You are on page 1of 5

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK SENAWANG

KERTAS KERJA PONDOK BACAAN


DISEDIAKAN OLEH:
PN. YUSLINA BINTI MOHD YUNUS

PENYELARAS PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG

SEREMBAN
KERTAS KERJA PONDOK BACAAN 1.0. Nama Program Pondok Bacaan 2.0 Rasional Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan pelajar-pelajar menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada para pelajar yang tidak berkesempatan pergi kepustakaan.

Pelajar-pelajar lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu pelajar yang lain. Pelajar-pelajar juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam mereka.

3.0

Objektif. 1. Menggalakan para pelajar menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

2. 3. 4.

Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang terbilang dan cemerlang. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan pelajar.

4.0

Modus Operandi Pondok Bacaan

1. 2. 3. 4.

Terbuka kepada semua pelajar dan guru. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul . Pondok Bacaan diwujudkan di wakaf sebelah kantin sekolah. Para pelajar bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat pada pukul 9. 50 hingga 10.45 pagi untuk sesi pagi dan 3.25 petang 3.45 petang untuk sesi petang. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk kemudahan pelajar Di Pondok Bacaan para pelajar dibolehkan makan dan minum semasa mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan.

5. 6.

5.0

Kumpulan Sasaran. Pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang.

6.0.

Tarikh Perlaksanaan Penggal kedua ( Jun hingga November 2010 )

7.0

Implikasi Kewangan Tiada. Bakul dan buku-buku telah tersedia.

8.0

Pelaksanaan : Pengetua Penolong Kanan Akademik

Pengerusi

Naib Pengerusi :

Penyelaras

: :

Pn. Yuslina binti Mohd Yunus Pn. Noor Hashimah bintiAbdul Hamid Pengawas Perpustakaan SMK Senawang AJK akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tugas AJK merangkumi membawa bahan bacaan ke pondok bacaan dan merekodkan penggunaan bahan bacaan kedalam fail yang disediakan.

AJK

Penutup Semoga hasrat sekolah untuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh . Pn. Yuslina Binti Mohd Yunus Guru Perpustakaan & Media SMK Senawang

REKOD PENGGUNAAN BAHAN BACAAN PROGRAM PONDOK BACAAN SMK SENAWANG BULAN : _________________________

NO

TARIKH

BILANGAN BAHAN

BILANGAN PENGGUNA

PENGAWAS BERTUGAS

You might also like