You are on page 1of 9

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

EKSPERIMEN 1

PENGENALAN DAN PENGGUNAAN ALAT RADAS DAN KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL


TUJUAN Tujuan eksperimen adalah untuk mengenalpasti penggunaan alat-alat radas dan keselamatan di dalam makmal. HASIL PEMBELAJARAN Pada i. ii. iii. akhir eksperimen ini, pelajar akan boleh; Mengenalpasti nama dan fungsi alat-alat radas. Menggunakan alat radas dengan cara yang betul. Mengendalikan ujikaji yang melibatkan bahan kimia berbahaya dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang terlibat.

PENGENALAN Melalui amali kimia, anda akan berhadapan dengan berbagai alat radas. Alat-alat radas ini mempunyai nama-nama yang khusus. Anda mestilah mengetahui nama dan penggunaanya yang khusus, alat-alat radas boleh dikelaskan kepada tiga kelas utama. i) Alat radas kaca ii) Alat radas tambahan iii) Alat radas pemanasan Contohnya tabung uji (alat radas kaca), kaki retot (alat radas tambahan), penunu Bunsen (alat radas pemanasan). Alat radas kaca boleh dikelaskan kepada dua iaitu: i) Alat radas kaca volumetrik ii) Alat radas kaca bukan volumetrik Alat radas kaca volumetrik digunakan kursus untuk menentukan isipadu larutan pada kejituan yang tinggi. Sebelum menggunakan alat radas kaca, perhatikan sama ada terdapat kerosakan pada alat tersebut (pecah, retak dan sebarang kecacatan lain). Alat yang rosak mestilah tidak digunakan dalam ujikaji. Alat radas kaca volumetrik biasanya digunakan apabila isipadu tepat bagi sesuatu larutan diperlukan. Alat radas kaca volumetrik tidak boleh dipanaskan kerana pemanasan akan mengubah kandungan isipadunya. Biasanya terdapat 4 jenis alat pemanasan yang digunakan di dalam makmal. i) Penunu Bunsen ii) Mantel pemanas (heating mantle) iii) Pemanas letrik (hot plate) iv) Kukus air (steam bath) Penggunaan alat pemanas yang sesuai bergantung pada pemanasan dalam ujikaji dan ketinggian suhu yang ingin dicapai. kaedah

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

Keselamatan mestilah diberikan perhatian UTAMA ketika di dalam makmal. Kemalangan biasanya berlaku pada mereka yang cuai, bukannya kerana keadaan sekeliling, bahan atau alat yang digunakan, sebab utama ia berlaku adalah kerana penggunaan teknik yang salah dan sikap yang cuai. Semua ini dapat dielakkan jika anda mengikuti jejak langkah keselamatan di dalam makmal. Sentiasalah mengambil langkah berjagajaga di dalam segala tindak-tanduk ketika di dalam makmal. Bahaya kebakaran boleh wujud di dalam makmal. Ianya dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan diikuti. Sebelum menyalakan api, pastikan di sekeliling anda tidak terdapat bahan-bahan yang mudah terbakar. Pastikan juga pakaian dan rambut anda kemas supaya tidak disambar api. Semua bahan kimia boleh menghakis kulit. Biasanya keupayaan menghakis bergantung pada kepekatan. Apabila sesuatu bahagian badan terkena bahan kimia, bahagian itu mestilah dibasuh dengan air yang banyak. Sentiasalah membasuh tangan selepas menggunakan bahan kimia. Banyak bahan meruap menghasilkan wap yang beracun. Wap ini berupaya merosakkan sistem pernafasan. Ujikaji melibatkan bayan yang meruap mestilah dilakukan di dalam kebuk wasap. Sentiasa elakkan daripada menghidu bahan kimia secara terus. Radas yang tidak dipasang dengan betul adalah berbahaya. Pasangkan radas anda seperti yang diarahkan di dalam buku panduan amali. Dalam pemanasan, bekas yang mengandungi bahan yang dipanaskan mestilah dipegang pada kaki retot. Ini untuk mengelakkan bahan itu daripada tertumpah. Dalam pemanasan cecair, sekiranya tabung uji digunakan, elakkan pemanasan secara berterusan pada suhu yang tinggi kerana ini akan menyebabkan cecair terpercik keluar. Elakkan dari menghalakan muncung tabung uji kearah seseorang. Sekiranya pemanasan menggunakan kelalang atau bikar, masukkan batu didih ke dalam larutan sebelum pemanasan dilakukan. Batu didih mengelakkan larutan terpercik keluar. ALAT RADAS DAN BAHAN KIMIA Alat Radas: Tabung uji Pemegang tabung uji Penyepit pelbagai guna Kelalang Erlenmeyer Penunu Bunsen Kelalang isipadu letrik Pemegang buret Botol pembasuh Corong pemisah Gegelang logam pijar

Corong turas Batang kaca Selinder penyukat Mantel pemanas Spatula Kaca pemerhati Corong buchner Rak tabung uji Corong serbuk

Penitis Buret Kasa dawai Pipet Bikar Pemanas Kaki retort Mangkuk

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

Bahan Kimia: Asid nitrik pekat, asid hidroklorik, ammonium hidroksida, etanol, heksana dan air suling. Bahan lain: Kain Kertas Batu didih KAEDAH A. 1. 2. 3. 4. Pengenalan alat radas Lakarkan, namakan dan nyatakan penggunaan alat radas yang diberikan kepada kamu. Kelaskan alat radas-alat radas tersebut. Kelaskan alat radas kaca samada volumetrik atau bukan volumetrik. Persembahkan kesemua ini dalam satu jadual yang bersesuaian. B. Penjagaan alat radas

I. Alat radas kaca 1. Catatkan kerosakan yang wujud pada alat-alat radas tersebut. 2. Pilih alat radas kaca yang boleh dipanaskan dan tidak boleh dipanaskan (Tuliskan pada jadual yang sama seperti yang diarahkan pada Kaedah A). II. Alat radas pemanasan 1. Ambil satu alat pemanas yang ada dan lukiskan alat radas tersebut. Catitkan langkah-langkah penggunaannya. 2. Berikan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaannya. C. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. D. Teknik penggunaan penimbang makmal Bersihkan penimbang menggunakan berus. Selaraskan bebola air penimbang kepada kedudukan keseimbangan. Tekankan bacaan penimbang kosong (tare). Timbangkan bikar 50ml yang bersih dan kering. Catatkan bacaan bikar kepada empat titik perpuluhan. Alihkan bikar dari penimbang. Ulang langkah 2-4 sebanyak dua kali menggunakan penimbang yang sama. Catatkan ketiga-tiga bacaan bikar tersebut dan kirakan purata berat bikar tersebut. Ulang langkah 1-6 menggunakan bikar yang sama dengan menggunakan dua penimbang yang lain. Teknik penggunaan radas volumetrik

I. Cara menggunakan pipet 1. Basuhkan pipet dengan air suling.


3

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

2. Bilaskan pipet dengan bahan kimia yang hendak ditentukan isipadunya. 3. Penuhkan pipet menggunakan bebuli getah (tekan S) atau alatan penyedut sehingga ke paras senggatan (bacaan mestilah meniskus). 4. Keluarkan bahan kimia yang terdapat dalam pipet dengan bebuli getah (tekan E) atau alat penyedut. 5. Titisan terakhir dikeluarkan dengan menyentuhkan hujung pipet ke permukaan bekas yang hendak digunakan. II. Cara menggunakan buret 1. Basuhkan buret dengan air suling. 2. Bilaskan buret menggunakan larutan yang tidak diketahui kepekatannya. 3. Pasangkan buret kepada kaki retot dengan kemas. 4. Gunakan corong turas (untuk mengelakkan tumpahan) semasa memasukkan larutan ke dalam buret. 5. Bacaan awal diambil (tidak semestinya bermula dengan kosong). 6. Keluarkan beberapa titik larutan dari buret dengan mengawal pili buret sehingga bacaan yang tepat diperolehi (contohnya, 1.00 cm3 atau 1.05 cm3). 7. Keluarkan titisan terakhir dengan menyentuhkan hujung buret ke permukaan bekas yang hendak digunakan. Bacaan akhir diambil. E. Keselamatan di dalam makmal

I. Bahaya kebakaran menggunakan pipet 1. Dapatkan empat mangkuk pijar. 2. Di dalam setiap mangkuk pijar, masukkan air, etanol, heksana dan asid hidroklorik secara berasingan. 3. Dengan menggunakan mancis api, uji sama ada bahan kimia tersebut mudah terbakar atau tidak. 4. Catatkan cirri-ciri bahan kimia mudah terbakar. 5. Berikan langkah-langkah keselamatan dalam ujikaji ini. II. Bahaya hakisan kimia 1. Ambil sehelai kertas dan sehelai kain. Masukkan ke dalam 2 mangkuk pijar. 2. Titiskan dua titik asid nitric pekat ke atas kain dan kertas tersebut. 3. Catatkan pemerhatian kamu. 4. Berikan langkah-langkah keselamatan dalam ujikaji ini. III. Bahaya wasap beracun (ujikaji ini dilakukan di dalam bilik wasap) 1. Ambil 2 bikar 100 ml. 2. Dalam bikar A masukkan 5 ml asid hidroklorik, dalam bikar B masukkan 5 ml ammonium hidroksida. 3. Campurkan kedua-dua larutan. 4. Catatkan pemerhatian anda. 5. Catatkan langkah-langkah keselamatan dalam ujikaji ini. IV. Bahaya penggunaan kaedah yang salah 1. Dapatkan 2 tabung didih. 2. Masukkan 2 batu didih ke dalam salah satu tabung didih. 3. Masukkah 30 ml air suling ke dalam kedua-dua tabung didih.
4

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

4. Panaskan kedua-dua tabung didih dan catitkan pemerhatian anda. 5. Catatkan langkah-langkah keselamatan dalam ujikaji ini.

DATA DAN KEPUTUSAN EKSPERIMEN 1 PENGENALAN DAN PENGGUNAAN ALAT RADAS DAN KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL Nama : .. ..

No. Matriks :

No. Kumpulan : .. PENGOLAHAN DATA


5

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

a)

Lukiskan satu jadual untuk menunjukkan pengkelasan alat-alat radas di dalam makmal seperti yang diarahkan dalam Kaedah A dan BI.

b)

Penggunaan alat radas pemanasan Langkah-langkah penggunaan Langkah-langkah keselamatan

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

c)

Keselamatan di dalam makmal Ujikaji Pemerhatian Langkah-langkah keselamatan

Bahaya kebakaran menggunakan pipet

Bahaya hakisan kimia

Bahaya wasap beracun

Bahaya penggunaan kaedah yang salah

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

SOALAN

1. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan sebelum


melakukan ujikaji di makmal?
8

KIM 3001 AMALI KIMIA ASAS

2. Mengapakah bebola air penimbang perlu berada pada kedudukan keseimbangan?

3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bacaan isipadu yang tepat dari pipet?

4. Mengapakah gelembung udara perlu disingkirkan dari buret terlebih dahulu sebelum eksperimen pentitratan dijalankan?

5. Sedikit larutan cair 0.1 M asid nitrik terkena pada tangan seorang
pelajar. Adakah ini berbahaya? Apakah yang perlu dilakukan?

6. Berikan kesimpulan bagi eksperimen yang telah dilakukan.

You might also like