You are on page 1of 2

Sains 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan Kumpulan 1; 1. Firdaus b. Ripin 2. Noor Azman b. Abu 3. Suhaimi b. Bahnan 4.

. Zulkeplee b. Hasan Tutor: Pn. Faridah bt. Suratman

Laporan Aktiviti Pengawetan Pengasinan


Pengawetan makanan ialah proses yang membolehkan makanan dapat disimpan untuk suatu jangka masa yang lebih lama. Pengawetan makanan boleh mencegah atau memperlahankan tindakan bakteria atau fungi ke atas makanan. Untuk tugasan kumpulan yang telah ditetapkan, kami kumpulan 1 telah berbincang dan bersetuju memilih untuk merakamkan video proses pengawetan makanan iaitu kaedah pengasinan. Kami telah memilih ikan gelama sebagai bahan yang akan digunakan dalam tugasan kali ini. Proses pengasinan makanan merupakan satu kaedah pengawetan yang melibatkan penggunaan garam. Pengasinan boleh dilakukan dengan dua cara seperti menyapu garam yang banyak pada makanan atau merendam makanan di dalam larutan garam. Kita semua maklum bahawa bakteria tidak dapat membaik pada keadaan terlalu masin. Oleh itu, melalui kaedah ini sumber makanan yang berlebihan dapat disimpan bagi suatu tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun melalui keadah pengawetan cara pengasinan,proses ini akan mengubah rasa sesuatu makanan itu menjadi masin, mengubah warna bahan makanan dan memusnahkan zat makanan yang terdapat pada bahan makanan tersebut.

Langkah-langkah untuk melaksanakan proses pengawetan makanan melalui kaedah pengasin adalah seperti berikut: 1. Ikan-ikan gelama yang digunakan perlu disiang, dibuang sisik, sirip kaudal, sirip anal dan sirip pektoral serta isi perutnya terlebih dahulu sebelum dibasuh dengan air sehingga bersih. Terdapat dua cara potongan yang boleh digunakan untuk memproses ikan gelama iaitu memotong di bahagian sebelah bawah atau di bahagian sebelah atas. 2. Selepas selesai membasuh ikan-ikan tersebut, ikan yang dipilih itu perlulah ditoskan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kandungan air yang ada pada ikan semasa proses membasuh tadi. 3. Proses ketiga ialah meletakkan garam / melumurkan ikan dengan garam halus dengan jumlah yang banyak. 4. Setelah itu, proses keempat pula ialah menjemur ikan ikan tersebut di bawah sinaran cahaya matahari. Proses ini mengambil masa beberapa hari bergantung pada kedaan cuaca. Sekira musim hujan proses ini akan mengambil masa yang panjang. Kaedah pengawetan secara pengasinan ini merupakan cara yang sangat popular digunakan oleh para nelayan sekiranya hasil tangkap mereka tidak habis dijual. Ikan-ikan yang telah diproses dan diasinkan akan dijual sebagai sumber pendapatan mereka. Melalui aktiviti yang dijalankan, kami berpendapat kaedah pengasinan ini sangat mudah untuk dilaksanakan kerana ianya hanya melibatkan penggunaan garam. Kaedah pengasinan ini juga hanya sesuai digunakan untuk mengawet jenis-jenis atau bahan makanan tertentu sahaja seperti ikan dan telur.

You might also like