You are on page 1of 12

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION Konsep perguruan Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh.[1] Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Pekerjaan yang dianggap professional. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guruguru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. 3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. 4. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. Mendapat latihan khusus. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu

sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. 5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional. 6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan. 7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. 8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. keputusan-keputusan yang telah dibuat. Tanggungjawab tersebut bukan hanya Jika seseorang itu bertanggungjawab meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan? Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit

memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firmafirma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian. Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda. Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman. Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugastugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Etika perguruan.

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.[2] Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya. Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut. Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Pembelajaran sepanjang hayat Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar sepanjang hayat,

membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut: Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang; dan Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

a. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang
dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

b. Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki
agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

c. Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar


sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

d. Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan
rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.

e. Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami


budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.

Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan. 1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. 2. Membuat penyelidikan dan penulisan o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. 3. Usaha ke arah perkembangan kendiri o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya Kursus-kursus

tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

mempengaruhi cara kerja seseorang guru. o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. 4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

o 5.

Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

Pembelajaran sepanjang hayat o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

Akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan

dilaksanakan oleh seseorang guru.

Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan Akauntabiliti atau

membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Akauntabiliti guru terhadap: 1. Pelajar

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan,

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan. 2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. 3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya. 4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah. 5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

2. Diri

1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa. 3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. 4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. 5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik. 6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.

3. Bangsa dan Negara

1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. 2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. 3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. 4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. 5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

4. Terhadap Tugas dan Kerja

1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. 2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. 3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah. 4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. 5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan. Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan

tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

Pada pendapat saya, kesedaran terhadap akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Oleh itu, ia perlu dihayati oleh semua guru di negara ini. Sekiranya seseorang itu mengabaikan akauntabilitinya, maka ia tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan insan pelajar yang benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Hal tersebut akan menjatuhkan martabat profesionalisme keguruan negara kita.

KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan. 26 April 2007: KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin. Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek. 7 April 2007: SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu. 6 April 2007: PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti penderaan di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

6 Mac 2007: BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini. 26 Februari 2007: KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut. 14 Januari 2007: DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu. Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan. 10 Januari 2007: GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu. :-Itulah senarai kes salah-laku yang membabitkan guru-guru di Malaysia sepanjang tahun 2007 ini. Persoalannya, salah siapa dan kenapa? Guru merupakan salah satu professsion yang amat mulia di mata masyarakat kita. Tanpa guru, tiada Perdana Menteri, tiada Doktor, tiada Professor dan tiada juga wujudnya ketamadunan. Kini, rasa hormat kian hilang terhadap kerjaya ini. Kepercayaan kian terhakis. Ibu-bapa lebih percaya kepada ejen skim pelaburan internet, pembawa kupon gores dan menang, dan lebih malang lagi lebih percaya kepada artis daripada fatwa mufti. Di mana letaknya kepercayaan kepada guru? Guru ajaran sesat lebih mudah dapat tempat dalam hati rakyat kita. Puncanya? 1. Tekanan kerja - Benarkah tuntutan kerjaya sebagai guru terlampau berat? Bagi aku, memang berat. Walaupun aku bukanlah seorang guru(pernah bercita-cita juga), guru zaman sekarang lebih banyak

bebannya. Memang dimudahkan dengan kemudahan yang pelbagai yang ada pada hari ini, tetapi hakikatnya tak semudah yang kita nampak. Jika dulu, guru diberikan kuasa penuh oleh ibu-bapa untuk mendidik anak-anak walau dipukul atau dirotan(selagi tak patah-riuk atau cacat). Aku pernah mengadu dengan ibu-bapa aku semasa aku sekolah dulu. Aku mengadu cikgu sekolah selalu cubit aku kerana nakal. Bapa aku pergi ke sekolah keesokan harinya, berjumpa dengan guru besar. Rupanya, bapa aku mengizinkan. Malah dia kata kepada guru besar,Pukullah anak saya tu selagi tidak patah tulang atau cacat, asalkan dia jadi manusia. Sejak hari itu, aku tak berani nak mengadu lagi. Itu kisah aku. Tapi hari ini, jentik telinga sedikit pun, ibu-bapa dah bawa ke mahkamah. Saman guru. Senang kan? Walhal anak sendiri nakal kurang sedikit dari syaitan. 2. Gaji - Orang bekerja sebagai guru kerana nak cari makan daripada duit gaji yang diterima. Kerja lain pun macam tu. Yang menyedihkan, kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di Malaysia ini yang mendapat gaji yang rendah. Sedangkan kerjaya guru adalah salah satu kerjaya yang terpenting di dunia. Masyarakat hari ini memandang tinggi sesuatu kerjaya hari ini bukan kerana apa yang dibuat, tetapi berapa duit yang diterima daripada hasil kerjayanya. Barulah timbul rasa hormat.Orang jawa kata respect. Jurutera, doktor, peguam antara nama kerjaya yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat, melayu khususnya. Sekarang ditambah satu lagi, artis. Kerana apa? Kerana pendapatan mereka yang lebih lumayan. Malah pemain bolasepak yang mutunya entah apa-apa dan pekerja buruh binaan lagi tinggi gajinya daripada guru. 3. Pelajar - Tanyalah kepada guru-guru, majoritinya akan mengatakan bahawa tahap disiplin pelajar sekarang berada di tahap kritikal. Setiap sekolah pasti ada masalah disiplin pelajar kecuali mungkin sekolah pendidikan khas. Yang kita selalu terdedah apabila guru membuat salah-laku disiplin. Itu yang kita tahu. Pelajar salah-laku disiplin? Kurang didedahkan. Bila pelajar melakukan kesalahan, pihak pengurusan sekolah cuba sembunyikan kerana bimbang nama sekolah tercemar. Aku tak pernah dengar lagi kes guru saman pelajar dan ibu-bapa. Inilah hakikatnya kisah kehidupan seorang guru di Malaysia. Kepada pihak kementerian yang berkenaan, sila peka dengan nasib guru. Mereka juga ada maruah dan pendirian. Kalau anak murid dah berani memaki guru, takkan nak pasrah je. Kepada ibu-bapa pula, kalau tak mau anak sendiri menjadi mangsa pelempang dan sepak terajang guru, didiklah anak di rumah dengan baik. Takkan lebih rela tengok anak sendiri mati merempit dan mengandung tanpa bapa? Jangan dok leka tengok rancangan tv dan undi artis, anak sendiri terabai. Fkirkanlah yek..

You might also like