You are on page 1of 11

KHIDMAT BANTU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS

Pengenalan
Khidmat bantu dijalankan bertujuan untuk member khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemerosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian Pusat Sumber Sekolah yang lebih berkesan.

Objektif
Objektif khidmat bantu pusat sumber ialah:

Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan aplikasi ICT masa kini. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Aktiviti Galakan Membaca iaitu Program NILAM.

Sekolah terlibat
Sekolah yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Pemilihan sekolah ini berdasarkan pencapaian peratus kurang memuaskan iaitu hanyalah sebanyak 65%. Program ini bertujuan supaya kadar pencapaian peratus pada masa akan datang akan meningkat sebanyak 15% daripada peratus sebelum ini.

Tarikh Perlaksanaan
Jadual Perlaksanaan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Seri Perlis

Tarikh / Hari 12/5/2010 (Rabu)

Program Bengkel : Dokumen & Rekod

19/5/2010 (Rabu)

Bengkel Pengurusan Nilam Rekod & Dokumen Nilam

24/5/2010 (Rabu)

Pengurusan Aktiviti Penghasilan Koleksi Bahan PSS Peindeksan bahan

02/6/2010 (Rabu)

Proses Teknik -bahan buku

Kaedah Perlaksanaan
(i) Taklimat : Taklimat perjalanan program khidmat bantu telah diberikan oleh Encik Razif bin Ismail iaitu penolong ketua pengarah dan dibantu oleh Encik Muzaini Mansor pegawai PKG Titi Tinggi kepada jurulatih utama negeri, pegawai PKG dan guru media. Taklimat perlaksanaan Nilam juga diberikan kepada guru dan murid.

(ii)

Bengkel (a) Proses Teknik

-proses teknik melibatkan semua ajk khidmat bantu. Pembahagian tugas telah dijalankan. Sebanyak 50 buah buku telah diproses.

(b) Rekod & Dokumen -menyemak fail pengurusan pusat sumber. Sebanyak 20 buah fail dikehendaki meminda isi di dalam kandungan kerana tidak menepati peraturan cara perlaksanaan. Mendapatkan maklumat berkenaan isi fail daripada J/U yang mempunya bahan tersebut. (c) Nilam - rekod Nilam Cara perlaksanaan Nilam.

(c) Indeks bahan

- mengumpul bahan dari keratan akhbar. Tajuktajuk yang menjadi pilihan ialah alam sekitar, disiplin, sukan dan pendidikan.

(iii)

Sekolah dimaklumkan bahawa pemilihan semula khidmat bantu akan dijalankan selepas 30 hari bekerja dan tarikh akhir khidmat bantu. PTP 11 PKG Kangar dan PTP Unit PSP akan datang semula membuat pemantauan bagi memastikan peratusan pencapaian PSS Sekolah Kebangsaan Seri Perlis meningkat 15% daripada markah sebelumnya.

Perlaksanaan Aktiviti
(rujuk jadual) (a) Taklimat Program Khidmat Bantu untuk AJK PSS SKSP. Taklimat meliputi perkara-perkara berikut: - Jadual program - Cara perlaksanaan - Pembahagian tugas

(b) Rekod & Dokumen Taklimat meliputi perkara-perkara berikut: - Rekod perolehan/ penyelenggaraan/stok - Analisis / graf - Sistem fail

(c) Nilam Taklimat meliputi perkara-perkara berikut: - Rekod & Analisis - Strategi Perlaksanaan - Aktiviti Nilam

(d) Proses Teknik Aktiviti yang dijalankan meliputi: - Cop - Label nombor pengkelasan - Lekat kad nama peminjam, tarikh pemulangan, poket belakang

(e) Peindeksan Bahan Taklimat meliputi perkara-perkara berikut: - Tajuk bahan koleksi - Mengumpul koleksi dari keratan akhbar - Cara melaksanakan indeks bahan

Cadangan penambahbaikan

1) AJK yang terlibat dengan khidmat bantu PSS tidak boleh dilibatkan dengan mana-mana program sehingga projek ini selesai. 2) Pengawas pusat sumber sekolah seharusnya dilibatkan dalam program ini supaya mereka dapat mengetahui teknik memproses buku dengan betul.

3) GPM seharusnya tidak dibebani dengan masa mengajar yang banyak. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap kerja-kerja yang perlu diselesaikan di pusat sumber sekolah.

4) Pentadbir sekolah perlu memberi komitmen kepada cadangan penambahbaikan yang diberi untuk memastikan peningkatan prestasi PSS berlaku secara berterusan.

Cadangan Pembetulan
1) Taklimat seharusnya diberi kepada semua guru kerana semua guru merupakan guru Nilam. 2) Semua guru pusat sumber perlu dilibatkan semasa aktiviti ini berlangsung supaya mereka mengetahui selok belok menguruskan pusat sumber.

Rumusan
Khidmat bantu ini diharapkan dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian PSS SK Seri Perlis. Pihak pentadbir sekolah juga diharapkan dapat memberi sokongan kepada pengurusan PSS agar status pencapaian berubah pada masa akan datang.

You might also like