You are on page 1of 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG

DASAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBALISASI

NAMA PELAJAR NO K.P. KUMPULAN / UNIT NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: MUHAMMAD ZAKWAN BIN ABDUL RAHIM : 910627105715 : 2 KSBM (PPISMP AMBILAN JULAI 09) : EN. BALA CHANDRAN A/L KARUPIAH : MAC 30, 2010

PENGHARGAAN

Syukur

Alhamdulillah

dengan

berkat

dan

rahmat-Nya

akhirnya

saya

dapat

menyelesaikan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengajian Sosial 1 yang berkaitan tentang dasar-dasar pembangunan ekonomi di Malaysia dan isu-isu globalisasi yang mempengaruhi pembangunan ekonomi negara dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Pengajian Sosial 1 saya iaitu En. Bala Chandran kerana sanggup berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya dalam mencari maklumat dan mereka juga menjadi sumber panduan dan rujukan saya sepanjang tugasan ini berlansung.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu dan menyokong saya sepanjang saya melakukan tugasan ini di rumah. Mereka turut sama sekali membantu saya dalam melakukan tugasan ini dan mereka juga telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang demi untuk memastikan tugasan saya ini dapat disempurnakan dengan jayanya dan cemerlang.

Selain itu, rakan-rakan saya terutama 2 KSBM juga telah banyak membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jika terdapat sedikit permasalahan dalam saya menyiapkan tugasan ini, mereka tidak keberatan untuk membantu saya sehingga dapat diselesaikan permasalahan tersebut. Mereka juga telah memberi sokongan moral sepanjang proses tugasan ini dilaksanakan. Hal ini dapat mendorong saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap warga masyarakat yang telah banyak membantu saya sama ada secara lansung atau tidak lansung.

SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1 Sediakan satu esei bertajuk : Galurkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara melalui pelbagai dasar pembangunan serta bincangkan juga bagaimana isu-isu globalisasi telah mempengaruhi pembangunan ekonomi kita. a) Sediakan satu esei bergambar yang mempunyai lebih kurang 2000 patah perkataan b) Gambar dan keratan akhbar boleh mengiringi esei

PENDAHULUAN

Penjanaan ekonomi bagi sebuah negara merupakan perkara yang amat penting dan sangat berperanan dalam mengubah landskap sesebuah negara. Tanpa penjanaan ekonomi, sesebuah negara tidak dapat membangunkan sektor-sektor lain seperti sektor pelancongan, sektor perindustrian, sektor kesihatan dan lain-lain. Walau

bagaimanapun, tanpa pembangunan atau peningkatan sektor-sektor ini, maka penjanaan ekonomi tidak berlaku bagi sesebuah negara itu. Hal ini demikian kerana, kedua-dua bidang ini saling membantu dan memerlukan antara satu sama lain bagi mengembangkan sesebuah negara bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing.

Pada era tamadun manusia yang begitu mencabar ini, secara umumnya pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang begitu pesat membangun sehingga melangkaui jumlah bahan-bahan mentah. Fenomena ini boleh digarap seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh hal yang demikian, tanpa melengahkan masa, kerajaan Malaysia berusaha untuk membangunkan ekonomi negara melalui pelbagai dasar pembangunan supaya negara kita tidak keciciran ditinggalkan dengan negara dunia pertama yamg lain. Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi merealisasikan cita-cita ini. Pelbagai dasar telah diperkenalkan kepada rakyat sejak kepimpinan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Antara dasar yang

diperkenalkan itu adalah seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain.

Hasil dengan pengenalan dasar-dasar ini, kerajaan Malaysia berharap dapat menjana pendapatan negara sekali gus meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya membangunkan sektor-sektor major dan minor yang lain. Walau bagaimanapun, pasti ada halangan bagi setiap cita-cita yang kita cuba untuk realisasikan. Dalam hal ini, isuisu globalisasi merupakan perkara utama yang menghalang dan merencatkan usahausaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi membangunkan ekonomi negara.

Contoh yang paling mudah adalah inflasi dunia dan pasaran terbuka. Inflasi dunia berlaku disebabkan oleh peningkatan harga bahan mentah sehingga menyebabkan inflasi berlaku di segenap penjuru dunia.

Apabila berlakunya inflasi dunia ini bererti harga barang-barang seharian secara umumnya melambung tinggi. Hal ini akan merencatkan ekonomi negara kerana kuasa beli pengguna semakin menurun. Pengguna kurang membeli barangan runcit kerana harga yang terlalu tinggi dan sekali gus menyebabkan penjanaan ekonomi terbantut. Selain itu, di era globalisasi ini, perniagaan jual beli sekarang berlaku secara meluas tanpa sempadan (borderless world), dimana setiap perkara seperti maklumat, barangan runcit dan aktiviti perniagaan adalah berjalan tanpa mengira sempadan negara. Hal ini boleh menyebabkan barangan dari luar (export) akan mudah masuk ke negara kita dan seterusnya akan merencatkan dan melembabkan penjanaan ekonomi negara.

Dasar pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan bagi membangunkan ekonomi negara

1. Dasar 1 Malaysia

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Secara amnya 1 Malaysia bermaksud berfikir dan bertindak mengikut

kesamarataan bagi semua kaum atau erti kata lain adalah memperjuangkan satu hak untuk kebaikan barsama. Hal ini boleh dikaitkan dengan penjelasan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak : Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, One People. Kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong

kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Walaupun secara umumnya dasar 1 Malaysia adalah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara kita, tetapi dasar ini juga boleh dikaitkan dengan pembangunan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, ekonomi negara dapat ditingkatkan kerana semangat perpaduan antara kaum menjadi utuh. Tidak kira bangsa dan agama rakyat Malaysia akan bersatu meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah kaum akan menolong kaum lain dari segi ekonomi. Sebagai contoh, kaum Cina yang pakar dalam bidang perniagaan ini akan menolong kaum lain seperti kaum Melayu dan kaum India secara amnya untuk membangunkan perniagaan mereka.1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Oleh hal yang demikian, pembangunan ekonomi juga menjadi keutamaan dalam dasar ini sebagaimana selaras dengan slogan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri itu. Kesimpulannya, dasar ini juga membari pendekatan kepada ekonomi walaupun secara asasnya untuk menyatupadukan rakyat.

2. Dasar Pembangunan Negara

Secara umumnya definisi Dasar Pembangunan Negara atau juga dikenali Dasar Negara adalah garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang. Keutamaan dasar ini bukanlah pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi untuk pembangunan negara dalam pelbagai aspek. Secara khususnya, tujuan pengenalan Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara, perpaduan dan kestabilan negara, dan kesejahteraan sosial serta ekonomi rakyat dan masyarakat.

Dasar ini merupakan dasar utama kerajaan bagi misi pembangunan negara. Di dalam dasar ini terdapat dasar-dasar kecil yang lebih spesifik bagi sesuatu pembangunan itu. Dasar-dasar tersebut dikategorikan mengikut subjek-subjek tertentu. Sebagai contoh, dasar yang dikategorikan di bawah subjek ekonomi adalah seperti

Dasar Perindustrian, Dasar Penswastaan, Dasar Pertanian Negara dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pembangunan ekonomi juga merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan dalam hal ini. Dasar ini diperkenalkan dan digubal secara khusus kerana ingin menyelesaikan masalah-masalah yang melanda negara. Sebagai contoh, dasardasar ekonomi yang diperkenalkan di bawah Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara pada tahap tertinggi.

Malaysia berhasrat untuk meletakkan nama negara kita sebaris dengan negaranegara yang maju dari segi ekonomi seperti China, India, Amerika Syarikat dan Jepun. Oleh itu, isu-isu ekonomi yang melanda negara kita perlu diselesaikan dengan cara yang sistematik. Nahtijahnya, Dasar Pembangunan Negara amat penting dalam membangunkan ekonomi negara.

3. Dasar Pertanian Negara Ketiga

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun

1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan dimajukan pada awal 1960an diikuti dengan koko pada tahun 1970an.

Seterusnya Institut

penubuhan Kelapa

Penyelidikan

Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa sawit sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia.

Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Penubuhan Lembaga Koko Malaysia pada tahun 1988 untuk menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran pemerosesan, penyimpanan dan penggunaan mengukuhkan lagi

kedudukan tanaman koko sebagai tanaman selingan dalam sektor pertanian Malaysia.

Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971),

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.

Semenjak pertengahan tahun 1980an, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang amat pesat sekali di mana ia telah mencapai pertumbuhan KDNK melebehi 8 peratus setahun selama sembilan tahun berturut-turut. Pertumbuhan yang pesat ini yang telah diterajui oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan sementara sektor pertanian telah mengalami kadar pertumbuhan yang kecil dan sederhana 2-3 peratus setahun. Pada tahun 1987 sektor pembuatan telah mengatasi sektor pertanian dari segi sumbangan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan pendapatan eksport akibat daripada dasar menggalakkan perindustrian.

Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilaiditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%. Sungguhpun demikian, perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang telah menimbulkan cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian. Cabaran tersebut melibatkan masalah dan kekangan yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang pesat secara berterusan,

terutamanya ekonomi yang mencapai tahap gunatenaga penuh serta menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah seperti berikut :

a. Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan b. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian. c. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air. d. Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara. e. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan. f. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil . g. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.

h. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.

Oleh hal yang demikian, untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-

perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi

pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk

mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan.

Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan peluasan sokongan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk dan industri dan

kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal

dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik serta fleksibel.

4. Dasar Bioteknologi Negara

Pada abad ke-21 ini, teknologi berkembang dengan pesatnya dari hari ke hari. Sains dan teknologi saling terikat bagai aur dengan tebing bagi menghasilkan teknologi tinggi (high-tech) yang dapat menjana ekonomi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana penjanaan ekonomi merupakan medium yang penting bagi ketumbuhan sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, Malaysia mengambil langkah yang bijak dengan mewujudkan dasar yang berkait dengan sains dan teknologi iaitu Dasar Bioteknologi Negara.

Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dasar ini mengandungi 9 teras utama yang berkaitan pembangunan sains dan ekonomi. 9 teras utama itu adalah seperti berikut :

a. Pembangunan bioteknologi pertanian b. Pembangunan penjagaan kesihatan bioteknologi c. Pembangunan bioteknologi perindustrian d. Penyelidikan dan pembangunan serta pemerolehan teknologi e. Pembangunan modal insaniah f. Pembangunan prasaran kewangan g. Pembangunan rangka kerja perundangan dan peraturan h. Memperkukuhkan strategi i. Komitmen kerajaan

Kesemua 9 teras utama ini merangkumi setiap elemen yang penting dalam pembangunan negara. Hal ini merangkumi pertanian, sains dan teknologi, sosial, ekonomi, perindustrian, pertanian, kesihatan perundangan dan modal insan.

Memperkenalkan dasar ini merupakan langkah bijak kerajaan kerana dasar ini bukan sahaja mempertingkatkan ekonomi nagar tetapi mempertingkatkan semua sektor yang terdapat dalam negara

5. Dasar Harta Intelek

Tujuan utama Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) adalah untuk memanfaatkan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan yang baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial. DHIN memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan harta intelek dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan harta intelek, menyediakan sistem perlindungan harta intelek berpiawaian tinggi, memajukan pengeksploitan harta intelek berpontensi komersil, memupuk pembangunan industriindustri sokongan dan membangunkan keupayaan sumbermanusia untuk

melaksanakan dasar dengan jayanya.

Pentingnya harta intelek untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, harta intelek adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mengurus dan memanfaatkan harta intelek secara strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan.

6. Dasar Wawasan 2020

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negaranegara yang lain

Melalaui cabaran-cabaran yang telah termaktub dalam Wawasan 2020, sekiranya Malaysia mencapai kesemua cabaran itu, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang sangat maju dan sebaris dengan negara Dunia Pertama. Dari sudut ekonomi pula, Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang hebat mengalahkan China, Amerika Syarikat dan India. Hal ini demikian kerana, negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah

kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti, tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan negara.

7. MARDI

MARDI ditubuhkan pada awal 1971-1972 dan objektif utamanya penubuhannya adalah untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum. MARDI dimandatkan untuk melaksanakan fungsi seperti berikut :

a. Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan

Perladangan campuran

b. Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran,

persidangan, syarahan dan seminar c. Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak d. Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani e. Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian f. Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani g. Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil h. Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan i. Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

8. FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran dan nerba serta ternakan dan akuakultur. Fungsi-fungsi utama FAMA adalah seperti berikut :

Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan

Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia

Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan

Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian

Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Isu-isu globalisasi yang mempengaruhi pembangunan ekonomi negara

Inflasi bermaksud suatu proses kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.Inflasi diukur melalui kaedah Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan tahun semasa. Kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. 430 jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah akan di ambil kira oleh IHP.inflasi boleh memberi kesan positif dan juga negatif. Walau bagaimanapun, kesan utama Inflasi boleh

merencatkan ketumbuhan ekonomi negara kerana kuasa beli masyarakat tersekat. Pada bulan Jun 2008, kita dikejutkan dengan kenyataan Gabenor Bank Negara yang menyatakan bahawa Inflasi mungkin telah mencapai 6-7 peratus..

Kenaikan harga bahan api dan petrol telah menjana pertumbuhan ekonomi yang lembap, diikuti dengan pemotongan subsidi dan beberapa faktor dari luar negara termasuk melambungnya harga bahan api mentah dan krisis makanan menjadi antara

punca lonjakan inflasi ini.Inflasi pada bulan Mei 2008 adalah sebanyak 3.8 peratus, dan kenaikan sehingga 7 peratus untuk Jun merupakan kadar kenaikan bulan tertinggi di dalam sejarah Malaysia sejak 2 tahun lepas.Tindakan kabinet yang bersetuju sebulat suara dengan kenaikan 41 peratus harga bahan bakar selain gas asli bagi menyelamatkan kewangan negara.Ironinya, Gabenor Bank Negara meramalkan pertumbuhan ekonomi di bawah paras lima peratus. Inilah keadaan yang sangat-sangat ditakuti di mana pertumbuhan ekonomi yang rendah tetapi kadar inflasi tinggi.

Keadaan ini boleh membawa kepada apa yang dipanggil stagflasi di mana ekonomi menguncup tetapi inflasi melambung. Impaknya, setelah kenaikkan kos pengeluaran dan harga barangan harian pengguna telah meruncingkan lagi keyakinan terhadap ekonomi negara. Akhirnya, beberapa bahagian ekonomi negara telah menunjukan aliran yang negatif. Indeks komposit misalnya, telah jatuh 24 peratus daripada puncak 1,524 mata. Nahtijahnya, inflasi merupakan satu perkara yang amat digeruni olah setiap masyarakat negara kita. Kita pernah mengalami masalah inflasi ini pada tahun 1998 tetapi dapat diselesaikan dengan cara yang bijak. Walau bagaimanapun, hal ini tetap memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis

kewangan global melanda, namun masih belum nampak tanda-tanda kembalinya kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi negara-negara maju. Malahan lebih separuh daripada ekonomi utama dunia, terutamanya Amerika Syarikat, kawasan Eropah dan Jepun, telah terjerumus ke dalam kemelesetan.

Negara-negara ini telah mengalami penguncupan ekonomi yang terburuk semenjak the Great Depression pada 1930 an. Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara dalam suku keempat tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1 peratus, berbanding dengan purata sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008.

Pengurangan ini disebabkan, terutamanya oleh penguncupan eksport, bagi tempoh yang sama, telah mengalami kejatuhan nilai sebanyak 13.4 peratus. Kejatuhan eksport ini telah menjejaskan pertumbuhan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan yang telah mencatatkan penguncupan sebanyak 8.8 peratus. Persekitaran ekonomi global bagi tahun 2009 dijangka lebih sukar. Amerika Syarikat, yang merupakan ekonomi dan negara perdagangan terbesar di dunia, dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi negatif sebanyak 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus,

dan Jepun negatif 2.6 peratus. Di rantau ini, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus, negatif 4 peratus dan negatif 4.9 peratus pada tahun ini. Malah Menteri Mentor Singapura telah membayangkan bahawa ekonomi Singapura akan menguncup negatif 10 peratus pada tahun ini. Sungguhpun ekonomi negara China dan India dijangka mencatat pertumbuhan positif sebanyak 6.7 peratus dan 5.1 peratus, namun jangkaan pertumbuhan ini adalah pada kadar yang ketara rendah.

Berikutan perkembangan ini, IMF telah pada Januari 2009 sekali lagi mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 2.2 kepada 0.5 peratus bagi tahun 2009. Setakat ini, usaha-usaha untuk memulihkan sektor kewangan di negara-negara maju masih belum berjaya. Oleh itu, besar kemungkinan keadaan ekonomi global akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan ekonomi menjadi pulih. Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum ini kerana, antaranya, kita telah berjaya meningkatkan perdagangan antarabangsa. Perdagangan negara mencakupi hampir dua ratus peratus daripada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi negara juga telah dijanakan oleh aliran masuk pelaburan asing yang tinggi dan pembangunan pasaran modal yang mantap. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia semasa, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitu terbuka akan menerima tekanan berikutan kegawatan ekonomi global.

You might also like