You are on page 1of 7

1.

0 PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah atas nikmat dan inayahNya memberi keizinan untuk saya, Mohamad Azhar Bin Mohd Nor dari unit PISMP Pengajian Islam semester 5 untuk menambah pengetahuan dan pengalaman melalui program Bina Insan Guru Fasa 6 bagi tahun 2011 iaitu lawatan penanda aras di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Setiawangsa Kuala Lumpur. Taklimat yang diberi oleh Ketua Unit, Mohammad Afiq B Mohd dan Penolong Ketua Unit Fatin Mohd Zahri sangat membantu dalam proses untuk mengetahui perjalanan aktiviti program Bina Insan Guru ini. Penglibatan aktif dari pensyarah penyelia iaitu Ustaz Wan Mazlan b Wan Adnan dari unit Hal Ehwal Pelajar berjaya memberi gambaran jelas berkaitan program Bina Insan Guru Fasa 6 ini. Sekalung penghargaan buat mereka. Kerjasama erat antara semua ahli dari unit Pengajian Islam/Pendidikan AlQuran/Bahasa Arab dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari 2009 merupakan asset utama bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Lautan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan. Selain itu, bagi semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung, tidak ketinggalan penghargaan di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan sewaktu menjalankan aktiviti yang dirancang semasa program Bina Insan Guru dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

2.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan latihan perguruan pra-perkhidmatan yang mana ia merupakan satu mata pelajaran dalam komponen wajib yang mesti diikuti oleh semua guru pelatih program PISMP, KPLI dan KPLI J-Qaf. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Semua peserta program perlu wajib lulus BIG. BIG memperuntukkan tiga kredit iaitu bersamaan 120 jam interaksi dan perlu dijalankan sepanjang tempoh enam semester pengajian. Program BIG ini adalah di bawah kelolaan dan pengurusan HEP BIG/IPG. Pelaksanaan BIG adalah untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang betapa mulianya profesion keguruan dan pentingnya insan guru dalam pembinaan generasi, pembentukan jati diri dan menjadi contoh kepada masyarakat. Oleh itu, program BIG ini dirancang supaya pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan berkongsi pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk kali ini BIG yang perlu dilaksanakan ialah Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Matlamat program BIG Fasa 6 ini bermatlamat untuk memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Selain itu juga, kami ingin melihat apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan sekolah berprestasi tinggi dan juga apakah kriteria-kriteria yang penting bagi sesebuah sekolah untuk mendapat sekolah berprestasi tinggi. Sebelum kami menjalani BIG ini, kami telah diberikan taklimat oleh Ustaz Wan Azlan di Dataran Bestari pada hari Isnin 19.9.2011. Terdapat beberapa perubahan tentang BIG dilakukan pada saat akhir kerana terdapat unit yang menghadapi audit MQA. Jadi rombakan telah berlaku di mana unit PISMP PAI, Pemulihan Bahasa Melayu, Pemulihan Bahasa Tamil dan juga Pra Sekolah telah dipilih untuk melaksanakan BIG terlebih dahulu.

3.0 REFLEKSI

Refleksi Program Bina Insan Guru ( B.I.G ) Lawatan Penanda Aras Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur

Pada 20 September 2011 kami dari unit Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) Semester 6 seramai 4 unit telah mengikuti lawatan penanda

aras di Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur. Unit-unit yang terlibat adalah daripada unit kami sendiri iaitu unit PISMP Pengajian Agama Islam,., Pemulihan Bahasa Melayu, Pemulihan Bahasa Tamil dan Pra Sekolah. Jumlah semua peserta yang terlibat dianggarkan lebih kurang 87 orang. Pada hari tersebut, kami berkumpul di dataran bestari seawal jam 6.30 pagi. Kami dimaklumkan bahawa bas akan bergerak pukul 7.00 pagi. Jadi di kesempatan ini kami dibenarkan untuk bersarapan dahulu sementara menunggu ketibaan peserta yang lain dan pensyarah. Lebih kurang pukul 7.30 kami bertolak ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur, dengan menaiki 2 buah bas yang disewa oleh pihak institut. Terdapat juga pelajar yang menaiki kenderaan pensyarah dan juga kenderaan sendiri. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kami menghadapi kesulitan semasa tiba di Kuala Lumpur kerana tersesat jalan. Akhirnya lebih kurang pukul 11 kami tiba di sekolah tersebut bersama tutor kami iaitu Dr Khairuddin B Said bersama pensyarah yang lain. Ketibaan kami disambut baik oleh guru-guru di sana. Setelah itu, kami dihidangkan dengan sarapan pagi kantin. . Gambaran awal kami sewaktu pertama kali menjejakkan kaki sekolah ini ialah kami dapat membayangkan betapa berjayanya sekolah ini dengan kebersihan yang terjaga dan cukup indah dan besar.

Tepat jam 11.30 pagi kami semua berkumpul di dewan terbuka Sekolah Berprestasi Tinggi SK Setiawangsa Kuala Lumpur. Di sana kami disajikan dengan persembahan orkestra sekolah tersebut yang terdiri daripada murid-murid dari tahun 2 hingga tahun 6. Kami sangat teruja dengan persembahan mereka itu kerana tidak menyangka murid-murid sekolah rendah sudah pandai menggunakan alat muzik yang berlainan dengan bagus sekali. Mereka menyampaikan 3 buah lagu iaitu Isabella dan buah lagu yang lain. Kumpulan orkestra ini dipimpim oleh salah seorang guru di sekolah tersebut yang merupakan bekas gitaris kumpulan Ukays. Setelah itu, kami melihat persembahan tarian daripada murid tahun 5. Tarian ini merupakan tarian iban. Ini merupakan kali pertama saya melihat tarian ini secara langsung di depan mata. Ia begitu menarik dan murid-murid memberikan satu persembahan yang baik. Kemudian kami masuk ke dalam bilik mesyuarat utama Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat daripada guru besar iaitu Tn Haji Ruslan B Madon. Di situ kami banyak mendapat input-input yang berguna dalam untuk mendapatkan sekolah berprestasi tinggi. Tn Haji Ruslan B Madon mengatakan bahawa setiap kejayaan yang dikecapi oleh sekolah memerlukan pengorbanan baik dari segi kewangan, harta benda, tenaga dan juga masa. Banyak anugerah yang dikecapi oleh SK Temin seperti Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002 , Anugerah Sekolah Cemerlang tahun 2007 dan Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011. Kejayaan mendapat Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011merupakan anugerah yang terbesar dan ianya telah mencapai target visi sekolah iaitu SK Setiawangsa terbilang menjelang 2012. Jadi sekolah ini telah mencapai target awal daripada apa yang dijangkakan. Ini semua adalah berkat usaha daripada guru,staf, murid, ibu bapa dan PIBG. Tanpa bantuan semua pihak tidak mungkin kejayaan dapat dikecapi oleh pihak sekolah. Tambah guru besar lagi, kejayaan sekolah ini hasil daripada kerjasama yang baik pihak sekolah dengan pihak kerajaan dan juga pihak NGO. Antara jaringan kerjasama yang berjaya dicapai oleh pihak sekolah ini ialah dengan Asawara iaitu berkiatan dengan Klinik Orkestra, Majlis Sukan Negara ( MSN ) iaitu berkaitan dengan jurulatih bengkel untuk ping pong, Malaysian Philharmonic Orkestra ( MPO )

dan agensi2 yang lain. Selain itu pihak universiti juga berkerjasama dengan pihak sekolah seperti Universiti Tekonologi Mara ( UITM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ). Setelah mendengar ucapan guru besar itu tadi, barulah kami sedar bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang keras daripada guruguru,staf-staf,ibu bapa, murid-murid serta pihak kerajaan. Usaha yang bersungguhsungguh akhirnya menimbulkan hasil sedikit demi sedikit dengan anugerah pencapaian baik dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum dikecapi oleh pihak sekolah. Selepas taklimat berakhir, kami semua dibenarkan untuk melawat kawasan sekitar sekolah. Kami dari PISMP PAI pula diminta untuk mengikut Ustazah Che Som bagi melihat kawasan sekitar sekolah. Kami bersama tutor kami melawat sekitar bangunan di sekolah antaranya, bilik Pra Sekolah, Bilik Seni, Bilik BOSS, Bilik Nur Kasih, Perpustakaan, dan juga bilik kaunseling. Kemudian kami menikmati jamuan makan tengahari di kantin. Selepas itu kami solat zuhur di surau sebelum bertolak pulang ke institute lebih kurang pukul 3 petang.

Lampiran

Kumpulan Orkestra SK Setiawangsa

Bilik Pra Sekolah

Bilik Galeri Warisan

Bilik Seni

Perpustakaan

SK Setiawangsa

You might also like