You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011 _________________________________________________________

PJM 3102- PERGERAKAN ASAS


(JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

NAMA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMI : 910206-02-5012 : PISMP 2E : ENCIK MUSTAFA KAMAL BIN MOHD ZAHID : 24 OGOS 2011

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA HALAMAN

PENGENALAN

PERGERAKAN ASAS MATLAMAT OBJEKTIF KONSEP PERGERAKAN ASAS PERGERAKAN LOKOMOTOR PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR MANIPULASI PERALATAN KEPENTINGAN PERGERAKAN ASAS 2 2 3 4 6 8 10

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

11

PELAN LANTAI

12

PROSEDUR PELAKSANAAN

13

RUMUSAN

24

RUJUKAN

25

REFLEKSI

26

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PENGENALAN
Falsafah pendidikan kebangsaan telah menggariskan bahawa pendidikan ialah satu usaha yang berterusan bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Atas kesedaran itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diilhamkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar di sekolah. Mata pelajaran ini, telah mula diajar di sekolah-sekolah rendah dan seterusnya diteruskan lagi pada peringkat menengah. Mata pelajaran pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran yang mengandungi sukatan yang berkaitan pergerakan asas seperti pergerakan lokomotor, pergereakan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Mata pelajaran ini diajar bagi membiasakan pelajar serta meningkatkan koordinasi pelajar dalam setiap

pergerakan yang dilakukan oleh pelajar dalam rutin seharian. Sehubungan itu, kursus PJM 3102, Pergerekan Asas telah menjadi salah satu mata pelajaran teras bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di

seluruh Institut Pendidikan Guru. Hal ini kerana, bakal-bakal guru perlu diberi pendedahan tentang hal ini, kerana perkara-perkara inilah yang akan menjadi fokus pengajaran ketika mengajar kelak malah pelajar-pelajar ini mampu mengaplikasikan segala teori dan praktikal yang telah dipelajari di sekolah. Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PERGEREKAN ASAS
MATLAMAT
Pendedahan awal dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan. Mendorong untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ). Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

OBJEKTIF
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

KONSEP PERGERAKAN ASAS


Menurut beberapa pakar dalam bidang pendidikan jasmani seperti Gallahue, D.L. (1996) dan Gabbard, C, LebBlanc, B. dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor serta manipulasi alatan.

PERGERAKAN ASAS

PERGERAKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN MANIPULATIF

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Semua pergerakan ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan, atau berkumpulan. Pergerakan yang dilakukan oleh pelaku adalah untuk nmenguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih.

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PERGEREAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerekan ini memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan. Ini bermakna pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan yang mampu mengubah kedudukan seseorang dari satu titik ke satu titik yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu 5 Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Pergerakan lokomotor

Beritma sekata

Beritma tidak sekata

berjalan Skip berlari Gallop melompat Hop/ketintin g Leap Guling dan Melusur

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Antara aktiviti pergerakan lokomotor adalah seperti berikut :

Pergerakan lokomotor

Beritma sekata

Beritma tidak sekata


Skip - berlari - melompat - zig zag - hayun tangan - tangan dipinggang

berjalan - sisi - pelbagai arah - pelbagai laluan

berlari - bebas - lari & behenti - pelbagai kelajuan - pelbagai arah - pelbagai aras -pelbagai laluan melompat - pelbagai gaya - pelbagai ketinggian - pelabgai aras - pelbagai laluan -melepasi halangan Hop/ketinting - sisi - pelbagai arah - satu dan dua kaki - pelbagai aras Leap

Gallop - berlari - lutut tinggi

Guling dan Melusur - hadapan - sisi - meniarap - atas punggung - atas lantai - guling balak - guling belakang - tanpa sokongan

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga boleh diertikan sebagai keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu.

Meregang

Memusing

membongkok

Menghayun

Pergerakan Bukan Lokomotor

Menolak

Menarik

Mengilas

Bangkit

Bangkit

Berbuai-buai/bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor


a) MENGHAYUN Menghayunkan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang c) MEMUSING Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupunsebaliknya. Memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. e) MENYOKONG _ Sokongan kaki _ Sokongan sisi _ Sokongan dua lutut _ Sokongan pada lantai _ Sokongan satu lutut pada bangku b) MEMBENGKOK Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan. d) MENDEKAM Dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat Dekam dengan tangan menyentuh lantai

_ Sokongan dua tangan satu kaki _ Sokongan belakang _ Sokongan satu tangan satu kaki _ Sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di atas :1. Merangkak = membongkok + berjalan 2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari 3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong 4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
9

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

MANIPULASIAN PERALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah. Konsep Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan dengan mata, kaki dengan mata, dan lain-lain.

10

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

CONTOH PERGERAKAN MANIPULASI ALATAN

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah : Membaling Dan Melambung
1. 2. 3. 4.

Melambung dan menyambut bola Melambung dan menyambut bola pelbagai ketinggian. Meleret bola ke dinding dan menahan semula Meleret bola kesasaran Menyambut 1. Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan 2. membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan 3. Melambung dan menyambut pundi kacang 4. melantun bola kedinding dan menagkap bola. Memukul 1. Memukul alatan dengan tangan 2. Memukul alatan dengan tangan 3. Memukul alatan kearah rakan 4. Memukul alatan dengan genggaman 5. Melambung alatan kearah pasangan atau sasaran 6. Melambung belon keudara dan kemudian mumukul 7. Melanjutkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

11

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS


Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting kerana bukan sahaja penting kepada jasmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingannya adalah : Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi Meningkatkan potensi kreativiti Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya diri dan demokratis Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

12

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan lancar. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.setiap pergerakan hendaklah mengikut kreativiti pelajar dan tidak terkeluar daripada skop pembelajaran subjek WAJ 3102. Selain itu, setiap pergerakan yang dilakukan perlu mengikut kemampuan pelajar tersebut bagi menjamin keselamatan pelajar.

13

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PELAN LANTAI

14

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI


STESEN 1 2 (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) PERGERAKAN Lompat bintang 8x Berlari dan kaki mencecah tangan di belakang 3 4 (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) Melompat 180 2x Berjalan sambil melambung dan menyambut gelung. 5 6 7 8 9 10 11 (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) Imbangan T Guling depan skipping menggunakan gelung Gallop pelbagai arah Imbangan bahu Skip zig zag Sokongan sisi dan sokongan belakang 12 13 14 15 16 17 18 (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) (LOKOMOTOR) Merangkak seperti kura-kura Melentik Belakang Ketinting 1 dan 2 kaki Burpee Berjalan sambil melerek gelung Menggelek gelung Berlari silang kaki sambil menghayun tangan ke kiri dan kekanan. 19 20 (LOKOMOTOR) (BUKAN LOKOMOTOR) Lompat , rengang dan mendarat Imbangan bangau sambil memusing gelung pada pergelangan tangan ALATAN

15

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Pergerakan Lompat bintang 8x

Langkah-langkah 1. Berdiri dengan keadaan kaki seluas bahu. 2. Mula melompat dengan tangan didepakan. 3. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki 4. Ketika mendarat, kaki berada dalam keadaan sedikit terbuka. 5. Melompat sekali lagi dengan mendepakan semula tangan. 6. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 7. Ketika mendarat, kedua-dua belah kaki dirapatkan 8. Ulang langkah 1-7 sebanyak 8x

Berlari dan kaki mencecah tangan di belakang

1. Tapak tangan pada bahagian belakang

separas punggung.
2. Tapak tangan menghadap ke lantai. 3. Berlari ke stesen ke 3 dengan kaki kanan

menyentuh tangan kanan dan kaki kiri menyentuh tangan kiri.

16

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Melompat 180 2x

1. Berdiri tegak lalu dengan kaki seluas bahu. 2. Bengkokkan lutut sedikit 3. Lakukan lompatan dan memusing ikut arah jam sehingga mencapai 180 4. Mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki.

Berjalan sambil melambung dan menyambut gelung. 1. Kedudukan kaki dibuka seluas bahu. 2. Mula berjalan. 3. Kaki kanan dibawa kedepan. 4. Kaki mendarat menggunakan hujung kaki dan kemudian tapak kaki mencecah lantai. 5. Kaki kiri dibawa kehadapan . 6. Kaki mendarat menggunakan hujung kaki dan kemudian tapak kaki mencecah lantai. 7. Lambung dan sambut gelung semasa berjalan ke stesen berikutnya.

17

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Imbangan T

1. Naik ke atas peti lombol. 2. Berdiri dengan dua belah kaki pada permulaan. 3. Berdiri dengan satu kaki sambil satu kaki lagi dibawa kebelakang. 4. Badan juga dibongkokkan ke hadapan selari dengan paras kaki. 5. Tangan didepakan di sisi untuk mengimbang.

Guling depan

1. Kedua-dua tangan di tumpukan pada tilam seluas bahu. 2. Kedua-dua kaki diluruskan, siku dibengkukkan, kepala dilipat mencecah dada. 3. Mengguling ke depan dengan sokongan kedua-dua tangan. 4. Tengkuk mendarat terlebih dahulu. 5. Kedua-dua belah kaki dirapatkan ke dada. 6. Kedua-dua tangan melepaskan tilam dan mendakap lutut. 7. Bagun dengan menggunakan kaki untuk berdiri.

18

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

skipping menggunakan gelung

1. Berdiri dengan kaki seluas bahu. 2. Pengang gelung pada kedudukan di hadapan paras bahu. 3. Hayunkan gelung kearah kaki sambil kaki melompat melangkah melalui dalam gelung menggunakan satu persatu kaki. 4. Hayunkan gelung ke atas kepala. 5. Ulang langkah 3-4

Gallop pelbagai arah

1. Tangan di hadapan seolah-olah kangaroo. 2. Kaki kanan dihadapan. 3. Mulakan gallop menggunakan kaki kanan. 4. Gallop ke hadapan dan mendarat dengan kaki kanan terlebih dahulu. 5. Tukar arah gallop ke kiri ,hadapan dan kanan.

19

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Imbangan bahu

1. Baring dengan kaki lurus dan rapat. 2. Angkat kaki ke atas, 3. Tangan di pinggan sebagai sokongan

Skip zig zag

1. Kaki dan lutut kanan diangkat tinggi. 2. Berselang seli dengan kaki dan lutut kiri. 3. Skip ke arah skittle dan membentuk zig zag

20

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Sokongan sisi dan sokongan belakang

1. badan dimbangkan menggunakan tangan kanan dan kaki kanan. 2. Kaki kiri dirapatkan dengan kaki kanan. 3. Tangan kiri dibuka ke atas. 4. Pusing ke belakang dengan tangan kiri dan kanan menyentuh lantai. 5. Kaki dirapatkan dan kepala memangdang ke depan.

Merangkak seperti kura-kura

1. Naik di atas bangku. 2. Melutut dan kemudian membongkokkan badan. 3. Merangkak ke hadapan dengan menggunakan bahagian lengan dan lutut. 4. Merangkak sehingga

21

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Melentik Belakang

1. Berdiri dengan kaki seluas bahu 2. Lentikan badan ke belakang. 3. Cecahkan tapak tangan ke lantai. 4. Pastikan bahgian pinggang berada pada tahap paling tinggi. 5. Kedua-dua belah tangan dan kaki menyokong berat badan 6. Kaki dan tangan dibuka pada keluasan yang sama. 7. Baringkan badan 8. Lutut dinaikkan 9. Tangan boleh diletakkan di sisi dan kaki boleh diturunkan.

Ketinting 1 dan 2 kaki

1. Bersedia 2. Berlari ketingting dengan mendarat satu dan dua kaki diselang seli.

22

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Burpee

1. Mulakan dengan kedudukan mengcangkung dengan kedua tangan di atas lantai. 2. Lunjurkan kaki ke belakang dalam keadaan seperti tekan tubi. 3. Kembalikan kaki ke depan kembali seperti dalam langkah pertama. 4. Bangun dan lompat, ulang pergerakan dengan cepat.

Berjalan sambil melerek gelung

1. Berdiri tegak. 2. Gelung dipengang pada sebelah sisi. 3. Mula berjalan sambil melerek gelung dengan tangan.

23

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Menggelek gelung

1. Masuk dalam gelung. 2. Pengang gelung pada paras pinggang. 3. Gelek gelung pada pinggang.

Berlari silang kaki sambil menghayun tangan ke kiri dan kekanan.

1. Berlari ke sisi. 2. Kaki diselang selikan. 3. Tangan dihayun ke kiri dan ke kanan.

24

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

Lompat , rengang dan mendarat 1. Berlari kea rah papan anjal. 2. Lonjak dan lompat. 3. Regangankan badan membentuk bintang. 4. Mendarat menggunakan dua kaki. 5. Tangan didepakan.

Imbangan bangau sambil memusing gelung pada pergelangan tangan 1. Berdiri menggunakan satu kaki. 2. Satu kaki lagi dibengkokkan dan diletakkan di tepi lutut. 3. Tangan didepakan sambil memusing gelung pada pergelangan tangan.

25

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

RUMUSAN

Pergerakan asas terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Ketiga-tiga ini meliputi aspek kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran rintangan kepada beban dan masa, aliran beban badan. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan pelaku bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang melibatkan badan yang tidak memerlukan pelaku bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Manipulasi alatan pula ialah, bagaimna seseorang itu memanipulasi serta menggunakan alatan dalam setiap pergerakan yang dilakukan. Pergerakan asas ini merupakan pergerkan-pergerakan yang sering kali dilakukan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian seperti melompat, berjalan, berlari, mengilas dan sebagainya.Setiap aktiviti pergerakan serta manipulasi alatan ini boleh dilakukan secara berpasangan, individu mahupun berkumpulan. Selain itu, Amali pergerakan asas ini dapat melatih pelajar meningkatkan koordinasi dalam setiap pergerakannya malah dapat menggunakan pergerakan-pergerakan ini serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

26

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

RUJUKAN
(n.d.). Retrieved Ogos 12 , 2011, from http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/pergerakan-asas-merupakan-prosesbagi.html (n.d.). Retrieved Ogos 19, 2011, from http://www.scribd.com/doc/35296251/KONSEP-PERGERAKAN-ASAS (n.d.). Retrieved Ogos 10 , 2011, from http://www.slideshare.net/guest5c4bd0e8/pergerakan-lokomotor-bukan-lokomotor3575929 (n.d.). Retrieved Ogos 18, 2011, from http://www.scribd.com/doc/36196728/Pergerakan-lokomotor (n.d.). Retrieved Ogos 18, 2011, from http://www.scribd.com/doc/36067510/pergerakan-lokomotor (n.d.). Retrieved Ogos 20, 2011, from http://www.docstoc.com/docs/9347128/Pendidikan-Jasmani-Pergerakan-Lokomotor (n.d.). Retrieved Ogos 20, 2011, from http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-danbukan.html Hoe, W. E. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Karisma Publication. Helen Ten. H.B (1992). Pengajian Pendidikan Jasmani Kanak-kanak, Fajar Bakti Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Abdul Hafidz Hj Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Selangor. Wee Eng Hoe (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Karisma Publications Sdn. Bhd: Selangor.

27

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

REFLEKSI
NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMI 910206-02-5012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah serta izin-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus pendek PJM 3102,Pergerakan Asas dimana kami telah diminta untuk mendapatkan maklumat berkaitan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemudian, kami perlu merancang dan menghasilkan satu Amali Pergerakan Asas serta mendemonstrsikan pergerakan-pergerakan tersebut. Daripada tugaan ini, saya perlu merancang 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Daripada 20 pergerakan yang dirancang, kami perlu menggunakan satu alatan dan dimanipulasikan pada mana-mna 5 pergerakan. Dalam pada itu, saya perlu menyesuaikan pergerakan-pergerakan yang dirancang mengikut stesen-stesen tertertu yang juga di letakkan beberapa alatan berat sebagai halangan. Semasa saya mendapat tugasan ini, saya tidak merasakan tugasan ini

sangat membebankan kerana telah mempunyaoi pengalaman lalu tentang pergerakan-pergerakan yang harus dibuat semasa saya berada di semester 2 PPISMP dimana para pelajar diminta untuk membuat aktiviti yang sma. Walaubagaimanapun, saya bertekad untuk meningkatkan prestasi amali saya kerana, pada semester 2, saya hanya melakukan beberapa pergerakan ringkas. Jadi pada kali ini, saya telah merancang pergerakan-pergerakan yang sedikit sukar supaya mampu mencabar diri saya untuk melakukan yang terbaik dan mencuba perkara baharu malah dapat mempertingkatkan pengalaman sedia ada. Dalam banyak bahagian dalam menyiapakan tugasan ini, bagi saya, bahagian paling menariuk adalah semasa ingin merangka pergerakan yang akan dilakukan semasa ujian amali pergerakan asas. Hal ini kerana, saya perlu mencari pelbagai sumber serta menyesuaikan pergerakan yang dipilih mengikut keupayaan saya. Saya juga meminta pendapat beberapa rakan saya yang lebih lama mengambil subjek pendidikan jasmani. Selain itu, saya berasa sangat berpuas hati kerana kebanyakan pergerakan yang dirancang mampu saya lakukan. Walau

28

[PERGERAKAN ASAS]

PJM 3102

bagaimanapun, saya terpaksa meluangakan masa saya untuk melakukan latihan sebelum ujian dijalankan dengan bimbingan rakan-rakan yang lebih mahir.

Semasa melakukan ujian amali, saya sangat khuatir sekiranya beberapa daripada pergerakan yang akan saya lakukan tidak berhasil. Tetapi setelah kesemua pergerakan dilakukan sebaik mungkin, saya sangat bersyukur kerana mampu malakukan yang terbaik dan mampu menyahut cabaran diri sendiri untuk melakukan ujian ini. Pelbagai pengetahuan baru yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing sya kerana beliau sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menjana idea-idea untuk melakukan pergerakan-pergerakan tersebut. Selain itu, saya juga dapat belajar beberapa pergerakan baru yang belum pernah saya lakukan sebelum ini seperti imbangan bahu. Disini, saya dapat mengukur tahap kebolehan saya dalam melakukan beberapa pergerakan yang saya anggap agak berisiko.Selain itu juga, tugasan ini membinmbing saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan kerana saya meyakinkan diri saya untuk melakukan pergerakan-pergerakan baru yang saya pelajari. Segala ilmu yang saya pelajari sepanjang menyelesaikan tugasan ini seharusnya saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya malah juga untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran setelah saya bergelar guru kelak. Saya berasa begitu gembira kerana semua ahli kumpulan saya sangat

berkerjasama dan saling bantu membantu. Hal ini, saya dapat lihat sepanjang pertandingan bowling itu di adakan dimana, setiap ahli kumpulan sering member sokongan semasa ahli yang lain membuat balingan bola.

Saya berharap agar tugasan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat di berikan lagi kerana pelajar semestinya tertarik untuk menyertai aktiviti ini bahkan dapat memperoleh pelbagai ilmu daripada aktiviti yang dijalankan. Semoga dengan tugasan seperti ini dapat membantu diri saya dan rakan-rakan yang lain untuk mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang mampu menguruskan sesuatu program dengan prosedur-prosedur yang betul serta menepati matlamat program tersebut.

29

You might also like