You are on page 1of 8

Program e-Cerap JPN Sabah

PANDUAN PENCERAPAN MENGGUNAKAN PROGRAM e-CERAP JABATAN PELAJARAN SABAH TAHUN 2011

2011

1.0

Pengenalan Pencerapan dalam konteks ini bermaksud penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Konsep penyeliaan adalah usaha membaiki instruksional termasuk rancangan pengajaran, memerhati, mengendali, membimbing, memberi motivasi, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai dan memberi maklum balas. Walau bagaimanapun satu kitaran kerja penyeliaan hanya tamat apabila guru telah meningkatkan kemahiran mengajarnya. Dengan ini penyeliaan haruslah membawa perubahan positif pada perlakuan guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya, dan seterusnya pembelajaran murid-murid. Ia tidak seharusnya satu kerja untuk memenuhi pihak atau kehendak dan arahan luar.

2.0

Rasional 2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 KP(BS)8591/Jld(77) bertarikh 11 November 1987 berkehendakkan Pengetua/Guru Besar melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapi dan sistematik untuk mempastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Melalui pencerapan, guru dapat dibimbing dan dibantu ke arah perubahan iaitu peningkatan mutu pengajarannya.

2.2

3.0

Program e-Cerap JPN Sabah Program e-Cerap JPN Sabah dibangunkan secara bersama oleh Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Sabah pada Januari 2011. Program e-cerap JPN Sabah adalah satu perisian atas talian yang dapat memudahkan proses pencerapan, dan diharapkan membantu kepada pembudayaan pencerapan di sekolah. Melalui e-cerap maklumat berkaitan pencerapan boleh diperolehi dengan segera oleh pengurus sekolah, PPD dan JPN Sabah. Program e-Cerap JPN Sabah boleh dicapai melalui www.moe.gov.my/jpnsabah/cerap.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah

2011

4.0

Tema Pengajaran dan pembelajaran berkualiti mendepani kecemerlangan akademik

5.0

Objektif 5.1 5.2 5.3 Membudayakan amalan pencerapan. Memudahkan proses pencerapan. Mengupayakan pengurus sekolah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Meningkatkan martabat profesion keguruan.

5.4

6.0

Fokus Pencerapan 6.1 Pencerapan berfokus kepada 3 aspek iaitu : Kompetensi o Aspek Kompetensi merujuk kepada tahap keberkesanan guru dalam pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem penyampaian o Elemen-elemen dalam aspek Sistem Penyampaian dalam instrumen terdiri daripada Set induksi, Penyampaian Isi Kandungan, Teknik Penyoalan, Pengukuhan dan Penutupan. Aktiviti Kelas o Aktiviti Kelas merujuk kepada segala aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Item Pencerapan Item pencerapan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian B M Penerangan Persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah item 3 15

2011

8.0

Panduan Pengoperasian Pencerapan 8.1 Pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh pengurus sekolah. Pembahagian tugas pencerapan di sekolah adalah seperti berikut : 8.1.1 Pengetua / Guru Besar mencerap sekurang-kurangnya 10% orang guru di sekolah. 8.1.2 Penolong-Penolong Kanan mencerap 60% jumlah guru di sekolah. 8.1.3 Ketua bidang / ketua panitia mencerap 30% guru di sekolah. 8.1.4 JPN/PPD/PPSMS/MGB/MGC boleh melaksanakan pencerapan kepada semua guru. 8.2 Pelaksana pencerapan: Dicerap Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan Pencerap JPN/PPD/PPSMS/MGB/Ketua Bidang/Ketua Panitia/Guru Cemerlang. JPN/PPD/PPSMS/MGB/Ketua Bidang/ Ketua Panitia. Ketua Bidang JPN/PPD/Pengetua/ Penolong Kanan / Ketua Panitia.
3 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Ketua Panitia JPN/PPD/Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan/Ketua Bidang. Guru Penolong JPN/PPD/Pengetua /Guru Besar/ Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia.

2011

7.3

Proses pencerapan di dalam bilik darjah boleh dilakukan secara online atau manual. Laporan manual perlu dimasukkan dalam sistem e-Cerap selepas pencerapan. Tindakan Sekolah 7.4.1 Semua guru di sekolah mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun. 7.4.2 Pihak sekolah hendaklah membuat analisis hasil pencerapan untuk penambahbaikan. 7.4.3 Pencerapan dan pelaporan tahun 2011 dijalankan berdasarkan jadual yang dicadangkan seperti berikut: Tempoh Pencerap an Kumpulan Sasaran Pencerapan mengikut matapelajaran yang dirintis. Tempoh Memasuk kan laporan on-line 23 Mei 2011

7.4

Pencerapan

Fasa Rintis

3 23 Mei

Pertama

1 Sept. 31 Okt.

Minima 50% guru dicerap

Selewatlewatnya seminggu selepas pencerapan

7.4.4 Laporan pencerapan dibuat 2 kali setahun secara on-line mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan pencerapan sekolah akan dimuat turun dan dirumus oleh PPD. 7.4.5 Pihak sekolah perlu menjalankan tindak penambahbaikan berdasarkan dapatan pencerapan .
4 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

susul

Program e-Cerap JPN Sabah


7.5 Tindakan PPD

2011

7.5.1 Kemaskini data guru di sekolah hanya boleh dibuat di PPD. 7.5.2 Memuat turun laporan sekolah dan menjalankan tindak susul penambahbaikan.

7.6

Tindakan JPN (SPA) 7.6.1 Laporan pencerapan akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKKN 2 kali setahun. 7.6.2 Menjalankan tindak susul penambahbaikan.

8.0

Penentuan Tahap P&P Guru Tahap P&P guru ditentukan berdasarkan bilangan item ADA yang ditanda dalam Bahagian B, M dan L. Peringkat tahap pencapaian guru adalah seperti berikut:

Tahap Berkesan Tidak Berkesan

Syarat-syarat Semua 22 item dalam Bahagian B, M dan L mendapat ADA. Mendapat TIADA bagi salah satu item di Bahagian B, M dan L.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Pengertian Istilah 9.1 Pengertian Istilah bagi Item Pencerapan

2011

Kod

Istilah

Penerangan Istilah Berdasarkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran /Dokumen Standard dan sepanjang tahun persekolahan. Merujuk RPT yang mengambil kira kemampuan murid untuk Hasil pembelajaran/ Standard Pembelajaran yang jelas. Suasana kelas yang kondusif untuk P&P Aspek fizikal bilik darjah dan kesediaan murid untuk belajar. Berhubung kait dengan topik P&P dan menarik minat murid. Pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas iaitu daripada mudah kepada kompleks dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut RPH dengan menggunakan masa secara optimum. Menyebarkan soalan kepada seluruh kelas dan mengemukakan soalan mengikut aras dengan jelas Menggunakan BBM yang sesuai dan berkesan. Menggunakan bahasa yang tepat Menerapkan nilai murni yang bersesuaian dengan topik/tema yang diajar Menggunakan TMK /Pembelajaran Masteri/ Pembelajaran Konsruktivisme/ Pembelajaran Kontekstual/ Keusahawanan/ Kreativiti dan inovasi dll. Menggunakan intonasi suara yang bersesuaian

B1

Rancangan Pelajaran Tahunan

B2

Rancangan Pelajaran Harian

B3

Pengurusan kelas

M1

Set Induksi Proses penyampaian P&P beransur maju

M2

M3 Pengurusan masa M4 Teknik penyoalan Bahan Bantu Mengajar Penggunaan bahasa yang tepat Penerapan nilai murni

M5 M6 M7

M8 Penerapan kemahiran bernilai tambah

M9 6

Nada Suara Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Guru sebagai pemudahcara untuk aktiviti pembelajaran murid. Wujud interaksi antara murid dengan guru/ murid dengan murid. Memastikan murid memberi perhatian penuh terhadap proses P&P. Penilaian yang beraneka jenis termasuk penilaian secara lisan/ penulisan/ pemerhatian. Memberi pujian /teguran yang bersesuaian. Penutup yang sesuai dengan topik/tema. Kuantiti latihan/ tugasan yang munasabah mengikut pelbagai aras kognitif murid. Membetulkan kesilapan murid dan memastikan murid membuat pembetulan. Memastikan hasil tugasan murid adalah kemas/ bersih/ lengkap/ betul. Refleksi P&P ditulis secara jelas dengan mencatatkan aspek kekuatan dan kelemahan P&P.

2011

M10

Pengajaran berpusatkan murid Penglibatan murid yang aktif Pengawalan kelas yang berkesan Penilaian berterusan Peneguhan yang bersesuaian Penutup/Rumusan Latihan & tugasan Pemeriksaan latihan & tugasan murid Hasil kerja murid

M11

M12

M13 M14 M15 L1

L2

L3

L4 Membuat refleksi

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


10.2 ADA - Elemen-elemen yang sepatutnya ADA berlaku dengan sempurnanya. 10.3

2011

TIADA - Elemen-elemen yang sepatutnya ada tetapi TIDAK ADA atau ada tetapi tidak lengkap.

**Nota Peringatan Pengisian Secara Manual Sila tandakan ( 1 ) pada ruangan ADA jika item berkenaan ada atau tandakan ( 0 ) pada ruangan TIADA jika item berkenaan tidak ada atau ADA tetapi tidak lengkap. **Nota Peringatan Pengisian Secara Atas Talian Klik pada butang ADA jika item berkenaan ada atau butang TIADA jika item berkenaan tidak ada atau ADA tetapi tidak lengkap.

10.4

Catatan Mencatat aspek kekuatan dan kekurangan guru tentang sesuatu item dalam instrumen pencerapan.

Contoh 1 : Item yang ditanda ( 1 ) bagi ADA ITEM Mempunyai Rancangan Pelajaran Tahunan ADA 1 TIADA CATATAN Berlaku sepenuhnya/ lengkap

Contoh 2 : Item yang ditanda ( 0 ) bagi TIADA ITEM Mempunyai Rancangan Pelajaran Tahunan ADA TIADA 0 CATATAN Tidak merangkumi sepanjang tahun persekolahan Tidak berdasarkan sukatan pelajaran. Salinan dari tahun yang lepas dan tidak jelas.

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

You might also like