You are on page 1of 15

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 1

UNIT 1

PENGENALAN KONKRIT
OBJEKTIF AM
Memahami pengetahuan asas mengenai simen dan teknologi konkrit dalam industri pembinaan.

1
INPUT

Un it

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan konkrit mengikut kaedah dan bahan yang digunakan bagi menghasilkannya. Menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan konkrit penting dalam industri binaan. Mengenali struktur-struktur konkrit. Menerangkan perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam teknologi konkrit.

Unit 1-1

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 2

1.0

PENGENALAN KONKRIT Konkrit merupakan bahan binaan yang sangat penting dan popular digunakan dalam pembinaan pada masa sekarang. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada konkrit tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan ia sesuai digunakan dalam apa jua keadaan. 1.1 Takrifan Konkrit Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya (Rujuk Jadual 1.1). JADUAL 1.1 : Nisbah Bancuhan Konkrit Mengikut Kegunaannya

Nisbah Bancuhan 1 : 5 : 10 1:3:6 1: 2 : 4 1:1:3

Kegunaan Tapak tembok dalam peparit bagi kerja tanah keras. Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi. Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain lagi. Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain lagi.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui proses kimia yang dinamakan proses penghidratan

Unit 1-2

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 3

(hydration) dan menghasilkan pasta simen. Pasta simen ini bertindak sebagai bahan pengikat/pelekat kepada komponen-komponen konkrit seperti batu baur halus/ pasir dan batu baur kasar (Rujuk Rajah 1.1). RAJAH 1.1 : Proses Untuk Menghasilkan Konkrit Air Tindakbalas kimia hidratan Pasta simen Simen Batu baur Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit) Bahan aktif yang terdapat dalam konkrit adalah simen dan air. Manakala batu baur pula adalah bahan lengai. Batu baur tidak memberikan sebarang tindakan semasa proses penghidratan tetapi bertindak sebagai pengisi ruang dan memberikan kekuatan, kelasakan serta daya rintangan daripada berlakunya pengecutan. Oleh kerana harga batu baur lebih murah daripada bahan-bahan lain maka ia boleh digunakan semaksima yang mungkin. Selepas proses penghidratan, kandungan air air dalam konkrit menjadi kurang dan beransur-ansur kering. KONKRIT

Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai rekabentuk yang baik mestilah mempunyai lompang (liang udara/void) lebih kurang 1% , dan pasta simen (air/simen/campur batu baur kasar dan halus) lebih kurang 75% .

Unit 1-3

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 4

Kualiti konkrit bergantung kepada:a) b) c) d) e) f) g) h) Kualiti bahan-bahan yang digunakan. Nisbah bancuhan. Penggredan batu baur. Amaun air yang digunakan. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan. Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras. Cara mencampur dan mengangkut. Kualiti acuan yang digunakan.

Sifat-sifat konkrit:a) Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah. b) Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain. c) Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut acuannya. d) Konkrit tahan panas dan tidak terbakar. e) Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu baur mudah didapati dan murah. Syarat bagi penyediaan konkrit yang baik a) Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu granit. b) Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna. Unit 1-4

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 5

c) Kandungan simen hendaklah mencukupi. d) Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi sebarang kotoran atau garam. e) Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan konkrit yang sama konsistansi. f) Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna supaya konkrit itu menjadi bancuhan yang seragam. g) Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan yang sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau. h) Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai perlu dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

AKTIVITI 1A

1.1

Nyatakan 5 (Lima) faktor untuk menentukan kualiti konkrit.

Unit 1-5

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 6

1.2

Nyatakan kegunaan setiap nisbah bancuhan berikut dalam jadual di bawah mengikut kesesuaiannya dalam pembinaan. Nisbah Bancuhan 1 : 5 : 10 1:3:6 1: 2 : 4 1:1:3 Kegunaan

1.3

Namakan bahan yang terlibat dalam proses seperti dalam lakaran di bawah :

Tindakbalas kimia hidratan

KONKRIT

MAKLUMBALAS 2A

1.1

5 (Lima) faktor untuk menentukan kualiti konkrit. i. ii. Kualiti bahan-bahan yang digunakan. Nisbah bancuhan. Unit 1-6

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 7

iii. iv. v. acuan. 1.2

Penggredan batu baur. Amaun air yang digunakan. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam

Kegunaan nisbah bancuhan seperti dalam jadual di bawah : Nisbah Bancuhan 1 : 5 : 10 Kegunaan Tapak tembok dalam peparit bagi kerja 1:3:6 1: 2 : 4 1:1:3 tanah keras. Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi. Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk, dan lain-lain lagi. Konkrit tegas dulu, tangki, dan lainlain lagi.

1.3

Bahan yang digunakan dalam proses ini ialah : Air Tindakbalas kimia hidratan Pasta simen Simen Batu baur KONKRIT

INPUT

1.2 Kelebihan Konkrit

Unit 1-7

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 8

Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular sebagai bahan pembinaan iaitu : a) Kukuh b) Kosnya yang murah c) Mudah didapati d) Mudah dibentuk mengikut acuan e) Tahan Lasak f)Mempunyai daya rintangan api g) Kemas h) Kekal bentuk dibawah beban i) Tidak menyerap j) Tidak Mengecut k) Tidak Rapuh

1.3 Struktur-struktur Konkrit


Konkrit digunakan bagi pembinaan struktur-struktur bangunan seperti : a) Tiang (column) b) Rasuk (beam) c) Papak Lantai (floor slab) d) Balak Konkrit (concrete beam) e) Tapak (footing) f) Asas (Foundation)

1.4 Perkembangan Teknologi Konkrit


Permintaan terhadap konkrit sebagai bahan binaan adalah sangat meluas. Berbagai-bagai jenis bangunan dan struktur kejuruteraan awam menggunakan bahan-bahan ini. Konkrit berupaya menanggung beban yang besar, mempunyai daya rintangan lelasan, daya rintangan asid dan menghalang dari serangan kerosakan yang lain.

Unit 1-8

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 9

Jangkahayat konkrit yang lama, tahan lasak boleh dihasilkan dikilangkilang secara komersial dan boleh digunakan di tapak binaan dengan jentera pengangkut. Kemunculan teknik-teknik pembinaan struktur konkrit yang lebih menjimatkan samada dari segi kos, masa dan sumber tenaga telah menarik ramai pengusaha untuk menerokai bidang ini. Penggunaan teknik konkrit tuang-dulu/pratuang sebagai komponen binaan adalah satu amalan yang berkesan dan diamalkan sejak kebelakangan ini. Penggunaannya didapati begitu meningkat dalam industri binaan kerana ia dapat memberikan beberapa kebaikan pembinaan yang lebih cepat, pihak seperti tempoh boleh pengeluar

mengusahakannya secara stok, berkualiti tinggi, tenaga kerja yang sedikit, dapat digunakan untuk struktur yang mempunyai rentang yang lebar melalui konsep pra-tegangan dan dapat dikendalikan walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk. Contoh Konkrit Pra-Tuang : Paip,longkang,pembentung,cerucuk,bingkai-bingkai struktur dan lainlain lagi.

Penggunaan bar keluli yang ditempatkan dalam pembinaan struktur konkrit dapat menambahkan lagi keupayaan tanggung beban konkrit tersebut. Kaedah ini dikenali sebagai Konkrit Tetulang. Kekuatan mampatannya adalah daripada konkrit dan kekuatan tegangan daripada bar keluli. Konkrit Tegas Dulu adalah merupakan teknik yang popular dan sering dimajukan lagi supaya dapat menambahkan keupayaan

Unit 1-9

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 10

tanggung beban anggota-anggota konkrit terutamanya untuk rentang yang luas. Konkrit Beban Ringan boleh digunakan untuk mengurangkan beban mati sesuatu bangunan atau struktur, juga mempunyai sifat penebatan yang baik dan sesuai digunakan untuk pengeluaran blok-blok konkrit bagi pembinaan dinding penebat. Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan batu baur asli khas atau batu baur tiruan.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut....... Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur........

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

AKTIVITI 2B

1.4

Nyatakan

(Lima)

faktor yang

menyebabkan

konkrit sesuai

digunakan dalam pembinaan.

Unit 1-10

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 11

1.5

Nyatakan 5 (Lima) contoh struktur bangunan yang dihasilkan menggunakan konkrit.

1.6

Nyatakan 4 (Empat) teknik pembinaan menggunakan konkrit yang popular digunakan dalam pembinaan pada masa kini

MAKLUMBALAS 2B

1.4

5 (Lima) faktor konkrit sesuai digunakan dalam pembinaan ialah: a) b) c) d) Kukuh Kosnya yang murah Mudah didapati Mudah dibentuk mengikut acuan

Unit 1-11

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 12

e) 1.5

Mempunyai daya rintangan api

5 (Lima) contoh struktur bangunan menggunakan konkrit konkrit: a) b) c) d) e) Tiang (column) Rasuk (beam) Papak Lantai (floor slab) Balak Konkrit (concrete beam) Tapak (footing)

1.6

4 (Empat) teknik pembinaan menggunakan konkrit yang popular : a) b) c) d) Konkrit Siap tuang/Pra-Tuang Konkrit Bertetulang Konkrit Tegas dulu Konkrit Ringan

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

Unit 1-12

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 13

1) Nyatakan Takrifan konkrit mengikut pemahaman anda. 2) Lakarkan proses penghidratan(hydration) untuk menghasilkan pasta
simen hinggalah konkrit dapat dihasilkan.

3) Nyatakan 4 (Empat) nisbah bancuhan dan Terangkan kegunaannya


dalam pembinaan.

4) Nyatakan 5 (Lima) faktor yang mempengaruhi kualiti konkrit. 5) Terangkan 5 (Lima) faktor yang menyebabkan konkrit popular untuk
digunakan dalam pembinaan.

6) Nyatakan 4 (Empat) teknik pembinaan yang menggunakan konkrit.

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1) Konkrit

ialah

bahan

yang

dihasilkan

apabila

simen,batu

baur

halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. 2) Air Tindakbalas kimia hidratan Unit 1-13

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 14

Pasta simen Simen KONKRIT

Batu baur 3) Nisbah Bancuhan 1 : 5 : 10 Kegunaan Tapak tembok dalam peparit bagi kerja 1:3:6 1: 2 : 4 1:1:3 tanah keras. Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi. Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk, dan lain-lain lagi. Konkrit tegas dulu, tangki, dan lainlain lagi. 4) i. ii. iii. iv. v. Kualiti bahan-bahan yang digunakan. Nisbah bancuhan. Penggredan batu baur. Amaun air yang digunakan. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.

5) i. ii. Kukuh Struktur bangunan yang menggunakan konkrit dapat menanggung beban. Kosnya yang murah Bahan binaan yang menggunakan konkrit adalah lebih murah berbanding penggunaan bahan lain seperti besi dan logam. iii. Mudah didapati Bahan-bahan untuk menghasilkan konkrit mudah untuk diperolehi.

Unit 1-14

PENGENALAN KONKRIT

C 1004 / Unit1/ halaman 15

iv. v.

Mudah dibentuk mengikut acuan Konkrit dapat dibentuk mengikut rekabentuk acuan berbanding penggunaan bahan lain. Mempunyai daya rintangan api Daya rintangan api bagi konkrit adalah lebih tinggi bagi keselamatan semasa berlakunya kebakaran.

6) i. ii. iii. iv. Konkrit Siap tuang/Pra-Tuang Konkrit Bertetulang Konkrit Tegas dulu Konkrit Ringan Anda sudah berpuashati dengan unit ini!!!!!!! Kalau sudah mari kita ke Unit 2.

Unit 1-15

You might also like