P. 1
Sukan Negara

Sukan Negara

|Views: 210|Likes:
Published by Aaron K. Abraham

More info:

Published by: Aaron K. Abraham on Oct 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/25/2015

pdf

text

original

Peta Minda

Pendahuluan

Faktor Kemerosotan

Rujukan

http://prauniversiti6.blogspot.com

Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga.Pendahuluan Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini. seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara. renang. dan sebagainya. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya. olahraga.com .blogspot. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia. http://prauniversiti6.

negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya.Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain. Tambahan pula. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Malah. konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguhsungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Jelaslah. Maka.Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini.blogspot. terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.Faktor-Faktor Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak. Sesungguhnya. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Justeru. hoki dan badminton. mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara. Kita tidak http://prauniversiti6. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.com .

Bagaimanapun hari ini. bola keranjang. Arumugam dan M. V.Untuk rekod. Beliau juga masih memegang rekod kebangsaan bagi acara itu (20. Vietnam atau Laos.92 saat yang dicatatnya di Mexico pada 1968). terus menjadi penanda aras bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan dalam acara trek dan padang. Mokhtar Dahari. Montreal 1976). Tokyo 1964 dan Mexico 1968).membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis. peserta Olimpik sebanyak tiga kali. Datuk Dr Mani Jegathesan (Rome 1960. Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan kehadiran Arthur Koh. Munich 1972. kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula. dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico 1968. Ghani Minhat. Soh Chin Aun.Dua jaguh tersebut masing-masing telah mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut. Dalam acara bola sepak. dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga http://prauniversiti6. manakala kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan Mexico). malah gagal memenangi pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan. kita bukan saja tidak diendahkan oleh Myanmar.blogspot. Sesungguhnya. yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor". Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada jaguh yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam pentadbiran sukan di Malaysia.Chandran. badminton.com . Dalam bidang olahraga.

blogspot. rakyat Malaysia menyaksikan kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan bertaraf dunia di merata tempat serta pengaliran dana yang tidak putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam memajukan bidang berkenaan. gimnastik. antaranya kekurangan padang permainan atau kemudahan untuk orang ramai bersukan. bola sepak. kini hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu.Di samping itu. set minda yang tidak betul.hoki. badminton dan boling . beberapa masalah lama mungkin terlepas pandang. Kita gagal melayakkan diri bagi menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou. terdapat kira-kira 10 padang permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda http://prauniversiti6. Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat dalam bidang sukan. lapan sukan teras dikenal pasti . skuasy.keempat pada kejohanan Piala Dunia 1975. dengan barisan namanama hebat seperti Sri Shanmuganathan. akuatik. ketiadaan program pembangunan di peringkat akar umbi. Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu. Contohnya. tiada kekuatan mental dan sebagainya.com . olahraga. Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion ringgit yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama ini hanya merupakan pembaziran semata-mata. satu dekad lepas. Ho Koh Chye dan M. Mahendran.yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya. China dan yang menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan pasukan yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

" Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak terletak di bahu persatuan. tenis dan olahraga.com . Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak.Najib yang mengetuai jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang pencapaian Malaysia dan Ghana. apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh semua pihak di negara ini." katanya.dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain. hari ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di Malaysia kembali maju.Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah dan antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan. Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Kebangsaan sahaja. Sepatutnya. bola jaring. Majlis Olimpik Malaysia. Tetapi. ia sepi daripada kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957. Dua padang di bekas tapak Kelab KTM di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada projek pembangunan."Kanak-kanak mesti digalakkan menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil lagi. turut menyumbang kepada kemerosotan pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini. begitu juga padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya terletak bersebelahan terminal bas Puduraya. Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada. perubahan set minda perlu dilakukan.blogspot. http://prauniversiti6.

"Kita jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar membeli tanah semasa pasaran hartanah murah dan menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank tanah bagi membina sekolah baru yang lengkap dengan padang permainan memandangkan ada sekolah yang tidak lagi mempunyai padang. Untuk berlaku adil kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). kecuali sukan. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan guru bahawa anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai acara sukan sepanjang tahun." kata Najib.com . Beliau http://prauniversiti6. semakin lenyap akibat pembangunan.blogspot. kerana Ghana telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia. yang sekaligus menyebabkan kanakkanak tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Siva Subramaniam berkata padang permainan di sekolah. terutama di bandar raya. Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui pertandingan di peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa akademi bola sepak yang diusahakan oleh negeri. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk N. punca kemerosotan pencapaian negara dalam sukan itu tidak sepatutnya diletakkan pada bahunya semata-mata kerana jentera yang diberi tanggungjawab bagi melahirkan pemain berkaliber telah berhenti daripada beroperasi. banyak menyumbang kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili negeri masing-masing atau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh pemain kebangsaan pada masa akan datang.

berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan itu memandang serius mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah dalam menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. http://prauniversiti6. "Ada sekolah yang menumpukan aktiviti kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi memberi tumpuan pada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata pelajaran lain.com .blogspot.

misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. perahu sudah ada di tangan”. semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan. “Majulah sukan untuk negara!” http://prauniversiti6. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa.blogspot. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun. terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negaranegara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak.com .Penutup Konklusinya. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu.

http://prauniversiti6.com. http://www.erdonny. http://www.utusan.blogspot.google.wordpress.blogspot.com/ 4.com/ 5. http://members.edu. http://books.scribd. http://pjk.my/ 1.my/ 7. http://www.ipti.tripod.com/~nita_73/ 9.com/ 8.my/nota/Psikologi%20Sukan. http://mazlan66.com.http://mindasasterabahasa. http://etuisyen.com/ 3.com/ 2.doc 6.com .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->