You are on page 1of 2

(Magnet dan kompas) Teori Kompas adalah alat pada asasnya terdiri daripada jarum magnet yang tertupang

bebas di pusatnya dan biasanya terendam dalam minyak untuk melembabkan ayunan. Alat ini diletakkan di atas tangan jarum akan sentiasa menunjukkan arah utara magnet.Kompas merupakan sebatang magnet atau jarum kompas merupakan salah satu bahan daripada magnet. Oleh itu, seperti yang kita tahu bahawa Besi yang semula tidak bersifat magnet, dapat dijadikan magnet. Caranya besi digosok dengan salah satu ujung magnet tetap. Arah gosokan dibuat searah agar magnet elementer yang terdapat pada besi letaknya menjadi teratur dan mengarah ke satu arah dan ini akan kita lakukan dengan menggunakan jarum sebagai besi yang akan menyerap tenaga magnet seterusnya dapat digunakan sebagai mekanisme kompas. Oleh itu miss concept yang akan saya jalankan adalah dengan menyatakan bahawa murid percaya kompas tiada kena mengena terhadap magnet. Oleh itu, akan saya jalankan aktiviti supaya murid-murid tahu akan hubungan magnet terhadap kompas.

Bahan yang digunakan: 1. Jarum. 2. Bekas air. 3. Magnet 4. Keratan kecil polistrin 5. Air 6. Kompas

Prosedur 1. Putar atau sentuhkan jarum pada magnet dengan mengusapkan jarum sepanjang permukaan magnet. Sentuhkan jarum dari bawah magnet ke atas magnet sebanyak 60 kali. Proses ini perlu diulang sekiranya percubaan dibuat sekali lagi kerana jarum tidak dapat menyimpan tenaga magnet begitu lama. 2. Secara pelahan-lahan letakkan jarum di atas keratan polistrin dan letakan pula keratan polistrin bersama jarum di atas permukaan air. Tunggu jarum tersebut berhenti bergerak. 3. Secara cepat setelah jarum berhenti daripada bergerak, putarkan bekas air tersebut agar kita dapat melihat jarum masih menghadap arah yang sama. 4. Letakkan kompas bersebelahan dengan bekas air agar kita dapat memastikan bahawa jarum menghala ke arah utara ataupun selatan. 5. Bagi menguji tindak balas jarum terhadap magnet, magnet telah dihampirkan ke arah jarum dan jarum akhirnya terpesong ke arah magnet seperti yang berlaku sekiranya magnet dihampikan ke arah kompas.

You might also like