You are on page 1of 18

FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi,
mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah
pembinaan insan bestari.

Matlamat
Melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan
memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya
ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.
Objektif
1. memahami isi dan menganalisis aspek sastera
2. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera
3. menghayati dan menghargai estetik bahasa
4. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya
5. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai
kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara.
6. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid
7. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap
sastera Melayu.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Kajian teks Prosa dan Puisi


Prosa Moden - novel, cerpen, drama
Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat

Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka


Puisi Moden - sajak

Aspek sastera
Tema dan persoalan, watak dan perwatakan
Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran

Hasil Pembelajaran
A. Pengenalan Kesusasteraan Melayu
- definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan, peranan kesusasteraan Melayu
B. Prosa
- definisi, biodata pengarang, aspek sastera, menghasilkan karya kreatif
C. Drama
- definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan skrip drama
D. Puisi
- definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi

1
Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kajian Masa Depan

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran Konstektual

2
ASPEK SASTERA
Sinopsis
 Ringkasan cerita
 Gambaran keseluruhan cerita
 Membantu pembaca memahami cerita

Tema
1. Persoalan pokok atau persoalan utama/ idea dasar, gagasan, fikiran
2. Tema hanya satu
3. menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan
4. keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam

Persoalan
1. perkara-perkara kecil dalam karya yg ada
hubungan dengan tema
2. Persoalan bertujuan mengukuhkan tema
yang diketengahkan
3. Dapat dikesan melalui tindakan watak atau
peristiwa yang berlaku

Watak dan Perwatakan


1. Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan)
2. mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran
3. Sifat-sifat yg digambarkan pada watak –Perwatakan -Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah
laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran
5. Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak
6. menimbulkan unsur ketegangan/konflik
7. watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau pandangan hidup penulis
8. watak digunakan mengembangkan tema / persoalan/mengubah persekitaran
9. Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak penyambut - lazimnya nilai negatif),
protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak
bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis,
mengalami perubahan, bersifat kompleks),
watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami
perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya),
watak kodi (nenek kebayan)
Latar
 Keterangan mengenai waktu, ruang, suasana terjadi sesuatu peristiwa
 Digunakan untuk mengembangkan watak/perwatakan, tema dan persoalan
 Terbahagi tiga
a) Latar tempat
b) Latar Masa
c) Latar masyarakat
Plot
• Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg berasaskan sebab-akibat,

3
• dijalin dgn permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian
• Bukannya jalan cerita
• Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg
menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.
• Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog
dalaman
• Cerpen - hanya ada satu plot
• Novel -ada plot utama, plot sampingan

Gaya Bahasa/Unsur Keindahan


Cara penggunaan bahasa yang baik, kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan
Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang

 Diksi - pemilihan kata


 Asonansi
 Aliterasi
 Alusi - tokoh
 Simile - gaya bahasa perbandingan jelas
 Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan, perahu waktu
 Anafora -pengulangan awal baris
 Epifora -pengulangan pada akhir baris
 Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan
 Personafikasi- sifat-sifat manusia

Nilai
 Amalan atau tingkah laku baik yang ada pada individu, kumpulan atau
masyarakat
 Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh
 Contohnya - sikap bekerjasama

Pengajaran
 Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya
 Dikesan melalui tindakan watak dan peristiwa yg terjadi
 Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Sudut Pandangan
• Kedudukan pengarang dalam menyampaikan cerita
• Sudut pandangan orang pertama - pengarang salah seorang daripada watak - aku,
saya
• Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar cerita, solah-olah serba tahu
tentang watak

Bentuk
 Susunan unit-unit berirama
 Bilangan rangkap
 Bilangan baris dalam rangkap
 Bilangan suku kata dalam baris

4
 Rima akhir

A. WAHAB ALI

Ke Pelabuhan Jauh

Usia melayarkan kita ke pelabuhan jauh


Di atas perahu waktu berlarut peristiwa
Kita leka dan setahun sekali tersedar
Bila anak meningkat besar

Menoleh kita ke belakang


Cantik warna bercorakan
Apa yang ada tidak disetujui
Apa yang enggan dulunya belum tentu

Makin lanjut di laut umur


Tampak melambai kemesraan zaman
Usia masa anak-anak di pelabuhan bertolak
Bergamitan saying di usia yang bergolak

Besar ertinya waktu dan daya


Menjalani hidup
Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh
Makin cahaya menghubungi roh
Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh
Terasa dunia begitu rapuh

5
DHARMAWIJAYA

Di Titian Kembara

Bening pagi yang meniti


Di bayang pandangmu
Mengukir tafsir imbauan waktu
Kupinta
Dada setiamu tetap bersedia
Mendepani lembah lurah titian kembara

Gementar senja yang tiba


Di lelah langkahmu
Menduga rasa keringat duka
Kupinta
Cekal citamu berbulan bintang
Membuang bimbang ke hujung kenang

Suram malam yang terpendam


Di tafakur tidurmu
Menanti mentari titipan maya
Kupinta
Mimpi baktimu tiadakan rela
Menatang kehidupan berbunga hampa

6
Pantun

Bakar gaharu di tengah halaman


Asamkan karat si pisau raut
Kalau berguru salah pedoman
Sesat di darat karam di laut

Hijau rumput di tepian mandi


Kembang berseri bungan senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Tikar pucuk tikar mengkuang


Alas nikah raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Berbunga lebat pohon rambutan


Hinggap tempua berjuntai kai
Bila dapat memandang bulan
Jangan lupa rumput di bumi

Payang retak tali bersimpul


Cembul lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
Mati bukan kerana sumpah

Angin teluk menyisir pantai


Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain di pakai
Asalkan pandai mengambil hati

Tetak pandan di tepi bendang


Terbang ke desa burung kenari

7
Tercampak badan di rantau orang
Budi bahasa pelindung diri

A. SAMAD. SAID

Titisan darah di Tanah Indah

Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa


Mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya
Tanah pusakanya indah subur merata
Untuk kita warisnya-penyambung cerita .

Untaian masa bertunda memucatkan warna muka


Ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua
Kami masih berbahasa masih berbudi juga
Sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.

Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi


Aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda
Biar bersatu segalanya erat berpadu sejiwa
Biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!

Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dada


Tiada rela berjela cerita neraka selaksa
Kami berbudi bahasa mesra hati asasnya
Siapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya!

Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangi


Segar sihatlah puspa jernih tenang warnanya
Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang suci
Rumput liar bernoda kami ragut akarnya

Moyang kami yang papa mati terantai kakinya


Kami titisan darahnya pelebur cengkaman rantainya
Moyang kami yang mesra tercelik hampa matinta
Kami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!

8
“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit,
dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa
depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam
tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu
diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat
Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh
sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara
biola itu umpama air.

GAYA BAHASA

Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial)

Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek)

Penggunaan puisi atau peribahasa

Penggunaan dialog

Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh

Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya…

Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa.

Kata ganda. Contoh, arahan-arahan

Unsur simile. Contoh,

Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar……

Unsur sinkof. Contoh, tak


Anafora

9
Kurasa diriku terlalu kecil
Kurasa ibadatku terlalu nipis

Epifora
Tapi bukan mati sebenar mati
Kerana tiada mati sebelum mati

Simplok
Usia yang panjang
Rezeki yang murah

Bahasa kalasik
Pawana

Sinkof
Tak

Perulangan baris
Bangkitlah bangkit

Inversi
Ayuhai kaum di Malaya negeri

Perlambangan
Buah lebat

Perbandingan terus
Hujan dan panas adalah muzik setia

Pengulangan kata
Begini ya begini tragedi di bumi

Bahasa asing

Paradoks
Jiwamu tewas dengan wanita

Unsur prosaik
Kalau tuan kena, apa rasa?

Unsur Alusi
Pendekar dipimpin Maharajalela

Onomatope
Murai berkicau bersayu-sayu

10
Unsur Bunyi

Asonansi

Aliterasi

Pengulangan kalimat bunyi


Dagang datang berlagak mahir

Pengulangan imbuhan
Kibarkan panji hunuskan keris

Rima akhir
abab

Teknik Penulisan

Teknik pemerian

Teknik dialog

Teknik monolog

Teknik imbas kembali

Teknik imbas muka

Teknik suspens

Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu
umpama air

Teknik dialog, contoh,….

Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…

11
Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid A (10 buah cerpen/ Sajak)
1. Hujan Emas di Negeri Orang – Ishak Hj Muhammad
2. Paku Payung dan Limau Mandarin – Azizi hj Abdullah
3. Mereka Tidak Mengerti – Keris Mas
4. Wisata – Arena Wati
5. Pawana – Zaharah Nawawi
6. Gajah Putih – Zakaria Ali
7. Rimbaku Air Mataku – Usman Awang
8. Malam Terakhir – Hasan Ali
9. Chen Xiaoli – A. Rahmad
10. Cerita dari Sebuah Taman – Awangku Merali Tg. Muhammad

Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B (10 buah cerpen/ Sajak)


1. Ke Bintan To – A. Samad Ismail
2. Ayu Zahira Masih Di Sini – Siti Aishah Murad
3. Bintang 14 Lalarang – A. Karim Kadir
4. Peristiwa Hujan Gerimis – Khalidah Adibah Amin
5. Penantian di Walden Place – Abdullah Tahir
6. Pesona – Hasidah Disan
7. Seorang Gadis, Semangkuk Sayur Manis – Bahrin Ramly
8. Detik yang Tergugat – Osman Ayob
9. Sahabat – Anwar Ridwan
10. Bubu – Dharmala N.S

Teks Hati Terkenang Mulut Menyebut

(Prosa dan Puisi Tradisional)

Novel Restu

Ismail Kasan

12
Seorang Guru KM

Mesti Menguasai Perkara-Perkara Berikut:-

1. Aspek Sastera

2. Istilah Sastera

3. Teks Kajian

4. Peperiksaan

5. Kaedah dan Teknik

6. Sikap Pelajar

7. Penghasilan Cerpen

Rancangan Pelajaran Kes. Melayu

Tingkatan : 4

Genre : Novel Restu

Masa : 80 minit

Tajuk : Watak dan Perwatakan dalam Novel Restu

Hasil : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:-

i) Menyatakan watak-watak dalam karya yang dikaji

13
ii) Menyenaraikan sifat-sifat luaran dan dalaman watak

dalam teks yang dikaji

iii) Membandingkan perwatakan Ikram dan Hasnah

HPU : Aras 1:

i) Mengenal pasti watak dalam karya yang

dikaji

ii) Menyenaraikan sifat luaran

iii) Menyenaraikan sifat dalaman

Pengisian Kurikulum:

a) Ilmu : Pendidikan

b) Sosiobudaya : Peranan masyarakat

c) Nilai Kemanusiaan : Kasih saying, kegigihan, keberanian, rajin

berusaha

d) Kemahiran bernilai

Tambah : KP, BCB, KB

Langkah Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

14
Pengajaran
Set Induksi Guru memaparkan lirik lagu ‘Oh OHP
Fatimah’ Lirik lagu
Guru memperdengarkan lagu ‘Oh ‘Oh
Fatimah’ Fatimah’
Guru mengemukakan soalan. (Lampiran 1)
Contohnya: Kaset lagu
1. Berikan nama gadis dalam lagu
2. Nyatakan sifat-sifat luaran
gadis
3. Nyatakan sifat-sifat dalaman
Guru merumuskan perbincangan dan
mengaitkan dengan tajuk pelajaran,
watak dan perwatakan
Langkah 1 Guru menerangkan istilah watak dan OHP
perwatan, perwatakan luaran dan Borang LPG
dalaman (Lampiran 2)
Murid-murid diminta menyenaraikan
perwatan Fatimah menggunakan
LPG
Langkah 2 Guru meminta dua orang pelajar Teknik
(seorang lelaki dan seorang
perempuan) ke hadapan kelas untuk kerusi Panas
melakonkan dialog antara Ikram
dengan Hasnah (Lampiran 3) KBT:
Kedua-dua pelajar kemudiannya
diminta duduk di kerusi yang KP
disediakan dan memainkan peranan
sebagai Ikram dan Hasnah Interpersonal
Guru meminta 3 orang pelajar lain
menayakan soalan/mewawancara BCB
Ikram dan Hasnah. Contoh Soalan:
1. Mengapakah saudara Ikram Mencatat
suka berkawan dengan Hasnah
sewaktu kecil dahulu?

15
2. Pelajar-pelajar diminta
membuat catatan isi perbualan
3. Guru merumuskan
perbincangan kemudian
mengedarkan petikan
Langkah 3 Murid dibahagikan kpd 6 kumpulan Petikan:
perbincangan (Lampiran 4)
Kumpulan 1 – 3 Petikan (Lampiran (Lampiran 5)
4) Borang LPG
Kumpulan 4 – 5 Petikan (Lampiran (Lampiran 6)
5) (Lampiran 7)
Murid-murid menyenaraikan BCB:
perwatakan luaran dan dalaman Mencatat
watak yang dikaji dalam lembaran Lut sinar
grafik yang disediakan (Lampiran 6
dan 7)
Setiap kumpulan diminta
menyediakan bahan laporan dalam
bentuk kertas lut sinar utk aktiviti
pembentangan.
Langkah 4 Murid-murid membentangkan hasil KB:Melapor
perbincangan kumpulan di hadapan KP:
kelas Interpersonal
Pelajar-pelajar dari kumpulan lain
mencatat dalam bentuk Peta Minda
dalam buku nota masing-masing
Penutup Murid-murid menyanyikan lagu ‘Oh
Fatimah’ (Lirik Oh Hasnah)
Guru membantu murid membuat
rumusan

16
Rancangan Pelajaran Kes. Melayu

Tingkatan :4

Masa : 40 minit

Genre : Novel Restu

Tajuk : Nilai Kemanusiaan dalam Novel Restu

Hasil : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:-

i) Menyatakan lima nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji

ii) Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam

petikan

HPU : Aras 1:

i) Menyenaraikan nilai kemanusiaandalam karya yang dikaji

Aras 2 :

ii) Mengenal pasti nilai kemanusiaanMenyenaraikan sifat luaran

iii) Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam karya

Pengisian Kurikulum:

a) Ilmu : Pendidikan/ Sains Pertanian

b) Sosiobudaya : Peranan masyarakat/ Ketua Kampung

c) Nilai Kemanusiaan : Kasih sayang, setia, ramah, sopan santun, pemaaf

d) Kemahiran bernilai

Tambah : KP, BCB, KB

17
Langkah Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Pengajaran
Set Induksi Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan BBM
Keratan surat isu-isu semasa yang dipaparkan di akhbar Keratan akhbar
khabar Rencana Guru mengedarkan keratan surat khabar yang KBT: BCB
tentang mengandungi keberanian Rosli dan meminta Membaca
keberanian Rosli pelajar meneliti perkara-perkara baik dalam menganalisis
petikan (Lampiran 1)
Pelajar-pelajar menyatakan nilai murini
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk
pelajaran
Langkah 1 Guru menerangkan istilah Nilai Kemanusiaan serta OHP
contohnya Lut sinar
Istilah Nilai Murid-murid diminta menyenaraikan nilai murni
yang terdapat dalam petikan KB:
Kemanusiaan Menyenarai
Langkah 2 Dua orang pelajar membaca petikan (Lampiran 2) BBB
Pelajar lain diminta meneliti petikan yang sama Petikan
Petikan Novel Pelajar berbincang/mengesan nilai murni dalam novel/Lembaran
petikan kerja
Restu Pelajar menyatakan nilai murni Teknik
Lembaran kerja disediakan (Lampiran 3) Perbincangan
1. Nilai murni

Langkah 3 Secara Berpasangan, pelajar diminta Teknik:


membincangkan petikan yang diberikan (Lampiran Perbincangan
4 dan 5) (Lampiran 4)
Aspek perbincangan meliputi aspek nilai (Lampiran 5)
kemanusiaan Pelajar lelaki
(Petikan 4)
Pelajar perempuan (Petikan 5)
Langkah 4 Murid-murid membentangkan hasil perbincangan KB:Melapor
kumpulan dihadapan kelas KP:
Pelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam Interpersonal
bentuk Peta Minda dalam buku nota masing-
masing
Penutup Guru membantu murid membuat rumusan

18

You might also like