P. 1
Teks Ucapan NILAM 2

Teks Ucapan NILAM 2

|Views: 892|Likes:
Published by DeeDee Dinie

More info:

Published by: DeeDee Dinie on Oct 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2014

pdf

text

original

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UCAPAN ALU-ALUAN Y. BHG. DATIN DR. SITI ZALEHA BINTI ABDULLAH SANI PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sempena MAJLIS ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN TAHUN 2009

14 Julai 2009 Auditorium BTP, KL

dapat kita bersama-sama di majlis yang penuh bermakna ini. Setiausaha-setiausaha Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua-ketua Sektor BTP dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Saudara / Saudari Pengacara Majlis Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Panel Hakim . Alhamdulillah. 2 .BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan Salam Sejahtera. tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian. saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA.

puan-puan dan muridmurid yang dikasihi sekalian. Tan Sri. Anugerah NILAM Kebangsaan diadakan bertujuan memberi insentif pengiktirafan kepada murid yang terlibat secara aktif dalam aktiviti pembacaan melalui program NILAM. murid-murid yang dikasihi. saya ingin merakamkan ucapan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja majlis ini kerana telah memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Tan Sri KPPM . kerana sudi melapangkan masa untuk sama-sama menyerikan NILAM sebagai pada tahun ini. Anugerah ini merupakan 3 . Saya turut mengalu-alukan kehadiran Y. Dato-dato.Terlebih dahulu. kehadiran Y. Datin-datin. Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis pada hari ini. turut dialu-alukan. Bhg. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Majlis Anugerah Sesungguhnya. Tan Sri khususnya di dalam usaha inspirasi kepada kami semua mengimarakkan lagi budaya membaca. Y. Bhg. Bhg. tuan-tuan.

Emas dan akhir sekali NILAM. Yang lainnya seperti 4 . murid yang melepasi tahap ini diuji pula dari segi ketrampilan diri masing-masing. Tokoh NILAM yang terkenal seperti Nur Amalina kini menuntut di UK. Tabiat suka membaca dalam kalangan murid sepatutnya tidak berhenti di sekolah. telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Penerima Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan bagi tahun-tahun lepas. Perak . Ini adalah kerana program ini bukan setakat untuk mengumpul bilangan buku yang dibaca tetapi juga mengkaji sejauh mana impak terhadap pelaksanaan program NILAM.pengiktirafan tertinggi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membina tabiat membaca dan melahirkan role model dalam bidang pembacaan. Bermula dengan pengiktirafan di peringkat sekolah dengan Gangsa. program ini diharap dapat menampilkan murid yang minat membaca. Lembah Beringin sebelum berangkat ke luar negara. tetapi haruslah terus dipupuk agar budaya membaca wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. manakala Azali Azlan pula berada di Yayasan UEM. berketrampilan dan mempunyai sikap kepimpinan. Anugerah NILAM yang diadakan setiap tahun telah berjaya melahirkan tokoh murid yang boleh dijadikan ikon ke arah terbinanya tabiat membaca dalam kalangan murid. Sehubungan itu.

Selamat bertemu kembali adik Bessima. USA. dan Aiysvariyah a/p Rajendradram. tuan-tuan. puan-puan dan muridmurid yang dkasihi sekalian. kerana bersama-sama kita pada majlis ini ialah adik Bessima bt Jamal Dargham. Adik Bessima mendapat 14A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu dan kini sedang menuntut di Kolej MARA di Banting sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom. sekolah menengah di bandar dan luar bandar. Tokoh NILAM 2006 sedang menuntut di UKM.Syed Nabil Shahbudin Tokoh NILAM tahun 2005 berada di University of Michigan. Kategori pemenang Anugerah NILAM yang dipertandingkan pada tahun ini ialah seperti berikut :- 5 . Y. Mereka terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Bhg. Dato-dato. Datin-datin. Calon-calon Anugerah NILAM yang berada dalam majlis ini merupakan jaguh-jaguh membaca peringkat negeri masing-masing. Tan Sri. yang merupakan Tokoh NILAM Kebangsaan 2008 bagi Kategori Sekolah Menengah. Mudah-mudah kehadiran anda hari ini dapat memberi inspirasi kepada adik-adik yang lain untuk terus mengejar kejayaan. Pada hari ini kita berasa bertuah.

pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200.Sekolah Rendah Bandar .00.Sekolah Rendah Pendalaman Sebagai insentif kepada usaha gigih dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh murid-murid sekalian.Sekolah Menengah Bandar ..Sekolah Menengah Luar Bandar dan . Manakala. . Jawatankuasa Induk Anugerah NILAM Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan nilai hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori :. . sijil serta bahan bacaan.00. Manakala. 6 .Pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai sebanyak RM 300. sijil serta bahan bacaan.Sekolah Rendah Luar Bandar . trofi.00.Bagi Sekolah Rendah.iaitu .Bagi Sekolah Menengah pula. sijil serta bahan bacaan. sijil serta bahan bacaan dan akhir sekali .Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM 500.00. trofi. trofi. pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300. trofi.

Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM 700.. . Seperti tahuntahun yang lalu. Kesemua calon Tokoh NILAM yang mewakili negeri masing-masing dari seluruh pelosok tanah air telah dinilai di peringkat akhir. Hadirin sekalian.Pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai sebanyak RM 500. Tokoh NILAM.00 (bagi sekolah menengah) dan RM700. trofi. yang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 1.00.00 (bagi sekolah rendah) berserta trofi dan sijil.Di antara pemenang-pemenang ini pula akan dinobatkan hanya seorang dari mereka dalam kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. 7 .00. Kuala Lumpur. sijil serta bahan bacaan. Program ini diadakan serentak dengan Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengunjungi gerai-gerai buku yang menghidangkan bahan bacaan yang bermutu. trofi. sijil serta bahan bacaan dan akhir sekali .000. proses penilaian diadakan bersama dengan Program Khemah Membaca dari 20 hingga 24 April bertempat di Hotel PUTRA.

Penilaian dijalankan dengan khidmat kepakaran panel hakim professional dalam bidang pembacaan dari Institut Perguruan.Bagi memilih tokoh terbaik dalam kalangan yang terbaik. Khemah Membaca merupakan aktiviti dwitahunan. Y. Datin-datin. calon Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan telah dinilai secara lisan dan bertulis. Bahagian Teknologi Pendidikan selaku pengelola dalam program Galakan Membaca. Bertemakan “ Generasi Membaca Era Digital”. tuan-tuan. Calon dinilai dari segi kemahiran dan kebolehan menjawab soalan berdasarkan teks dan isu-isu semasa melalui ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada pembacaan mereka yang meluas. Institut Pengajian Tinggi Awam dan Perpustakaan Negara Malaysia. Bhg. telah merancang pelbagai aktiviti yang menjurus kepada hasrat membina modal insan yang cemerlang. berselang tahun dengan program Kem Penulis Muda merupakan program yang dapat melahirkan individu membaca yang boleh mengaplikasikan teknik-teknik bacaan secara optimum serta dapat melatih peserta dalam peningkatan 8 . puan-puan dan muridmurid yang dikasihi sekalian. Tan Sri. Dato-dato.

pihak Hotel PUTRA KL. daerah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada urus setia program dan pihak-pihak yang terlibat menjayakan kelangsungan Majlis Anugerah NILAM. menggerak. Semua pihak termasuk pihak badan bukan kerajaan. swasta. Pengetua. Pusat Kegiatan Guru. negeri dan seterusnya kebangsaan.kapasiti dan kualiti pembacaan untuk mencerap maklumat dengan lebih berkesan. melaksanakan dan memastikan program NILAM ini berjaya di semua peringkat – bermula di peringkat sekolah. 9 . Kampung Buku Melaka. Pejabar Pelajaran Daerah. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah serta penghargaan kepada seluruh JK Induk Gerakan Tabiat Membaca di peringkat negeri dan kebangsaan yang telah berusaha merancang. Tidak ketinggalan kepada semua jawatankuasa penggerak di pelbagai peringkat – Guru Besar. komuniti dan PIBG diharap akan terus memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam memastikan NILAM terus berjaya. terima kasih daripada kami dan semoga kerjasama yang erat ini akan berterusan demi menyuburkan budaya membaca dalam kalangan murid. Kepada pihak pengurusan Scholastic (Malaysia) Sdn Bhd.

10 . Akhir kata. Bhg. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan menzahirkan kejayaan cemerlang. Terima kasih. saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah NILAM yang akan diumumkan sebentar lagi. Adalah menjadi harapan kita semua agar pemenang-pemenang terutama Tokoh NILAM pada hari ini akan terus menampilkan dan mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti dan menjadi ikon kepada murid lain.Jabatan Pelajaran Negeri. Tan Sri KPPM yang sudi hadir dan seterusnya menyampaikan Anugerah NILAM Kebangsaan Tahun 2009 sebentar nanti. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan semua Bahagian di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekali lagi saya bagi pihak JK Majlis Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 mengucapkan terima kasih kepada Y.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->