You are on page 1of 25

PENGENALAN Pada 6 Januari 2011,kami telah ditugaskan oleh Cikgu Zulkefli Bachek untuk membuat satu tugasan individu

bagi subjek Perkembangan Profesional.Saya telah mendapat tajuk mengenai Medikolegal Dalam Psikiatri Dan Akta Kesihatan Mental 2001. Dalam penulisan ini,saya akan membincangkan tajuk di atas kepada dua bahagian.Bahagian pertama,saya akan membincangkan mengenai definisi medikolegal secara keseluruhannya terutamanya dalam bidang psikiatri,prosesproses medikolegal dalam bidang psikiatri dan aspek medikolegal dalam psikiatri berdasarkan beberapa rujukan daripada pembacaan saya serta rujukan dari internet. Manakala,dalam bahagian kedua penulisan ini,saya membincangkan mengenai Akta Kesihatan Mental 2001.Akta ini yang juga dikenali sebagai Akta 615 telah diluluskan oleh Parlimen pada September 2001 dan telah mendapat persetujuan diraja pada 6 September 2001 serta diwartakan pada 27 September 2001.Walaubagaimanapun,pelaksanaan akta ini baru sahaja dikuatkuasakan iaitu pada 15 Jun 2010.

PENCARIAN LITERATUR Pakar psikiatri mungkin diminta untuk membantu mahkamah dalam menentukan apakah yang didakwa secara undang-undang gila pada saat jenayah nal dilakukan. Dalam mahkamah Ireland, Peraturan McNaughton masih digunapakai walaupun diubah oleh keputusan baru-baru ini. Bagi yang didakwa untuk diadili secara undang-undang gila itu harus menunjukkan bahawa ia gagal untuk memahami sifat dan kualiti perbuatan jenayah dan kesalahan dari undang-undang tersebut.

PERBINCANGAN AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 & PERATURAN KESIHATAN MENTAL 2010 Akta Kesihatan Mental 2001 ialah suatu akta yang menggabungkan undangundang yang berkaitan dengan kecelaruan mental dan mengadakan peruntukan undang-undang bagi kemasukan,penahanan,penginapan,penjagaan,pemulihan dan perlindungan pesakit yang bercelaru mental serta perkara-perkara berhubungan dengannya.Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010 pula terbahagi kepada 9 bahagian dan mengandungi 53 peraturan serta 5 jadual. BAHAGIAN 1 Akta Kesihatan Mental 2001 juga boleh dinamakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010.Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Jun 2010.Berikut adalah tafsiran bagi beberapa ungkapan yang digunakan di dalam akta ini.Antaranya ialah: 1. Bilik atau kawasan pemulihan mempunyai erti yang sama sebagaimana diberikan kepada ungkapan itu dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006]; 2. Kemasukan merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam atau pesakit luar dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan diadakan 3. kemudahan pesakit luar ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi khidmat penjagaan kesihatan kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk klinik perubatan atau klinik pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam kemudahan penjagaan kesihatan

4. Kemudahan psikiatri termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat 5. Kemudahan psikiatri yang diwartakan termasuk mana-mana hospital psikiatri yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang diwartakan atau pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan 6. Khidmat pesakit luar adalah khidmat yang diberikan berasaskan pesakit luar di kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan untuk menjaga pesakit yang bercelaru mental. 7. Pesakit ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke hospital di bawah perintah Pengarah Perubatan, pegawai perubatan, pengamal perubatan berdaftar atau atas perintah Mahkamah di bawah Akta ini. 8. Pelan penjagaan ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat penjagaan dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan psikiatri, perubatan, pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan, psikososial dan keperluan rohani pesakit. BAHAGIAN 2 Bahagian ini membincangkan mengenai tatacara kemasukan,penahanan,pemeriksaan dan kajian semula pesakit dan pelepasan atau pemindahan pesakit dari hospital psikiatri. Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri 1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit sukarela ke dalam manamana hospital psikiatri di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 1. 2. Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 2.

Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri 1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di bawah perenggan 10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3. 2. Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang memberikan maklumat palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 3. Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah perenggan 10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 4. 4. Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 5 Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain 1. Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5) dan 14(4) hendaklah dibuat dalam Borang 6. 2. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 10(8)(b) dan 14(7)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 7. 3. Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah ditandatangani oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar dalam masa tiga hari bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh terkemudian di antara dua tandatangan itu.

Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Lembaga Pelawat Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 8. Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pelawat Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 9. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri 1. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri oleh pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di bawah seksyen 16 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10. 2. Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan itu kepada pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan permohonan itu. Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan kepada Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut subseksyen 55(1) atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11.

Pemindahan pesakit tidak sukarela Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela daripada hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di

bawah seksyen 19 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 12.Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab ke atas hospital psikiatri swasta yang diwartakan atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan hendaklah, sebelum melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan (1), memastikan bahawa: a) pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang menerima pesakit b) ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan dan c) pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang sesuai. Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah penahanan yang dibuat sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri itu. BAHAGIAN 3 Bahagian ini membincangkan mengenai penjagaan pesakit di kemudahan psikiatri. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa: a) pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya ahli psikiatri, dilantik untuk menjaga pesakit; b) khidmat pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang berpengalaman dalam bidang psikiatri sentiasa tersedia pada setiap masa diminta atau jika dikehendaki; c) maklumat yang secukupnya diberikan untuk memudahkan kemasukan dan pengurusan pesakit; d) pesakit dimasukkan ke wad atau bilik yang bersesuaian di kemudahan psikiatri menurut jantina dan umur; dan e) pesakit wanita dan di bawah umur hendaklah ditemani semasa pemeriksaan dan rawatan di kemudahan psikiatri. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri tidak boleh

membenarkan mana-mana orang menziarahi pesakit jika pada pendapatnya, orang itu bersikap kasar terhadap pesakit ataupun lawatan itu memudaratkan rawatan atau pemulihan pesakit itu. Pelan penjagaan pesakit 1. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa setiap pesakit mempunyai pelan penjagaan bagi pengurusan pesakit semasa rawatan dan selepas pelepasan pesakit itu. 2. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, atas kemudahan psikiatri hendaklah mempunyai garis panduan mengenai pelan penjagaan pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri Orang yang bertanggungjawab ke atas rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana pesakit yang menunjukkan tanda dan gejala kemerosotan mental dan boleh menjalankan atau menyebabkan dijalankan rawatan kecemasan sebelum menyarankan supaya pesakit dimasukkan ke dalam hospital psikiatri. Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri Pengarah Perubatan sesebuah hospital psikiatri boleh, apabila melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah seksyen 15 atau 16 Akta, memerintahkan bahawa seseorang pesakit tidak sukarela itu dilepaskan kepada a) jagaan saudara atau rakan b) jagaan dirinya sendiri jika diluluskan oleh ahli psikiatri yang bertanggungjawab atau c) kemudahan jagaan kesihatan yang lain Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan tidak pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(a) atau (b), menyediakan pesakit tersebut dengan:

a) ubat yang mencukupi; dan b) notis secara bertulis tentang tarikh, masa dan nama hospital yang menerima bagi temu janji susulan, bagi memastikan penerusan jagaan. Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah menyediakan hospital yang menerima yang disebut dalam perenggan (2)(b) dengan ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu. Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(c), menyediakan kemudahan jagaan kesihatan yang menerima itu dengan ringkasan klinikal pesakit itu. Bagi maksud peraturan-peraturan ini,kemudahan jagaan kesihatan ertinya manamana premis yang mana salah satu atau lebih anggota masyarakat menerima perkhidmatan jagaan kesihatan. Pasukan kesihatan mental masyarakat Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah memastikan penubuhan suatu pasukan kesihatan mental masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental masyarakat. Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah terdiri daripada orang pelbagai disiplin dan diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar sebaik-baiknya ahli psikiatri.Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah memberi perkhidmatan kesihatan mental yang menyeluruh.Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi pesakit di bawah jagaan pasukan kesihatan mental masyarakat itu.

Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri Apabila pesakit memberikan notis kepada orang yang bertanggungjawab memohon bagi pelepasan daripada rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah subseksyen 31(4) Akta, orang yang bertanggungjawab itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dari penerimaan notis itu, memberitahu saudara pesakit itu berkenaan notis itu. Penjagaan orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa a) semua orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental yang dimasukkan atau ditahan di kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur b) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan emosi dan fizikal orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental itu c) langkah yang mencukupi dan sesuai disediakan agar tidak mengganggu perkembangan fizikal, sosial dan akademik pesakit di bawah umur dengan kecelaruan mental; dan d) pelan penjagaan dibincangkan dengan ibu bapa atau penjaga. Penjagaan geriatrik Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa a) mana-mana pesakit geriatrik yang dimasukkan ke dalam atau ditahan dalam kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur; b) kemudahan berasingan dan persekitaran yang terpisah bagi pesakit berkeperluan khusus dijadikan tersedia; dan

c) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan fizikal dan emosi pesakit geriatrik. BAHAGIAN 4 Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif Keputusan untuk memulakan terapi elektrokonvulsif dan bilangan sesi rawatan pada mana-mana pesakit di mana-mana kemudahan psikiatri hendaklah dibuat oleh ahli psikiatri. Dewan bedah atau suite rawatan Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa semua terapi elektrokonvulsif ke atas mana-mana pesakit dijalankan di bilik bedah atau suite rawatan hospital psikiatri oleh ahli psikiatri atau pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah pengawasan seorang ahli psikiatri.Dewan bedah atau suite rawatan yang dirujuk dalam subperaturan (1) hendaklah mempunyai bilik menunggu , rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan yang khusus. Bilik yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; dan (b) bersebelahan dan bercantum antara satu sama lain. Dewan bedah dan suite rawatan itu hendaklah tidak digunakan sebagai laluan trafik. (5) Bilik rawatan sama ada di dalam dewan bedah atau suite rawatan itu hendaklah mempunyai (a) ukuran minimum 16 meter persegi; dan (b) ruang khusus untuk kelengkapan, bekalan dan rekod terapi elektrokonvulsif.

Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa bilik atau kawasan pemulihan, sama ada dalam bilik bedah atau suite rawatan mempunyai kakitangan yang khusus dengan kelayakan, latihan dan pengalaman yang berkaitan. (7) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah menyenggara daftar pesakit bagi dewan bedah atau suite rawatan. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan 22. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan sesuatu dewan bedah atau suite rawatan hendaklah dipantau dan direkodkan secukupnya dalam suatu buku log. Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan 23. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bilik rawatan di hospital psikiatri dilengkapi dengan kelengkapan dan bekalan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log 24. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan alat terapi elektrokonvulsif yang digunakan untuk memberikan rangsangan elektrik kepada seseorang pesakit mematuhi kehendak sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua. (2) Alat elektrokonvulsif itu hendaklah mempunyai penyenggaraan berkala menurut garis panduan pengeluar dan semua kegiatan penyenggaraan, hasil ujian, kekurangan dan langkah pembetulan hendaklah didokumenkan dalam buku log. (3) Buku log itu hendaklah disimpan di dalam bilik rawatan dan tersedia sepanjang masa bagi pemeriksaan.

BAHAGIAN 5 PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN

Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan 25. (1) Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan secara fizikal atau kimia yang boleh digunakan ke atas pesakit di hospital psikiatri hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (2) Tiada seorang pun pesakit di bawah umur dua belas boleh dikenakan pengekangan atau pengasingan secara fizikal dalam mana-mana hospital psikiatri. (3) Privasi dan keselamatan pesakit hendaklah diperhatikan pada setiap masa semasa tatacara pengekangan atau pengasingan. (4) Tiada pengekangan atau pengasingan secara kimia atau fizikal boleh digunakan ke atas pesakit dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, melainkan jika semasa kecemasan dan pesakit hendaklah dipindahkan selepas itu ke hospital psikiatri tanpa kelengahan. (5) Jika tempoh masa pengekangan fizikal seseorang pesakit melebihi lapan jam, ahli psikiatri hendaklah menilai semula pesakit itu tentang keperluan pengekangan lanjut. (6) Tiada pengasingan boleh dijalankan ke atas seseorang pesakit bagi tempoh lebih daripada lapan jam berturut-turut atau selama lebih daripada dua belas jam berselang-seli melebihi tempoh empat puluh lapan jam, tanpa suatu penilaian semula secara bebas oleh ahli psikiatri atau pengamal perubatan lain yang sama kekananannya yang tidak terlibat secara langsung dalam penjagaan pesakit pada masa kejadian yang membawa kepada pengasingan pesakit itu. Kawasan pengekangan 26. (1) Hendaklah ada tempat terhad yang ditetapkan dengan ruang pemerhati yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi maksud memantau pesakit.

(2) Kawasan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah dicahayakan dan diudarakan secukupnya. Peralatan pengekangan 27. Peralatan yang dibenarkan atau dilarang digunakan sebagai pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Pemakaian cara pengekangan fizikal 28. Cara pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah (a) dijalankan atau diawasi oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman; dan (b) digunakan hanya pada anggota kaki dan tangan pesakit itu. Bilik pengasingan 29. (1) Hendaklah ada bilik pengasingan perseorangan yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi maksud pengasingan seseorang pesakit. Bilik pengasingan itu hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; (b) terletak bagi mengekal privasi dan pemantauan pesakit; (c) ukuran minimum 10 meter persegi; (d) disediakan dengan sesekat yang kekal secara fizikal; dan (e) dikalisbunyikan secara secukupnya. Pintu bilik pengasingan itu hendaklah (a) merupakan satu daun pintu yang dibuka ke luar diperbuat daripada bahan yang teguh; dan (b) mempunyai panel pemerhatian yang diperbuat daripada kaca keselamatan. Perabot dalam bilik pengasingan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak akan membahayakan pesakit. (5) Bilik pengasingan boleh mempunyai televisyen pemantau litar tertutup

Sangkar, kotak kayu, palang besi, kekisi atau perangkap logam atau bekas atau ruang lain yang menjatuhkan maruah tidak boleh digunakan sebagai cara pengasingan di dalam bilik pengasingan. Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod 30. (1) Setiap kawasan pengekangan atau bilik pengasingan hendaklah menyenggarakan rekod yang mengandungi maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (2) Rekod yang disimpan dalam kawasan pengekangan dan bilik pengasingan hendaklah masing-masing disebut sebagai Rekod Pengekangan Fizikal dan sebagai Rekod Pengasingan. (3) Kedua-dua Rekod hendaklah disediakan sepanjang masa bagi maksud pemeriksaan.

BAHAGIAN VI PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT SWASTA DLL. Pematuhan kehendak khusus 31. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai pintu masuk utama, tempat menyambut tetamu, lobi dan ruang menunggu sama ada yang dikhususkan atau secara berkongsi. (2) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai (a) kawasan persendirian dan umum yang di tentukan dengan jelas; (b) ruang untuk aktiviti rehabilitasi bagi individu atau kumpulan; dan (c) kemudahan yang selamat dan mesra pengguna untuk pesakit, kakitangan dan pengunjung. Pintu

32. (1) Semua pintu di ruang penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak membahayakan. (2) Pintu hendaklah boleh dikunci dan diakses oleh kakitangan dalam situasi kecemasan. Tingkap 33. Semua tingkap di kawasan penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah (a) mempunyai panel yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak membahayakan; (b) mempunyai darjah pembukaan yang terhad; dan (c) menggunakan kekisi yang estetik dan tidak seperti penjara, jika perlu. Keselamatan 34. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah mempunyai sistem keselamatan yang diadakan dalam bentuk yang tidak menghalang dan mudah dikawal selia oleh kakitangan. Kehendak bilik atau wad 35. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan

psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah tidak mempunyai lebih dari enam buah katil dalam satu bilik atau wad. Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit 36. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan lampu reses dalam semua kawasan penjagaan pesakit. Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri 37. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri dua puluh empat jam yang hendaklah (a) ditempatkan di tingkat bawah dan terpisah daripada kawasan pesakit dalam; (b) mempunyai laluan yang bersesuaian bagi ambulans, kenderaan kecemasan yang lain, kenderaan persendirian dan pesakit jumpa terus; (c) mempunyai katil untuk pemerhatian dan rawatan kecemasan; (d) mempunyai stesen kakitangan jururawat; dan (e) mempunyai bilik untuk temubual dan kaunseling. Walau apa pun subperaturan (1), kemudahan dan perkhidmatan kecemasan boleh dikongsi dengan perkhidmatan dan kemudahan kecemasan penjagaan kesihatan yang lain Kawasan Penjagaan Rapi 38. Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan kawasan penjagaan rapi bagi pesakit yang mempunyai risiko tinggi untuk membahayakan diri atau orang lain yang hendaklah

(a) terletak di tengah-tengah berdekatan dengan stesen jururawat; dan (b) mempunyai laluan terhad. Kakitangan 39. (1) Hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan satu pasukan pelbagai displin terdiri daripada sekurangkurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi klinikal atau kaunselor, seorang jurupulih pekerjaan dan jururawat atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial pesakit. (2) Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah menyediakan satu pasukan pelbagai displin yang terdiri dari sekurang-kurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurangkurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi klinikal pelawat atau kaunselor , seorang jurupulih pekerjaan pelawat, jururawat atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial pesakit. (3) Kemudahan pskiatri swasta yang menyediakan perkhidmatan bagi pesakit geriatrik hendaklah, sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1) atau (2) sebagaimana yang terpakai, menyediakan sekurang-kurangnya seorang ahli fisioterapi pelawat. Penginapan seseorang dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta 40. (1) Seseorang yang mengalami kecelaruan mental dan didaftarkan dengan sebuah kemudahan psikiatri boleh menginap di pusat kesihatan mental

masyarakat swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan tidak lebih dua puluh empat jam. (2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang yang mendatangkan bahaya kepada dirinya atau keselamatan orang lain tidak boleh dibenarkan menginap. (3) Persiapan hendaklah dibuat untuk merujuk orang itu menginap menurut subperaturan ke sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri, jika perlu, dalam masa dua puluh empat jam dari penginapan. (4) Tiada cara pengekangan fizikal atau pengasingan boleh diguna ke atas orang yang ditempatkan di bawah subperaturan (1). (5) Butiran pesakit hendaklah direkodkan setelah penginapan di bawah subperaturan (1). Pengurusan kewangan pesakit 41. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan peluang yang maksimum kepada setiap pesakit untuk menjalankan kebebasan kewangannya mengikut tahap kompetensinya. (2) Apabila seorang pesakit dianggap tidak dapat menjalankan kebebasan kewangannya di bawah subperaturan (1), hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai dasar bertulis mengenai pengurusan kewangan pesakit atas amanah baginya Barangan persendirian dan pakaian 42. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan

hendaklah menyediakan pesakit dengan ruang yang mencukupi untuk menyimpan barangan persendiriannya. (2) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah membenarkan pesakit memakai pakaian pilihan mereka yang sesuai . BAHAGIAN VII HAK PESAKIT Penyata hak pesakit 43. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. (2) Penyataan hak pesakit hendaklah dalam bentuk dan bahasa yang boleh difahami oleh saudara atau sahabat pesakit faham. (3) Penyataan hak pesakit hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi peruntukan bagi hak pesakit kepada (a) sebab kemasukan dan penahanannya dan cara bagi pelepasan, kebenaran bercuti atau pemindahan; (b) rawatan, maklumat, kerahsiaan, pengenalan diri dan privasi; (c) penginapan yang mencukupi; (d) kegiatan riadah; (e) pengamalan identiti jantina; (f) pengamalan kepercayaan agama pilihannya;

(g) berkomunikasi dengan orang di luar;

(h) menerima pelawat; (i) mempunyai peluang untuk pendapat ahli psikiatri kedua; (j) mendapatkan pembelaan undang-undang; dan (k) merayu kepada Pengarah Perubatan, Lembaga Pelawat atau Ketua Pengarah untuk pelepasan. Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak pesakit 44. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit kepada setiap pesakit dalam kemudahan psikiatri. (2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila pesakit tidak dapat memahami makna penyataan hak pesakit itu oleh sebab keadaan akalnya, pernyataan hak pesakit itu hendaklah diadakan kepada pesakit itu dengan sebaik sahaja pesakit itu berupaya untuk memahami maknanya. (3) Penyataan hak pesakit hendaklah disimpan di tempat yang mudah diperoleh dan tersedia untuk semua saudara atau rakan pesakit dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan dan pengurusan pesakit di sesuatu kemudahan psikiatri. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan 45. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat dalam suatu kemudahan psikiatri. Dokumen yang boleh didapati untuk rujukan 46. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah menjadikan tersedia dokumen sebagaimana yang dinyatakan

dalam Jadual Keempat untuk rujukan pesakit, atau saudara atau rakannya di kemudahan psikiatri itu. BAHAGIAN VIII PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri 47. (1) Surat yang ditulis kepada atau oleh pesakit yang dimasukkan atau ditahan hendaklah disampaikan tanpa dibuka kepada orang yang surat itu dialamatkan

(2) Sekurang-kurangnya satu telefon dan talian telefon hendaklah diadakan di setiap tingkat sesuatu kemudahan psikiatri bagi kegunaan pesakit sama ada untuk panggilan masuk atau panggilan keluar dan telefon itu hendaklah terletak di suatu tempat yang (a) mudah didatangi oleh pesakit; dan (b) menjamin privasi komunikasi pesakit itu. (3) Bentuk komunikasi yang lain hendaklah disediakan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Ketua Pengarah. Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang diluluskan 48 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain dalam hospital psikiatri yang diluluskan boleh mendapat akses kepada komunikasi tanpa pemintasan. (2) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut manamana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh

jika dianggap perlu menyebabkan mana-mana surat yang ditulis oleh atau kepada mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di situ untuk pengawasan rapi. (3) Semua perhubungan melalui surat kepada dan daripada peguam, wakil yang dilantik atau Pejabat Pemerintah orang yang ditahan atau dik(4) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh mengenakan apa-apa syarat keselamatan bagi penggunaan dan lokasi telefon ke atas manamana orang yang ditahan atau dikurung dalam hospital psikiatri yang diluluskan.urung di hospital psikiatri tidak boleh dipintas. BAHAGIAN IX TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 49. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari satu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah mengeluarkan (a) notis mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan Lembaga Pelawat itu; atau (b) notis mesyuarat atau lawatan segera yang diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat pada mana-mana masa yang munasabah untuk menyoal siasat semua kematian atau peristiwa yang tidak diduga yang berlaku sejak mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan terakhir Lembaga Pelawat, kepada anggota Lembaga Pelawat. Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan

50. Pengerusi Lembaga Pelawat boleh melantik Pelawat yang lain untuk mempengerusikan mesyuarat atau lawatan Lembaga semasa ketiadaan Pengerusi. Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 51. (1) Hendaklah ada sesuatu buku laporan pelawat bagi maksud mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat dan buku itu hendaklah mengandungi semua maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima. (2) Mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat hendaklah dijalankan dengan memberi perhatian khusus kepada kerahsiaan dan maruah pesakit. (3) Pesakit hendaklah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya tanpa rasa takut semasa mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat. (4) Pelawat hendaklah menilai mana-mana pesakit sukarela di hospital psikiatri yang penahanannya melebihi tiga bulan untuk membuat pertanyaan mengenai hak dan kebajikannya. (5) Pelawat hendaklah mengemukakan saranan, aduan atau ulasan jika perlu dan hendaklah mencatatkan saranan, aduan atau ulasan, jika ada, dalam Buku Laporan Pelawat. (6) Saranan, aduan atau ulasan itu hendaklah diambil tindakan oleh orang yang bertanggungjawab dan dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga yang dijadualkan selepas itu atau sebagaimana yang diarahkan. (7) Pelawat boleh menimbangkan keputusan semasa ketiadaan orang yang bertanggungjawab jika dianggap perlu. (8) Pelawat boleh menghendaki mana-mana orang yang bekerja di hospital psikiatri dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau mana-mana saudara atau sahabat pesakit, yang mengetahui tentang kenyataan atau hal keadaan manamana perkara dalam siasatan untuk ditemu bual oleh Pelawat dan hendaklah memberikan maklumat sama ada secara lisan atau bertulis.

(9) Notis temu bual itu hendaklah disampaikan kepada orang yang bertanggungjawab yang tugasnya hendaklah untuk memastikan kehadiran orang yang disebut dalam subperaturan (8) pada tarikh dan masa mesyuarat sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu. (10) Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Pelawat, hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dipercayainya benar. (11) Pelawat hendaklah melaporkan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan semasa temu bual dalam buku laporan pelawat. (12) Format mesyuarat atau lawatan hendaklah diputuskan oleh Pelawat. Pembatalan pelantikan Pelawat 51. (1) Pelantikan Pelawat boleh disarankan supaya dibatalkan jika dia (a) tidak menghadirkan diri dalam tiga mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat berturut-turut tanpa sebab yang sah; atau (b) melanggar mana-mana terma dan syarat pelantikannya (2) Pelawat yang disarankan supaya ditamatkan pelantikannya hendaklah buat sementara waktu tidak lagi menghadiri mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat yang dijadualkan sehingga mendapat keputusan Menteri. (3) Setelah keputusan Menteri untuk membatalkan pelantikan itu, Pelawat itu hendaklah diberitahu. Peletakan jawatan Pelawat 52. (1) Pelawat yang ingin meletak jawatan hendaklah memberikan notis satu bulan secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada Pengerusi Lembaga Pelawat, yang akan selepas itu menyampaikannya kepada Menteri. (2) Setelah menerima peletakan jawatan itu, Menteri bolehlah melantik ahli baru bagi Lembaga Pelawat.

You might also like