You are on page 1of 21

AYAT MAJMUK

Gabungan dua atau lebih ayat


tunggal dalam satu ayat.
Ayat yang dibentuk mestilah
melalui cara-cara tertentu dan
tidak melanggar hukum
tatabahasa.
JENIS AYAT MAJMUK
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat yang terdiri daripada dua
atau lebih ayat tunggal yang
digabungkan dengan
menggunakan kata hubung dan,
atau, tetapi dan sebagainya.
Contoh: Emak sedang memasak.
(AT)

Adik sedang menyanyi. (AT)
 Emak sedang memasak dan
adik sedang menyanyi. (AM)
AYAT MAJMUK
PANCANGAN
Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak
setara membentuk satu ayat baru.
Terdapat satu ayat utama atau induk
dan beberapa ayat kecil lain dalam satu
ayat.
Terbahagi kepada tiga jenis:
 Ayat majmuk pancangan relatif
 Ayat majmuk pancangan komplemen
 Ayat majmuk pancanmgan keterangan
AYAT MAJMUK
PANCANGAN RELATIF
Menggunakan kata pancangan yang
dalam binaannya.
Kata pancangan ini bertugas
memancangkan ayat kecil ke dalam
induk.
Contoh: Ayah membeli sebuah kereta.
Kereta itu telah rosak.
Ayah membeli sebuah kereta
yang
telah rosak.
AYAT MAJMUK
PANCANGAN KOMPLEMEN
Ayat yang ditandai kata hubung bahawa
dan untuk.
Terdapat satu ayat induk dan ayat kecil
yang dinamakan ayat komplemen.
Contoh:
Sungguh mustahil untuk mereka
melepaskan diri.
Perkara itu sungguh mustahil. (AI)
Mereka melepaskan diri. (AK)
*Ayat induk tidak boleh berdiri
sendiri tetapi ayat komplemen
merupakan ayat yang lengkap dgn
subjek dan predikatnya. Ayat induk
memerlukan ayat komplemen utk
menjadi satu ayat yang lengkap.
AYAT MAJMUK
PANCANGAN KETERANGAN
Terdiri drp satu ayat induk dan satu
atau lebih ayat kecil yang berfungsi
sebagai penerang predikat kepada ayat
induk.
Ayat induk boleh berdiri sebagai ayat
yang lengkap walaupun tanpa ayat kecil
yang berfungsi sebagai keterangan.
Ayat kecil atau ayat keterangan tidak
boleh berdiri sebagai ayat disebabkan
hadirnya kata hubung pada awal ayat
keterangan ini.
AYAT MAJMUK
PANCANGAN KETERANGAN
Ayat keterangan boleh hadir di hadapan
atau di belakang ayat induk tanpa
mendukung sebarang perbezaan
makna.
Contoh: Budak kecil itu menjerit-jerit.
(ayat induk)
 Ketika saya tiba di rumahnya. (ayat keterangan)
 Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di
rumahnya.
 Ketika saya tiba di rumahnya, budak kecil itu
menjerit-jerit.
AYAT MAJMUK PANCANGAN
KETERANGAN
Jenis-jenis keterangan:
Keterangan musabab
Keterangan syarat
Keterangan waktu
Keterangan pertentangan
Keterangan harapan
Keterangan cara
Keterangan tujuan
Keterangan perbandingan
Keterangan musabab
Unsur yang menerangkan sebab
berlakunya sesuatu kejadian atau
perbuatan.
Kata hubung yang digunakan ialah
kerana, lantaran dan oleh sebab.
Contoh,
 Saya tidak hadir ke kelas kerana
terlewat bangun.
Keterangan akibat
unsur yang menerangkan kesan
atau hasil daripada sesuatu
perbuatan.
kata hubung yang digunakan ialah
hingga dan sehingga
Contohnya,
 Khalil ketawa hingga terjatuh kerusi.
 Mala belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya.
Keterangan syarat
Unsur yang menerangkan tuntutan
yang mesti dipenuhi.
Kata hubung yang digunakan
seperti, sekiranya, andai kata,
jikalau, jika dan kalau.
Contohnya,
 Kamu akan gagal sekiranya tidak
berusaha
 Jika diizinkan Allah kita berjumpa lagi.
Keterangan waktu
Unsur yang menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau kejadian.
Kata hubung yang digunakan ialah
sejak, semenjak, setelah, sewaktu,
sementara, tatkala dan ketika.
Contohnya
 Sejak dari dahulu lagi saya
menyukainya.
 Nenek meninggal dunia ketika saya
masih kecil.
Keterangan pertentangan
Unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang
berlawanan.
Kata hubung yang digunakan
seperti walaupun, meskipun, walau
bagaimanapun, namun, sekalipun
dll.
Contohnya,
 Walaupun dia cacat penglihatan, dia
tetap ingin belajar.
Keterangan harapan
Unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang
dihajati.
Kata hubung yang digunakan
sperti supaya, agar, semoga,
moga-moga dan kalau-kalau.
Contohnya,
 Moga-moga doa kita dimakbulkan.
 Saya berharap agar kamu beroleh
kejayaan.
Keterangan cara
Unsur yang menerangkan gaya
atau kaedah sesuatu perbuatan
atau kejadian berlaku.
Kata hubung yang digunakan ialah
dengan.
contohnya.,
 Mustafa datang ke kuliah dengan
menaiki bas.
Keterangan tujuan
Unsur yang menerangkan maksud
bagi sesuatu perbuatan atau
kejadian.
Kata hubung ialah untuk, demi dan
bagi.
Contohnya,
 Shukri datang ke kelas untuk belajar.
 Demi menjaga maruahnya, dia
sanggup melaporkan perkara
tersebut.
Keterangan perbandingan
Unsur yang menerangkan kejadian
yang menjadi persamaan.
Kata hubung ialah, seperti,
macam, ibarat, bak, bagaikan dll.
Contohnya,
 Pasangan itu bagaikan pinang dibelah
dua.
 Wazir sentiasa mengelamun seperti
pungguk rindukan bulan.
AYAT MAJMUK CAMPURAN

Ayat majmuk yang mengandungi lebih


daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal
dgn ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai ayat majmuk.
Contoh: Bangsa Melayu terkenal dengan
sifat lemah lembut dan budi bahasa
yang tinggi nilainya.
Analisis ayat
a) Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah
lembut.
Ayat majmuk keterangan cara
Bangsa Melayui terkenal. (ayat induk)
Dengan sifat lemah lembutnya. (ayat
keterangan)

b) Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa


yang tinggi nilainya.
Ayat majmuk pancangan relatif
Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa.
(ayat induk)
Budi bahasa bangsa Melayu tinggi nilainya.
(ayat kecil)

You might also like