You are on page 1of 3

Pengenalan 1.

Campur tangan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menggugat keadaan politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. 2. Perubahan dalam sistem pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa. 3. Tindakan British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan rakyat telah mencetuskan kebangkitan untuk menentang penjajahan British. 4. Pemimpin tempatan berjuang untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 1. Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin. 2. Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah : (a) Tunku Abdullah (b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) (c) Tunku Long (d) Tunku Muhammad Saad 3. Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. 4. Namun, perjuangan ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. 5. Semangat juang yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah. 6. Tunku Daei dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding. 7. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. 8. Namun, wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

You might also like