You are on page 1of 2

Morfologi adalah satu bidang ilmu yang menjadikan struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai kajiannya.

Terdapat ramai tokoh-tokoh yang mengkaji cara pembentukan kata dan melihat proses yang terlibat pada setiap perkataan. Mereka percaya semua ayat atau perkataan terbina daripada unsur-unsur tersendiri dan boleh di kaji dan di pelajari. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsurunsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Selain itu, ahli bahasa lain juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): Morfologi ialah kajian

tentangpembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk: infleksi (pengimbuhan), terbitan, pemajmukan Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): pula menyatakan Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993):

Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya

wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetunkan perkataan melibatkan pengimbuhan.

You might also like