You are on page 1of 37

Bab 1 GARISAN A. Pengenalan Garisan merupakan cantuman satu siri titik.

Garisan merupakan unsure seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis. B. Jenis Garisan Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya. Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar. Garisan Tebal Garisan kasar Garisan nipis Garisan berlingkar Garisan berbulu Garisan pancaran Garisan beralun Garisan zig-zag Garisan Putus-putus C. Garisan pada Alam Sekeliling Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya. Pokok(garisan tebal) ranting pokok( garisan kasar) Urat daun(garisan nipis) Titik hujan(garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran ) Benang ( garisan berbulu) Jejari roda basikal( grisan pancaran ) Racun nyamuk ( garisan berlingkar) Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus) D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan 1. Garisan melintang -Memberi gambaran tenang 2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan 1

3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil 4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga E. Garisan Pergerakan Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang. -Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar F. Garisan untuk menimbulkan Bentuk Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan. Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah.

BAB 2 RUPA A. Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan. B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. 2. Rupa Organik Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. C. Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut. D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu. Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak 1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 3

5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan E. Rupa dan Lambang Rupa boleh diolah menjadi lambing atau symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan. F. Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif.

BAB 3 BENTUK A. Pengenalan Bentuk boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk Konkrit merupakan struktur binaan dalam 3 dimensi(3D) yang dapat dilihat dan dirasa pada setiap permukaannya. Contoh bentuk konkrit ialah seperti buku, almari, rumah, kereta, pokok dan sebagainya. Bentuk Ilusi pula ialah bentuk yang wujud melalui kemahiran penggunaan unsur seni seperti warna. Bentuk ilusi tidak dapat dipegang, tetapi hanya dapat dirasakan kewujudannya melalui pandangan mata sahaja. Ia dapat dilahirkan melalui lukisan, catan dan fotografi. B. Garisan dan Bentuk Garisan dapat menghasilkan bentuk melalui beberapa proses berikut: *Garisan dan Bentuk Lilitan Dawai *Lilitkan dawai pada botol sehingga sempurna *Kemudian, keluarkan botol daripada lilitan tersebut. Maka, terhasillah sangkar dawai berbentuk botol. *Garisan dan Bentuk Anyaman Rotan *Garisan dan Bentuk Anyaman Buluh C. Rupa dan Bentuk Rupa dapat mencipta bentuk melalui proses seperti berkut: a. Lukiskan rupa seperti dalam ilustrasi berikut di atas sekeping kertas manila. b. kemudian, cantumkan bahagian-bahagian tertentu supaya menjadi bentuk kotak seperti dalam ilustrasi di bawah Cara lain untuk menghasilkan bentuk dengan rupa adalah dengan menggunakan: *Teknik seni lipatan kertas - origami 5

*Teknik potongan kadbod polihidera *Teknik lipatan kain topologi D. Membina Bentuk Bentuk boleh dibina melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menggunakan plaster of paris, cantuman atau gabungan daripada pelbagai bahan terbuang bagi menghasilkan arca hiasan mahupun gunaan. Bentuk juga boleh dihasilkan melalui ukiran pada batang kayu, sabun atau lilin. Membina bentuk tembikar melalui teknik picit, putaran, kepingan atau lingkaran. E. Bentuk Figura Manusia Bentuk manusia dewasa mengikut kadar banding dengan menggunakan bahagian kepala sebagai ukuran adalah lebih kurang 7 bahagian. Manakala 1 bahagian badan manusia sama dengan 2 bahagian kepala. Panjang tangan ialah 3 bahagian kepala dan 1 bahagian kaki sama dengan 4 bahagian kepala. F. Cara-cara Menimbulkan Bentuk Ilusi dalam Karya Teknik Garisan Teknik Lorekan Teknik Kolaj Teknik Catan Teknik Cetakan

BAB 4 JALINAN A. Pengenalan 1. Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri. B. Jenis-jenis Jalinan Jalinan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan Sentuh ialah jenis jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan. Contohnya, permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah durian, kulit kayu, permukaan jalan raya dan sebagainya. - Kesan corak jalinan sentuh boleh dipindahkan menjadi jalinan tampak dalam bentuk 2 dimensi (2D) melalui teknik gosokan atau capan. Jalinan Tampak ialah jalinan yang hanya dapat dilihat, tetapi tidak dapat dirasai secara sentuhan. -jalinan ini b0leh dilihat secara ilusi pada alam benda, karya seni -dan di atas kertas 2D yang telah dipindahkan melalui teknik -gosokan atau capan daripada permukaan jalinan sentuh. C. Sifat-sifat Jalinan

Sifat-sifat jalinan yang utama terbahagi kepada 4 jenis iaitu: *Kasar permukaan jalan raya *Tajam - kulit durian *Lembut permaidani *Halus - sayap rama-rama Sifat-sifat jalinan yang berlainan ini boleh dikesan pada objek alam sekeliling, objek buatan manusia dan karya seni visual. D. Menggubah Jalinan dengan Pelbagai Bentuk *Teknik capan *Teknik basah atas basah *Teknik gosokan *Teknik resis *Teknik kolaj *Teknik ikat dan celup *Teknik impasto *Teknik renjisan *Teknik pualaman *Teknik tiupan straw *Teknik renyukan kertas *Teknik titik *Teknik lukisan *Teknik cetakan E. Fungsi Jalinan Jalinan yang terdapat pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai fungsi tertentu seperti: *Keselamatan dan penyamaran harmau belang mempunyai kulit yang berbulu halus lembut dan menyerupai warna tumbuh-tumbuhan.

*Cengkaman corak pada tayar kereta adalah untuk memberi kestabilan. *Hiasan jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian kepada pemakai seperti baju, kain dan tali leher. F. Aplikasi Jalinan dalam Karya Seni Visual *Cetakan *Seni logam *Batik *Ukiran *Sulaman pangkah *Lukisan *Kaitan *Anyaman *Tembikar *Catan

BAB 5 RUANG A. Pengenalan Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk. B. Jenis-jenis Ruang 1.Ruang Fizikal Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran. Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu, a. Ruang terbuka suatu kawasan lapang dan luas. b. Ruang tertutup suatu kawasan yang sempit dan terhad. 2.Ruang Ilusi Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik. 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata. a. Ruang Dalam Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan. Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton warna. b. Ruang Cetek 10

Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad. c. Ruang Rata Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk. C. Perkaitan Ruang dan Perspektif Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3D melalui 2 cara, iaitu: Perspektif 1 titik lenyap Perspektif 1 titik lenyap hanya memberi 1 fokus sahaja. Perspektif 2 titik lenyap Perspektif 2 titik lenyap dapat memberikan susunan gambar kiri dan kanan dengan kesan perspektif yang berbeza(2 fokus)

11

BAB 6 WARNA A. Pengenalan Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. B. Jenis-jenis Warna Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: 1. Warna Asas/Utama 2. Warna Sekunder 3. Warna Tertier Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning. Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna Sekunder Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu. Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas. Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier Biru + Ungu = Biru-Ungu Merah + Ungu = Merah-Ungu Merah + Jingga = Merah-Jingga Kuning + Jingga = Kuning-Jingga 12

Kuning + Hijau = Kuning-Hijau Biru + Hijau = Biru-Hijau Warna Neutral Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya. C. Nilai Warna Ton Warna Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam. Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah. Kroma Warna Kroma ialah nilai ukuran warna. Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu. D. Gubahan Warna Sewarna Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap. Warna Harmoni Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni: 13

*merah jingga, jingga, jingga kuning *hijau kuning, hijau, hijau biru Warna Penggenap Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yang kedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebagai complementary. Contoh warna penggenap ialah: Merah Hijau Kuning Ungu Biru Jingga E. Suhu Warna Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk. Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang dan merangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah. F. Peranan dan Fungsi Warna Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan. Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia. Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling. Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti: Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan. Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran. 14

Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan. Warna biru- kedamaian, tenang, romantik. Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian. Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.

15

Topic 7: Prinsip Rekaan Tingkatan 1 PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan merujuk kepada cara pengolahan enam jenis unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Seseorang pengkarya seni visual sering mengaplikasikan satu atau lebih daripada satu prinsip rekaan dalam sesuatu karya seni visual untuk menimbulkan gambaran atau suasana yang ingin disampaikan. HARMONI Melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan perasaan yang aman damai dan menarik perhatian Gambaran seimbang, selesa, kemas, sempurna dan menyeronokkan. KONTRA Sesuatu objek yang berbeza daripada segi saiz, rupa, warna, bentuk dan sebagainya. Memberikan kesan fokus, tumpuan, unggul dan menarik. PENEGASAN Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan Menarik perhatian dan mengelakkan dari kebosanan. IMBANGAN Keadaan gubahan yang berpadanan dari segi saiz, berat, tarikan, warna dan tumpuan pemerhatian. Imbangan Simetri: Kukuh,teratur dan terkawal. Imbangan Tidak Simetri: Bebas dan spontan. Tarikan yang lebih hebat dan menarik. IRAMA & PERGERAKAN Keadaan objek yang bergerak, bergoyang dan bersinar. Irama ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan 16

harmoni. Keadaan hidup dan bergerak, ilusi ruang dan perspektif, irama dan suasana yang menarik, kesan tumpuan dan gambaran yang bertenaga.

KEPELBAGAIAN Penggunaan segala elemen unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam karya. Merujuk kepada aktiviti gayaan, perlanjutan dan kontra dalam gubahan. Memberi kesan kontra, bertenaga dan daya tarikan yang hebat dan dinamik. KESATUAN Sesuatu gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsp rekaan. Teratur, seragam, lengkap, sempurna dan suasana yang tenteram dan selesa. Prinsip Rekaan - Kontra Pengenalan 1. Konta boleh diwujudkan apabila salah satu daripada unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan antara satu sama lain untuk member kesan dan impak pada karya seni. 2. Kontra berkait rapat dengan penegasan, iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih jelas penegasan dalam sesuatu karya seni dan sebaliknya. Aplikasi Kontra dalam Karya Seni 1. Kontra digunakan untuk mewujudkan kelainan bagi menukar rentak yang stereotaip ( biasa ) dalam sesuatu hasil karya seni. 2. Kontra bertujuan untuk menimbulkan kesan pertentangan dan membangkitkan suasana. 3. Sebaliknya, penggunaan unsur kontra tanpa perancangan dan terlalu beragam akan menghasilkan suasana bercelaru dan kelam-kabut.

Prinsip Rekaan - Harmoni 17

Pengenalan 1. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. 2. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah. 3. Harmoni wujud di alam semulajadi dan alam buatan manusia. Harmoni juga wujud pada corak tradisional yang terdapat pada kraf tangan tempatan seperti anyaman, tenunan, ukiran, batik dan sebagainya. Kajian Harmoni pada Alam Sekeliling 1. Harmoni pada Alam sekeliling dari aspek warna, bentuk dan jalinan. Keseragaman bentuk batu karang di dasar laut. Keseragaman warna pada tumbuhan. Keseragaman jalinan pada kulit nanas dan sisik ikan. 2. Harmoni pada benda buatan manusia dari aspek rupa, warna, imbangan susunan dan keseragaman ulangan. Corak dalam kelarai Corak dan susunan jubin 3. Harmoni yang diaplikasikan dalam karya berbentuk 2 dimensi atau 3 dimensi. Harmoni ulangan motif dan pola motif jelas digambarkan dalam proses capan batik blok, anyaman, ukiran kayu dan tenunan. Harmoni pada reka letak mukataip, ilustrasi dan warna dalam bidang seni grafik dan komunikasi seperti kulit buku, risalah, poster, logo, pembungkusan dan papan tanda. Harmoni merujuk kepada interpretasi tema melalui unsur dan prinsip seni, teknik dan media dalam catan. Prinsip Rekaan - Penegasan Pengenalan 1. Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila 18

dibandingkan dengan objek yang lain. 2. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. 3. Penegasan dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya. 4. Contoh-contoh penegasan : tanda jenama pada tas tangan, papan tanda yang berada di tepi jalan raya, arca di tengah-tengah bulatan, warna bunga raya merah di antara daun- daun hijau dan sebagainya. Fungsi Penegasan 1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. 2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya. Aplikasi Penegasan dalam Hasil Seni 1. Penegasan dalam karya seni ditentukan oleh unsure-unsur seni seperti garisan, bentuk, ruang, warna, jalinan dan rupa. 2. Penegasan biasanya digunakan dalam kerja-kerja seni seperti lukisan poster, hiasan kulit buku/majalah, hasilan catan, logo, iklan dan papan tanda.

19

Topic 8: SENI HALUS A. LUKISAN 1. Pengenalan - Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan - Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya - Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan 2. Teknik-teknik lukisan - Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur - Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran 3. Proses melukis - Pilih objek yang hendak dilukis - Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya - Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan - Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut - Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

B. CATAN 1. Pengenalan - Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah - Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat kilat) 2. Sejarah catan - Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba 20

- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya Mona Lisa - Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18 - Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme - zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme 3. Aliran seni lukis / gaya catan a- Realisme lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar b- Impresionisme mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan c- Ekspresionisme menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan d- Ekspresionisme Abstrak catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic f- Kiubsisme mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensi g- Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan h- Seni Pop menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial i- Seni Op (optic) reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan 4. Teknik Catan a- Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke atas kanvas b- Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau c- Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek d- Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan masking tape untuk memisahkan warna e- Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam f- Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan tertentu g- Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca 21

C. ARCA 1. Pengenalan - Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya - Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai 2. Jenis-jenis arca a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya 3. Bahan binaan arca - Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut 4. Teknik membina arca a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas 22

D. CETAKAN 1. Pengenalan - Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan lain - Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli 2. Jenis-jenis cetakan a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetak c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto 3. Kaedah cetakan stensil a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari

23

Topic 9: KOMUNIKASI VISUAL A. REKA BENTUK GRAFIK 1. SENI GRAFIK a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai grafik e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya. 2. RISALAH a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan seperti buku c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis 3. PEMBUNGKUSAN a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll c. Fungsi pembungkusan ialah untuk: i. Melindungi barangan ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi i. Jenama ii. Keterangan iii. Gambar / ilustrasi iv. Logo, nama dan syarikat 24

4. LOGO a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainya b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan sebagainya

5. SIMBOL a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif ) d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya. 6. MASKOT a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak c. Kostum yang dipakai oleh manusia memerlukan fabrik yang tidak panas d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya. 7. KALIGRAFI a. Berasal daripada perkataan Greek kallos grapha yang bermaksud tulisan cantik b. Seni tulisan yang berkerawang dan berbunga, sama ada tulisan rumi / khat / jawi c. Semua dokumen bertulis dipanggil manuskrip yang bermksud tulisan tangan d. Jenis-jenis kaligrafi seperti tulisan Italik, Roman dan Gothik. e. Biasanya di tulis menggunakan pen manuskrip, bulu burung dan berus

25

8. TIPOGRAFI a. Seni menyusun atur huruf dan muka taip b. Reka bentuk muka taip mesti sesuai dengan dengan tajuk, saiz, dan reka letak c. Kategori muka taip i. Muka taip peraga untuk peragaan / paparan seperti iklan & bilbod ii. Muka taip teks huruf yang kecil untuk bacaan umum seperti akhbar dan majalah d. Jenis muka taip i. Serif mempunyai serif / corak pada bahagian atas dan bawah seperti ABCDEFG (Times New Roman) ii. Sans serif - tidak mempunyai serif seperti ABCDEFG (Arial Black) iii. Kursif berbentuk tulisan tangan seperti ABCDEFG (Monotype Corsiva) iv. Dekoratif bergaya & mempunyai hiasan seperti ABCDEFG (Jokerman) 9. ILUSTRASI a. Ilustrasi ialah gambar lukisan / catan untuk menyampaikan mesej dengan lebih lebih jelas dan singkat b. Biasanya hadir bersama artikel / akhbar & majalah c. Jenis-jenis ilistrasi i. Ilistrasi alam contoh proses percambahan biji benih ii. Ilistrasi fesyen fesyen pakaian iii. Ilustrasi perubatan organ manusia iv. Ilustrasi seni bina pelan bangunan v. Ilustrasi maklumat carta / graf vi. Ilustrasi penerbitan buku, kad ucapan, majalah dan sebagainya d. Ciri-ciri ilustrasi yang baik i. Sesuai dengan tajuk ii. Seimbang iii. Dapat menarik perhatian iv. Mudah dibaca 10. POSTER a. Komunikasi perhubungan atau pengiklanan b. Melibatkan tipografi, kaligrafi dan ilustrasi 26

c. Berfungsi untuk memberi maklumat, peringatan, berkomunikasi dan promosi d. Ciri-ciri poster yang baik i. Menarik perhatian ii. Dapat menyampaikan mesej dengan berkesan iii. Muka taip dan ilustrasi yang jelas 11. GRAFIK PERSEKITARAN / PENGIKLANAN a. Jenis-jenis pengiklanan i. Papan iklan / Bilbod ( amat popular pada masa kini ) ii. Iklan persimpangan ( terletak di persimpangan dan laluan strategik ) iii. Iklan Transit ( iklan yang dilekat pada kenderaan seperti teksi / bas ) iv. Tanda jalan b. Aspek penting dalam grafik persekitaran i. Keterbacaan mudah dibaca, muka taip yang jelas ii. Ilustrasi / gambar yang jelas dan sesuai iii. Saiz iklan mengikut tempat / lokasi iv. Keaslian dan kreativiti v. Reka letak yang teratur

27

Topic 10: MULTIMEDIA 1. ELEMEN MULTIMEDIA a. Multimedia bermaksud banyak media, antaranya ialah: i. Teks tulisan ii. Grafik gambar / ilustrasi iii. Audio bunyi iv. Video gambar sebenar yang bergerak v. Animasi gambar bukan sebenar yang bergerak b. Penggunaan multimedia amat penting bagi menarik minat dan menyampaikan menyampaikan maksud dengan lebih berkesan. 2. GRAFIK DAN PERISIAN GRAFIK Perisian grafik terdiri daripada: a. Program Persembahan i. Microsoft PowerPoint b. Program Lukisan / Catan i. Adobe Illustrator, Corel Draw, Free Hand, Meta Creations Painter c. Program Carta / Graf i. Microsoft Excel d. Program Edit Foto ( biasanya ada perkataan photo ) super imposed i. - Adobe Photoshop, Adobe Photo Deluxe, Corel Photo Paint, Microsoft PhotoDraw e. Program Dekstop Publishing Penerbitan atas meja i. Broderbund, Print Shop Premier, Page Maker, Quark Express, Microsoft Publisher f. Program Laman Web i. Micrisoft FrontPage, Adobe PageMill, Macromedia Dreamweaver

28

g. Program Multimedia i. Authorware, Macromedia Director, Asymetrix ToolBook h. Program 3D dan Animasi i. Auto CAD, Xres, 3D studio Max, Macromedia Director 3. LAMAN WEB a. Laman web ialah dokumen elektronik yang mendandunggi teks, grafik, audio, video dan animasi yang mempunyai hubungan (link) dengan laman web yang lain. b. Tapak web dipanggil home page , muka surat pertama web dinamakan dengan index dan nama panggilan web dipanggil domain name. c. Ciri-ciri laman web yang menarik ialah ia mudah dibaca, mesra pengguna, tidak terlalu banyak gambar, animasi dan bunyi. d. Pengarangan laman web hendaklah sesuai dengan fungsinya. e. Penggumaan grafik yang banyak akan menyebabkan laman web akan susah untuk dilayari. f. Antara Program yang biasa diguna untuk pengarangan Laman Web

29

Topic 11: A. TEMBIKAR 1. PENGENALAN Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah, Sarawak. Kawasan yang terkenal dengan seni tembikar ialah: a) Sayong, Kuala Kangsar, Perak ( Labu Sayong ) b) Pulau Tiga, Parit, Perak c) Kg. Mambong, Kuala, Krai Kelantan ( Tembikar Mambong ) d) Kg. Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang ( Terenang ) e) Kg. Alor Merah, Kedah f) Kuching, Sarawak 2. JENIS-JENIS TEMBIKAR a- Geluk bekas air b- Buyung bekas air c- Jambangan bekas bunga d- Labu bekas air e- Bekas bara- membakar kemenyan f- Perembunan menakung air embun g- Terenang bekas air tertutup h- Tembikar Mambong peralatan dapur spt periuk, belanga i- Tembikar Sarawak menyimpan barang berharga, arak dan bunga 3. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR

a) Proses Penyediaan Tanah Liat Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur -> Buang 30

bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli hingga sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai -> Proses membentuk tembikar boleh dimulakan. b) Proses Membentuk Tembikar Proses membentuk tembikar boleh dilakukan dengan beberapa teknik, iaitu; i. Teknik picit memicit tanah liat dari bahagian tengah ii. Teknik lingkaran tanah diuli dan dilingkar membentuk tembikar iii. Teknik kepingan kepingan tanah liat dicantumkan iv. Teknik acuan menekan tanah liat ke dalam acuan kayu atau logam v. Teknik putaran tanah liat di letak di atas roda pemutar c)Proses Pembakaran Teknik tradisional pembakaran dedah i. Pembakaran cara Sayong tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam dan dimasukka ke dalam api selama 6 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 5 10 minit untuk menghitamkannya ii. Pembakaran cara Pulau Tiga tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman Teknik Moden i. Tanur kayu ii. Tanur gas iii. Tanur elektrik iv. Tanur raku B. ANYAMAN 1. PENGENALAN Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam, mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit.

31

2. ALAT YANG DIGUNA i. Parang untuk menetak pangkal daun ii. Pisau membuang empulur dan duri iii. Pelurut dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun iv. Tempayan untuk merendam daun v. Bekas besar untuk mencuci vi. Periuk untuk merebus vii. Dapur - diguna dalam proses mewarna viii. Jangka untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki ix. Penyisip untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai 3. PROSES MEMBUAT ANYAMAN Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan. 4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN i. Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman ii. Pepeh / Lepih anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman iii. Sisip untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan iv. Kerat pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman 5. KELARAI Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama pereka. 6. FUNGSI TIKAR i. Tikar biasa alas tidur & untuk tetamu ii. Tikar sembahyang sebagai sejadah iii. Tikar parudan alas semasa memarut kelapa 32

iv. Tikar jemuran untuk menjemur padi v. Tikar alas nikah diguna semasa upacara akad nukah 7. BENTUK TIKAR Tikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu; i. Badan ii. Kepala tikar iii. Bucu tikar iv. Tepi tikar

33

Topic 12: Sejarah Awal Seni Visual (I) Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme. Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis 34

Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah. Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan. Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjeksubjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera. Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabotperabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana 35

hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat. Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina. Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliranaliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain. Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, 36

dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan. Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

37

You might also like