You are on page 1of 14

Syeikh Mahmud Syaltut, Penggagas Ide Pendekatan antar

Mazhab
Kamis, 07 Oktober 2010 02:54 | | |
Syekh Mahmud Syaltut adalah seorang ulama, ahli tafsir dan mufti di Kairo.
Beliau juga dikenal sebagai penyeru persatuan umat islam. Sebelum
dikenal sebagai pemikir dan teolog besar, beliau sudah dikenal sebagai
seorang fakih dan pelopor pendekatan antar mazhab Islam.
Beliau telah melakukan langkah-langkah dasar dalam pembenahan
pandangan Islam dan pendekatan antar mazhab dengan ide-idenya yang
maju. Jasa-jasa beliau dalam hal ini sangatlah besar dan mendasar. Dalam salah satu
fatwanya yang paling bersejarah, beliau sebagai ulama besar Ahli Sunah dan mufti Al-Azhar
mengumumkan diperbolehkannya mengikuti mazhab Syiah.
Syekh Mahmud Syaltut lahir pada tahun 1310 H. di Buhairah, Mesir. Setelah menyelesaikan
pendidikannya di universitas Iskandariah Mesir, beliau mengajar di universitas tersebut lalu
pindah ke universitas Al-Azhar. Di sana beliau terus berkembang dan maju hingga pada
akhirnya pada tahun 1378 H. menjadi mufti umum Al-Azhar. Beliau terus mengemban
tanggung-jawab ini hingga wafat pada tahun 1383 H.
Syekh Syaltut seorang fakih yang bijak dan tidak fanatik. Beliau telah melakukan usaha-
usaha yang sangat berpengaruh dalam upaya pendekatan mazhab-mazhab Islam. Para
ulama dan pembesar Ahli sunah dan Syiah juga mendampingi beliau dalam mewujudkan hal
ini.
Beliau sempat surat-menyurat dan berdialog dengan tokoh-tokoh besar (Syiah) seperti
Muhammad Husein Kasyiful Ghita, sayyid Abdul Husein Syarafuddin Amili, dan ayatullah
sayyid Husein Borujerdi. Beliau juga telah melakukan banyak hal dalam usaha pendekatan
antar mazhab, antara lain:
1. Menyebarkan pemikiran pendekatan antar mazhab Islam untuk menghilangkan
pertikaian dan mendirikan yayasan pendekatan antar mazhab Islam di Kairo yang
bernama "Dar Al-Taqrib wa Nasyri Majallah Risalah Al-Islam".
2. Mengumpulkan dan mengoreksi validitas hadis-hadis yang sama antara Ahli Sunah
dan Syiah, yang berhubungan dengan pendekatan antar mazhab.
3. Memasukkan fikih Syiah dalam mata pelajaran fikih Islam komperatif untuk
mahasiswa universitas al-Azhar.
4. Dan, yang terpenting adalah fatwa beliau yang telah membenarkan mazhab syiah
sebagai salah satu mazhab yang sah dan boleh diikuti. Padahal, sampai saat itu
belum ada ulama besar dari Ahli Sunah maupun mufti Al-Azhar yang pernah
memberikan fatwa seperti itu. Dengan fatwa ini beliau telah menunjukkan
kebesarannya dan memperkecil jarak antar mazhab. Karena pentingnya fatwa
bersejarah Syeikh Syaltut tentang pembenaran mazhab syiah ini, kami akan
membawakan teks fatwa tersebut:
Seseorang telah bertanya, Sebagian masyarakat berpendapat bahwa setiap muslim harus
mengikuti salah satu fikih dari empat mazhab agar amal ibadah dan muamalahnya sah.
Sedangakan Syiah Imamiyah danSyiah Zaidiyah tidak termasuk dalam empat mazhab
tersebut. Apakah anda sepakat dengan pendapat ini dan mengharamkan mengikuti
mazhab Syiah Itsna Asyariyah (Dua Belas Imam atau Imamiyah)?
Syekh Syaltut menjawab,
1) Agama islam tidak memerintahkan umatnya untuk mengikuti mazhab tertentu. Setiap
muslim boleh mengikuti mazhab apapun yang benar riwayatnya dan mempunyai
kitab fikih khusus. Setiap muslim yang mengikuti mazhab tertentu dapat merujuk ke
mazhab lain (mazhab apapun) dan tidak ada masalah.
2) Mazhab Jafari yang dikenal sebagai mazhab Syiah Dua Belas Imam adalah mazhab
yang secara syariat boleh diikuti seperti mazhab-mazhab Ahli Sunah lainnya.
Oleh karena itu, sudah sepantasnya umat islam memahami hal ini dan meninggalkan
fanatisme buta terhadap mazhabnya, karena agama dan syariat Allah tidak mengikuti
mazhab tertentu dan tidak pula terpaku pada mazhab tertentu, akan tetapi semua pemimpin
mazhab adalah mujtahid dan ijtihad mereka sah di mata Allah Swt. Setiap muslim yang
bukan mujtahid dapat merujuk kepada mazhab yang mereka pilih. Ia boleh mengikuti
hukum-hukum fikih dari mazhab yang dipilih itu dan dalam hal ini tidak ada perbedaan
antara ibadah dan muamalah.
Dar Al-Taqrib
Syekh Syaltut adalah seorang tokoh besar dan pendiri Dar Al-Taqrib bayna Al-Madzahib Al-
Islamiyah Mesir. Lembaga ini adalah sebuah institusi yang berusaha mewujudkan
pendekatan dan persaudaraan serta menghilangkan perpecahan dan perselisihan yang ada
antara Ahli Sunah dan Syiah. Yayasan ini juga memiliki misi memperkuat hubungan antara
mazhab-mazhab islam; sebuah pusat pergerakan yang pada akhirnya menjadi dasar pikiran
berdirinya Majma-e Jahoni-e Taghrib-e Mazaheb-e Islami (Forum Internasional
Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) di Iran.
Pimpinan Universitas Al-Azhar
Beliau menjadi wakil rektor universitas tersebut pada tahun 1957 M. Pada bulan Oktober
tahun 1958 beliau diangkat menjadi rektor universitas oleh presiden. Beliau mengemban
tanggung-jawab ini hingga akhir hayatnya. Pemimpin besar dan cendekiawan ini wafat pada
umurnya yang ke 70 di malam Jumat tanggal 26 Rajab tahun 1383 H., yang bertepatan
dengan tanggal 12 September 1963 M.
Hasil karya beliau yang populer antara lain:
Tafsir Al-Quran Al-Karim
Nahju Al-Quran fi Bina Al-mujtama
Al-Islam, Al-Aqidah wa Al-Syariah
Al-Fatawa
Al-Qital fi Al-Islam
Min Tawjihat Al-Islam
Muqaronah Al-Madzahib fi Al-Fiqh
Fiqh Al-Quran




..Syeikh Mahmud Shaltut..
Label: Tokoh
Oleh:Ijlal

PENDAHULUAN

Antara kelemahan yang paling membimbangkan umat Islam ketika ini ialah perpecahan akibat kepelbagaian
aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan
yang menimbulkan pertentangan sehingga menenggelamkan hakikat persamaan adalah ditentang sama
sekali.Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan
perpecahan amat berkait rapat dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli
pemikiran dan tidak bersedia untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai
al-`ijab bi al-rayi atau penyakit mengagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang
menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan
pendokong Islam terdahulu. Maka kertas kerja ini akan mengkaji pemikiran seorang tokoh Islam pada zaman
ini yang jauh berbeza dari situasi-situasi tersebut .

1.0 BIOGRAFI

Tokoh ulama terkenal dilahirkan di Maniyah, Bani Mansur, Distrik Itai al-Beirut, Bukahirah, Mesir, 23 April
1893. Beliau seorang ulama dan pemikir Islam yang memiliki reputasi antarabangsa. Sebagaimana biasanya
anak-anak Mesir ketika itu, semasa kecil beliau belajar membaca al-Quran dan menghafaznya. Ketika usianya
13 tahun, bersamaan tahun 1906 beliau telah memasuki institusi pendidikan agama, al-Maahad ad-Dini di
Iskandariah. Beliau seorang murid yang cerdas dan berjaya memperolehi asy-syahadah al-alimiyyah al-
nizamiyyah dari Universiti al-Azhar pada tahun 1918 dan tercatat sebagai lulusan cemerlang. Beliau juga
pernah digelar Doctor Honoris Causa dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta
(1961) disamping dari negerinya sendiri. Beliau meninggal pada 19 Disember 1963 di Kaherah ( Anon, 2004,
Ensiklopedia Islam, t.tp, Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-
Haram, Malaysia, h:175-176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research
CenterBerhad, h:61, Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa Jakarta, Bulan Bintang).

2.0 AKTIVITI

Aktivitinya bermula dalam kegiatan ilmiah bermula sebagai pengajar di al-Maahad ad-Dini al-Iskandarian pada
tahun 1919, setahun setelah memperolehi as-syahadah al-akimiyyah. Selain mengajar di Iskandariah dan
tempat-tempat lain, beliau juga melakukan kegiatan dalam bidang penerbitan. Tulisan utamanya ialah dalam
syariat, bahasa arab, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu agama Islam yang lain ( Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp,
Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-
176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad, h:61).

3.0 KERJAYA

Pada tahun 1927 beliau telah di angkat menjadi pensyarah pada peringkat takhassus di Universiti al-Azhar
sewaktu Syeikh al-Maragi menjadi rektor. Beliau banyak menulis karya dalam surat khabar untuk mendukung
program al-Maragi dalam rangka memajukan Universiti al-Azhar. Cita-cita beliau untuk memperbaharui
Universiti al-Azhar begitu serius sehingga beliau kadang kala mengambil bentuk perubahan yang revolusioner.

Pada tahun 17 September 1931, beliau dan ulama-ulama yang sependapat dengannya telah diberhentikan dari
Universiti al-Azhar kerana bertentangan pendapat dengan para ulama yang memegang tampuk pimpinan
ketika itu, namun Mahmud Shaltut tidak hanya membiarkan pendapat dan pemikirannya ditolak begitu sahaja
malah beliau lebih giat aktif dalam penulisan dan kritikannya demi kebaikan al-Azhar. Hasil usahanya beliau
telah dilantik sebagai wakil dekan Fakulti Syariah dan menjadi pemeriksa sekolah-sekolah agama (al-Ma`ahid
ad-Diniyyah) pada 1935( Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp, Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal,
t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan,
Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad, h:61).

Pada tahun 1937, beliau mewakili Universiti al-Azhar menghadiri Kongres International mengenai Perundangan
(al-Qanun al-Muqaran) yang diadakan di Den Haag. Huraiannya yang ilmiah dan menarik mengenai syariat
Islam dalam kongres ini menjadikan semua peserta sedar akan kebenaran Islam sebagai agama yang dapat
membimbing manusia dan al-Quran baik dijadikan sumber perundangan untuk setiap zaman dan tempat (
Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp, Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam,
Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia
Research CenterBerhad, h:61).

Pada tahun 1941, beliau telah mengetengahkan sebuah risalah bertajuk al-Masuliyyah al-Madaniyyah wa al-
Jinai`yyah fi asy-Syariah al-Islamiyyah. Tesisnya dalam risalah ini mendapat sambutan baik sehingga sebulat
suara mengangkat beliau menjadi anggota termuda Majlis Ulama-ulama Besar (Hai`ah Kibar al-Ulama).

Pada tahun 1942, beliau menyampaikan sebuah pidato penting mengenai kebaikan Universiti al-Azhar dalam
bidang bahasa. Realisasi daripada pidatonya terwujud pada tahun 1946 dan terbentuklah lembaga bahasa dan
beliau sendiri telah dilantik menjadi salah seorang anggotanya. Pada tahun 1950, beliau telah dilantik pula
menjadi pengawas umum pada bahagian penelitian dan kebudayaan Islam di Universiti al-Azhar. Momentum
ini digunakan untuk meletakkan dasar-dasar pembinaan lembaga ini, terutamanya dalam membina hubungan
kebudayaan Mesir dengan kebudayaan Arab dan dunia Islam. Beliau juga pernah menjadi penasihat Muktamar
Islam di bawah pemerintahan Republik Persatuan Arab (gabungan Syria dan Mesir, 1958-1961).

Disamping jawatan-jawatan penting Universiti al-Azhar, Mahmud Shaltut juga memangku jawatan penting
sebagai angota Badan Tertinggi untuk Hubungan-hubungan Kebudayaan dengan Luar Negeri pada
Kementerian Pendidikan dan Pengajaran Mesir. Beliau juga menjadi anggota Badan Tertinggi untuk Penyiaran
Radio Mesir, anggota Badan Tertinggi untuk Bantuan Musim Dingin dan ketua Badan Penyelidikan Adat serta
Tradisi pada Kementerian Sosial Mesir ( Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp, Dewan Bahasa dan Pustaka,
h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-176, Anon, 1998, Ensiklopedia
Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad, h:61, Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa
Jakarta, Bulan Bintang).

4.0 SUMBANGAN DAN JASA

Puncak kejayaannya dalam lingkungan universiti ialah apabila beliau terpilih menjadi rektor Universiti al-Azhar
yang ke-41 pada 21 Oktober 1958 sehinggalah beliau wafat. Sebagai rektor Universiti al-Azhar beliau memiliki
peluang besar untuk merealisasikan cita-cita dan pemikirannya selama ini mengenai Universiti al-Azhar. Untuk
itu pada tahun 1960 beliau telah memindahkan Institut Pembacaan al-Quran ke dalam masjid al-Azhar dengan
susunan rencana pelajaran tertentu dalam masalah-masalah keislaman. Ini mengembalikan fungsi Universiti
al-Azhar pada kedudukan sebagai pusat kajian al-Quran bagi seluruh umat Islam secara bebas tanpa terikat
dengan jam pelajaran dan ujian. Selain itu ia untuk memenuhi perkembangan beliau mendirikan kompleks
Universiti al-Azhar disamping Masjid al-Azhar untuk tempat tinggal pelajar yang dilengkapi dengan
perpustakaan dan ruang belajar.

Pada tahun 1961, Mahmud Syaltut telah mengeluarkan undang-undang baru (Nombor 103 tahun 1961)
meliputi kepentingan Universiti al-Azhar secara keseluruhan iaitu organisasi, kurikulum, mahupun mewujudkan
fakulti-fakulti baru seperti Fakulti Pertanian, Fakulti Kedoktoran dan Fakulti Teknik disamping Fakulti Syariah,
Usuluddin dan Sastera yang sedia ada telah wujud. Undang-undang pada dasarnya merupakan kewujudan
cita-cita yang amat besar daripada beliau untuk melahirkan ulama-ulama sebagaimana ulama-ulama klasik
yang menguasai selain ilmu agama, juga ilmu kedoktoran, matematik dan sebagainya. Menurut kata-kata
beliau, Sesungguhnya peraturan baru bagi Universiti al-Azhar adalah pelaksanaan prinsip-prinsip utama Islam
mengkaji kemanusiaan dan penciptaan lapangan kerja bagi bank Universiti al-Azhar dalam pelbagai bidang
untuk mewujudkan cita-cita kaum muslimin di seluruh pelusuk dunia terhadap institut mereka yang kuno itu.
Peraturan ini juga dianggap sebagai asas pemisah antara al-Azhar period Khalifah al-Muiz Lidinillah (341-365
H/975M) dengan al-Azhar period Gamal Abdel Nasser (1954-1970) ( Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp,
Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-
176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad, h:61).

Mahmud Shaltut sangat menaruh perhatian terhadap penyusunan struktur Universiti al-Azhar agar universiti
tersebut dapat memenuhi fungsinya dan melaksanakan tugas-tugasnya serta mencapai tujuannya. Maka untuk
itu, beliau menubuhkan tiga jenis direktorat:

1. Direktorat Universiti al-Azhar, yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Nurul Hasan, wakil rektor al-Azhar.
2. Direktorat Jeneral Urusan Kebudayaan Islam, yang dipimpin oleh Dr, Muhammad al-Bahi.
3. Direktorat Jeneral Urusan Lembaga-Lembaga Agama, yang dipimpin oleh Dr, Muhammad Abdullah Madli
(Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa Jakarta, Bulan Bintang).

Bagi menyerap hubungan yang harmonis secara Islam, antara Universiti al-Azhar dengan negara-begara Islam
di dunia, beliau telah memasukkan ilmu bahasa-bahasa asing dalam kurikulum. Ini dapat memberi para pelajar
lulusan al-Azhar memahami sebilangan bahasa masyarakat Islam di seluruh penjuru dunia. Selain daripada itu,
secara tidak langsung mereka berdakwah dalam penyebaran agama Islam

4.1 Pandangannya Terhadap Kebaikan al-Azhar.

Pada waktu al-marhum ustaz al-Akhbar Syeikh Musthafa al-Maraghi diangkat menjadi rektor al-Azhar pada
tahun 1928, beliau banyak mengemukakan pendapat-pendapatnya mengenai kebaikan al-Azhar, lalu Mahmud
Shaltut banyak menulis artikel-artikel untuk mendukung gagasan-gagasan Syeikh tersebut dan kemudian
beliau diangkat menjadi tutor bagi mata pelajaran Fiqh Islami di al-Azhar. Beliau memperjuangkan cita-citanya
yang bersifat revolusioner bersama-sama ulama yang berpendirian dengannya.

4.2 Lembaga Persiapan Dan Pengarahan.

Beliau juga telah menubuhkan Lembaga Persiapan dan Pengarahan bagi mengingkatkan kualiti mahasiswa dan
mahasiswi lulusan al-Azhar dalam menguasai beberapa bahasa asing dengan baik. Setelah itu mereka ini akan
dihantar dalam satu misi ilmiyah ke negara-negara Islam yang majoriti penduduknya tidak memahami bahasa
Arab.

Antara bahasa-bahasa yang ditawarkan kepada mahasiswa-mahasiswa dalam lembaga ini ialah bahasa
Perancis, Jerman, Inggeris, Urdu, Indonesia dan Parsi. Beliau sangat memberi perhatian kepada sesi
penterjemahan yang wujud di al-Azhar. Maka beliau telah melantik beberapa ulama yang layak bagi tugas-
tugas penterjemahan dan sehingga kini Universiti al-Azhar tidak memerlukan penterjemah dari luar negara.

4.3 Majalah al-Azhar.

Disamping itu, Universiti al-Azhar telah menerbitkan sebuah majalah bulanan iaitu Majalah al-Azhar. Pada
pertama kali penerbitannya, jualan majalah ini masih terbatas dan pasarannya masih sempit. Dengan
itu,beliau telah mengubah suai majalah tersebut dengan menambah input-input yang baik dan meningkatkan
kualiti mutunya semasa beliau menjadi rektor al-Azhar. Bentuk majalah tersebut diubah menjadi seperti buku
dan memuatkan artikal yang up date dan sesuai dengan fikiran orang-orang Islam pada masa kini dalam dua
bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

4.4 Bilik Kuliah/Terjemahan

Ketika beliau menjadi rektor Universiti, beliau banyak melakukan perubahan dan meningkatkan keselesaan
bilik kuliah dan terjemahan. Beliau sering mengingatkan kepada guru-guru dan mahasiswa-mahasiswa supaya
menggunakan infrastruktur-infrastruktur ini dengan baik sesuai dengan fungsi dan tujuannya yang betul. Hal
ini kerana beliau mendapati bahawa ruangan tersebut kurang digunakan sejak ditubuhkan. Beliau sangat
berharap agar ia digunakan sebagai tempat cendiakawan, ahli fikir dan masyarakat setempat dari dunia arab
dan Islam belajar ilmu. Dari sini akan timbullah sinar ilmuan yang diharapkan oleh beliau. Kuliah ini dihadiri
lebih sepuluh ribu mahasiswa dari pelbagai pelusuk negara yang mempunyai pelbagai tingkat kebudayaan
semata-mata untuk mencari ilmu.

Beliau juga telah mewujudkan suatu matapelajaran bagi kepentingan mobilisasi mental antara anggota
penasihat al-Azhar dengan para imam dan khatib-khatib yang bergabung dalam urusan Kementerian Wakaf.
mereka semua ini membawa satu pengaruh sangat besar bagi kemajuan dan peningkatan mutu syahsiah
muslimin sehingga mencapai zaman kegemilangan Islam yang didambakan oleh semua kaum muslimin.

4.5 Sistem Perkuliahan

Sejak beliau mentadbir al-Azhar, beliau mengalihkan pandangannya pula terhadap penyusunan kurikulum
perkuliahan. Dengan itu beliau telah memasukkan matapelajaran perundangan-perundangan dalam kurikulum
Fakulti Syariah. Ini dapat memberi pendekatan antara matapelajaran Fiqh Islami dengan perundangan-
perundangan yang berlaku pada masa kini. Sebagaimana pandangan beliau tidak hanya terbatas untuk
mengajar fiqh mazhab-mazhab yang empat sahaja tetapi juga matapelajaran Fiqh Syariah. Hal ini kerana
adanya pengaruh bagi pendekatan dikalangan semua golongan umat Islam (Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-
Fatwa Jakarta, Bulan Bintang).

5.0 PEMIKIRAN

Sebagai seorang ulama dan pemikir, Mahmud Shaltut memiliki pemikiran yang sangat relevan untuk
perkembangan kehidupan ummah pada zamannya memandangkan pada masa itu kemunduran Islam jelas
dapat dilihat pada kaum muslimin. Beliau seorang ahli feqah yang berilmu dan berpandangan luas. Kedalaman
ilmu dan keluasan pandangannya menyebabkan beliau mampu mengemukakan hukum-hukum Islam yang
relevan dengan keperluan manusia dan kehendak zamannya. Pendapat-pendapatnya antara yang lain ialah:

5.1 Inseminasi adalah sah dan bukan dosa apabila terjadi dengan air mani suami sendiri.
5.2 Keuntungan bank tabungan pos adalah halal.
5.3 Islam membolehkan peraturan kelahiran, bukan membatasinya.

Disamping memiliki pandangan yang luas dalam hukum Islam, beliau juga seorang ahli tafsir yang
melaksanakan penafsiran langsung pada al-Quran dengan mengumpulkan ayat-ayat tentang suatu masalah,
lalu ayat itu ditafsirkannya sebagai jawapan terhadap sesuatu masalah. Salah satu karyanya adalah penafsiran
ayat-ayat yang berhubung dengan wanita, iaitu al-Quran wa al-Mar`ah sehingga dia dipandang sebagai salah
seorang pelopor metod tafsir maudu`i, iaitu metod tafsir yang dianggap paling banyak sumbangannya dalam
memahami perintah al-Quran untuk menyelesaikan masalah manusia abad moden.

Mahmud Shaltut selalu berusaha membanteras kebekuan berfikir dan kefanitikan mazhab yang membawa
perpecahan di kalangan umat Islam. Beliau membanteras fahaman bahawa pintu ijtihad sudah tertutup. Beliau
menganjurkan umat Islam terutamanya golongan ulama agar mengadakan ijtihad langsung daripada al-Quran
yang menunjukkan hukum secara zanni ad-dilalah sehingga dapat ditafsirkan dengan bermacam-macam
tafsiran. Oleh itu kesempatan untuk melakukan ijtihad terbuka seluas-luasnya. Untuk maksud tersebut,
sebagai rektor beliau banyak mengeluarkan dana untuk pengajian al-Quran, antara lain dengan mengadakan
kerjasama dengan IAIN Sunankalijaga Yogyakarta pada tahun 1961( Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp,
Dewan Bahasa dan Pustaka, h:345-347, Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia, h:175-
176, Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad, h:61).

Dalam percaturan intelektual, beliau dikenal sebagai tokoh dan cendekiawan yang memiliki peribadi seorang
mujtahid dan mujaddid dengan pemikiran Islam moderat dan fleksibel. Ia dilihat terutamanya dalam
pandangannya mengenai hukum Islam, pluralisme, dan ragam aliran pemikiran dalam Islam.

Dalam masalah kebebasan beragama misalnya, beliau melihat bahawa hal itu sesuatu yang mesti dan dijamin
dalam Islam. Manusia, katanya, mempunyai kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya.
Dalam mengkaji suatu masalah, beliau selalu menggunakan pendekatan dalil naql dan aql. Beliau akan
menimbang apa yang dikemukakan oleh ulama-ulama sebelumnya dan menjadikannya suatu hukum. Beliau
sangat berpendirian tetap. Oleh kerana itu, beliau selalu berbeza pendapat dengan ulama lain
(http://www.yayasanfatimah.htm)
Fatwanya yang dianggap paling kontroversial ialah mengenai halalnya mengambil bunga wang di bank dan
diperbolehkannya tetapi hanya dalam keadaan darurat seperti yang dikatakan beliau, Apabila keadaan darurat
sama ada darurat individu mahupun darurat ijtima'iyah maka bolehlah dipungut bunga itu. Dalam hal ini
beliau memperluas makna darurat melebihi yang semestinya, dan perluasan beliau ini tidak dipersetujui Syeikh
Yusuf Qardawi, muridnya. Beliau pernah memfatwakan juga menabung di bank sebagai sesuatu yang lain dari
bunga bank. Namun, Syeikh Yusuf Qardawi tetap tidak setuju dengan pendapat ini (Yusuf Qardawi. 2007.
Fatwa-Fatwa Kontemporer. http://www.fatwa-fatwakontemporer.htm)
Dalam konteks Islam, beliau cuba merumuskan suatu konsep yang memudahkan umat Islam. Formula itu
secara ringkas dapat menjelaskan pandangannya, bahawa Islam sebagai sebuah ajaran yang sesuai sepanjang
zaman dan setiap masa. Baginya, Islam adalah syariah dan akidah kerana kedua-duanya manusia akan
menemui kedamaian dan kesejahteraan hidup (Shaltut, Mahmud. 1967. Islam Sebagai Aqidah Dan Syariah.
Jakarta. Bulan Bintang. h:11).

Menurut beliau, "Islam memberikan tempat yang luas sekali kepada kita untuk menerjemahkannya bukan
dalam konteks ideologis semata-mata, tetapi juga sebuah nilai hidup. Islam memberikan kebebasan berpikir
manusia untuk memahami agamanya sedalam-dalamnya dan seluas-luasnya," ujarnya dalam Islam Aqidah wa
Syariah

Dalam kaitan pemikiran keyakinan dan kepercayaan, beliau melihat bahawa penghubung akidah Islam adalah
keimanan, sama ada beriman kepada adanya pencipta mahupun terhadap apa yang akan diciptakan oleh
Pencipta. Kalimah syahadah merupakan bentuk perjanjian keimanan manusia dimana manusia wajib percaya
kepada Tuhannya yang satu dan Muhammad sebagai utusanNya. Dengan kalimah ini, akan membuka hati dan
fikiran manusia untuk memahami Islam lebih dalam dan luas.

Bagi mencari kebenaran Tuhan, menurut beliau, manusia harus menyedari bahawa sebilangan perkara tidak
harus mengetahui dengan mendalam seperti zat Tuhan, dan sebahagian sesuatu perkara pula wajib diketahui
dan memang harus diamalkannya seperti rukun Islam. Syaltut menjelaskan, untuk memperolehi kebenaran itu
manusia harus melalui pendekatan rasional dan irasional.

Beliau menegaskan, walaupun banyak terjadi perbezaan pendapat dalam memahami akidah, namun ada tiga
perkara yang harus dibatasi dalam menyikapi perbezaan itu.

Pertama, dalam memahami akidah dan proses pencarian kebenaran Tuhan itu, kita harus memakai dalil yang
qath'i. Contohnya, seperti mana Allah berfirman:
eV. #-9.0 u)e9o. u/|+o- '.t#Pt7 ( u&o\|+o- 0e\|Zu- uo-9'u#( 4 #e&e Bie
&7 /t|( Pqc' e u#e&e u.'u7ee uBt=v~+_3ouee /e--! 'u#Bt, .'~< 4
u#-9.0o|BeZu|t +/vee Be )e9o.e &PcAt /e0-! #-9+uA 'u#Bt,
Maksudnya:"Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula
orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang
lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa):
"Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."(al-Baqarah:285)


Kedua, pemahaman akidah yang berdasarkan dari dalil yang zanni pada akhirnya menimbulkan perbezaan-
perbezaan pendapat, tidaklah dapat dikatakan sebagai kesimpulan dari akidah yang benar, dan pendapat satu
kelompok tertentu bukanlah merupakan pendapat yang paling benar dengan menafikan kebenaran kelompok
lain.

Ketiga, apa yang terdapat dalam buku-buku tauhid tidaklah dapat disebut sebagai masalah akidah yang
diwajibkan oleh Tuhan kepada kita untuk mengetahuinya telah terangkum dalam kitab tersebut. Kitab-kitab itu
hanya merupakan karya-karya ilmiah yang mungkin berbeza dengan apa yang terdapat dalam nash-nash
syar'i, dan kerana itu, ia merupakan ijtihad para ulama (http://www.yayasanfatimah.htm).

Beliau mengaitkan bahawa, "syariat dan akidah merupakan satu sistem yang tidak dapat dipisahkan". Akidah
merupakan dasar yang mendorong manusia untuk menjalankan syariat Tuhan, dan syariat adalah refleksi
panggilan hati manusia yang berakidah. Kerana itu manusia yang berakidah tanpa menjalankan syariat Tuhan,
atau manusia yang menjalankan syariat Tuhan tetapi tanpa memiliki akidah tidak dianggap seorang Muslim,
juga tidak dihukumi Islam (Shaltut, Mahmud. 1967. Islam Sebagai Aqidah Dan Syariah. Jakarta. Bulan
Bintang. h:11).

Berkaitan dengan perbezaan pendapat dan ijtihad, beliau menilai bahawa perkara itu sebagai sesuatu yang
wajar. Perbezaan pendapat, jelasnya, disebabkan oleh metodologi yang berbeza pada seorang mujtahid dalam
memahami nash-nash syar'i, juga cara mereka menilai berbeza dalam melihat sebuah masalah, sehingga
ijtihad mereka juga berbeza.

Perbezaan-perbezaan yang muncul dan akhirnya menjadi pelbagai aliran, menurutnya merupakan suatu proses
pensejarahan. Hal demikian juga terjadi pada zaman Nabi dan para sahabat. Namun perbezaan itu pada
hakikatnya memiliki sasaran yang sama, iaitu berupaya menjadikan dunia dalam nilai-nilai Islam.

Selain itu, oleh kerana antara satu mazhab dengan mazhab yang lain dalam memahami nash-nash syar'i,
khususnya di kalangan Sunni dan Syiah, beliau melontarkan gagasan jalan tengah yang dikenal sebagai
"Taqrib al Madzahib", (perbandingan mazhab). Bererti, kita berusaha menyatukan visi dan persepsi
pemahaman keagamaan tanpa melihat simbol-simbol aliran yang kita yakini, dan dengan meminimakan
fanatisma mazhab.

Gagasan ini bukan bererti kita harus menghilangkan atau menghapuskan terus kepelbagaian mazhab yang
ada, atau menyatukan antara satu mazhab dengan mazhab lainnya, tetapi untuk mengurangi batasan-batasan
keagamaan yang telah wujud dahulu kemudian membersihkannya dari unsur-unsur fanatisma aliran, sehingga
umat Islam bersatu lalu menghimpun kekuatannya dalam satu kekuatan besar tanpa melihat mazhab yang
diyakininya.

Gagasannya ini kemudian dipertanggungjawabkan kepada pihak Al Azhar dan otoritas keagamaan di Iran,
dengan membentuk lembaga Rekonsiliasi Antara Mazhab. Hingga kini, lembaga tersebut masih beroperasi
menjalankan tugas-tugasnya. Pada tahun 2000 lalu, dalam rangka peringatan 50 tahun berdirinya lembaga
tersebut, diselenggarakan selama tiga hari di Tehran, Iran tentang perdamaian dan perbandinagan antara
mazhab.

Bagaimanapun Syeikh Mahmud Syaltut dengan gagasan-gagasannya telah mengajarkan kita bagaimana
memahami Islam secara kaffah dan diamalkan dengan mudah, bukan dengan paksaan.

Sikap keberagamaan manusia, baginya harus dimanupulasikan dalam bentuk yang dinamis, fleksibel dan
dewasa, sehingga Islam sebagai rahmatan lil 'alamin dan sholih likulli zamanin wa makanin benar-benar
mewarnai dalam semua peringkat kehidupan manusia.
Pada 6 Juli 1959 beliau mengeluarkan fatwa mengenai ijtihad Mazhab Jafari yang dikenal dengan sebutan
Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah adalah mazhab yang secara agama sah untuk diikuti, sebagaimana mazhab-
mazhab Sunni. Beliau juga mengatakan, Saya dan beberapa teman yang bekerja di Dar at-Taqrib dan
Universiti al- Azhar telah menubuhkan segolongan yang bertugas untuk meneliti hukum berbagai masalah
individual yang berhubungan dengan isu keluarga,dan kami cenderung memilih sebahagian pendapat ulama
Syiah dibanding ulama Ahlu sunnah (Muhammad Anis Maulachela. 2007. Perbandingan Aliran Ijtihad. Koran
SINDO, http://www.Satu Koran Segala Berita - Perbandingan Aliran Ijtihad.htm (2 Disember 2007), Syaltut,
Mahmud. 2001. Pernyataan rektor al-Azhar. http://all.at/anands. (12 Mei 2001).
Mengenai muzik, beliau menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat,
menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak
diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. (Syeikh Syaltut
menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumuddin. Jld 2. h:208.)
Kedua: Tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik
secara berlebihan.
Ketiga: Fuqaha' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan
ke medan perang, haji, perkahwinan, perayaan dan sebagainya.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas
dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A'raf: 32-33. siapakah yang berani
mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang
baik-baik?..... hingga akhir.
Kesimpulannnya, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat (Syaltut, Mahmud.
t.th. Pandangan Islam terhadap Muzik . http://www.PANDANGAN ISLAMTERHADAP MUZIK.htm).


6.0 PENGHARGAAN DARI DUNIA ISLAM

Pada tahun 1958, beliau telah dianugerhi gelaran Doctor Honoris Causa oleh Universiti Chili, dan pada tahun
1960 beliau telah dianugerahi Lencana Kerajaan oleh Paduka J.M, Radja Hasan V dari Marokko.

Kerajaan Agama R.I. juga pernah menjemput beliau beliau untuk mengadakan kunjungan rasmi ke Indonesia
dengan disertai tiga orang ulama yang beliau pilih. Pada waktu kunjungan tersebut, beliau telah dianugerah
sebagai gelaran Doctor Honoris Causa oleh Institut Agama Islam (I.A.A.N) dalam ilmu Kemasyarakatan dan
Syariah Islam. Sebagaimana beliau juga pernah diundang oleh masyarakat Islam di Jugoslavia untuk
mengadakan kenjungan ke negeri tersebut. Salah satu universiti di negeri itu juga pernah menjemput beliau
malah berharap dapat mengundang beliau pada hari ulang tahun universiti tersebut yang ke sebelas untuk
penterjemahan. Maka beliau menyetujui undangan tersebut dengan mewakilkan dirinya kepada seorang wakil
al-Azhar dari Direktor Jeneral urusan Kebudayaan.

Kunjungan-kunjungan ini memberi pengaruh cukup besar dan dapat menjalinkan hubungan diplomatik antara
negara Republik Persatuan Arab dengan negara-negara lain sama ada negara-negara Arab ataupun selain
daripadanya. Dengan demikian ia memperolehi erti perpaduan dan kesatuan bagi melahirkan persefahaman
serta daya kekuatan umat Islam (Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa. Jakarta, Bulan Bintang).

7.0 KARYA-KARYA

Antara karya-karya dan penulisan beliau termasuklah:

1. Fatwa-fatwa

Sebagai seorang ulama besar, beliau mempunyai pandangan luas dan memiliki kelayakan untuk berijtihad.
Beliau banyak mengemukakan permasalahan mengenai ibadat, kemasyarakatan dan lain-lain lagi dalam
memberi fatwa. Dalam memberikan fatwa beliau berijtihad berlandaskan nas-nas yang telah termaktub dalam
al-quran dan hadith-hadith sahih. Dengan demikian, beliau terhindar daripada ikutan-ikutan sesuatu kitab atau
pengarang tertentu (Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa. Jakarta, Bulan Bintang).

2. Akidah dan Syariah

Kitab ini mengandungi persoalan-persoalan dan masalah-masalah menurut pandangan beliau. Antaranya
mengenai rukun iman, syariat Islam yang dimulai dengan kalimah syahadah sehingga masalah ekonomi
merangkumi zakat, pajak dan sebagainya.

3. Intisari Al-Quran

Kitab ini merupakan kitab terakhir karangan beliau. Ia mengandungi lebih dua puluh surah-surah al-quran dan
dipilih ayat-ayat tertentu dari setiap surah lalu dihuraikan satu persatu. Ayat-ayat tersebut diberi makna
selepas dikaji daripada kitab tafsir yang muktabar seperti Ibn Kathir, al-Baidawi, al-Jalalain, Mahasin al-Takwil
dan lain-lain lagi (Shaltut, Mahmud. 1955. Intisari al-Quran. Singapura. Pustaka Nasional).

4. Min Tawjihal al-Islam

Kitab ini mempunyai emat jilid merangkumi masalah manusia dan agama, kemasyarakatan, wanita menurut
al-Quran, peperangan, akhlak, sambutan bulan Ramadhan, perkara-perkara haji dan masyarakat dan hukum
(Shaltut, Mahmud. 1966.. Min Tawjihal al-Islam. t.tp. Dar al-kalam).

Selain itu beliau mengarang kitab-kitab seperti Fiqh al-Quran wa as-Sunnah, perbandingan mazhab-mazhab,
al-Masuliyah al-Madaniah wa ad-Diniah fi Syariah Islamiah, al-Quran wa Qital, al-Islam wa Wujud ad-Dauli lil
muslimin dan sebagaiya.


KESIMPULAN

Setelah dikaji maka disini dapat disimpulkan bahawa Syeikh Mahmud Shaltut mempunyai cita-cita dan harapan
kepada umat Islam seluruh dunia untuk memberi kefaham mengenai agama Islam, nilnai-nilai Islam tanpa
ikutan pengarang kitab terdahulu, memberi kekuatan berijtihad tetapi berlandaskan nas-nas al-Quran dan
hadith kerana putaran roda kehidupan Islam sering berubah dan sebagainya. Beliau banyak berusaha untuk
meningkatkan kehidupan muslim sebenar iaitu dengan menggunakan kuasanya sebagai rektor al-Azhar juga
jawatan-jawatan lain. Usaha dan pemikiran beliau ini banyak diterima muslim seluruh negara. Bagi mendorong
kembali kaum muslimin untuk berhubungan langsung dengan al-Quran, maka beliau tidak mengikut mana-
mana ikutan. Dengan demikian, kebangkitan Islam akan tetap berada di dalam batas-batas garis perjalanan
yang wajar dan inilah yang dikatakan hakikat kemerdekaan.

RUJUKAN

Anon, 2004, Ensiklopedia Islam, t.tp, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon, 1998, Ensiklopedia Islam, Sudan, Malaysia Encyclopedia Research CenterBerhad.

Anon. t.th. Ihya Ulumuddin. t.tp. Jld 2.

Kamal, t.th, Ensiklopedia Islam, Masjid al-Haram, Malaysia.

Shaltut, Mahmud, 1972, Fatwa-Fatwa Jakarta, Bulan Bintang.

Shaltut, Mahmud. 1967. Islam Sebagai Aqidah Dan Syariah. Jakarta. Bulan Bintang.

Syaltut, Mahmud. 2001. Pernyataan rektor al-Azhar. http://all.at/anands. (12 Mei 2001).

Shaltut, Mahmud. 1955. Intisari al-Quran. Singapura. Pustaka Nasional.

Shaltut, Mahmud. 1966.. Min Tawjihal al-Islam. t.tp. Dar al-kalam.

http://www.yayasanfatimah.htm.

http://www.PANDANGAN ISLAMTERHADAP MUZIK.htm.

Muhammad Anis Maulachela. 2007. Perbandingan Aliran Ijtihad. Koran SINDO, http://www.Satu Koran Segala
Berita - Perbandingan Aliran Ijtihad.htm (2 Disember 2007).

Yusuf Qardawi. 2007. Fatwa-Fatwa Kontemporer. http://www.fatwa-fatwakontemporer.htm.


at Tuesday, May 05, 2009




Syaikh Mahmud Syaltut
Posted on September 2, 2010 by ahmadbinhanbal
Beliau adalah salah satu dari sekian banyak ulama yang terkenal kepakarannya
di bidang ilmu fiqih dan tafsir.
Kelahiran
Beliau dilahirkan di Mesir, kota Menyah Bani Manshur di al-Buhaira, pada tahun 1310 H. Sejak kecil Syaltut memperlihatkan
kesungguhan dan keuletan dalam ber-tafaqquh fid dn (belajar Islam). Keluarganya yang haus ilmu pengetahuan dan taat
beragama, serta hormat pada ulama, berperan besar dalam membentuk kepribadiannya.
Pendidikan Syaltut dimulai di kampung halamannya dengan menghafal Alquran pada seorang ulama setempat. Baru pada
tahun 1906, menginjak usia 13 tahun, ia memulai pendidikan formalnya dengan masuk Mahad Al-Iskandariah. Studinya ini
selesaikan setelah ia mendapat Syahadah Alamiyah (sertifikat setingkat S1) pada tahun 1918. pada 1919, Syaltut mengajar di
almamaternya. Bersamaan itu pula terjadi gerakan revolusi rakyat Mesir melawan kolonial Inggris. Ia ikut berjuang melalui
ketajaman pena dan kepiawaian lisannya.
Dari almamaternya, Syaltut lalu pindah ke Al-Azhar. Selain sebagai pengajar, di institusi pendidikan tertua di dunia ini, ia
menjabat beberapa jabatan penting, mulai dari penilik sekolah-sekolah agama, wakil dekan Fakultas Syariah, pengawas umum
kantor lembaga penelitian dan kebudayaan Islam Al-Azhar, wakil Syekh Al-Azhar, sampai akhirnya pada tanggal 13 Oktober
1958 diangkat menjadi Syekh Al-Azhar (pemimpin tertinggi Al-Azhar).
Pengalaman
Pernah studi di Al-Azhar dan beliau telah menyelesaikannya pada tahun 1918 M, kemudian bekerja sebagai tenaga pengajar
pada universitas yang sama. Beliau berpindah-pindah dalam mengajar, sampai akhirnya beliau dipindahkan ke bagian
pascasarjana di Kairo pada tahun 1927 M.
Tantangan Beliau
Sebagai seorang dai yang berpikiran cemerlang, beliau melihat bahwa pintu ijtihad tetap terbuka, dan beliau berusaha
mereformasi Universitas Al-Azhar. Upaya reformasi yang beliau lakukan mendapatkan tantangan yang cukup berat dari syaikh-
syaikh yang lain, bahkan mereka mengusir beliau bersama para pendukungnya.
Tetapi kemudian beliau dikembalikan ke Al-Azhar dan diangkat menjadi wakil dekan Fakultas Syariah. Kemudian beliau
menjadi anggota Badan Perkumpulan Ulama pada tahun 1941 M
Selanjutnya beliau ditunjuk sebagai anggota Badan Pengkajian Bahasa Arab tahun 1946 M, dan terakhir beliau diangkat
menjadi syaikh Al-Azhar tahun 1958 M, beliau menduduki jabatan ini hingga akhir hayat beliau.
Syaikh Syaltut terkenal sebagai seorang orator ulung dengan suara yang sangat lantang.
Buku-buku yang sempat beliau tulis cukup banyak , diantaranya :
1. Al-Fatawa.
2. Al-Islam Aqidatan wa syariatan.
3. Taujihatul Islam.
4. At-Tafsir.
5. Al-Bidah Asbaabuha wa Adhraaruha.
Fatwanya
Beliau pernah memfatwakan adanya rekonsilasi antara sunni syiah karena antara satu mazhab dengan mazhab lainnya,
khususnya suni dan syiah, berbeda pandangan dalam memahami nash-nash, Syaltut melontarkan gagasan jalan tengah yang
dikenal sebaga Taqrb Al-Madzhib (rekonsiliasi mazhab-mazhab). Artinya, kita berusaha mempersatukan visi dan persepsi
pemahaman keagamaan tanpa melihat simbol-simbol aliran yang kita yakini, dan dengan meminimalisir fanatisme mazhab
yang selama ini membekas dalam perilaku keagamaan.
Wafatnya Beliau
Beliau wafat pada tahun 1383 H. bografi beliau dipaparkan oleh al-Allamah az-Zirikliy dalam bukunya, Al-Alaami VII/173.
kemudian diikuti oleh prof. Umar Ridha Kahhalah dalam buku biografinya yang terkenal Al-Mustadrak ala Mujamil Miallifin,
hal : 774.[1]



PANDANGAN ULAMA TERHADAP MUZIK
Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas
rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas
empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau
yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya
keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila
kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam
alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQuran yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa
menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara
berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan
perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur
dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap
muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.
Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al Araf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah
dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?.. hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian
disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya Ulumidin, vol 2, pg 283-301)
menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa:
zaman, makan dan ikhwan. Zaman merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. Makan
merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. Ikhwan: merujuk kepada aktiviti
muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada
kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan
dan ikhwan.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-
alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti
kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan
lain-lain yang diarang.
Menurut Prof Lamya alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut
madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSaad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh
dipotong tangannya. Imam Syafiiy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan
muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat
muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:
1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd
zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus,
dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

You might also like