You are on page 1of 17

KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

Segala puji bagi Allah yang memerintahkan kita supaya berzikir dan
berdoa. Dan dijanjikanNya kepada orang yang berzikir akan mendapat
ketenangan dan kelapangan. Selawat dan salam diucapkan ke atas
junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w. seafdhal rasul dan penghulu para
nabi. Dan ke atas keluarga dan sahabatnya serta pengikut mereka
sekelian dengan kebaikan hingga ke hari pembalasan.

Waba’du.

Maka inilah sebuah risalah kecil dan ringkas berhubung dengan doa
dan zikir khusus bagi para pelajar untuk dijadikan wirid yang mana
kandungannya saya telah petik dari ilmu-limu yang disampaikan oleh
beberapa orang ulama’ dan orang salihin dan yang saya petik dari
beberapa buah kitab yang mashyur.

Di antara mereka yang telah mengajar dan menasihati saya secara


langsung mengenai wirid-wirid yang dicatitkan adalah: Al Marhum Al
Habib Harun Bin Abdullah Bin Shahab (Imam Masjid Wak Tanjong), Al
Marhum Al Habib Abdullah Bin Sheikh As-Sagoff (Innallaaha
ma’asabirin), Al Marhum Al-‘Allaamah Al Ustaz Syed Abdillah Bin
Ahmad Al-Jufri, Al-‘Allamah Al Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad,
Al-‘Allaamah Al Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri (Pemimpin
Rubath Tarim, Hadramaut, Yaman), Al-‘Allaamah Al Habib Umar Bin
Muhammad Bin Salim Bin Hafiz, (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut,
Yaman), Al Habib Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi Hassan, Johor), Al
Habib Thohir Al Hamid (Indonesia), Al Habib Hud Bin Muhammad Al
Bagir Al Attas (Jakarta Timur), Prof. Ustaz Hashim Yahya (Mufti
Selangor), Al Ustaz Tengku Muhammad Fouzy dan Al Ustaz Hanafi Rasul
(Imam Masjid Darul Aman).

Saya juga telah petik nasihat-nasihat yang diwasiatkan oleh beberapa


tokoh ulama. Di antara mereka adalah: Al Habib Muhammad Bin Salem
Al-Attas (Pengasas Masjid Ba’alwi), Al-‘Allaamah As-Syeikh Omar Bin
Abdullah Al-Khatib dan Al Imam Al-‘Allaamah Al Habib Abdullah Bin
Alawi Al-Hadad (Pengasas Ratib Al Hadad).

Mudah-mudahan Allah merahmati dan meninggikan lagi darjat mereka


semua dan memberi kami barakah, cahaya, rahsia dan ilmu mereka
dalam urusan agama, dunia dan akhirat, Amin!

Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat kiranya dimenafaatkan


oleh saudara-saudara yang ingin beramal dengannya semoga saya
mendapat pahala mengumpul dan mengusahakannya. Saya bermohon
kepada Allah agar menerimanya sebagai satu amal yang ikhlas

1
keranaNya dan mendapat sambutan daripada saudara-saudara
sekelian. Semoga Allah mengampuni saya dan kedua ibu-bapa saya,
guru kesayangan kami Al Marhum Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan
kaum Muslimin Muslimat Mu’minin Mu’minat sekelian. Aaameen
Yarabbal-a’alameen.

Sekian, wabillahil hidayah wat-taufiq

Najib Bin Abdul Wahab Khan Surattee


27 Ramadhan 1428H

KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan

“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan
seru sekelian alam. Yang maha pengasih lagi penyayang. Yang memerintah pada hari kemudian.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau kurniakan atas mereka yang mendapat
nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Amin)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz


Ahmad Sonhadji Mohamad)

Sebaik-baiknya dibaca setiap kali ketika hendak memulakan


sesuatu perkara (belajar dan memulakan kertas peperiksaan)

2. SURAH AL BAQARAH, Ayat 164 – Kekuatan Hafalan

2
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera
yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan
dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering) dan Dia
sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan
antara langit dan bumi: sesungguhnya terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi
kaum yang memikirkan.”

Jika diamalkan pada setiap malam, insyaAllah akan mendapat


ingatan yang kuat atas ilmu yang dipelajari dan hafalan yang
sangat baik.

(Ijaza dari Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri, Mudir – Rubat,


Tarim, Hadhramout, Yemen. Ayahanda beliau adalah seorang
ulama yang pernah menjadi guru kepada Habib Muhammad Bin
Salem Al-Attas dan Habib As-Syeikh Omar Al-Khatib)

3. DUA AYAT AKHIR SURAH AL BAQARAH – Penutup Urusan

3
“Rasul ini telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya. Dan orang yang mukminin
juga beriman. Setiap orang dari mereka beriman dengan Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya dan
Rasul-rasulNya. “Kami tidak memperbezakan antara seorang dengan seorang dari Rasul-
rasulNya,“ mereka berkata: “Kami dengar dan kami taati pengampunanMu (yang kami
harapkan) ya Tuhan kami, dan kepadaMulah tempat kembali.“
Allah tidak memberati manusia melainkan sekadar kemampuannya. Baginya pahala dari
kebaikan yang diusahakannya dan atasnya juga dosa dari kejahatan yang dilakukannya. “Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau kira dosa atas kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami beban seperti yang telah Engkau pikulkan atas
mereka yang terdahalu dari kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang
tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan kasihani
kami.Engkaulah pelindung kami. Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.“

Sabda Nabi s.a.w. : Barangsiapa membaca dua ayat yang akhir


dari Surah Al-Baqarah pada malam hari, cukuplah keduanya itu
baginya. (Riwayat Al Bukhari)

“Cukuplah” disini bermaksud cukup sebagai ganti membaca Al


Quran, bangun solat malam, membaca Surah Al-Kahfi dan
Ayatul-Kursi dan pelindung segala gangguan.

4
(Nasihat oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

Digalakkan setiap pelajar membaca ayat-ayat ini setiap malam


sebelum tidur atau selepas solat Isyak. InsyaAllah, jika diamalkan
dengan yakin dan istiqamah akan dicukupkan pelajaran kita
walaupun kita dalam keadaan kekurangan masa untuk
menyelesaikan segala mata pelajaran yang akan diuji.

4. SURAH AL-INSYIRAH – Untuk melapangkan dan


melegakan hati

“Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad). Dan kami buangkan beban
daripadamu. Baban yang memberatkan badanmu. Dan kami tinggikan sebutanmu. Demi
sesungguh di samping ada kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya di samping kesusahan
itu ada kesenangan. Maka apabila engkau telah lapang maka bekerja keraslah. Dan kepada
Tuhanmu hendaklah engkau tujukan permohonan.”

InsyaAllah jika diamalkan setiap hari, akan mendapat


ketenangan, kelapangan, dan keteguhan hati. Segala beban
yang memberatkan hati dan perasaan akan diringankan oleh
Allah.

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz T.M.
Fouzy Jumat)

Sebaik-baiknya dibaca pada rakaat pertama dalam solat sunat


Subuh setiap hari. Pada rakaat kedua, dibaca Surah Al Fiil. Ini
adalah nasihat dari Habib Syeik Omar Al-Khatib yang dipetik dari
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Barang siapa yang
bersembahyang dua rakaat sunnat Subuh dan membaca Surah
Al-Insyirah pada rakaat pertama dan Surah Al Fiil pada rakaat
kedua, maka ia tidak akan kena penyakit pada hari itu.”

5
5. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal
darah. Bacalah! Tuhanmu amat Pemurah. Yang mengajar menulis dengan qalam (pena). Dia
mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

5. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati

Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

(Nasihat dari Habib Muhammad Bin Saleem Al Attas, Habib Abdullah As-sogoff
dan Habib Thohir Al Hamid)

7. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami


Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas
keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

8. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati

6
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-
ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha
Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati
kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

9. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional


yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi
(Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi
wasallaam nabiyan wa rasulla.

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama,


dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w bahawa barangsiapa yang


membaca kalimah tersebut ketika pagi dan petang Allah tetap
meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

Wirid tersebut adalah di antara Wirid Al-Lathif susunan Al-Habib


Abdullah Al-Haddad yang dipetik dari kitab, “Jalan Yang Dekat”,
susunan Habib Tahir Bin Husain Al-Tahir yang diterjemahkan oleh
Syed Abdillah Ahmad Al Jufri.

10. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

7
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-
mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan


para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir
denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat
Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Habib Hud
Bin Muhammad Al Bagir Al Attas)

11. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang


yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

InsyaAllah jika diamalkan selepas solat akan menjadi pakar dan


arif dalam setiap bidang yang anda tuntuti. Ramai orang yang
akan merujuk kepada kamu dalam sesuatu bidang itu.

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

12. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan


lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

Doa ini diajarkan oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dalam
kelas beliau. Doa ini dipetik dari kitab “Nasihat Agama dan
Wasiat Iman” susunan Imam Habib Abdullah Al Hadad dalam Bab
Zikir dan Doa.

13. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS

8
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku


(urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham
pembicaraanku.”

Allah telah mengajarkan doa ini kepada Nabi Musa a.s. ketika
beliau hendak berhujjah kepada Firaun. Ini juga merupakan satu
amalan yang sering dibaca oleh Al ‘Alim Sheikh Ahmad Hoosen
Deedat ketika beliau hendak berhujjah dengan kaum kafirin.
Beliau juga selalu terjemahkan maksud doa ini kepada mereka
supaya mereka faham.

Doa ini telah diijazahkan oleh Al Habib Syed Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi
Hassan, Johor) dan Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz (Mudir
Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman) dan Al Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir
Al Attas sebagai satu wirid untuk pelajar dan kalimah ini juga sering dinasihatkan
oleh Ustaz Syed Abdillah Al Jufri kepada kami untuk diamalkan.

14. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku


kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

15. MUNAJAT UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”


(dibaca 100 X)

(Nasihat dari seorang Habib kepada bapa saya, Abdul Wahab Bin
Abdul Hamid Khan Surattee. Juga telah ijazahkan kepada kami
oleh Ustaz T. M. Fouzy dan Habib Idros Al Jufri, Jakarta)

9
16. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu,


kepakaran yang nyata.

Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang


Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai
Tuhan Yang Nyata”

Zikir ini adalah sebahagian dari wirid susunan Al ‘Alim Syeikh Ahmad Asrory Al
Ishaqy.

17.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH

Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Ijazah oleh Ustaz T. M.. Fouzy Jumat. Ustaz Syed Abdillah Al Jufri
galakkan kami meminta ilham dan hikmah dari Allah setiap kali
kita membaca Al Qur’an)

18. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (“Mental block“)

Ya Haadi, ihdinii.

10
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah
lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan
fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita
akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika tersesat
jalan.

(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib
Samat)

19. WIRID UNTOK PELAJAR

Yaa Aliyu Yaa Kabeer, Yaa Aleemu Yaa Qadeer, Yaa Sami-u Yaa Basheer, Yaa
Latheefu Yaa Khabeer

Wahai Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Kuasa, Yang Maha Mendengar lagi Maha
Melihat, Yang Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui

(Dipetik dari Ratib Al Hadad, susunan Imam Habib Abdullah Al


Hadad)

20. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

Ya Rasyidu – “Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat
belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan
bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan
berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga
akan berjaya.

11
(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib
Samat)

21. WIRID UNTUK PENERANG HATI

Ya Maajidu – Wahai Tuhan Yang Maha Luas Kemuliaan

Barangsiapa yang membaca ‘Ya Maajidu’ 400 kali pada setiap


hari terutama para pelajar, insyaAllah dia akan memperoleh
kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak
mudah lupa. Di samping itu si pelajar tersebut perlu belajar
dengan setekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk
mendapatkan kejayaan.

(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib
Samat)

22. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus
lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia
akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya.

Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri menasihatkan kami untuk membacanya jika
ditimpa kesusahan dan apabila dalam keadaan risau.

12
23. WIRID UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK

Subhanaka laa ilma lana illa maa ‘alamtana innaka antal ‘alimul hakiim

“Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa


yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Wirid ini sebaik-baiknya dibaca ketika sujud akhir dalam solat


sunat Istikharah sebanyak 40 kali (atau sekurang-kurangnya 3
kali). Setelah selesai solat itu sangatlah baik jika disusuli dengan
bacaan doa Istikharah.

Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri telah menasihatkan supaya


diamalkanlah solat Istikharah pada setiap hari supaya kita
dipimpin Allah ketika kita buat pilihan pada bila-bila masa sahaja.

Kalimah ini juga adalah ijazah yang diberikan oleh Habib Hud Bin
Muhammad Al Bagir Al Attas.

24. WIRID UNTUK MENGHIDUPKAN HATI

Ya Hayyu Ya Qayyuum, Ahyil Qulub Tahya, Wahslih Lanal A’mal Fiddiini


Waddunya.

Ya Tuhan Yang Maha Hidup, Ya Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri,


hidupkanlah hati-hati yang Engkau hidupkan dan perbaikilah
kami dalam urusan agama dan dunia.

Wirid ini dibaca selepas solat sunnat Subuh (sebelum solat


fardhu Subuh) sebanyak 18 kali (atau sekurang-kurangnya 3
kali). Ia dibaca disamping wirid-wirid lain pada waktu ini. Dengan

13
mengamalkan wirid tersebut, insyaAllah kamu akan dikurniakan
kecergasan otak dan terang hati, dapat semangat untuk belajar,
tidak menjadi malas atau putus harapan bagi pelajar yang
lemah.

Wirid ini adalah di antara amalan Habib Haroon Bin Shahaab


(yang diamalkan di Masjid Wak Tanjong dahulu) dan Habib
Muhammad Bin Salem Al-Attas (di Masjid Ba’ Alwi). Saya juga
telah merujuk kepada Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri untuk
mendapat nasihat darinya mengenai wirid ini. Alhamdulillah,
beliau telah menasihati saya untuk mengamalkannya.

25. DOA SEBELUM BELAJAR

Allaahummanfa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’uuni warzuqnii


‘ilman yan fa’unii.

Ya Tuhan kami jadikanlah aku berguna bagi masyarakat dengan


ilmu yang Engkau berikan kepadaku, dan ajari aku ilmu
pengetahuan yang berguna untuk diriku.

26. DOA SESUDAH BELAJAR

Rabbanan fa’na bima ‘allamtana rabbi ‘alimnalladzii yanfa’uuna.

Ya Tuhan kami berikanlah kami manfa’at daripada apa yang telah


Engkau ajarkan kepada kami. Ya Tuhan ajarkanlah kami apa yang
berguna untok kami.

Doa ini adalah sebahagian dari doa (yang panjang) yang dibaca
oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri setiap kali beliau tamat
menyampaikan kuliahnya Imam Hanafi Rasul (Masjid Darul

14
Aman) juga menasihatkan supaya diamalkan walaupun hanya
sebahagian dari yang panjang itu.

27. PANDUAN UNTUK BERJAYA

Telah dinasihati kepada saya oleh Ustaz Ahmad Sonhadji


Mohamad dengan katanya:

“Selama dalam hati itu ada Allah, maka kita sentiasa akan
berjaya. Memperbanyakkanlah membaca surah Al Fatehah dan
Doa Penghulu Segala Istighfar” iaitu:

Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta khalaqtani wa ana ’abduka wa ana ’ala
’ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’udzu bika min syarri ma shana’tu abu’u laka
bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi faghfirli fa’innahu la yaghfirudz-dzunuba
illa anta.

Ya Allah, Engkau Tuhan ku tiada Tuhan melainkan Engkau,


Engkau yang menjadikan aku dan aku hamba Mud an tetap atas
janji terhadap Mu. Aku berlindung dengan Mu dari kejahatan
yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat Mu atas ku. Dan aku
mengaku dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya
tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan
Engkau.

(Bacaan ini dinamakan Penghulu segala Istighfar. Barangsiapa


yang membacanya ketika pagi atau petang , lalu ia mati pada
hari itu, jadilah dia ahli syurga – dipetik dari kitab “Doa dan
Wirid” karya Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

28. WIRID HARIAN BAGI PELAJAR (DAN BAGI SETIAP MUSLIM)

15
Istighfar 100 kali

Astaugfirullah
Aku minta ampun kepada Allah

Kalimah Tauhid 100 kali

Laa illa ha illaah


Tiada tuhan melainkan Allah

Selawat kepada Nabi 100 kali

Allahumma shalli ‘ala muhammadin wa ‘ala alii muhammad


Ya Allah sampaikan shalawat atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad

(Nasihat dari Ustaz Hanafi Rasul, Imam Masjid Darul Aman)

29. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU

“Ya Mubdi’u Ya Khaliq” (100 kali setiap hari)

Ijazah oleh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz
(Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman)

16
Wabillahil hidayah wat-taufiq

Disusun oleh
Najib Khan Surattee
27 Ramadhan 1428H

17

You might also like