You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN Pada 28 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010, pelajar KPLI ambilan Jun 2010 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar untuk melihat dan memahami pembuatan Labu Sayong. Rombongan ini dijalankan di bawah naungan Jabatan Seni, IPG KSAH. Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran minor bagi Kumpulan KPLI Sains. Seramai 19 pelajar KPLI, tiga pensyarah kanan, termasuk pensyarah PSV KPLI, Encik Zakariah Bin Abdul Ghani bersama enam jurugambar turut menyertai rombongan tersebut. Destinasi kami ialah Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Kampung Bendang merupakan tempat yang terkenal dengan sejarahnya dalam pembuatan Labu Sayong. Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik Pareb, pembuat tembikar dan Puan Roslina dari Jabatan Kraf tangan Perak bersama beberapa pegawai. Kami diberi taklimat oleh Pn. Roslina mengenai tempat berkenaan dan dibawa sekitar tempat tersebut sambil diberi penjelasan mengenai proses pembuatan tembikar. Sehabisnya sesi taklimat, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diberi alatan serta tanah liat untuk memulakan proses pembuatan tembikar. Seorang pegawai dari jabatan membuat demo bagaimana untuk membuat tembikar menggunakan teknik lingkaran.

Kami menerima layanan yang baik

Taklimat oleh Pn. Rosliza bt. Parit

Taklimat oleh Pn.Rosliza bt. Parit

Taklimat oleh Encik Amir

Taklimat oleh Encik Amir

Pemberian cenderahati kepada semua peserta

2.0 TEKNIK LINGKARAN Teknik lingkaran merupakan antara teknik yang lazim digunakan dalam pembuatan tembikar. Teknik ini merupakan teknik asas yang tidak menggunakan sebarang bantuan alat mekanikal. Encik Pareb dan pegawai-pegawai lain telah membimbing kumpulan kami sepanjang proses pembuatan tembikar berkenaan. a) Pada mulanya tanah yang diproses diluli. b) Ia kemudiannya diratakan dengan menggunakan alat penggelek. c) Kemudian, tanah liat berkenaan dipicit untuk membuat lingkaran senipis mungkin. Lingkaran tersebut digunakan untuk membuat tapak bagi tembikar. d) Lingkaran tersebut disusun mengikut arah putaran jam atau bulatan. e) Kemudian slip disapu diatas lingkaran tersebut. f) Seterusnya, pembinaan tembikar dimulakan dengan setiap aras lingkaran diletakkan atas setiap satu. g) Setiap aras disapu dengan slip bagi menguatkan lekatan antara lingkaran. h) Langkah terakhir ialah, alat penetak digunakan pada permukaan tembikar untuk meratakannya. Proses pembuatan tembikar dengan teknik lingkaran

Lingkaran dibuat untuk membuat tapak

Tapak lingkaran dan kepingan

Setiap lingkaran diteruskan

Lingkaran diteruskan sehingga bentuk yang diperlukan dikehendaki

Antara tembikar yang dihasilkan melalui teknik lingkaran (anak panah)

Hasil kerja teknik lingkaran

3.0 TEKNIK PICIT CUBIT Sehabisnya teknik lingkaran, kami diajar oleh En. Pareb untuk membuat Labu Sayong. Menurut dia, ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan

menaikkan setiap aras. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan tanah liat diatas sebuah pinggan plastik bagi memudahkan putaran. a) Tanah liat diambil dan digulingkan untuk membuat gumpalan. b) Gumpalan tersebut kemudiannya dipicit di tengah untuk membuat bahagian dalam labu. c) Tanah liat kemudian dipicit dari luar untuk menaikkannya menjadi labu. d) Tanah liat ditambah bagi mengekalkan ketebalannya. e) Apabila sampai separuh atau badan labu, tembikar tersebut diterbalikkan dan pinggan tersebut diambil. f) Permukaan labu terdedah dan tapak ditambahkan pada permukaan labu tersebut dengan menutupnya. g) Sekarang tapak berada dibawah, dan tanah liat ditambah bagi menaikkan labu. h) Tanah liat ditambah mengikut bentuk labu.

Contoh labu sayong ditunjukkan

Lingkaran 1 inci tebal dibuat

Lingkaran dipicit

Tanah liat ditambah

Tanah liat dipicit dan dinaikkan menjadi labu

Bahagian bawah labu telah dihasilkan

Bahagian atas labu dibentuk dengan menambahkan tanah liat sedikit demi sedikit

Pelbagai bentuk tembikar dihasilkan oleh para guru pelatih

4.0 TEKNIK KEPINGAN Teknik ini dilakukan menggunakan sebarang alat yang dapat membentuk sebarang bentuk. En. Pareb menunjukkan contoh dengan membuat empat kepingan segi empat. a) Tanah liat diluli dan digelekkan supaya ia rata. b) Setelah ia digelekkan, ia dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki. c) Mula-mula tapak dipotong, kemudian dinding dipotong. d) Bahagia-bahagian yang dipotong kemudiannya dicantumkan dengan

menyapu slip di bucu-bucu. e) Tanah liat yang dibentuk kemudiannya dikemaskan dan dihias mengikut kesesuaian. Proses pembuatan tembikar dengan menggunakan teknik kepingan

Tanah liat digelek dan dipotong

Kepingan dicantumkan

Guru-guru pelatih menghasilkan tembikar dengan menggunakan teknik kepingan.

Tembikar-tembikar yang dihasilkan melalui teknik kepingan

5.0 TEKNIK PUTARAN Sepanjang lawatan ini, kami juga berpeluang untuk mempelajari kaedah putaran dalam pembuatan tembikar. Walaupun tidak semua yang berpeluang untuk mengamati kaedah ini, namun demikian kami dapat memerhatikan kaedah putaran dengan lebih dekat. Kaedah ini ditunjukkan oleh Encik Farid. a. Seseorang memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar dan kemahiran ini diperoleh daripada latihan yang banyak.

b.

Melalui teknik ini bentuk silinder atau bulat dapat dihasilkan.

c.

Antara peralatan yang diperlukan adalah bekas air, span, dawai pemotong, pengguris, rib kayu dan pembaris.

d.

Pada mulanya, ketulan tanah liat diletakkan di tengah-tengah roda pemutar supaya kerja-kerja membentuk dapat dilakukan. Peringkat ini dipanggil pemusatan atau centering.

e.

Seterusnya

adalah

peringkat

pembukaan

(membuat

lubang)

untuk

membentuk tembikar yang dikehendaki.

f.

Kemudian proses membentuk diteruskan.

g.

Akhirnya, produk yang disiap dipindahkan dan dibentuk.

Teknik Putaran: Peringkat pemusatan dan pembukaan

Peringkat pemusatan (centering)

Peringkat pembukaan

Pengajaran teknik putaran

Peringkat pembukaan dipelajari

6.0 TEKNIK ACUAN Melalui pemerhatian di Pusat kraftangan Labu Sayong kami mendapati banyak hasilhasil tembikar yang telah dihasilkan dengan menggunakan teknik acuan. Secara komersial kaedah ini amat sesuai diamalkan. Kami tidak ditunjukkan cara-cara penghasilan tembikar dengan menggunakan acuan. Namun demikian, kami diberi penjelasan yang ringkas tentang teknik acuan. a. b. Slip atau tanah liat yang cair dimasukkan dalam acuan plaster. Kemudian hiasan dibuat di atas permukaan tanah yang separuh kering.

Hasil daripada teknik acuan

Acuan yang terdapat di sana

Acuan yang terbuka

7.0 TEKNIK PEMBAKARAN TEMBIKAR Terdapat dua jenis pembakaran tembikar. Menurut pegawai-pegawai di Pusat Kraftangan Labu Sayong, Negeri Perak pembakaran tembikar bertujuan untuk menjadikan tembikar keras dan tidak diserapi air. 7.1 Pembakaran biskut Pembakaran biskut adalah bertujuan untuk menjadikan tembikar keras dan pejal supaya tidak diserapi air. Antara pembakaran tradisional yang kami memerhati di Pusat Kraftangan Labu Sayung ialah menghitamkan tembikar dalam habuk kayu. Kami berpeluang untuk melihat pembakaran labu sayong. a. b. Pada mulanya labu sayong dibakar pada suhu yang tinggi. Kemudian labu sayong yang telah dibakar pada suhu tinggi akan ditutupi dengan habuk kayu. c. Tindak balas antara sekam padi dan tembikar pada suhu yang tinggi menghasilkan labu sayong berwarna hitam.

Pembakaran Labu Sayong pada suhu tinggi

Penutupan Labu Sayong dalam habuk kayu

Pengeluaran labu sayong keluar daripada habuk kayu

Labu sayong yang telah dikeluarkan kelihatan berwarna hitam

7.2 Pembakaran sepuh (glis) Pembakaran sepuh adalah bertujuan untuk menghasilkan tembikar yang disaluti dengan lapisan sepuh atau kaca yang licin, lut sinar dan tidak diserap air. Sepuh ialah sejeis cecair kaca yang disapu ke atas permukaan tembikar. Setelah dibakar, sepuh akan membentuk lapisan kaca pada permukaan tembikar. Suhu yang diperlukan untuk pembakaran sepuh adalah lebih tinggi daripada pembakaran biskut. a. b. Tembikar yang telah dibakar dicelup dalam larutan sepuh (glis). Tembikar yang telah dicelup dibakar dalam suhu yang tinggi daripada suhu pembakaran tembikar. c. Selepas 3 jam di dalam tanur, tembikar dikeluarkan dan ditutupi dengan serbuk kayu. d. Kemudian, tembikar dikeluarkan dan dicelup dalam air untuk mengurangkan suhu.

Taklimat oleh pegawai pusat kraftangan

Tembikar dicelup di dalam larutan berwarna sepuh/glis

Tembikar dicelup di dalam larutan metallic

Tembikar disimpan di dalam tanur elektrik

Tembikar dikeluarkan selepas 3 jam

Tembikar yang panas ditutupi di dalam serbuk kayu

Kemudian dicelup dalam air

8.0 LAWATAN KE PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, CAWANGAN PERAK Selepas melalui satu pengalaman yang sungguh menakjubkan di Pusat Kraftangan Labu Sayong, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak. Pelbagai jenis tembikar peninggalan

sejarah dari seluruh Malaysia telah dipamerkan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak. Para guru pelatih dapat melihat tembikar-tembikar dalam pelbagai bentuk seperti periuk, belanga dan alat kukus yang telah diperhalus perbuatannya. Motif-motif hiasan yang berunsurkan flora dan fauna, tulisan khat, abstrak serta geometrik digubah menjadi hiasan menarik pada permukaan tembikar. Fungsi setiap jenis tembikar telah dipamerkan di sebelah tembikar. Selain pameran pelbagai jenis tembikar, pencipta-pencipta hasil seni tekat juga menunjukkan penghasilan tekstil tekat. Seni tekat ini dipercayai diamalkan oleh golongan istana. Penggunaan seni tekat masih terbatas untuk istiadat dan upacaraupacara tertentu.

8.1 Gambar-gambar pameran seramik dan tembikar

8.2 Gambar-gambar seni tekat

8.3 Pemberian cenderahati kepada pegawai-pegawai

You might also like