You are on page 1of 9

JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang di kehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh digunakan daam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

Lepa simen
Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh di buat secara monolitric iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan

menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Jalur kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada di pakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan kokrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.

Parket
Kemasan parket di buat dengan kepingan kayu beroti. Kayu ini di lekatkan pada kertas selebar 300mm x 300 mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Permukaan parket perlu di asah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sempang, lekar atau lili. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.

Jubin
Banyak jenis jubin boleh di dapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini di perbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubintahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen ataupun bergris pada permukaannya sahaja.

Batu Marmar
Kepingan batu marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tak sebentuk di lekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu di asah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus (No 350) sehingga rata dan licin, kemudian di kemaskan dengan lilin.

Mozek
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas. Pembinaannya di lakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini di isi dengan bancuhan simen dan pasir halus.

Terazo
Terazo di perbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, di bancuh dengan simen dan mukanya di asah sehingga licin dan berkilat. Terazo di gunakan sebagai kemasan lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh di buat dengan cara tuang-di- tempat ataupun tuang dahulu. Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:

Saiz batu marmar sehingga 10mm bancuhan 1:2 Saiz batu marmar sehingga 12mm bancuhan 1:3

Bancuhan air tidak melebihi 25liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah air simen dalam linkungan 0.50 dan penurunannya 25mm. Seperti bancuhan konkrit yang lain, bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas air dibancuhkan. Lantai terazo biasanya digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai untuk bilik air, dapur dan tempat-tempat yang lembab sebab muka terazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah di serang asid atau alkali. Selain lantai-lantai tersebut, kemasan lantai yang lain seperti tikar getah, (linoneum), genting vinil dan permaidani juga di gunakan untuk lantai bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya.

LANTAI GANTUNG
Lantai gantung ialah satu system pembinaan lantai untuk menjauhi kelembapan. Lantai ini biasanya dibina daripada kayu. Pembinaannya di lakukan dengan mendirikan tembok landas di atas tapak konkrit untuk menyokong gelegar lantai kayu. Tembok landas ini hendaklah dibina secara berlubang-lubang supaya aliran penggantian udara di bawah lantai ini boleh berlaku melalui bata berliang yang di tempatkan pada tembok tepi. Perbuatan ini bertujuan mencegah reput kering berlaku pada kayu tutup tiang, gelegar dan papan lantai. Permukaan lantai boleh dikemaskan dengan lilin, sampang, lekar ataupun di lapikkan dengan tikar getah, genting vinil, ambal dan lain-lain lagi. Bahanbahan yang keras seperti jubin, mozek dan terazo tidak sesuai di gunakan.

LANTAI TINGKAT ATAS


Bahagian-bahagian lantai kayu tingkat atas adalah seperti berikut:

Gelegar lantai

-Gelegar ini terdiri daripada kayu 50mm x 125mm. dalamnya gelegar bergantung pada jarak

rentang papan lantai.

lantai.

Ia

berfungsi

menyokong

Gelegar lintang

-Saiz kayu gelegar lintang adalah sama dengan saiz kayu gelegar lantai yang dipasangkan selari

dengan lantai dan sangkut. Gelegar lintang

tembok yang menyokong gelegar tersangkut kepada gelegar

ini di gunakan apabila

sesuatu bukaan seperti sebagainya di perlukan dalam Gelegar Sangkut

tangga, cerobong dan lantai. -Gelegar tambahan yang digunakan untuk menyangkut gelegar lintang.

Gelegar sambut

-Gelegar pendek yang di pasangkan di antara gelegar lintang dengan galang atau tembok

dalam. Papan lantai Kambi -Papan yang di pasangkan di atas gelegar lantai. -Beroti yang dipasangkan di sisi tembok di atas papan mengemas lantai berfungsi menutup dan

hujung papan lantai

Tutup Tiang

-Batang kayu saiz biasanya ialah 100mm x 75mm yang di pasangkan di atas tembok ataupun disangkut pada tembok untuk

menyokong segala Topang Tulang Belut

gelegar lantai -Pemasangan kayu secara tulang belut di antara dua gelegar dengan tujuan mengukuhkan

gelegarTopang pejal

gelegar lantai. -Pemasangan kayu secara lurus antara gelegar bertujuan mengukuhkan gelegar-gelegar

lantai.

You might also like