P. 1
Faedah Memakan Buah-buahan Tempatan

Faedah Memakan Buah-buahan Tempatan

5.0

|Views: 8,896|Likes:
Published by wandina

More info:

Published by: wandina on Sep 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/03/2014

pdf

text

original

Tajuk: Faedah memakan buah-buahan tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buahbuahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan buah-buahan tempatan. Disamping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan juga kaya dengan pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan sangat berguna untuk pertumbuhan fizikal dan tisu-tisu dalam badan, seterusnya dapat mengekalkan bentuk tubuh yang ideal. Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti anggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport. Lantaran itu, demi memajukan industri buah-buahan tempatan, kerajaan sedang mengatur pelbagai rancangan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan ke peringkat global. Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diberikan penerangan tentang rasa, nama dan khasiat buah-buahan tempatan melalui pelbagai kempen yang diadakan sama ada di sekolah, pusat membeli belah dan pesta-pesta makanan yang dianjurkan. Pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan buah-buahan tempatan terutamanya dari pihak hotel. Memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehi daripada buah-buahan tempatan, maka adalah wajar bagi kita menyambut seruan kerajaan iaitu ‘Makanlah buah-buahan tempatan’. Sambutlah kempen ini dengan rela hati demi meningkatkan kesihatan dan kemajuan ekonomi negara kita.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->