You are on page 1of 2

Rujukan: http://www.scribd.

com/doc/50673026/intonasi-p-point Maksud Intonasi: Intonasi ialah pola turun naik kelangsingan atau melodi dalam ujaran (Kamus Linguistik 1997). Intonasi ialah nada suara yang turun naik/tinggi rendah apabila bercakap dan berdasarkan jenis/bentuk ayat BM, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah,ayat songsang, ayat pasif. Intonasi dalam ayat: Intonasi ialah nada turun naik suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara kita jarang mendatar tetapi sebaliknya berbezabeza, adakala nyameninggi dan rendah. Satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi sewaktu bercakap. Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian -bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam beberapa bahasa yang kita ketahui misalnya bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal demikian tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan.

Peranan Intonasi: Intonasi mempunyai fungsi lain seperti:

Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan,kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian,ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.

Fungsi struktur informasi: Untuk memberikansesuatu yang baru berbanding dengan yang telahdimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitudengan menekankan kata yang membawa maknatersebut.

Fungsi psikologis: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan..

Fungsi indexical: Untuk menandai identitiseseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Selain itu, ada beberapa fungsi lain dalam intonasi. Antaranya ialah: Fungsi emosi- pelbagai makna sikap seperti gembira, bosan, marah, terkejut, takut. Fungsi gramatis- menandakan kontras dari segi nahu terhadap sesuatu ujaran sama ada klausa atau ayat berupa pertanyaan, penyataan, positif/negatif. Fungsi strukur informasi menandakan sesuatu yang baru berbanding dimaklumidalam makna sesuatu ujaran iaitu menekankankata yang membawa makna tersebut

You might also like