You are on page 1of 7

NAMA:

TAHUN 6:.

KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN 6 (BAIKPULIH DAN PENYELENGGARAAN)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3. 4.

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Tidak dibenarkan meniru, memberi tiru, atau membaca nota. Jangan buka kertas soalan sebelum diberitahu.

5. 6.

SULIT

1. Hendal yang terdapat pada sebuah basikal digunakan untuk : A. mengurangkan dan memberhentikan putaran roda B. mengimbang dan mengukuhkan rim basikal C. mengawal pergerakan ke kiri dank e kanan D. menggerakkan gegancu pemacu 2. Alatan basikal yang digunakan untuk menghubungkan gegancu pemacu dengan gegancu dipacu ialah : A. engkol B. pedal C. rantai D. brek

3. Gambar di atas adalah alatan yang digunakan untuk . dan sekiranya alatan tersebut tidak digunakan, adakah engkol dapat berfungsi dengan baik? : A. memberhentikan putaran roda, engkol tidak akan berfungsi B. memijak bagi mengayuh engkol, engkol tidak akan berfungsi C. menampung udara yang dipam, engkol akan berfungsi D. mengimbang dan mengukuh rim tayar, engkol akan berfungsi 4. Ahmad membawa basikan menuruni cerun bukit. Dia tidak dapat memberhentikan basikalnya dengan baik. Apakah bahagian basikal yang perlu ditukar olehnya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang sama? A. Rantai yang berkarat B. Injap tiub yang bocor C. Nat pengikat yang tertanggal D. Getah pencengkam yang haus 5. Sekiranya tayar basikal telah haus, ia perlu ditukar kerana : A. Tayar ini boleh menyebabkan rim rosak B. Ia boleh menyebabkan basikal terhenti tiba-tiba C. Daya cengkaman akan menhadi kurang dan basikal boleh tergelincir D. Basikal akan menjadi sukar untuk mengayuh dan kemungkinan besar basikal tidak dapat bergerak

6. Alatan tangan yang sesuai digunakan untuk menarik kabel brek pada basikal ialah : A. .

B. .

C. .

D. .

7. Ketika Saiful sedang mengayuh basikal, tiba-tiba syaf roda terkeluar daripada lubangnya. Apakah tindakan yang harus Saiful lakukan bagi menangani masalah ini? A. Menyapu minyak pelincir pada syaf. B. Membuka rim dan memasangkan rim tersebut semula. C. Memasukkan semula syaf dan mematikan ikatan syaf dengan proses kimpalan. D. Mengetuk syaf menggunakan tukul bongkol bulat dan mengikat syaf tersebut menggunakan nat yang sesuai. 8. Apabila kita menukarkan pedal pengayuh, ulir pada skru hendaklah disapukan dengan sedikit : A. gris B. spirit metal C. minyak pelincir D. sabun pembasuh 9. Apakah yang akan terjadi pada tiub basikal jika injap dilonggarkan? A. Udara di dalam tiub akan keluar dan tiub menjadi kempes B. Rim akan bergoyang dan roda akan tertanggal C. Tiub menjadi haus dan tidak boleh digunakan D. Tiub menjadi longgar dan boleh terkeluar daripada rim basikal

10. Apakah alatan tangan yang digunakan untuk mengeluarkan tayar daripada rim basikal seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas? (PG) A. Pemutar tayar B. Pengumpil tayar C. Sepana gabung D. Pembaris keluli

11. Apakah nama alatan yang ditunjukkan dalam rajah di atas? (PG) A. Sepana gabung B. Sepana boleh laras C. Sepana hujung gelang D. Sepana hujung terbuka 12. Apabila tiub basikal yang telah dipam direndam ke dalam besen berisi air, terdapat gelembung udara keluar daripada tiub itu. Hal ini menunjukkan bahawa: A. Tiub tersebut bocor dan perlu ditampal B. Tiub tersebut masih elok dan boleh digunakan C. Terdapat udara berlebihan yang perlu dikeluarkan D. Tiub tersebut telah haus dan perlu digantikan dengan yang baru

Membuang karat pada permukaan perkakas, alatan, dan mesin mudah alih 13. Apakah bahan yang perlu digunakan untuk melakukan kerja-kerja di atas? A. Minyak pelincir B. Kain flannel C. Kertas las D. Gris

14. Komponen-komponen yang terdapat pada roda basikal ialah I rim II tayar III pedal IV nat injap A. B. C. D. I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

15. Kerosakan-kerosakan yang sering berlaku pada perabot sekolah ialah I kunci rosak II skru tertanggal III kaki kerusi terbakar IV papan meja tertanggal A. B. C. D. I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

16. Sekiranya papan kerusi di sekolah anda telah goyah, apakah tindakan yang perlu anda lakukan? A. Memaku semula bahagian yang telah goyah B. Laporkan kepada guru untuk mendapatkan kerusi baru C. Biarkan sahaja kerusi tersebut sehingga benar-benar tidak boleh digunakan D. Meletakkan di belakang kelas dan biarkan sehingga tukang kebun mengambilnya 17. Syakirin mempunyai sebuah basikal tetapi rantai basikal tersebut sudah berkarat dan tegang. Apakah bahan dan tindakan yang harus Syakirin gunakan bagi membolehkan rantai basikal itu kembali ke keadaan sediakala? A. Mengendurkan rantai basikal tersebut. B. Menyapu minyak pelincir dan mengendurkan sedikit rantai. C. Membasuh rantai tersebut menggunakan sabun pencuci supaya kelihatan kilat. D. Merendamkan rantai tersebut dengan gris supaya ia menjadi sedikit melekit berbanding keadaan sebelumnya.

18. Rajah di atas menunjukkan kaki meja yang tertanggal daripada papan meja. Apakah alatan tangan dan bahan yang mungkin akan digunakan untuk membaikpulih meja tersebut? I Tukul kuku kambing II Playar gabung III Engsel IV Paku panel A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

19. Apakah kegunaan alatan yang ditunjukkan dalam rajah di atas? A. Mengetatkan nat. B. Memutarkan skru C. Mengetuk paku panel D. Mengcungkil tayar daripada rim.

20. Apakah kelebihan menggunakan skru sebagai pengikat? I Cantuman kekal II Cengkaman lebih kukuh III Mudah dibuka tanpa merosakkan projek IV Lebih mudah dicabut dan dibengkokkan A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

You might also like