P. 1
Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

|Views: 8,603|Likes:
Published by syazayasminismail
Pro-siding article
Title: Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Pro-siding article
Title: Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

More info:

Categories:Types, Research
Published by: syazayasminismail on Sep 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2015

pdf

PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS Syaza Yasmin binti Ismail

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dan meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan kanak-kanak kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tiga buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar kanak-kanak dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam waktu perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat dan secara tidak langsung kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua subjek meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Abstract This research is done to value how children's songs can improve the vocabulary of preschool students. The aims are to enhance English vocabulary and improve their confident in communication. The respondents for this research are 6 pre-school students in Kuala Lumpur area. The data were collected from the interviews and observation. The data were analyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Not only that, the confidence level will increase where the kids start to give responds in the learning session. Three songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus on the target words in the songs so they can master them. This activity should become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in morning class especially in teaching and learning slot. With this activity, the kids can improve their language automatically and they can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically and the kids can respond to the lesson confidently right after the intervention was done. Thus, children songs can help the kids to master and improve their vocabulary and this will help them to boost up their confident to communicate in English.
1

PENGENALAN Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan penggunaan lagu kanak-kanak terhadap murid prasekolah di sebuah sekolah sekitar bandar Kuala Lumpur. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu subjek untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Tajuk kajian ini adalah Penggunan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris. Kajian ini telah dilaksanakan terhadap enam orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dengan menggunakan lagu kanak-kanak. Kajian ini telah menggunakan tiga lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris iaitu Seven days in a week, Ten little teddies dan Head, Shoulders, Knees and Toes. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dilengkapi dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian. Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987). Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), kanak-kanak prasekolah sepatutnya menguasai kemahiran komunikasi, iaitu komunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah menekankan aspek komunikasi melalui Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran komunikasi bahasa Inggeris prasekolah mempunyai sepuluh standard kandungan iaitu BI1.1 Listen and discriminate sounds, BI1.2 Listen to and understand meaning of simple words, BI1.3 Acquire and use simple phrases and statements, BI1.4 Listen to and follow simple instructions, BI1.5 Listen to nd enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories, BI1.6 Sing songs and recite rhymes and poems, BI1.7 Tell simple stories, BI1.8 Dramatize familiar situations and stories, BI1.9 Perform a variety of language forms and functions in a social context dan BI1.10 Ask simple questions. Isahak, et. al. (2008) mengatakan bahawa pembelajaran bahasa kedua (iaitu bahasa Inggeris) pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi mempelajari dan berfikir ilmu akademik memerlukan latihan dan masa secukupnya. Dapatan beberapa kajian di luar negara menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang lama. Oleh itu, guru yang mengajar bahasa Inggeris perlu mengambil langkah dan teknik yang bijak dalam mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak agar pengajaran yang dijalankan berkesan kepada mereka. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanakkanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak kerana nyanyian lagu kanak-kanak merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak (Nani Menon, 2005). Kaedah terbaik yang dapat
2

digunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak adalah dengan penggunaan lagu kanak-kanak kerana lirik dan melodi lagu kanak-kanak yang mudah dan senang untuk dipelajari serta lagu-lagu tersebut dapat menambah minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Melalui pengalaman mengajar di prasekolah ini, penyelidik dapati bahawa kanak-kanak ini tidak dapat menguasai kosa kata bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata tersebut. Penyelidik menghadapi masalah yang banyak setiap kali pengajaran slot bahasa Inggeris dijalankan. Kanak-kanak ini tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Penyelidik telah membuat soal selidik dan pemerhatian terhadap kanak-kanak ini. Hasil daripada analisis soal selidik semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Hasil pemerhatian pada tinjauan awal yang telah dijalankan, penyelidik juga telah mendapati bahawa jumlah kekerapan kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris adalah rendah. Soalan-soalan ini dikemukakan pada waktu perbualan pagi atau dalam slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kekerapan yang rendah ini berpunca daripada kelemahan kanak-kanak dalam penguasaan bahasa Inggeris dan punca utama masalah ini adalah penguasaan kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Oleh demikian, mereka tidak memahami butir bicara yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu kanak-kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dari segi kognitif dalam penghafazan dan memahami kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang dilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian. Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antara bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak dapat menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang dipelajari mereka apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh pendapat Krogh (1995) yang mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang. Nyanyian dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Pengajaran ini juga sangat sesuai diintegrasikan dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa murid-murid yang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca. Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.

3

Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk; (i) Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah. (ii) Meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah. Soalan Kajian Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut; (i) Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah selepas penggunaan lagu kanak-kanak? (ii) Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris? TINJAUAN LITERATUR Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dilengkapi dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian. Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987). Kajian ini mengaplikasikan Model Proses Pembelajaran Gagne (1974). Menurut Gagne (1974) seperti yang dinyatakan dalam Mok (2008), proses pembelajaran bermula dengan rangsangan-rangsangan daripada luar mengikut fasa-fasa tertentu iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa perolehan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Melalui nyanyian lagu kanak-kanak, minda kanak-kanak akan menyimpan kosa kata yang diperoleh daripada lirik lagu tersebut ke dalam stor ingatan jangka panjang. Apabila diperlukan, kanak-kanak ini akan memberikan rangsangan dengan mengeluarkan kosa kata tersebut melalui pertuturan. Dalam kajian yang dijalankan ini, nyanyian lagu kanak-kanak dijadikan sebagai rutin dalam bilik darjah di mana tiga buah lagu tersebut akan dinyanyikan pada waktu perbualan pagi dan semasa slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. National Association for the Education of Young Children (NAEYC) yang disebut dalam Salmon (2010) mencadangkan agar aktiviti rutin diterapkan kepada kanak-kanak kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyusun pengetahuan dan pengalaman lepas mereka dengan baik dan bermakna. Salmon (2008) juga berpendapat bahawa kebaikan aktiviti rutin bukan sahaja dapat memberi keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi aktiviti rutin juga dapat membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan budaya berfikir. Menurut Lightbown & Spada (2006) kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada peringkat persekolahan yang sebenar. Selain itu, Bee & Boyd (2007) juga mengatakan, kanak-kanak yang kurang didedahkan kepada bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecamkan kosa kata dengan banyaknya. Jadinya, pendedahan kepada bahasa adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu perkembangan bahasa mereka.
4

Menurut dasar pendidikan kebangsaan (1970), bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua penting dan diajarkan sebagai bahasa kedua yang utama di sekolah-sekolah di Malaysia. Bahasa Inggeris telah diberi kedudukan sebagai bahasa kedua kerana kepentingannya dalam sistem pendidikan dan hubungan antarabangsa. Oleh itu, bahasa Inggeris perlu diajarkan secara berkesan di sekolah-sekolah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan agar membolehkan murid mempunyai kecekapan berbahasa Inggeris yang memungkinkan mereka berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Selain itu, berdasarkan Teachers’ Handbook (1973), pengajaran bahasa Inggeris di sekolahsekolah sebagai bahasa kedua adalah untuk memberikan kecekapan bahasa dalam empat jenis kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bertutur (dan mendengar) mempunyai matlamat mengajar kanak-kanak bercakap dalam bahasa Inggeris yang dapat difahami oleh orang lain. Pengajaran membaca pula menumpukan matlamat membantu kanak-kanak membaca dengan baik untuk keperluan ilmu pengetahuan. Manakala, kemahiran menulis pula menitikberatkan kebolehan kanak-kanak menulis karangan yang ringkas bersifat cerita atau huraian ringkas. Edelmen (1990) dan Calvin (1996) seperti yang dinyatakan dalam Siti Zaiton (2005) menyatakan bahawa perkembangan intelektual berlaku apabila terdapat stimuli seperti muzik yang membolehkan seseorang itu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan pemikiran yang abstrak. Lantaran itu, nyanyian lagu kanak-kanak dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari sudut bahasa. Pernyataan ini disokong oleh McDonald & Simon (1989) yang mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menyanyi dalam corak yang tidak dapat dijangkakan. Menurut McDonald & Ramsey (1989) hasil tinjauan mereka mendapati bahawa kefahaman dan konsep bahasa dapat ditingkatkan melalui aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa nyanyian. Mereka juga dapat mempelajari perkataan-perkataan baharu dan meningkatkan kemahiran kognitifnya melalui muzik dan nyanyian. Kenyataan ini juga disokong oleh Hoskin (1988, dalam Weinberger, 1996) dalam kajiannya tentang perkembangan perbendaharaan kata dan bahasa kanak-kanak melalui aktiviti nyanyian. McDonald & Ramsey (1989) juga mengatakan bahawa nyanyian sewajarnya dimasukkan dalam aktiviti harian prasekolah kerana ia dapat membantu mewujudkan mood yang baik kepada kanak-kanak untuk memulakan persekolahannya. Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal kanak-kanak. Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usaha mengekalkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam program muzik untuk pembelajaran dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik menunjukkan kemajuan secara menyeluruh. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pada awal proses mempelajari sesuatu lagu, kanak-kanak lebih memfokuskan lirik lagu (Welch, 1997). Kanakkanak berusaha untuk cuba menghafaz lirik lagu yang diberikan. Selepas kanak-kanak menghafaz lagu tersebut, kanak-kanak akan berusaha untuk mengingati irama lagu tersebut

5

pula. Kajian tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak perlu menguasai lirik lagu yang terdiri daripada perkataan-perkataan atau frasa-frasa terlebih dahulu. Kajian Bredekamp & Copple (1997) juga telah membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Mereka mendapati bahawa kemahiran berbahasa kanak-kanak mempengaruhi kebolehan mereka untuk mengukuhkan hubungan sosial. Pemerhatian yang dilakukan oleh Bredekamp dan Copple terhadap kanak-kanak di sebuah prasekolah Perancis mendapati apabila kanak-kanak menyanyi dan melakonkan nyanyian tersebut, mereka secara tidak langsung akan belajar untuk menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris selain mendalami bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Perancis. METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini melibatkan seramai enam orang kanak-kanak prasekolah di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kesemua kanak-kanak berumur enam tahun dan belajar dalam sebuah kelas yang sama. Kanak-kanak ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Berikut adalah prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak dalam kajian ini; Jadual 1: Prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak
Langkah 1 Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris menggunakan carta lirik lagu sehingga kanak-kanak benar-benar dapat menghafaz tiga lagu tersebut (Seven days in a week, Ten little teddies dan Head,shoulders, knees and toes). Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul Sebanyak 25 kosa kata yang telah dipilih diberi penekanan. Kanak-kanak akan diterangkan dengan maksud atau pengertian setiap kosa kata yang ingin diuji dalam bahasa Melayu Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin pada waktu perbualan pagi dan slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris

Langkah 2 Langkah 3

Langkah 4

Dua jenis alat kajian telah digunakan dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan pemerhatian. Penyelidik telah menggunakan soal selidik melalui aktiviti soal jawab dengan kanak-kanak. Sebanyak 25 soalan telah disediakan sebagai penanda untuk peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Kosa kata yang digunakan merupakan kosa kata yang telah dipelajari oleh kanak-kanak dalam tiga lagu kanak-kanak serta dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil dapatan soal selidik dicatatkan pada borang soal selidik. Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa aktiviti perbualan pagi serta slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Pemerhatian berstruktur dicatatkan menggunakan borang senarai semak untuk mengenal pasti kekerapan respons subjek terhadap soalan yang dikemukakan dalam aktiviti semasa perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

6

KEPUTUSAN Persoalan Kajian Pertama: Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris muridmurid prasekolah selepas penggunaan lagu kanak-kanak? Hasil analisis soal selidik yang dijalankan telah dapat mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak dengan penggunaan lagu kanak-kanak. Jadual 2: Perbandingan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas intervensi mengikut lagu
Subjek M1 M2 M3 M4 M5 M6 Sbl Slp Sbl Slp Sbl Slp Sbl Slp Sbl Slp Sbl Slp Lagu 1 1/7 6/7 1/7 6/7 0/7 7/7 0/7 5/7 1/7 5/7 2/7 7/7 Lagu 2 1/10 10/10 2/10 10/10 1/10 10/10 1/10 10/10 2/10 9/10 2/10 10/10 Lagu 3 0/8 5/8 0/8 4/8 0/8 8/8 0/8 5/8 1/8 5/8 0/8 7/8 Jumlah 2/25 21/25 3/25 20/25 1/25 25/25 1/25 20/25 4/25 19/25 4/25 24/25 Peratusan (%) 8 84 12 80 4 100 4 80 16 76 16 96

Petunjuk: Lagu 1 : Seven days in a week Lagu 2 : Ten little teddies Lagu 3 : Head, shoulders, knees and toes Sbl Slp : Sebelum intervensi : Selepas intervensi

Jadual 2 adalah dapatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan selepas intervensi mengikut lagu. Berdasarkan kepada dapatan di atas, seramai lima orang subjek dapat menjawab kesemua soalan untuk kosa kata dalam Lagu 2 selepas intervensi dijalankan. Manakala hanya Kanak-kanak M5 sahaja tidak dapat menjawab 1 soalan daripada 10 soalan yang dikemukakan daripada kosa kata dalam Lagu 2. Ini menunjukkan bahawa kesemua subjek lebih mudah mengingati dan memahami kosa kata dalam Lagu 2 berbanding dua buah lagu lagi. Jadual 3: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
Jawapan Jumlah skor Peratusan (%) M1 21/25 84 M2 20/25 80 M3 25/25 100 M4 20/25 80 M5 19/25 76 M6 24/25 96

Berdasarkan jadual 3, didapati seorang kanak-kanak mendapat peratusan 100% iaitu Kanakkanak M3. Kanak-kanak ini telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan kepadanya dengan betul berdasarkan kepada lirik lagu kanak-kanak yang diajar. Sementara itu, Kanak-kanak M6 mendapat skor kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 96%. Kanak-kanak M1 mendapat peratusan sebanyak 84% dengan menjawab 21 soalan dengan
7

betul. Kanak-kanak M2 dan Kanak-kanak M4 dapat menjawab 20 soalan dengan betul daripada 25 soalan yang diberikan. Dua orang kanak-kanak ini mendapat peratusan sebanyak 80%. Peratusan terendah pula telah diperoleh oleh Kanak-kanak M5 iaitu dengan 76%. Rumusannya, hasil analisis soal selidik yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak mendapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka dengan baik berbanding sebelum intervensi. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata kanak-kanak telah meningkat. Oleh itu, penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Jadual 4: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak
Kanak-kanak M1 M2 M3 M4 M5 M6 Sebelum intervensi (%) 8 12 16 4 4 16 Selepas intervensi (%) 76 80 100 80 76 96 Jumlah peningkatan (%) 68 68 84 76 72 80

Jadual 4 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak iaitu sebelum menjalankan intervensi dan selepas menjalankan intervensi. Kanak-kanak M3 mendapat peratusan peningkatan tertinggi iaitu 84%. Peratusan peningkatan yang kedua tertinggi pula adalah Kanak-kanak M6 iaitu sebanyak 80%. Kanak-kanak M1 dan Kanak-kanak M2 mendapat 68% peningkatan. Manakala Kanak-kanak M5 dan Kanak-kanak M4 masing-masing mendapat skor 76% dan 72% peningkatan setelah menjalankan intervensi.

8

HASIL PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DAPAT MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS 100 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 84 80 80 76

96

Peratusan (%)

8

12

16 4 4

16

M1

M2

M3
Subjek

M4

M5

M6

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Rajah 1: Hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris Rajah 1 menunjukkan hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian. Hasil analisis selepas intervensi menggunakan alat kajian soal selidik pula mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat menjawab soalan yang telah diberikan kepada mereka dengan betul dan lancar. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Berbanding dengan hasil dapatan soal selidik yang dijalankan sebelum intervensi mendapati bahawa kanak-kanak tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Hasil soal selidik telah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan soalan yang dijawab adalah rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti perbualan pagi serta aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Hasil analisis ini dapat menjawab persoalan kajian yang pertama di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah. Persoalan Kajian Kedua: Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris? Hasil analisis pemerhatian yang dibuat telah dapat mengenal pasti murid-murid prasekolah lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan penggunaan lagu kanakkanak.

9

Jadual 5: Kekerapan respons subjek terhadap soalan guru dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta aktiviti perbualan pagi
Subjek Tinjauan Awal 4 M1 5 M2 4 M3 2 M4 1 M5 2 M6 Pemerhatian 1 5 7 6 6 6 5 Jumlah Kekerapan Pemerhatian Pemerhatian 2 3 6 6 9 8 7 7 6 7 7 6 7 8 Pemerhatian 4 7 9 9 8 9 7 Pemerhatian 5 9 10 10 9 10 8

Jadual 5 menunjukkan jumlah kekerapan respons kanak-kanak terhadap soalan guru dalam slot aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta dalam aktiviti perbualan pagi. Hasil analisis pemerhatian ini mendapati bahawa jumlah kekerapan respons kesemua subjek meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal ke pemerhatian 1, pemerhatian 2, pemerhatian 3, pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Berdasarkan hasil dapatan ini, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M2 meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 2, tetapi jumlah kekerapan respons menurun pada pemerhatian 3 iaitu sebanyak 1 respons kerana pada ketika itu kanak-kanak M2 mengalami masalah kesihatan. Jumlah kekerapan ini terus meningkat pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Pada pemerhatian 5, Kanak-kanak M2 memberi respons terhadap kesemua sepuluh soalan yang dikemukakan oleh guru. Kanak-kanak M5 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 3, tetapi jumlah kekerapan respons ini menurun sebanyak 1 respons menjadikan jumlah respons pada pemerhatian 3 adalah sebanyak 6 respons dan terus meningkat pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Kanak-kanak M6 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 3 tetapi jumlah kekerapan ini menurun pada pemerhatian 4. Jumlah kekerapan respons ini meningkat semula pada pemerhatian 5. Selain itu, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M1, Kanak-kanak M3 dan Kanak-kanak M4 terus meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian yang kelima. Hasil analisis ini mendapati bahawa Kanak-kanak M2, Kanakkanak M3 dan Kanak-kanak M5 dapat memberikan respons terhadap kesemua soalan yang diberikan oleh guru pada pemerhatian 5 iaitu sebanyak 10 respons terhadap 10 soalan yang dikemukakan. Hasil analisis pemerhatian juga mendapati kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan bahasa mudah apabila mereka banyak mempunyai kosa kata. Sepanjang pemerhatian dijalankan iaitu pada waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan mereka mampu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun tidak lancar. Namun demikian, mereka kelihatan lebih yakin berbanding sebelum intervensi yang tidak mahu langsung berinteraksi dalam sebarang aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan itu, kanak-kanak berupaya meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dengan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak di samping dapat membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
10

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Jumlah kekerapan

HASIL PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK MENINGKATKAN KEYAKINAN UNTUK BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS 10 10 10 9 9 9 9 9 9 8 8 8 8 7 7 7 7 7 7 7 66 6 6 66 6 5 5 5 5

4 2 1

4 2

M1

M2

M3 Subjek

M4

M5

M6

Tinjauan Awal

P1

P2

P3

P4

P5

Rajah 2: Hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris Rajah 2 menunjukkan hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hasil analisis selepas intervensi menggunakan alat kajian pemerhatian yang dijalankan terhadap kanakkanak mendapati kanak-kanak memberi respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan menggunakan kosa kata yang dipelajari daripada lagu yang dipelajari dan dinyanyikan. Kebolehan kanak-kanak ini memberi respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berupaya meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Berbanding dengan hasil dapatan sebelum intervensi dijalankan didapati bahawa kurang memberikan respons terutamanya dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini tidak memberikan sebarang respons terhadap soalan yang diberikan oleh guru semasa waktu perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini juga tidak mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan. Hasil analisis ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang kedua di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah. Kesimpulannya, hasil analisis mendapati bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penggunaan lagu kanakkanak juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktif.

11

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian, kanak-kanak berupaya berkomunikasi dengan baik semasa perbualan pagi dan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dijalankan. Kajian yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak didapati dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak melalui nyanyian lagu kanak-kanak. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Edi Mohd. Ezral (2010). Dalam kajian tersebut, beliau telah membuktikan bahawa penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid prasekolah. Alat kajian yang digunakan dalam kajian tersebut adalah ujian pra, ujian pos dan pemerhatian. Responden kajian terdiri daripada 2 orang kanak-kanak lelaki dan 2 orang kanak-kanak perempuan di Petaling Jaya. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan guru dan rakanrakan dengan yakin dalam bahasa Inggeris mudah. Bilangan kosa kata bahasa Inggeris yang digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah apabila menggunakan lagu kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris berbanding sebelum menggunakan lagu kanakkanak. Di samping itu, Nani (2005) juga mengatakan bahawa nyanyian adalah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak juga lebih mudah menerima dan menyimpan maklumat melalui aktiviti sosial dan spiritual yang memberikan perasaan gembira, bebas, puas dan berasa tenang seperti aktiviti nyanyian ini. Keadaan ini juga akan menjadikan pembelajaran itu suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat bermakna dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa kanak-kanak dapat menguasai bahasa kedua melalui nyanyian. Hasil kajian ini telah menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Bredekamp & Copple (1997) di mana kajian mereka yang dijalankan di Perancis telah membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda mereka. Implikasi hasil kajian mendapati penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat apabila menggunakan lagu kanak-kanak. Komunikasi dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris juga bertambah baik dan lancar menunjukkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak ini telah meningkat. Lantaran itu, kanak-kanak ini dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan penuh yakin. Berdasarkan penemuan hasil kajian, penyelidik ingin mengemukakan empat kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang seperti yang berikut. 9.1 Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan semasa waktu perbualan pagi dan waktu slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan pada waktu lain juga seperti pada waktu rehat, waktu aktiviti permainan luar dan waktu-waktu slot pengajaran lain. Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa Melayu sahaja. Mereka ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa lain seperti bangsa Cina dan bangsa India atau bangsa lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak itu.
12

9.2

9.3

Kajian ini juga dilaksanakan dengan menggunakan tiga buah lagu kanak-kanak sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan lebih banyak lagu dan lagu-lagu tersebut dipilih banyak mempunyai kosa kata yang mudah dipelajari dan dihafaz oleh kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Dapatan yang diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini merupakan hasil dapatan daripada jumlah subjek yang sangat kecil iaitu seramai 6 orang dari sebuah kelas prasekolah sahaja. Pengkaji mencadangkan agar kajian sebegini juga boleh dijalankan terhadap bilangan subjek yang lebih besar jumlahnya dan dijalankan di beberapa buah sekolah yang lain, di daerah atau di negeri lain untuk melihat sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah secara keseluruhannya.

9.4

Kesimpulannya, kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat kanakkanak untuk belajar di prasekolah. Rohaya (1988) memetik pendapat Montessori yang percaya bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan bagi kanak-kanak iaitu dengan aktiviti bernyanyi, bermain, menari dan bermain alat muzik. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan juga dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak. RUJUKAN ____________________ (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bee, H. & Boyd, D. (2007). The developing child (11th ed.). Boston: Pearson Education. Inc. Bredekamp, S. & Copple, C. (1997). Developmentally appropriate practice in early childhood programs (Rev. ed). Washington, DC: National Association for the Education of Young Children. Bygrave, P. L. (1995). Development of receptive vocabulary skills through exposure to music. Bulletin of the council for research in music education. 127, 28-33. Campbell, P. S. & Scott-Kassner, C. (1995). Music in childhood. London: Prentice Hall International Edi Mohd Ezral, M. (2010). Penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid prasekolah PISMP. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Hurwitz, I., Wolff, P.H., Botrnick, B.D. & Kokas, K. (1975). Nonmusical effects of the Kodaly music curriculum in primary grade children. Journal of learning disabilities, 8, 45-51 Isahak, H., Abdul Latif, G., Md Nasir, M., Abdul Halim, I., & Mariam,M.N. (2008). Kesan dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris di sekolah rendah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Krogh, S. Z. (1995). The integrated early childhood curriculum. United States: McGrawHill.

13

Lightbrown, P.M. & Spada, N. (2009). How languages are learned (3rd ed.). New York: Oxford University Press. McDonald, D.T. & Ramsey, J.H. (1979). A study of musical auditory information processing of preschool children. Contributions to music education, 7, hlm. 2-11. McDonald, D.T. & Simons, G.M. (1989). Musical growth and development: birth through six. New York: Schirmer. McLaughlin, B. (1987). Theories of second language learning. England: Edward Arnold. Mok, S. S. (2008). Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nani Menon. (2005). Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Salmon, A. K. (2008). Promoting a culture of thinking in the young child. Early childhood education journal, 35(5), 457-461. Salmon, A. K. (2010). Engaging young children in thinking routines. Childhood education infancy through early adolescence, 86(3), 132-137. Siti Zaiton, A. (2005). Persepsi guru KPM dan swasta terhadap aktiviti nyanyian di prasekolah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Teachers’ handbook for the post-1970 primary school English syllabus. (1973). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Weinberger, N.M. (1996). Sing, sing, sing! muSICA research notes: VIII,12, Diperolehi pada Ogos 11, 2004 daripada http://musica.uci.edu/mrn?V312F96.html#sing. Welch, G.E. (1997). The developing voice. In L. Thurman dan G.F. Welch (eds) Bodymind and voice: foundations of voice education. Iowa: National Center for Voice and Speech.

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->