You are on page 1of 68

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Budi)) Maksud Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya, Nama yang bail tidak tersebut. Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Nilai Pengajaran Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sehajtera. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan. Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. Nilai keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. Ketinggian nilai budi. Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Jenaka dan Sindiran) Maksud Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.

Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar kemampuannya.

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Nilai Pengajaran Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Nilai bertanggungjawab. Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tanggan dengan baik. Nilai kegigihan iaitu gigih berusaha bagi mencapai matlamat. Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkata. Tanggungjawab seseorang isteri terhadap urusan rumah tangga. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. Pemimpin yang kehilangan kuasa. Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa. Musibah yang berlaku akibat kelalaian. Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

PUISI TRADISIONAL SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Maksud Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Manusia yang berakal dipandang mulia, malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagiaan.

Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. (Nota: fazihat aib, cela, nista) Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal.

(Nota: ibanya belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu)

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja.

(Nota: melanja-lanja berjalan-jalan sesuka hati)

Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengadangada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.

Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan bersemu. Orang yang berakal tidak bosan dalam mengajar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan. Contoh: Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. Nilai kasih sayang. Contoh: Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. Nilai ketaatan. Contoh: Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. Nilai kerajianan. Contoh: Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Ketinggian status orang yang berilmu. Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah. Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan. Kepatuhan kepada hukum syarak. Keikhlasan dalam persahabatan. Ciri-ciri orang yang berakal.

Pengajaran Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. Kita hendaklah patuh kepada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

PUISI TRADISIONAL SYAIR SITI SIANAH Maksud Setengahnya perempuan terlalu janggalnya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya. Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada terhingga. Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek. Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta pula kepik batangnya, Seperti buaya besar mulutnya. Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun mereka tetap berhias.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela. (Nota: cemara rambut palsu) Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Terkadang muka dibubuh pupuri, (Nota: pupuri bedak) Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari. Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehingga putih sematamata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat. Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga berpeleseran dengan lelaki.

Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya laki-laki berhati gila. Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.

Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah.

(Nota: sempolah tidak berguna, sampah masyarakat)

Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi.

(Nota: serudi batu permata) (Nota: membadi berkelakuan luar biasa menyerupai binatang)

Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

Lelaki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

10

Tema Persoalan Nilai Nilai kesopanan. Contoh: Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. Nilai kesederhanaan. Contoh: Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. Nilai ketaatan kepada agama. Contoh: Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. Nilai kesyukuran. Contoh: Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. Sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. Ketaatan kepada Allah. Kesan buruk perjudian. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.

Pengajaran Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

11

PUISI TRADISIONAL GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM Maksud Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.

Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan. Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

12

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan. Contoh: Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya. Nilai ketaatan. Contoh: Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. Nilai keikhlasan. Contoh: Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. Kebijaksanaan dalam memilih guru. Kepentingan mempunyai isteri yang setia. Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

Pengajaran Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. Seseorang suami haruslah bijak memilih steri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

13

PUISI TRADISIONAL SELOKA EMAK SI RANDANG Maksud Budi baik Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu.

Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Beras habis padi tak jadi. Namun demikian, emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

14

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan Contoh: Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. Nilai berbudi. Contoh: Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada. Rasional ketika melakukan sesuatu tindakan. Pembaziran yang perlu dielakkan. Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

Pengajaran Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

15

PUISI MODEN HARGA REMAJA (Rahman Shaari) Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Penyajak menerangkan kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

16

Tema Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Huraian: Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contoh: Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. Nilai kegigihan. Contoh: Remaja mestilah berusaha untuk menunut ilmu. Nilai kebijaksanaan. Contoh: Remaja perlu bijak menentukan hala tuju dalam hidup mereka. Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Jati diri remaja. Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. Hala tuju hidup dalam diri remaja.

Pengajaran Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

17

PUISI MODEN DI PERPUSTAKAAN (Shafie Abu Bakar) Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala tunduk meneliti Mata dan fikir bersebati. Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman. Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

18

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Tema Persoalan Nilai Nilai kerajinan. Contohnya: Rajin menuntut ilmu. Nilai ketekunan. Contohnya: Tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. Nilai bertanggungjawab. Contohnya: Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan dengan penuh tanggungjawab Pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. Pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. Cinta akan ilmu pengetahuan. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka.

Pengajaran Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalm usaha mengejar ilmu. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

19

PUISI MODEN MENGINTAI RUANG INSAF (Shukri Abdullah) Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah s.w.t.

Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. Nota: Tersadung Selirat Pidana Ancala : melanggar dengan kaki, menyepak : berjalin-jalin dan kusut keadaannya : kejahatan, kesalahan jenayah : gunung Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran daripada Ilahi.

Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? Nota: Aksara Khilaf : huruf : silap, salah Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar daripada api neraka. 20

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Nilai Nilai keinsafan. Contohnya: Timbul perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampau. Nilai rasional. Contohnya: Penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Nilai kesedaran. Contohnya: Penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan. Fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup. Keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. Keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. Kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

Pengajaran Kita hendaklah mengamalkan ajaran Tuhan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada kejahatan. Kita mestilah selalu bermuhasabah agar dapat membaiki diri. Kita mestilah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Kita janganlah melakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita daripada nur dan keredaan Tuhan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

21

PUISI MODEN MAHSURI (Zurinah Hassan) (1) Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini. Sajak ini mengisahkan diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi legenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi legenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini Langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

22

(2) Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air. Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada orang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan legenda itu lebih masyhur. Legenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesesasteraan tanah air tercinta.

Tema Persoalan Fitnah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Sumpah dan dendam. Contoh: Kezaliman yang berlaku ke atas diri Mahsuri telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. Sastera dan sejarah. Contoh: Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. Mengharumkan nama negara di persada dunia. Contoh: Legenda Mahsuri telah memasyhurkan nama Langkawi di serata dunia. 23 Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Nilai Menghargai. Contoh: Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi. Kesetiaan. Contoh: Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. Patriotisme. Contoh: Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. Kreaviti penulis. Contoh: Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

Pengajaran Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. Janganlah kita suka memfitnah seseorang tanpa usul periksa. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

24

PUISI MODEN ADAT SEZAMAN (Wan Nazihah Wan Abdullah) Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian.

santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Sikap gadis Timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin.

Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

25

Tema Persoalan Nilai Ketinggian budi bahasa Contoh: Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi. Ketakwaan Contoh: Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. Jati diri Contoh: Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjulang adat ketimuran. Adat ketimuran yang tinggi nilainya amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tanpa segan silu. Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda apabila melihat budaya kuning menjadi ikutan dan sanjungan. Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.

Pengajaran Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang utuh. Kita hendaklah bijak memilih pasangan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

26

PUISI MODEN TIBA WAKTUNYA (Ghazali Lateh) Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah merebut tunas-tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau. Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.

Haruskan kita tunduk mengutip sisa-sisa atau berada di sana meraih sejahtera? Usah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati. Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.

Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi. Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan uji tinggi pekerti anggun gerak-geri t erunggul dalam segala segi. Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang menglirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat dalam semua bidang.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

27

Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal. Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.

Kini sudah tiba waktunya kita bertahta di persada dunia. Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

28

Tema Persoalan Nilai Keberanian. Contoh: Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara. Kecekalan. Contoh: Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. Keyakinan diri. Contoh: Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. Berpandangan jauh. Contoh: Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup. Persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. Keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. Peranan wanita dalam masyarakat. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. Usaha mengangkat martabat wanita.

Pengajaran Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

29

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA Sinopsis Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bondanya bertanyak tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya ialah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Seterusnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya. Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cendera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteriputeri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka, perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan dan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikutpengikutnya pergi berburu. Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

30

Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikut kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuhtujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama-sama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya, Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema Pengembaraan anak raja menempuh pelbagai cabaran. Contoh; Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa dan hampir ditangkap dan dibunuh raksasa.

Persoalan Keberanian dan kehebatan anak raja. Contoh: Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik daripada mengembara. Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri. Contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan untuk membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

31

Nilai

Tolong-menolong sesama manusia. Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Bijaksana. Contoh: Tuan Puteri membuat helah untuk melepaskan diri. Keberanian. Contoh: Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Kasih sayang. Contoh; Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Tolong-menolong. Contoh: Indera Nata menolong menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Pengajaran Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

32

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT KHOJA MAIMUN Sinopsis Bab 1 Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal (wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu, dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterunya dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Cetera Pertama Mengisahkan Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki Bayan telah membocorkan rahsia dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut menganggap Bayan telah mati. Isteri saudagar memberitahu kepada suaminya bahawa Bayan telah mati akibat dimakan oleh kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Isteri saudagar telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu terbang ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain, Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemui anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 2 :

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

33

Bab 3 :

Cetera Kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat Raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahkan sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Cetera Ketiga Terdapat seorang sumi yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinya dikawal. Isterina telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaannya iateri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterunya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya Raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.

Bab 4 :

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

34

Tema Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. Contoh: Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.

Persoalan Kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan. Contoh: Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, Bayan berpurapura tidur. Kecurangan seorang isteri. Contoh: Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. Kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Contoh: Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. Kejujuran dalam sebuah perhubungan. Contoh: Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.

Nilai Kasih sayang terhadap pasangan. Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Ketaatan kepada ketua. Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Prihatin terhadap keluarga. Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga. Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Contoh: Bibi Zainab insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

35

Pengajaran Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagiaan yang berkekalan. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

36

Sinopsis

PROSA TRADISIONAL MERAH SILU Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar setuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Malikul Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Malikul Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. 37

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Perselisihan antara adik-beradik. Contoh: Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukan. Perkara di luar logik akal. Contoh: Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Keberanian anak raja. Contoh: Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Sikap pemurah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yanghanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. Kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat. Contoh: Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang pertaruhan. Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.

Nilai Taat setia Contoh; Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. Murah hati Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

38

Keberanian Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Malikul-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. Berdikari Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.

Pengajaran Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu gugat. Kita hendaklah menghormati tetamu. Kita janganlah menganiayai binatang. Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

39

PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) dari negeri Bandar Mengkalih menunuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora.Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu api. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

40

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda Tua berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan boda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berasa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda Tua. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram akan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahu perkara sebenar, Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat, Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi. Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung, ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam, barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. 41

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja. Contohnya; Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mencampakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke negeri Pati Talak Terengganu, akat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya. Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak.

Persoalan Cinta tidak mengenal rupa paras Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. Perasaan dengki dan iri hati Contoh: Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. Kewibawaan dan pengaruh yang kuat Contoh: Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. Menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Contoh: Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan menyatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Menghormati tetamu Contoh: Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

42

Nilai Merendah diri Contoh: Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam dan comot. Keyakinan Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan yakin mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan. Berani Contoh: Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Kasih sayang Contoh: Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin. Keinsafan Contoh: Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

43

PROSA MODEN CERPEN PEMAIN CATUR (Zaharah Nawawi) Sinopsis: Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Sufi, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradik yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian, buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

44

Tema Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Contoh: Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.

Persoalan Sikap bangga yang menguasai diri. Contoh: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.. Keharmonian dalam keluarga harus diutamakan. Contoh: Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anak yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.. Pengkhianatan sesama ahli keluarga Contoh: Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur..

Nilai Kasih sayang Contoh: Uj menyayangi adiknya Um. Kegigihan Contoh: Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.. Keberanian Contoh: Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

45

Pengajaran Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

46

PROSA MODEN CERPEN MELLISA (Abdullah Hussain) Sinopsis Mellisa seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersamasama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam Peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih Peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk Sarjana Muda dalam bidang sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

47

Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya Contoh: Mellisa seorang gadis berketurunan Cina pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.

Persoalan Pengorbanan demi cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup mengorbankan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintainya untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. Persengketaan antara kaum Contoh: Hisyam dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. Kesedaran terhadap sejarah negara Contoh: Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Nilai Kasih sayang Contoh: Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. Kegigihan Contoh: Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

48

Keberanian Contoh: Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. Cinta akan tanah air Contoh: Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

Pengajaran Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

49

PROSA MODEN CERPEN ISRAK (Erda Roslan Khairi) Sinopsis Mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong, Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di Kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wah lah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

50

Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sesebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya, Wah.

Persoalan Jati diri Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth, Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. Kasih sayang seorang nenek terhdap cucunya. Contoh: Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar. Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. Tanggungjawab bapa terhadap keluarga Contoh: Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Nilai Menghormati ibu bapa Contoh: Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya. Ketabahan Contoh: Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. Keprihatinan Contoh: Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

51

Kasih sayang Contoh: Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.

Pengajaran Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

52

PROSA MODEN CERPEN IBU DAN CEPER (Shahnon Ahmad) Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceperialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

53

Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan Contoh: Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman..

Persoalan Kepentingan air dalam kehidupan Contoh: Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Contoh: Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya.. Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam Contoh: Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Nilai Bertanggungjawab Contoh: Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. Kegigihan Contoh: Walaupun ter[paksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. Kesabaran Contoh: Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

54

Pengajaran Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

55

PROSA MODEN CERPEN BIARKAN SAMUDERA (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Aminah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

56

Tema Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Contoh: Konflik dalaman yang dihadapi oleh Amirah atau Mir disebabkan oleh rumah ayahnya akan diroboh untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyensiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

Persoalan Kemiskinan para nelayan. Contoh: Ayah Amirah digambarkan terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan. Keikhlasan dalam persahabatan Contoh: Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. Keinsafan untuk mendekati ajaran agama. Contoh: Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha ini berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. Kepentingan menjaga alam sekitar. Contoh: Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Nilai Kasih sayang Contoh: Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

57

Prihatin Contoh: Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya. Kesabaran Contohnya: Amirah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. Rasional Contoh: Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan. Patuh kepada agama Contoh: Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.

Pengajaran Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

58

DRAMA CEMPAKA BERDARAH (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter, pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.

Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, Zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa Perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing Sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejanya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

59

Pemikiran Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Contoh: Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

Persoalan Nilai Kasih sayang. Contoh: Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. Keberanian. Contoh: Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter. Hormat-menghormati. Contoh: Mak Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. Bertanggungjawab Contoh: Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. Kerajinan. Contoh: Zaman rajin belajar sehingga ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. Pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. Mempertahankan hak dengan cara yang betul. Peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. Usaha mencari adik kandung yang hilang semasa Perang Jepun.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

60

Pengajaran Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka. Kita hendaklah berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

61

DRAMA FORUM REMAJA 2020 (Sharif Shaary) Sinopsis Memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang datang ke bumi untuk menjayakan sesuatu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut. Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotiuk dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembamngunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

62

Pemikiran Persoalan Nilai Keberanian. Contoh: Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.. Cinta akan tanah air. Contoh: Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa yang akan datang.. Baik hati. Contoh: Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. Remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran, dan Chong.

Pengajaran Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

63

DRAMA GELANGGANG TUK WALI (Ismail Kassan) Sinopsis Babak 1 Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklumkan jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokokpokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah. Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana Tuk Wali masih bersilat di gelanggang. Baginya, Tuk Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tuk Wali.

Babak 2

Babak 3 Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee, cucu tirinya yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tuk Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji, dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan silat sudah sebati dengan dirinya. Tuk Wali dikunjungi Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia. Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

64

keris dan menceritakan asal usul keris tersebut. Tuk Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan daripada majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah, mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.

Babak 4 Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.

Babak 5 Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan memarahi Piee. Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin. Mariam dan Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan ripin membunuh Tuk Wali.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

65

Pemikiran Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa Contoh: Tuk Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

Persoalan Sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu. Contoh: Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang mengajarnya ilmu silat. Budaya warisan bangsa yang diremehkan. Contoh: Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. Masalah penagihan dadah yang sukar dirawat. Contoh: Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. Perasaan dengki dan khianat. Contoh: Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. Dendam yang berpanjangan. Contoh: Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya. Keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Contoh: Tuk Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Nilai Ketegasan. Contoh: Tuk Wali tegas pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatan itu tidak salah.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

66

Keberanian. Contoh: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Taat akan perintah agama. Contoh: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Hormat-menghormati Contoh: Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya. Bertanggungjawab. Contoh: Tuk Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda di kampung tersebut. Tolong-menolong Contoh; Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. Keprihatinan Contoh: Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

Pengajaran Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan datang berpeluang mendapat manfaatnya. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak. 67

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

68

You might also like