You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SECARA SCHOOL-BASED 2010 1.0 PENGENALAN 1.1.

Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara school-based selaras dengan konsep let managers manage dan amalan LDP guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah. 1.2. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM diperlukan mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. 2.0 DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED 2.1 Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti yang diambil kira: Kursus Bengkel Seminar Hari Profesional Taklimat Profesional Pendedahan Inhouse Training 2.2 Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes beberapa buah sekolah menggabungkan usaha disebabkan bilangan guru yang sedikit. (Sekolah Kurang Murid atau guru-guru panitia) 2.3 Kursus jangka pendek dengan mengumpulkan 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus. 3. 0 OBJEKTIF Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut: 3.1 Meningkatkan profesionalisme keguruan 3.2 Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan 3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan 3.4 Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik 3.5 Memartabatkan profesion keguruan

4.0 BIDANG LATIHAN Fokus Latihan Dalam Perkhidmatan adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan melalui program peningkatan profesionalisme keguruan khususnya dalam : A. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% ) B. Kemahiran Profesionalisme ( 20% ) C. Nilai dan Amalan Profesionalisme Keguruan ( 20% ) ( Tajuk-tajuk yang sesuai terdapat dalam Borang Soal Selidik Keperluan. ) 5.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Bil Perkara Tindakan 5.1 Membentuk Jawatankuasa LDP Peringkat Sekolah (Lampiran 1) Pengetua/ Guru Besar 5.2 Menjalankan Kajian Keperluan pada bulan September/ Oktober (Lampiran 2a) Menjalankan analisis data (Lampiran 2b) Rumusan analisis SULDP 5.3 Menyediakan Perancangan Tahunan LDP peringkat sekolah ( Lampiran 3) Kewangan dan takwim SULDP 5.4 Taklimat daripada JPN / PPD kepada SULDP Pegawai JPN/ PPD 5.5 Mengadakan Mesyuarat LDP peringkat sekolah Pembahagian tugas kepada AJK Pengetua/ Guru Besar SULDP 5.6 Menyediakan Fail untuk dokumentasi Fail Pengurusan LDP Fail Dokumen LDP Fail Pelaksanaan LDP

SULDP Penolong SULDP 5.7 Menyediakan Kertas Kerja LDP (Lampiran 4) SULDP 5.8 Memohon Kelulusan daripada PPD/Pengetua/Guru Besar sebulan sebelum LDP dijalankan (Lampiran 5) SULDP 5.9 Menyediakan dan menghantar Pesanan Tempatan kepada PPD/Pengetua/Guru Besar dua minggu sebelum pelaksanaan LDP Sertakan dokumen-dokumen yang berkaitan: Invois Salinan Penyata Bank pembekal Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan SULDP Pembantu Tadbir 5.10 Menjalankan Kursus / Pemantauan / Penilaian Pelaksanaan (Pra) Menyediakan perkara-perkara yang berkenaan dengan Surat jemputan penceramah & Surat Panggilan Peserta (guna letterhead PPD untuk sekolah bukan PTJ / letterhead sekolah untuk sekolah PTJ) Penghantaran Borang Senarai Semak Pengurusan Kewangan kepada PPD/Pengetua/GB (Lampiran 6) Tempahan makanan, tempat, peralatan Bahan edaran kepada peserta Borang Profil Penceramah (Lampiran 7) Borang Profil Peserta (Lampiran 8) Jadual tentatif program Pelaksanaan (Semasa) Mengisi Borang Kehadiran Peserta (Lampiran 9) Mengisi Borang Penilaian Program ( Lampiran 10) Membuat rakaman/fotografi Melaksanakan pemantauan kursus oleh Pengetua / GB (Lampiran 11) Mengumpul borang penilaian Mengumpul Kad Pelaporan Latihan Mengesahkan Kad Pelaporan Latihan Pelaksanaan (Selepas)

Mengadakan mesyuarat post mortem Memasukkan data KMLPD ( Lampiran 12) Melengkapkan Senarai Semak Kandungan Fail (Lampiran 13) Menyediakan sijil (sekali setahun) Menganalisis borang penilaian kursus dan membuat rumusan 5.11 Laporan Kursus Menyediakan Pelaporan kursus selepas selesai setiap kali kursus (Lampiran 14) Menghantar Laporan Kursus & laporan KMLDP ke JPN/PPD (3 kali setahun - April, Julai dan Oktober) 6.0 PERANAN JAWATANKUASA BIL JAWATAN TINDAKAN 6.1 Pengetua / Guru Besar Mempengerusikan mesyuarat Membuat keputusan melaksanakan kursus Memantau perjalanan kursus (setiap kali kursus) Memantau pengurusan kewangan kursus Menurunkan kuasa kepada Penolong Kanan (sekiranya Pengetua / GB tiada di sekolah) 6.2 SULDP Memberi taklimat tentang garis panduan pengoperasian LDP secara school-based Menyediakan surat pelantikan AJK LDP Menguruskan surat-menyurat LDP Menyediakan minit mesyuarat Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan Menyediakan borang-borang (Lampiran 1 14) Memastikan pengurusan kewangan kursus mengikut prosedur Menyelaraskan kutipan kad pelaporan latihan dan salinan sijil kehadiran Membuat perancangan tahunan dan kewangan kursus Menyediakan laporan kursus dan laporan KMLDP mengikut ketetapan BPG Menghantar laporan kursus dan laporan KMLDP (3 kali setahun April, Julai, Oktober) 6.3 Penolong SULDP Menganalisis kajian keperluan kursus dan rumusan Membantu menyediakan minit mesyuarat

Melengkapkan senarai semak kandungan fail (Lampiran 13) Memasukkan data dalam tapak KLMDP selepas setiap kursus Menyediakan laporan KMLDP 6.4 GKMP yang Lain / Ketua Panitia Mata Pelajaran yang Lain Menjalankan kajian keperluan kursus panitia Menyediakan tempat, makanan dan peralatan Membuat penilaian kursus panitia Menyediakan laporan kursus panitia Membuat penilaian kursus panitia 6.5 AJK Lain Kaunselor Guru Cemerlang Guru Data Guru Media Kelab Guru/Staf Pembantu Kewangan Menjadi Pengacara Majlis Mendapatkan biodata penceramah Menguruskan Kad Pelaporan Latihan Menyusun tentatif program Pendaftaran kehadiran Cenderamata Menyediakan sijil kehadiran dan sijil penghargaan Mengurus tempahan makanan, tempat dan peralatan Fotografi / rakaman Mengurus kewangan kursus mengikut prosedur Menghantar prestasi kewangan setiap hujung bulan 7.0 PENGOPERASIAN PELAKSANAAN KURSUS/PROGRAM Carta Aliran 1. Rujuk Lampiran 1Pelantikan Jawatankuasa LDP peringkat sekolah 1. Soal selidik untuk semua guru 2. Analisis keperluan bidang kursus 2. Kajian Keperluan Membuat Perancangan Tahunan (Rujuk Lampiran 3) 3. Perancangan Tahunan

1. Pengedaran Kad Pelaporan Latihan 2. Pengedaran garis panduan pelaksanaan 4. Taklimat daripada JPN /PPD 1. Agihan bidang tugas 2. Diadakan 2 kali setahun-setiap penggal 5. Mesyuarat LDP 1. Fail pengurusan LDP 2. Fail dokumen LDP 3. Fail pelaksanaan LDP 6. Dokumentasi Borang permohonan Kursus LDP, kertas kerja, senarai semak 7. Kertas kerja Menjalankan kursus selepas mendapat kelulusan PPD (untuk sekolah bukan PTJ) 8. Kelulusan PPD/Pengetua /Guru Besar 1. Menjalankan kursus seperti dirancang. 2. Memantau dan Menilai Pelaksanaan Kursus 9. Menjalankan Kursus/ Pemantauan/Penilaian 1. Penghantaran KMLDP dan laporan kursus (April, Julai, Oktober) ke Unit LDP(PPD)/JPN 2. Laporan kewangan setiap bulan 3. Penghantaran Kad Pelaporan Latihan ke Unit LDP PPD/JPN (akhir tahun) 10. Laporan Kursus 8.0 DOKUMENTASI SULDP dan Penolong SULDP perlu menyediakan dokumen-dokumen berkenaan bagi melancarkan perjalanan LDP secara School-Based. 8.1 Pengurusan Fail Tiga jenis fail perlu disediakan iaitu: 8.1.1 Fail 1 Fail Pengurusan a) Surat Pekeliling LDP-Punca Kuasa b) Carta Organisasi Jawatankuasa LDP Sekolah c) Surat Panggilan Mesyuarat LDP d) Minit Mesyuarat LDP e) Perancangan Tahunan Kursus LDP

f) Kutipan Maklumat LDP (KMLDP) Excel (dalam CD) g) Peruntukan Kewangan LDP (PTJ / PPD) 8.1.2 Fail 2 Fail Dokumen LDP a) Garis Panduan Pengoperasian Pelaksanaan LDP b) Contoh Borang Kajian Keperluan c) Contoh Kertas Kerja d) Contoh Borang Permohonan Kursus e) Contoh Senarai Semak Pengurusan Kewangan f) Contoh Borang Profil Penceramah/Fasilitator g) Contoh Borang Profil Peserta h) Contoh Borang Kehadiran Peserta i) Contoh Borang Penilaian Program j) Contoh Borang Pemantauan k) Contoh Borang Tapak KMLDP l) Contoh Senarai Semak Kandungan Fail m) Contoh Pelaporan Kursus n) Contoh Kad Pelaporan Latihan 8.1.3 Fail 3 Fail Pelaksanaan LDP a) Surat Panggilan Kursus/Latihan/Seminar/Bengkel b) Borang Profil Penceramah/Fasilitator c) Borang Profil Peserta d) Borang Kehadiran Peserta e) Borang Kutipan Maklumat LDP (KMLDP) Excel f) Dokumentasi Kursus Kertas kerja/Latihan/Seminar/Bengkel Nota Minta Pesanan Tempatan Senarai Peserta Menu makan/ minum Resit / invois Foto / rakaman g) Pelaporan Kursus h) Borang Penilaian Program i) Laporan Pemantauan 8.2 Pelaporan Pelaporan pelaksanaan kursus perlu disediakan oleh pihak pelaksana kursus atau program. Instrumen pelaporan adalah seperti berikut: 8.2.1 - Pelaporan Kursus LDP 8.2.2 - Kad Pelaporan Latihan 8.2.3 - Pelaporan KMLDP 8.3 Pensijilan dan Penghargaan 8.3.1 Sijil Kehadiran disediakan oleh pihak sekolah pada akhir tahun

(setahun sekali) dengan menyatakan tarikh kursus, nama kursus dan tempoh masa kursus. 8.3.2 Sijil penghargaan kepada para penceramah disediakan oleh sekolah penganjur. 9.0 PEMANTAUAN 9.1 Pemantauan berterusan dijalankan oleh Pengetua/ Guru Besar. 9.2 Pemantauan berkala akan dijalankan oleh pegawai dari KPM, Jemaah Nazir, JPN atau PPD. 9.3 Pemantau memberi perhatian kepada perjalanan sesuatu program yang sedang dilaksanakan, mengukur dan melapor tentang kemajuan program berkenaan.

9.4 Tujuan khusus pemantauan adalah : i) memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan. ii) menyedarkan pihak yang berkenaan terhadap sebarang masalah dan keperluan program semasa. iii) mengambil tindakan segera untuk memperbaiki sebarang kekurangan. 10.0 KHIDMAT NASIHAT Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada : 1. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA ( U.P. : Unit Kursus Dalam Perkhidmatan ) Tel: 03-88841307 / 03-88841291 , Faks : 03-88893570 ATAU 2. Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Gabungan / Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran.

You might also like