You are on page 1of 3

SEJARAH NAMA KAMPUNG

MUKIM SRI MENANTI 1. KAMPUNG TANJUNG IPOH dipercayai ketika itu, dua orang adik beradik merupakan orang Acheh yang berasal dari Sumatera telah berlabuh di tanjung ( tambak ) di kawasan ini. Secara kebetulan, ketika berlabuh terdapatnya pokok ipoh di tambak tersebut. Oleh yang demikian hasil gabungan daripada tanjung dan juga pokok yang terdapat di situ maka kawasan ini telah dipanggil Tanjung Ipoh.

2.

KAMPUNG TENGAH Nama Kampung Tengah terhasil daripada kedudukan kawasan kampung ini yang mana terletak di tengah tengah antara Tanjung Ipoh dan juga Sri Menanti.

3.

KAMPUNG GAMIN Nama Kampung Tengah terhasil daripada kedudukan kawasan kampung ini yang mana terletak di tengah tengah antara Tanjung Ipoh dan juga Sri Menanti.

4.

KAMPUNG SIKAI Pada suatu masa dahulu, ada seorang yang bernama To gombai bermimpi kawasan di Bukit Sikai lopan (lapang/ padang) dijaga oleh orang orang ghaib. Berhampiran kawasan itu juga terdapatnya Makam Tok Sikai dan dipercayai berkeramat. Penduduk kampung yang tinggal berhampiran telah berkaul / membuat kenduri (tahlil) di Makam To Sikai, maka bermulalah petempatan di kawasan ini yang dipanggil Kampung Sikai.

5.

KAMPUNG GUNONG PASIR Nama asal kawasan Kampung Gunung Pasir ialah Tanjung Alam, dan perubahan nama telah berlaku berdasarkan satu peristiwa di mana orang minangkabau telah menjumpai pundong / pondok di atas pasir dan terus dipanggil Pundong Pasir, kemudian nama itu bertukar menjadi Mempasir. Setelah beberapa ketika, namanya sekali lagi berubah kepada Kampung Gunung Pasir dan ianya kekal sehinggalah sekarang.

6.

KAMPUNG SERI MENANTI Dahulunya, kawasan Sri Menanti telah diberi nama Padi Menanti oleh Dato Pepatih, di mana berdasarkan satu peristiwa beliau bersama rombongannya telah menjumpai serumpun padi di suatu kawasan di Kampung Tengah ( kedudukan Kampung Tengah bersebelahan dengan Sri Menanti sekarang ), kemudiannya nama itu telah dimaktubkan kepada Sri Menanti olah Yamtuan Raja Melewar setelah baginda ditabalkan sebagai raja yang memerintah pada ketika itu.

7.

KAMPUNG PULAU Jika mengikut adat pepatih, sumber ekonomi yang giat dilakukan pada ketika dahulu merupakan pertanian, terutama sekali bersawah padi. Oleh yang demikian, kedudukan kawasan kampung itu sendiri dikelilingi air yang seolah-olah ianya membentuk sbuah pulau. Maka tercetuslah nama kampung yang dipanggil Kampung Pulau.

8.

KAMPUNG BUYAU Asalnya kawasan Kampung Buyau merupakan satu lembah yang tanahnya membuyau-buyau (tanahnya lembut). Permukaan atasnya nampak keras, tetapi jika berpijak di kawasan tersebut, separuh daripada bahagian badan boleh masuk terpelosok ke dalam tanah. Oleh kerana faktor tanahnya itulah , kawasan ini telah dikenali sebagai Kampung Buyau.

9.

KAMPUNG MERTANG Nama Kampung Mertang diambil sempena nama pokok, yang dikenali sebgai pokok mertang.

10.

KAMPUNG MERUAL .

11.

KAMPUNG BUKIT PERAH Sempena nama pokok perah dan kawasannya yang berbukitbukau. Hasil gabungan inilah maka kawasan ini telah diberi nama Bukit Perah.

Orang Perseorangan Yang Dirujuk : 1) Nama Jawatan Asal Suku Alamat Kawasan Nama Jawatan Alamat Kawasan Nama Jawatan Suku Alamat ) Kawasan 4) Nama Jawatan Alamat Kawasan Nama Jawatan Kawasan : Kampung Sri Menanti, Kampung Mertang : Hj Haron b. Hj Bidin (66 tahun ) : Penghulu Luak Gunung Pasir. : Masjid Kg Gunung Pasir : Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir : Hj. Sidek b. Jalun (72 tahun ) : Bekas Buapak Batu Buyau. : Kampung Pulau, Kampung Buyau : Hj Abu Bahar b. Aman (72 tahun ) : Ketua Kampung Tanjung Ipoh : Kampung Kuala Talang : Suku Batu Balang : 213, Tanjung Ipoh : Kampung Tanjung Ipoh

( 06-4887962 )

2)

: Hj Ujang b. Sulaiman ( 82 tahun ). : Bekas Ketua Kampung Tengah (1980 1987 ) : No 10, Kg. Panglang, Sri Menanti. : Kampung. Tengah, Kampung Bukit Perah. : Hj Ramli b. Rawi (70 tahun ) : Bekas Nazir Masjid Diraja Sri Menanti : Besar Waris Suku Tiga Batu, Lingkungan Tanjung Beringin Sri Menanti bergelar Sri Maharaja. : Kg. Sri Menanti ( 06-4979973

3)

5)

You might also like