You are on page 1of 3

Bentuk dan Fungsi Otak

Otak adalah pusat kawalan yang utama kepada tubuh. Otak boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian utama:
• Otak pertama yang disebut juga sebagai serebelum
(Cerebellum) terletak di bahagian bawah atau belakang. Ia
merupakan otal yang kecil yang menjadi pusat kepada
koordinasi otot dan kesimbangan badan, serta mengawal proses
pernafasan, penghadaman dan metabolisme badan
• Otak kedua atau sistem limbik terdiri daripada hipothalamus
dan hippocampus. Bahagian ini memainkan peranan utama
mengawal emosi, deria bau, deria rasa dan tingkah laku seksual.
Ia juga mengawal tindakan logikal untuk merangsang
keinginan-keinginan seperti rasa lapar, dahaga dan tindakan
pertahankan diri apabila menghadapi situasi yang
mencemaskan seoerti bahaya, ketakutan dan ketegangan emosi.
Bahagian inilah yang banyak mengawal tahap kepintaran emosi
(EQ)
• Otak ketiga atau neocortex dikenali sabagai sereberum
(cerebrum). Ia merupakan pusat pemikiran dan kesedaran
seseorang. Di sinilah letaknya pusat kawalan untuk mengawal
kemampuan dan keupayaan menguasai bahasa, pemusatan
perhatian (focusing) memori, fikiran dan kemahiran motor.
Keupayaan minda dan tahap keintelektualan (IQ) seseorang
banyak dikawal oleh bahagian ini.

Otak juga boleh dilihat dengan satu lagi cara iaitu melalui
pembahagian berikut:
• Otak kiri berfungsi untuk mengawal dan menguasai
aktiviti-aktiviti logikal dan akademik. Ia juga mengawal
sensasi di bahagian kanan tubuh.
• Otak kanan pula menguasai perkara-perkara yang
berkaitan dengan imaginasi dan kreativiti seperti muzik,
imaginasi pengenalan objek dan sebagainya. Ia juga
mengawal sensasi di bahagian kiri tubuh.

Kedua-dua otak kiri dan kanan ini dihubungkan oleh lebih 200
juta sesaraf (corpus callosum). Penggunaan kedua-dua otak kiri
dan kanan secara harmonis dapat mempertingkatkan prestasi
pembelajaran. Penggunaan kedua-dua otak ini juga akan
menjadikan proses pembelajaran yang dilalui oleh seseorang itu
amat menyeronokkan. Daya focus terhadap sesuatu perkara akan
menjadi lebih bertambah. Daya ingatan akan menjadi lebih kuat.
Imaginasi akan lebih menyeluruh dan sistem pemikiran akan
menjadi lebih kreatif.

Minda manusia sebenarnya menjalankan dua fungsi dengan kuasa


yang berlainan tetapi berfungsi secara serentak untuk
menghasilkan idea samada positif atau negatif. Kedua-dua fungsi
itu ialah:
• Minda terancang - menguasai hanya 1/10 daripada aktiviti
otak. Ia menerima maklumat luaran dan memahami alam
melalui pancaindera, pengalaman, pengamatan dan juga
melalui pendidikan.
• Minda terpendam - merupakan kuasa sebenar minda
manusia. Ia memahami alam dan persekitaran melalui gerak
perasaan dan intuisi. Ia menjalankan lebih 90% fungsi otal
dan amat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Justeru
itu, seseorang yang ingin berjaya di dalam hidupnya perlu
mengawal minda terpendam yang dianugerahkan oleh Allah
kepadanya agar menjadi lebih positif. Antara contoh-contoh
pengawalan minda terpendam secara positif ialah jangan
fikir sakit tetapi fikirkan sihat, jangan fikirkan gagal tapi
fikirkan kejayaan, jangan fikirkan keburukan tapi fikirkan
kebaikan.

Potensi otak yang dimiliki oleh manusia amatlah menakjubkan. Ia


merupakan satu anugerah yang amat berharga dan bernilai oleh
Allah kepada manusia kerana potensi otak ini sesungguhnya tiada
nampak hadnya. Otak manusia mampu menyimpan segala
maklumat dan merekodkan maklumat-maklumat baru pada setiap
saat semenjak daripada manusia itu dilahirkan sehingga ke akhir
hayatnya.

Pelbagai latihan dan ransangan boleh dibuat untuk meningkatkan


potensi otak. Ransangan dan latihan ini patut diberikan ketika
masih kecil malah boleh diberikan ketika masih di dalam
kandungan di mana waktu itu perkembangan otak berlaku dengan
pesat. Ketika masih di peringkat bayi dan kanak-kanak, otak
diibaratkan seperti "spounge" yang masih kering, mampu
menyerap pada kadar yang tinggi.

You might also like