P. 1
Bahasa Sebagai Alat Perpaduan

Bahasa Sebagai Alat Perpaduan

|Views: 384|Likes:
Published by Skbpe Sekolah

More info:

Published by: Skbpe Sekolah on Oct 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2014

pdf

text

original

Tugasan Zakiah 2011

TUGASAN 2 : BINCANGKAN KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang molek itu budi, Yang indah itu bahasa.

Apakah itu bahasa? Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih luas lagi, rasanya adalah lebih baik, kita mengupas dengan lebih mendalam apa itu bahasa. Merujuk kepada kamus Dewan muka surat 87, bahasa bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang digunapakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Bahasa kebangsaan pula bermaksud bahasa yang digunakan oleh semua penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa loghat.

Mengungkap pantun di atas menunjukkan kepada kita betapa indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Memandangkan orang melayu merupakan penduduk pribumi Malaysia atau yang paling awal bertapak jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia.

1

Tugasan Zakiah 2011

BAHASA PERPADUAN

Melihat kepada segala pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu, tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Secara teorinya, Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi sematamata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita?

Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lainlain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.

2

Tugasan Zakiah 2011 Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah 16. kedudukan bahasa Melayu sedikit terpinggir dimana golongan pendatang ini lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing. Pilihan bahasa kebangsaan. Bahasalah yang menjadi teras dan merupakan isu utama dalam pembinaan negara ini. Antaranya adalah: i. Namun dengan kedatangan pendatang dari luar khususnya dari India dan China. Di bawah pentadbiran Inggeris. Inggeris telah megamalkan dasar pecah dan perintah dan membenarkan wujudnya empat buah sistem pendidikan yang berasingan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi geografi.8 juta. dasar yang dibentuk itu hendaklah dapat mengekalkan ketiga-tiga identiti kaum di negara ini dan pada masa yang sama dapat pula menyatukan mereka menjadi sebuah bangsa dalam sebuah negara. Pendeknya. Semenjak itu negara terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cuba menyelesaikan banyak isu rumit yang timbul berkaitan tentang bahasa. 3 . Penduduk Malaya betul-betul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang lalu. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA Sebenarnya bahasa Melayu sudah memainkan peranan yang amat penting lagi pada zaman Kesultanan Melaka dimana pada waktu itu semua urusan perdagangan dilakukan dalam bahasa Melayu. ekonomi dan sosialnya. Oleh yang demikian. Sewaktu Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. tugas utama kerajaan semasa dan selepas mencapai kemerdekaan adalah menyatukan penduduk daripada berlainan kaum etnik ini dalam membina negara baru. pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara. Keadaan ini kemudiannya telah mempengaruhi tujuan.

Kedudukan bahasa-bahasa minoriti.... Laporan Cheeseman 1946 Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. “ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu . 4 . Tidak ada satu bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar. Lantas Cheeseman melaporkan . v. seorang pendidik veteran Inggeris. ii. Bahasa untuk pendidikan. Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Bahasa untuk perhubungan dengan masyarakat luar. iii.Tugasan Zakiah 2011 ii. sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Hasil pemerhatian itu.. mengandungi . Beliau berusaha membina semula sistem pendidikan yang wujud sebelum perang dulu dan ini tercatat dalam Laporan Cheeseman (1946). Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan golongan pendatang sukar ditentukan dan masalah ini mula meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap di Tanah Melayu.. iv.. Penyatuan negara melalui satu bahasa. Beliau juga telah membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Apabila kerajaan Inggeris kembali ke Malaya selepas Perang Dunia Kedua. beliau mendapati : i.

maka sistem pendidikan perlu diselaraskan. iv. Untuk itu. beberapa jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan dan diantaranya ialah Penyata Barnes. Masyarakat bumiputera khususnya Melayu agak mundur kebelakang. beliau telah dapat melihat tiga isu penting yang mempengaruhi pola pendidikan dan penduduk di Tanah Melayu iaitu betapa mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada Ogos 1950 dan dipengerusi oleh L. Masyarakat pendatang terutamanya dari China lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina dan bekalan buku-buku teks sekolah terus dari negara Cina pada masa itu telah memperkukuh lagi kecenderungan ini. Sebagai kesimpulannya melalui Laporan Cheeseman ini.Tugasan Zakiah 2011 iii. masalah penyatuan kelompokkelompok etnik dan masalah bahasa pengantar yang digunakan. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan kaum Melayu patut 5 . 1946 160). Ini kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot bidang ekonomi yang lumayan di Semenanjung manakala orang Melayu pula terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman. Laporan Barnes 1950 Selepas Laporan Cheesman.J Barnes yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang sistem pendidikan di Tanah Melayu. Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Kerajaan Inggeris mula sedar bahawa untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja. Pada peringkat darjah tiga. sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951). v.Tugasan Zakiah 2011 dibantu ". iii. ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut: i.. 6 . ii. Sekolah Kebangsaan dibuka kepada semua kanak-kanak pelbagai kaum dan diajar oleh guru daripada pelbagai kaum. iv.... Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak serius terhadap penyatuan bangsa melalui bahasa. Selain daripada cirinya yang multietnik itu. bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu. iaitu Sekolah Kebangsaan.. ".. dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun . Sekolah kebangsaan ini menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950). untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu . Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah. Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. atau sekolah Melayu.. Dengan itu.. Sekolah Vernakular yang mengutamakan pelajaran mengikut kaum digantikan dengan satu jenis sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun.

Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun. mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah. tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi. jika setiap kaum etnik Cina. Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina.. guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan." Walau bagaimanapun. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget.." (Fenn-Wu 1951). India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951). jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah. 18 Nov. Laporan Fenn-Wu 1951 Tentangan yang diterima terhadap asal-usul yang dikemukakan oleh Penyata Barnes yang telah membawa kepada terbentuknya Jawatankuasa Fenn-Wu pada tahun 1951 bagi mengkaji kedudukan sekolah-sekolah Cina. Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya dan ketaatannya terletak di luar Malaya. dan masuk ke sekolah Melayu. mereka menyatakan :"Bahasa Cina. Inggeris. Melayu dan Tamil 7 . yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya .Tugasan Zakiah 2011 Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya. tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya. Isu ini menjadi hangat dibahaskan dalam akhbar harian pada masa itu. 1952). Menurut Laporan ini.

Tugasan Zakiah 2011 merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya. pernah dibahaskan untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan.. pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata ".. manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah menubuhkan negara-negara besar di seberang laut... Pada pihak lain pula. tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian. Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak .. Walau bagaimanapun jelas.. tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan. Dan "telah pernah dihujahkan bahawa penyatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya. iaitu ". Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum. Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu. Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia ". Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah.. dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu. 8 . Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu." (Fenn-Wu 1951). Ini jelas dalam ayat berikut. maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan untuk menimbulkan penyatuan rakyat Malaya"(Fenn-Wu 1951). Mulai tahun ketiga.. dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya dan di dunia. Laporan jawatankuasa itu. ekonomi dan politik. Pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina.

Penubuhan dua jenis sistem persekolahan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.. ii.Laporan ini kemudiannya ditolak oleh UMNO kerana menganggapnya tidak menguntungkan orang-orang Melayu... Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara. iii. Mereka berkata ".. bukan daripada iktibar sejarah. satu Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Penyata Barnes dan Laporan Fenn-Wu. bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan . dan pada tahun kelima.. mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951).." Malah jawatankuasa itu memberi amaran ". Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya.. tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya... Ordinan Pelajaran 1952 Pada bulan September 1951.." (Fenn-Wu 1951). Sekolah kebangsaan untuk semua kaum seperti yang dicadangkan oleh Barnes akan dilaksanakan 9 .. bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu.Tugasan Zakiah 2011 bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan . Kemudahan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid yang ingin belajar bahasa tersebut.. Jawatankuasa ini kemudiannya telah mengesyorkan perkara-perkara berikut : i. perpecahan . Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari..

Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956).Tugasan Zakiah 2011 Semua syor yang dikemukakan telah diterima oleh kerajaan dan telah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Melayu. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan. Namun. 10 . jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan bagi mewujudkan pandangan yang serupa. Laporan Razak 1956 Jawatankuasa Razak diwujudkan pada 30 September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Jawatankuasa ini meletakkan bahasa sebagai asas sistem pendidikan Malaysia. dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris. ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masalah kewangan dan politik terganggu akibat peristiharan darurat di Tanah Melayu. Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Kedua.

mereka berpendapat bahawa kedudukan Bahasa Cina akan terabai kerana tumpuan lebih terarah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. 1956). bilik darjah. 18.Tugasan Zakiah 2011 Pelaksanaan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget. Okt. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri. buku teks. Kanak-kanak masih dibenarkan ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya dan ini menjadikan sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangan yang timbul seperti keperluan guru-guru terlatih. Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembangan pendidikan kebangsaan seterusnya. Bagi masyarakat Cina pula. 11 . KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 bukan sahaja ditentang oleh orang bukan Melayu malah orang Melayu sendiri juga turut melahirkan penentangan mereka. Bagi guru-guru Melayu. mereka tidak berpuashati kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan Bahasa Melayu. Hakikat bahawa kanak-kanak yang belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun. Laporan itu memperakukan ". Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Taib selaku Menteri Pendidikan ketika itu. pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama. "Adalah tidak sejajar dengan dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara. satu jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan untuk mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak kearah mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan.. Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman 1961). 12 .. keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini. Jawatankuasa itu cepat menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini. Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama perlulah diwujudkan. tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961). Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan kebangsaan.Tugasan Zakiah 2011 Laporan Rahman Talib 1960 Pada tahun 1959.

dan hasilnya agak menggalakkan. Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu. dan seramai 5. ekonomi dan politik . Namun.600 guru dapat dilatih semula. Inggeris. mulai tahun 1968.Tugasan Zakiah 2011 Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971 Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan negara.. Dengan itu. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya. sosial. pada tahun 1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua. kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks. Sebagai persiapan lanjut seramai 10. bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan. Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat mengajar dalam bahasa Melayu.500 orang guru sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979. Semenjak Penyata Razak 1956 diterima.. Cina dan Tamil. Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara. Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973. yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971). Oleh sebab itu. Pendidikan menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula 13 .

lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam bahasa Melayu. Tetapi pendidikan menengah yang masih meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan wujud. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga dalam hal ehwal antarabangsa" (Hussein Onn 1971). Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah. dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah. Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat. tetapi tanpa biaya kerajaan. taraf bahasa Inggeris. Seni dan Kerja Tangan. Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan.Tugasan Zakiah 2011 pada tahun 1967. Matematik dan Sains.000 orang pelajar dan bilangan ini semakin bertambah (Stedman 1986:28). Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara. Mungkin ramai yang memikirkan bahawa pendidikan Cina dan Tamil perlu dihapuskan. Pengajian Tempatan dan Muzik. pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu. Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik dicapai. melainkan bahasa Inggeris. iaitu. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar pendidikan negara. Geografi. seperti Pendidikan Jasmani. masih terdapat enam puluh buah sekolah menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45. Sebenarnya penguasaan 14 . Menurut Stedman. Pada masa ini. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan.

Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan 1956 dan 1960. untuk membolehkan murid-murid itu menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.Mahathir. Sebelum mencapai kemerdekaan. bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi semua aliran. Laporan Kabinet (Mahathir) 1985 Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya. "pertama. 1985). Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet . 15 . pembelajaran bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan. Oleh sebab itu. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua. universiti-universiti di Malaysia memperkemas matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu. dan kedua untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan Kabinet . kolej dan politeknik. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan.Tugasan Zakiah 2011 bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti. "Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu. Pada masa ini taraf dan fungsinya berubah.Mahathir 1985). Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa. dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar. tetapi mempunyai bahasa pengantar yang berlainan. Mandarin dan Tamil. satu masa selama tiga puluh 16 . dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum. kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang mungkin diharapkan. Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa. Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Agak sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. Semangat tolak ansurdan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang dipatuhi oleh negara. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang samadengan matlamat kebangsaan yang sama. dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama dalam laporan-laporan berikut. Walau bagaimanapun. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Ini memberi pilihan yang seluas-luasnya. Melayu. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan. iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masingmasing. Dengan ini.Tugasan Zakiah 2011 MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga jenis sekolah masih wujud diMalaysia.

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. 17 . menengah dan juga pengajian tinggi.Tugasan Zakiah 2011 tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan sistem pendidikan dwibahasa yang kita mahukan.” Berpandukan kepada FPN dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan individu secara menyeluruh akan dapat menyumbang kepada wujudnya perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Kita tidak lagi perlu mengajar satu bahasa asing untuk membolehkan anak-anak kita mendapat pendidikan. berdisplin serta terlatih maka kerajaan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Oleh sebab itu Malaysia. berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara…. rohani. Menurut FPN “.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Selaras dengan hasrat dan cita-cita untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.. pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari sekolah rendah.

bahasa Melayu. namun demikian masalah yang dialami mereka agak sama dengan negara kita. Dengan itu. Walaupun sistem pendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan tetapi hanya pendidikan rendah yang dibiayai oleh kerajaan. mereka masih lagi boleh berbuat demikian dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau ke seberang laut. Kalau mereka ingin meneruskan pengajian anaknya dalam bahasa yang sama. Walaupun dasar ini tidak dapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan system pendidikan kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negara jiran. Pendidikan menengah dan tinggi dalam bahasa Mandarin dan Inggeris walaupun tidak dihalang tetapi kerajaan tidak membiayainya. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Jadi tindakan yang dilakukan oleh negara jiran dalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin juga kita perhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar serta keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita. tetapi ternyata dasar pendidikan 18 . para ibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut bahasa ibunda masing-masing. Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Memanglah perlu bagi Malaysia mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaannya.Tugasan Zakiah 2011 MASA DEPAN BAHASA MELAYU Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang mempunyai komposisi penduduk yang berlainan. Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalam hal ini untuk menerima dan melayani permintaan rakyatnya yang berbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang berlainan di dalam suatu kerangka dasar pendidikan negara. Inggeris. Dari sebuah sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar.

Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. malah sesetengah pihak menganggapnya sebagai kelemahan. Singapura pula meningkatkan sekolah Inggeris dengan berbagai-bagai kemudahan dan kelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak menarik dan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara. Thailand meningkatkan sekolah kebangsaan mereka dan tidak menggalakkan sekolah Cina dan Melayu. Malaysia masih menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya walaupun kejayaan dalam pelaksanaan bahasa Melayu semakin jelas. adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu. Indonesia mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa negara tidak timbul lagi. sehinggakan sekolahsekolah Cina tidak lagi menjadi isu. Dalam hal ini Malaysia masih terus kekal dengan sistem pelbagai bahasanya samada secara rasmi atau tidak.Tugasan Zakiah 2011 negara kita agak liberal walaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia ini menganggapnya terlalu keras. Negaranegara Asia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka. Mengapakah Bahasa Melayu Perlu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. 19 . Keliberalan dasar pendidikan negara. Filipina tidak menganggap sekolah-sekolah Cina sebagai suatu saingan kerana bilangann golongan ini yang kecil serta penekanan yang berlebihan diberi kepada bahasa Inggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina.

Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa. 20 .Tugasan Zakiah 2011 Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka. para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi.

Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini. dalam buku teks. Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid. Selain itu. FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. 21 . namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu.Tugasan Zakiah 2011 Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. 22 . Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. pendidikan. Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinasour yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskrit. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi.Tugasan Zakiah 2011 Dunia semakin berkembang. perbankan. undang-undang. komputer dan internet.kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi.

Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan telah melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa ANCAMAN KEPADA BAHASA MELAYU Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. 23 . Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. mel elektronik dan chating. Sejak itu banyak kegiatan perbahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. mms.Tugasan Zakiah 2011 Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa.

menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS. iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia. 24 . Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa. Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa.Tugasan Zakiah 2011 Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kuala lumpur: Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2011 ). Asia Selatan & Asia Timur 1800 1963. Seri Lanang Jaya H Rohani. Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa. Malaysia Kita. Kenegaraan Malaysia. 25 . STPM Sejarah Malaysia. 2. STPM Sejarah Asia Negara. 3. (2006). 7. Nazaruddin Hj. Mohd Ali & rakan-rakan. Bhd. (INTAN). T. (2005). 5. I. Selangor : Prentice Hall.Bhd. Ruslan Zainuddin & rakan-rakan. (2005). 4. Norizan Yusof. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. OUM Malaysian Studies.Zulhilmi bin Paidi & rakan-rakan. 6. Shah Alam : Federal Publications Sdn.Bhd. (2005).Shah Alam : Federal Publications Sdn. Norizan Yusof. Hasnah Husslin & Dr. (1991).Tugasan Zakiah 2011 Bibliografi Buku rujukan: 1. Selangor: Prentice Hall. Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan.Selangor:Prentice Hall. ( 2009).

bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu. teknologi dan sebagainya. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional. bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. perdagangan dan lain-lain. daripada orang Melayu sendiri. 21 Mac 2007 Halaman Tiga Bahasa penjana minda BICARAKARYAWAN B ahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia. pendidikan. nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai ‘bahasa simbolik’ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara. bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri. jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu. bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak. di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. perniagaan dan teknologi negara. Ini bererti bahawa bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. yakni. Tetapi di Malaysia nampaknya. pertama. pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. bahasa Melayu yang betul. dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial. bahasa Indonesia (bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. misalnya dalam bidang ekonomi. politik dan budaya. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain di Malaysia atau di rantau ini. Sebagai contoh. tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja tetapi lebih penting lagi. kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. bukan baru sekarang. atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Kedua. 26 . Tetapi di Indonesia. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu tinggi. tetapi peranannya hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan. Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara. Kegunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi. di peringkat negara. Anggapan ini tidak benar. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah. Misalnya. terutama yang dikuasai sektor swasta. tetapi hanya sebagai ‘lambang negara’ atau sebagai ‘alat perpaduan bangsa atau etnik’.Tugasan Zakiah 2011 BERITA HARIAN Rabu. misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya) membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Perubahan taraf ini (seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini. Sebagaimana yang kita tahu. Antaranya. fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. ia diberikan fungsi dan nilai baharu. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas ini tidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia. yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini.

nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk ‘menyatupadukan’ penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia.Tugasan Zakiah 2011 Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu. Setakat hari ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu Hakcipta Abd Bashid Harun 27 . Kesimpulannya. maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->