You are on page 1of 8

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID

KERTAS KERJA

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID

Disediakan Oleh

Jawatankuasa Pentadbiran Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama Jalan Persisiran Pulai Utama, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, JOHOR.

4 Ramadan 1432H 4hb Ogos 2011

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID

KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL

TAJUK 1.0 TAMAN PULAI UTAMA SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA

M/S 3 4 4

2.0 3.0

OBJEKTIF PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA 3.1 Maklumat Umum 3.2 Maklumat Sosio Ekonomi 3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA 4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada 4.2 Maklumat Penduduk setempat 4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA MENAIKTARAF SURAU KE MASJID KESIMPULAN

4.0

5.0 6.0 7.0

6 7 8

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID

1.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA 1.1 Pada 25 September 2000, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penaja Badan Kebajikan Islam Taman Pulai Utama telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi suatu badan yang berperanan menjaga hal ehwal kebajikan penduduk Islam Taman Pulai Utama. 1.2 Antara langkah awal yang dijalankan oleh Jawatankuasa ini ialah mendapatkan tatacara dan prosidur yang lengkap bagi membina sebuah surau yang kemudiaannya akan dijadikan masjid di Taman Pulai Utama. 1.3 Pada awal November 2001, ketika ummat Islam sedang bersedia menyambut kedatangan Ramadhan 1422H, jawatankuasa ini bersama-sama dengan beberapa penduduk Taman Pulai Utama telah mengambil inisiatif untuk menyewa sebuah rumah di Jalan Pulai 13 untuk dijadikan surau sementara bagi penduduk Islam Taman Pulai Utama menjalankan ibadah solat tarawih dan melaksanakan kewajipan solat berjamaah disamping menjalankan aktiviti-aktiviti setempat untuk penduduk taman ini. 1.4 Pada 24 November 2001 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1422, Jawatankuasa Penaja Badan kebajikan Taman Pulai Utama telah dibubarkan dan digantikan dengan Jawatankuasa Pentadbiran Surau Taman Pulai Utama. Jawatankuasa ini telah dilantik semasa Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Pentadbiran Surau (Sementara) Taman Pulai Utama yang diadakan pada masa itu di surau sementara, No. 6, Jalan Pulai 13. 1.5 Pada Jun 2003, pihak tuan rumah memberikan notis untuk mengambil semula rumah yang disewa sebagai surau untuk didiami oleh beliau. Pihak Jawatankuasa dan beberapa penduduk Taman Pulai Utama kemudiannya telah berusaha untuk mendapatkan surau sementara dan akhirnya surau sementara telah terbina di Tingkat Bawah, Blok D, Rumah Pangsa Taman Pulai Utama, Jalan Pulai 83. 1.6 Menjelang Ramadhan 1424H atau Oktober 2003 surau sementara tersebut telah dapat digunakan untuk menjalankan ibadah solat tarawih dan solat berjamaah. 3

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID 1.7 Pada April 2005, surau yang baru telah dimulakan pembinaannya di tapak masjid yang telah diwartakan di kawasan Taman Pulai Utama ini. 1.8 Surau ini dinamakan Surau At-Taqwa dan mula digunakan pada September 2005 iaitu ketika bulan Rejab 1426H. 1.9 Pada 24 September 2010 bersamaan dengan 15 Syawal 1431H, Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama telah diisytiharkan diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Objektif kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid. 2.2 Naiktaraf surau ke masjid ini juga adalah bertepatan dengan usaha untuk membina sebuah masjid di tapak sedia ada yang mana seorang penderma telah bersetuju untuk menyiapkan pembinaan sebuah masjid dengan sebahagian besar kosnya ditanggung oleh beliau sendiri. 3.0 PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA 3.1 Maklumat Umum 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 Nama Taman Daerah Adun Parlimen Bilangan Penduduk : : : : : Taman Pulai Utama, Skudai 81300 Johor Bahru, Johor Darul Tazim Johor Bahru Nusajaya. Gelang Patah 12,000 orang (5,570 orang Islam)

3.2 Maklumat Sosio Ekonomi : 3.2.1 Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai : 3.2.1.1 Kakitangan Awam (Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain) 3.2.1.2 Kakitangan Sektor Swasta (Pegawai Bank, Pengurus Projek dan lain-lain) 3.2.1.3 Bekerja Sendiri (Ahli perniagaan, perunding dan sebagainya).

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID 3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah : 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 Kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telefon Kawasan Permainan Awam Kompleks Membeli Belah U-Mall Ruang Perniagaan dan Kedai-kedai

4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA 4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 Tarikh dibina Tarikh diguna Muatan Keluasan : : : : 1 April 2005 1 September 2005 350 orang. 2750 kaki persegi. - Ruang Dalam : 1,200 kp - Ruang Luar : 1,550 kp

4.2 Maklumat Penduduk setempat 4.2.1 Terdapat lebih daripada 680 keluarga Islam dan 87 rumah bujang mendiami Taman Pulai Utama, Taman Flora, sebahagian Taman Universiti (Jalan Pertanian) dan Pangsapuri Meranti, Taman Universiti serta rumah kongsi pemaju. Ini bermakna jumlah penduduk Islam di Taman Pulai Utama mencecah seramai 5,870 orang termasuk mereka yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk, pelajar UTM dan pekerja swasta. Disamping penduduk yang tinggal tetap dan menyewa terdapat hampir 200 orang lelaki mukallaf yang bekerja di Taman Pulai Utama dan berhampiran seperti jadual di bawah ini. Kawasan Kompleks Membeli Belah U-Mall Kompleks Membeli Belah Jaya Jusco Kilang Semi Industri Taman Universiti Kedai/Restoran di Tmn Pulai Utama Technovation Park UTM JUMLAH PEKERJA Bil / Orang 50 70 50 30 50 250

4.2.2

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID 4.2.3 Bilangan Penduduk Taman Pulai Utama dan taman berdekatan termasuklah pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini Perkara Taman Pulai Utama Taman Universiti Taman Pulai Flora Pangsapuri Meranti, TU Taman Pulai Bayu Rumah Kongsi Pemaju Pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini (rujuk jadual pada para 4.2.2) Bilangan / Orang 3,800 850 700 300 50 200 250

Jumlah Penduduk Islam


Lelaki Mukallaf Wanita Mukallaf Penduduk Bukan Muslim (TPU) 4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau 4.3.1

6,150
1,150 1,050 5,500

Sejak surau ini diisytiharkan diberi kebenatran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat, surau ini telah mengalami proses pembesaran dan penambahbaikan bagi menampung jemaah yang semakin ramai khususnya ketika solat Jumaat

5.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA 5.1 Jawatankuasa Surau At-Taqwa untuk sesi 2011 2013 yang telah diluluskan adalah seperti berikut : BIL NAMA
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PM Dr. Tholudin bin Mat Lazim (15, Pulai 17) Hj Mohd Mohshin bin Hj Jamiran (10, Pulai 71) En. Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif (3, Pulai 65) Hj Rosli bin Kamaruddin (26, Pulai 18) Hj Musa bin Abdul Wahab (16, Pulai 31) En. Zulfakar bin Aspar (57, Pulai 30) Ustaz Mansor bin Jusoh (9, Pulai 67) Prof. Dr. Musa bin Mailah (23, Pulai 60) En. Shahrudin bin Mohamed (A02-07, Pulai

JAWATAN
Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Penolong Setiausaha Biro Pembangunan dan Ekonomi Biro Pendidikan & Dakwah Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Biro Kebersihan & Keceriaan

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID
83/3)

BIL NAMA
10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Ustaz Abdul Ghani bin Jalil (44, Pulai 79) Prof. Dr Zulkifli bin Yusop (22, Pulai 35) Hjh Ramlah Abdul Rahim @ Nailah (15, Pulai 17) Dr. Hishamuddin bin Alham (24, Pulai 17) En. Saat bin Masran (D01-02, Blok D, Pulai 83/3) En. Haris Fadzillah bin Samin PM Dr. Sarifuddin bin Saad (4, Pulai 74) Prof. Dr. Mahmood bin Md Tahir

JAWATAN
Biro Pengimarahan Masjid/Surau Biro Penerbitan & Teknologi Maklumat Biro Hal Ehwal Wanita Biro Rakan Muda Biro Keselamatan & Sukarelawan Biro Pengurusan Aset & Prasarana Masjid/Surau Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2

5.2

Jawatankuasa Surau At-Taqwa bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan isu-isu yang berkaitan dengan Surau AtTaqwa dan ia akan diteruskan setelah surau ini dinaiktaraf ke masjid. Ahli kariah yang ingin memberikan pandangan dan buah fikiran juga dialu-alukan untuk diambil kira pandangan mereka. Sumber kewangan yang utama sekarang ialah daripada kutipan Jumaat. Disamping itu, sumbangan ahli kariah juga amat menggalakkan terutamanya apabila sesuatu program dijalankan seperti Program Maulidur Rasul, Program Korban dan aktiviti-aktiviti Ramadan.

5.3

6.0

MENAIKTARAF SURAU KE MASJID 6.1 Bagi tujuan permohonan menaikkan taraf surau ke masjid, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan pihak Jabatan Agama Johor : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Pelan tanah dan status tanah yang telah diwartakan. Banci bilangan penduduk Islam yang layak solat Jumaat. Cabutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Surau At-Taqwa mengenai persetujuan menaikkan taraf surau ke masjid. Pelan bangunan sedia ada. Pelan kedudukan tapak surau. Maklumat kemudahan awam yang disediakan di surau. Sokongan ahli jawatankuasa masjid yang berhampiran. Jarak diantara surau dengan masjid yang berhampiran. Sokongan wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung. Senarai ahli jawatankuasa surau sedia ada. Senarai imam, bilal dan noja sedia ada. 7

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID 7.0 KESIMPULAN

Pihak Jabatan Agama Johor dimohon untuk mempertimbangkan dan memperakukan permohonan kebenaran menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.

You might also like