You are on page 1of 5

Teknik Mengembangkan Isi Karangan Kehendak soalan : LANGKAH soalan langkah/usaha KESAN soalan kesan PUNCA soalan punca

nca FAEDAH soalan kebaikan/kepentingan Isi karangan perlu ada sekurang-kurangnya 5 ayat yang terdiri daripada : Ayat 1 : Ayat isi Ayat 2 : Ayat huraian (mengapa) Ayat 3 : Ayat huraian (bagaimana) Ayat 4 : Ayat contoh atau bukti Ayat 5 : Ayat rumusan Contoh : Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa seperti di Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan di negara ini melalui sistem pendidikan? (STPM 2004) Ayat 1 : Salah satu usaha mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ialah penggunaan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu.

Ayat 2: Usaha itu membolehkan semua bangsa belajar dan bertutur dalam bahasa yang sama dan memudahkan perhubungan sesama kaum dari peringkat awal persekolahan lagi. Ayat 3: Bahasa tersebut dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan, dari sekolah rendah hinggalah di universiti. Ayat 4: Kanak-kanak di sekolah rendah akan dapat berkomunikasi antara mereka, saling berkenalan seterusnya menjadi kawan baik tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Hal ini dapat diperkukuhkan melalui penggunaan satu bahasa pengantar. Ayat 5 : Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa penggunaan bahasa pengantar yang sama dalam sistem pendidikan sangat penting kerana usaha ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

2. Isi Karangan i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana) Contoh perenggan isi Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai. (A) Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan raya. Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Pemandu kenderaan juga terutama pemandu kenderaan berat seperti lori, trak dan bas, biasanya mereka memilih waktu malam untuk memulakan perjalanan.(Bila) Hal ini menyebabkan mereka mudah mengantuk semasa memandu disebabkan suasana malam yang gelap gelita dan sunyi dan akhirnya menyebabkan kemalangan (bagaimana) Sesungguhnya, sikap cuai pengguna jalan raya menjadi punca meningkatnya kes kemalangan di jalan raya.

iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC Isi, Kesan, Huraian, Contoh) Contoh perenggan isi Nyatakan langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk mengekalkan kesihatan badan daripada penyakit berbahaya. Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan banyak peluh. (K) Perkara ini berlaku disebabkan oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C) Melalui aktiviti sukan, kita akan dapat mengekalkan kesihatan sepanjang masa.(penegasan)

Soalan Contoh Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa Rangka Jawapan I -Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara. M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll) P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokumentari) A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah Going Places oleh MAS. K - Kesan ~Menarik kedatangan pelancong/ kedatangan pelancongan bertambah / menaikkan nama Malaysia.

You might also like