Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan selepas 1994

c. Akta keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994 bertujuan untuk memupuk dan menggalakan kesederaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di kalangan pekerja dan juga organisasi dan langkah-langkah keselamatan yang berkesan. Akta 514 juga mendefinisikan kewajipan am majikan, pengilang, pekerja dan perekebentuk. Huraikan dengan jelas prinsip-prinsip utama yang di ambil kira sebagai asas dalam pengubalan Akta 514 ini. Self regulation atau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan. Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

d. Nyatakan TIGA(3) perkara yang didapati Lord Roben yang menjadi penyebab kepada bilangan kemalangan yang masih tinggi walaupun terdapat banyak akta dan peraturan yang telah diwartakan untuk mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. i. Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu banyak, sukar untuk difahami. ii. Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak peduli. iii. Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada kurang menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian.

SOALAN 2 a. Senaraikan TIGA(3) pihak utama yang terlibat secara langsung dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. i. Majikan ii. Sub-kontraktor iii. Pekerja

b. Berikan LIMA (5) tanggungjawab majikan i. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik, selamat dan tapan risiko kepada kesihatan. ii. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko. iii. Menjadikan pengusahaanya dengan cara memastikan yang pekerja setakat yang praktik bahawa dia dan orang-irang lain yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan mereka disebabkan oleh pekerja pengusahaan itu. iv. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan yang selamat . v. Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktit.

c. Senaraikan LIMA (5) tugas yang dilakukan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. i. Mengemukakan cadangan serta syor bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja dan membantu menyusun program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. ii. Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatanya dan juga mengambil bahagian dalam pemeriksaan yang dibuat oleh majikan. iii. Menyimpan rekod statistic kemalangan, penyakit dan peristiwa bahaya di tempat kerja. iv. Bertindak sebagai setiausaha di dalam Jawantankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja. v. Membuat penyiasatan terhadap kemalangan serius, peristiwa-peristiwa bahaya dan penyakitpenyakit pekerjaan.

d. Siapakah yang dimaksudkan dengan Sub-Kontraktor. Sub-kontraktor adalah seseorang yang merekabentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja.

SOALAN 3 a. i. Nyatakan TIGA (3) objektif penubuhan Jawatankuasa Keselamata (JKK) - Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan motivasi pekerja. - Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud. - Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi kesalamatan dan kesihatan. ii. Berikan LIMA (5) cirri sebuah Jawatankuasa Keselamatan (JKK) yang cekap dan berkesan. - Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan secepat mungkin. - Anggota JKK memahami fungsi mereka. - Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekerja dan mendapat perakuan mereka. - Anggota JKK memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan tanggungjawab mereka sebagai satu pasukan. - Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja.

b. Senaraikan TIGA (3) objektif utama (DOSH). i. Untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripatisme dasar undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. ii. Untuk membantu dan member khidmat maklumat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja professional dalam usaha meningkatkan lagi taraf keselamatan kesihatan dan kebajikan pekerja.

SOALAN 4 a. Senaraikan LIMA (5) keperluan-keperluan keselamatan yang diperlukan untuk pekerja di kilang berasaskan kayu untuk memastikan keselamatan pekerja sentiasa berkeadaan selamat. Cermin Perlindungan dan goggle Topi perlindungan Sarung tangan fabric Kasut keselamatan penguatan keluli But keselamatan

b. Nyatakan punca-punca berlakunya hazard di tempat kerja. i. ii. Keadaan di tempat kerja. Lantai tidak rata dan licin Ruang yang tidak mudah dan selesa bergerak. Pencahayaan dan pengudaraan tidak sempurna Tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan sempurna Tidak dapat buat satu pusingan bebas di kawasan kerja. Pelakuan kerja. Tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul. Tidak berbincang dengan majikan Tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja.

Tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan selamat. Tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan menjejaskan kesihantan.

c. Terangkan secara ringkas mengenai EMPAT (4) jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Hazard fizikal Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika direka tidak selamat dan tidak sempurna dan tidak diselenggara dengan baik.

Hazard Kimia Kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilangkilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan kimia seperti asid, alkali, pelarut, simen, getak sintetik, gentian kaca dan pelekat adaha bahan kimia yang merbahaya.

Hazard Ergonomik Berkaitan dengan ketidaksesuaian manusa dengan persekitaranya. Ia dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.

Hazard Biologikal Pekerja terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya suatu specimen biologi adalah berbeza-beza mengikut sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit, laluan masuk agen penyakit ke dalam badan dan ketahan pekerja yang terdedah.

SOALAN 5 a. Apakah tugas-tugas yang anda lakukan jika berlaku kecemasan atau kebarakan di tempat kerja anda? Menilai keadaan kecemasan Bertindak mentakrifkan kompenon organisasi tindakan kecemasan. Menyelia dan menyelaras operasi tindakan kecemasan Bertanggungjawab terhadap mengambilkan keadaan normal di tempat kerja.

b. Nyatakan punca-punca kebakaran berlaku. Terlalu panas Tindakbalas kimia Merokok Kebakaran spontan Perbuatan khianat Geseran Kerja-kerja semasa kimpalan Litar pintas Kerosakan elektrik Petir

c. Terangkan dengan jelas pengurusan bahan yang berkesan dengan kaedah pengendalian secara manual. Pengendalian manual adalah melebihi dan mengangkat, mengangkut atau membawa sesuatu benda. Ianya bermaksud aktiviti merangkumi mengangkat, merendahkan, menolak, menarik, memegang, membawa, menahan sesuatu barang, haiwan atau orang. Kecederaan akan berlaku jika tugasan kerja yang diberikan adalah tidak sempurna. Ini menyebabkan permasalahan dalam pengendalian kerja secara betul. Di antara akibat kecederaan semasa pengendalian kerja semasa manual ialah seperti : Kerja yang melibatkan penarikan, kurang pengawalan dan pergerakan serta merta yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan Kerja yang banyak melibatkan membongkok, memintak dan mencapai.

Kerja yang melibatkan masa memegang dalam keadaan yang sama atau kedudukan tidak berbubah

Kerja yang terlalu pantas dan berulang-ulang Kerja yang memerukan tekanan bagi menjalankan tugasan.

SOALAN 6 a. Berikan kelas-kelas kecemasan dan tindakan kecemasan bagi setiap hazard yang berlaku. Kelas I o Kecemasan yang tidak membahayakan keselamatan tempat kerja dan tidak mengakibatkan kecederaan berat ke atas pekerja. o Ditangani oleh penyelia tindakan kecemasan kawasan atau loji sahaja.

Kelas II o Kecemasan yang melibatkan kecederaan berat dan kehilangan harta benda yang besar tetapi terhad di kawasan tempat kerja. o Ditangani oleh Penyelaras Organisasi Tindakan Kecemasan dalam tapak.

Kelas III o Kecemasan berlaku membahayakan tempat kerja dan kemungkinan merebak dan mengganggu gugat kawasan sekitar. o Ditangani oleh Penyelaras Organisasi Tindakan Kecemasan yang melibatkan pasukan dalam dan luar tapak.

b. Nyatakan LIMA (5) tujuan penyiasatan kemalangan dilakukan Untuk menyediakan laporan kemalangan Untuk menyediakan laporan keselamatan Untuk membuat tindakan susulan bagi mengelakkan kejadian kemalangan tidak berulang pada masa hadapan. Untuk mendapatkan bukti-bukti penting dengan segera bagi mengelakkan ianya dimusnahkan atau dialih dengan sengaja atau tidak sengaja. Untuk mengetahui punca-punca kemalangan supaya perkara yang sama tidak akan berulang.

SESI JANUARI 2010 SOALAN 1 a. Apakah maksud keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seeorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

b. Terangkan dengan jelas mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diwartakan pada bulan Februari 1994. Akta ini lebih komprehensif, meliputi semua sector-sektor industri. Satu pendekatan baru juga telah diserapkan dalam akta ini iaitu pendekatan peraturan kendiri. Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Tujuan akti ini ialah :Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada akitiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan tata amalan industry yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

c. Nyatakan TIGA (3) prinsip yang terlibat dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Self regulation atau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan. Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

SOALAN 2 a. Nyatakan EMPAT (4) tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada akitiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan tata amalan industry yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

b. Nyatakan LIMA (5) kewajipan sebagai pekerja dan majikan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. i. Pekerja Mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelangkapan atau pakaian perlindungan yand disediakan oleh majikan bagi mencegah dari risiko kepada keselamatan dan kesihatanya. Untuk bekerjasama dengan majikan dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan itu. Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. ii. Majikan Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik, selamat dan tapan risiko kepada kesihatan. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko. Menjadikan pengusahaanya dengan cara memastikan yang pekerja setakat yang praktik bahawa dia dan orang-irang lain yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan mereka disebabkan oleh pekerja pengusahaan itu. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan yang selamat . Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik.

10

SOALAN 3 a. Berikan DUA (2) sebab mengapa Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu ditubuhkan? Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud. Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi kesalamatan dan kesihatan.

b. Apakah fungsi Jawantankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan? JKK berfungsi sebagai perunding dan penasihat bagi pekerja. Platform bagi pekerja membuat pengaduan dan penghubung kepada pihak kerjaan jika terdapat perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan oleh majikan.

c. Nyatakan peranan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Untuk menyedia dan menyeggara suatu tempat dan sistem yang selamat dan sihat. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja. Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi. Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Untuk memenuhi semua kehendak perundangan mengenai kesalamatan dan kesihatan pekerjaan.

11

SOALAN 4 a. Berikan takrifan : i. Hazard Apa sahaja secara bersendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kecederaan kecil. ii. Risiko Gabungan kemungkinan dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga adalah gabungan-gabungan factor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. iii. Bahaya Dedahan relative seseorang kepada hazard. Seseorang yang lebih sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

b. Jelaskan EMPAT (4) jenis hazard yang boleh ditemui dalam sesuatu tempat kerja. Hazard fizikal Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika direka tidak selamat dan tidak sempurna dan tidak diselenggara dengan baik. Hazard Kimia Kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan kimia seperti asid, alkali, pelarut, simen, getak sintetik, gentian kaca dan pelekat adaha bahan kimia yang merbahaya. Hazard Ergonomik Berkaitan dengan ketidaksesuaian manusa dengan persekitaranya. Ia dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.

12

Hazard Biologikal Pekerja terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya suatu specimen biologi adalah berbeza-beza mengikut sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit, laluan masuk agen penyakit ke dalam badan dan ketahan pekerja yang terdedah.

c. Berikan EMPAT (4) cara mengenalpasti hazard Melalui pemerhatian sendiri Perancangan awalan Merujuk dokumen rujukan Akta, peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Penggunaan kelengkapan khas

d. Nyatakan DUA (2) punca utama hazard dan berikan contoh-contoh bagi punca utama hazard tersebut. Mesin dikendalikan oleh pekerja yang tidak terlatih. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakanya.

13

SOALAN 5 a. Berikan punca-punca utama kebakaran. Terlalu panas Tindakbalas kimia Merokok Kebakaran spontan Perbuatan khianat Geseran Kerja-kerja semasa kimpalan Litar pintas Kerosakan elektrik Petir

b. Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan kebakaran. Jangan menghisap rokok berdekatan dengan bahan kimia Menyimpan bahan kimia yang banyak di dalam bilik yang berasingan dan jauh dari kawasan mudah terbakar. Jangan menggunakan atau menyalakan api berdekatan dengan bahan kimia. Operasi yang mudah terbakar seperti kimpalan atau pengisar bahan besi hendaklah dilakukan jauh dari bahan kimia. Menanda dan melabelkan tanda bahaya dan pastikan label tersebut tidak rosak, dialih atau ditukar.

c. Berikan LIMA (5) kaedah susunatur di dalam sebuah kilang yang boleh mewujudkan suasana yang sihat dan selamat

14

SOALAN 6 a. Nyatakan LIMA (5) kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan Menggalakkan majikan dan pekerja untuk mengurangkan hazard di tempat kerja. Program-program keselamatan dan kesihatan yang terkini dapat dilaksanakan. Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Menggalakkan penyelidikan yang boleh menghasilkan penyelesaian yang inovatif terhadap masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Majikan dan pekerja mengetahui akan hak masing-masing yang berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

b. Terangkan kaedah mengukur tahap keselamatan seperti berikut: i. Senarai semak Untuk menganalisis tahap pencapaian pengurusan yang telah dilaksanakan. Maklumat dari semakan ini diharap dapat menunjukkan kekuatan kejayaan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Semakan ini dilakukan dengan berbagai pihak seperti pihak kerajaan, majikan, pekerja dan juga orang ramai bagi tujuan masing-masing. ii. Audit Keselamatan Adalah satu pemeriksaan kritikal yang sistematik aktiviti sebuah organisasi dengan objektif untuk menimumkan kerugian akibat kemalangan. iii. Laporan kemalangan Adalah aktiviti melaporkan hasil lengkap sesuatu siasatan kemalangan yang telah dilakukan secara sistematik dan terperinci, kerugian dinyatakan, punca dan sebab kemalangan.

15

You might also like