P. 1
3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

|Views: 82|Likes:
Published by Ajerin Azz

More info:

Published by: Ajerin Azz on Oct 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/11/2012

pdf

text

original

3.

0 trategi Pengajaran dan dan Pembelajaran Bahasa Melayu S Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu

Bidang pengajaran sama seperti bidang pertahanan dan perniagaan, perlu mempunyai strategi dan perancangan yang rapi agar perancangan yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat yang diingini. Terdapat enam strategi yang sesuai digunakan ketika mengajar bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,1985:12). Antaranya ialah strategi pengajaran mediatif,direktif, kontekstual, koperatif ,kolaboratif, dan generatif.Setiap daripada penggunaan strategi adalah bergantung kepada kecelikan guru dalam mengajar sesuatu kemahiran.

Strategi Pengajaran Direktif Antara strategi yang kami gunakan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan ialah strategi pengajaran direktif. Direktif bermaksud arahan. Arahan yang dimaksudkan di sini ialah arahan yang diberi oleh guru. Strategi ini hanya berpusatkan guru semata-mata kerana murid-murid perlu mendengar dan mengikut arahan yang diberi oleh guru (Mok Soon Sang, 2006:268) . Fokus pengajaran adalah kepada kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan(termasuk mendengar dan bertutur), kemhiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. Guru menerangkan dan melakukan demonstrasi tentang topic pelajaran yajng diajar terlebih dahulu sebelum memberi murid-murid soalan-soalan latih tubi dan latihan kecekapan. Dalam matapelajaran bahasa Malaysia, strategi ini sesuai untuk topik tatabahasa. Contohnya membina ayat berdasarkan perkataan, pengimbuhan dan kata ganda. Guru yang mengajara akan menerangkan terlebih dahulu maksud perkataan, jenis-jenis imbuhan dan kata ganda dalam bahasa Malaysia sebelum mengarahkan murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid menjawab soalan-soalan berupa latihan kecekapan untuk

BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

Dalam erti kata kata lain ialah struktur jawapan atau cara murid menguraikan jawapan yang diberikan secara tersusun dan betul. Bagi mengajarkan kemahiran lisan itu tadi . Selain itu. “Menjaga Kebersihan Sekolah”. kami akan melihat bagaimana murid menggunakan kemahiran atau pengalaman sedia ada mereka bagi menguraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan serta kemahiran menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan memberikan alasan yang rasional. Pada masa yang sama juga murid akan mempelajari cara untuk membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah mereka bina. aspek yang turut diperhatikan ialah mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti yang sahih. Setelah jawapan diberikan .menguji pemahaman murid-muid tentang imbuhan dan kata ganda yang terdapat dalam bahasa Malaysia Aplikasi Strategi Pengajaran Direktif Bagi rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan. Pada masa itu. Selain itu. Jawapan yang murid BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6 . Antara kemahiran lisan yang cuba kami sampaikan kepada murid-murid ialah kemahiran menguraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan serta kemahiran menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan memberikan alasan yang rasional. kami akan cuba untuk memeperbetulkan jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid. kemahiran yang cuba kami yang cuba kami sampaikan melalui strategi ini ialah kemahiran lisan dan menulis. Bagi kemahiran menulis pula kemahiran yang cuba kami sampaikan ialah kemahiran membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk di mana murid akan cuba membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang dipelajari pada sesi pembelajaran tersebut iaiitu. mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti yang sahih. kami sebagai guru akan bertanyakan kepada murid dan tentang topik “Menjaga Kebersihan Sekolah kepada Murid terlebih dahulu” dan kemudiannya kami akan meminta beberapa orang murid untuk memberikanjawapan bagi setiap soalan perbincangan yang dikemukan.

Contohnya bagi soalan satu yang telah kami kemukakan iaitu “Apakah faedah menjaga kebersihan sekolah?”. Begitu juga dengan seterusnya dengan menam kata tanya yang mampu menguraikan lagi jawapan yang mereka berikan. Murid mungkin dapat menjawab soalan tersebut dengan betul iaitu hanya dengan memberi jawapan “ dapat belajar dengan selesa” dan apabila ditanyakan kenapa. Begitu juga dengan cara mereka menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan memberi alasan yang rasional. Cuba kita lihat jawapan yang mungkin mereka sampaikan adalah betul dan bernas sebab ia adalah berdasarkan pemikiran logik serta pengalaman mereka. baru kami menyuruh beberapa orang murid untuk memeberikan jawapan melalui teknik yang telah dijelaskan tadi.”. mereka mungkin akan menjawab “ sebab tiada bau sampah yang mengganggu”. “ ini kerana…. Contohnya tadi soalan yang telah bermula dengan “apakah. Contohnya bagi jawapan tadi ialah. kami dapat belajar dengan selesa” dan bagi menyampaikan buktinya pula ialah.berikan mungkin adalah betul. Dalam pada masa yang sama juga kami juga turut menyampaikan kemahiran menguraikan jawapan yang mereka perolehi dengan mengaitkan kata tanya semasa meraka hendak memberikan jawapan. cara mereka menguraikan jawapan dengan alas an yang meyakinkan adalah tidak kemas dan tersusun. Selepas pembetulan dilakukan baru kami akan mula menyampaikan cara sebenar bagaimana untuk menyampaikan jawapan yang ada serta menguraikan jawapan yang mereka perolehi.” dan bagi memberikan bukti pula.. Setelah selesai menerang teknik yang betul. “ ini kerana tiada bau sampah yang dapat mengganggu kami semasa belajar di dalam kelas”. kami akan menerangkan teknik yang betul dalam menyampaiakan jawapan iaitu dengan mengulang semula soalan yang dikemukan iaitu . “ antara faedah menjaga kebersihan sekolah ialah.” yang diikuti dengan kata tanya “kenapa” dan seterusnya diikuti dengan “bagaimana”. namun. “ antara faedah menjaga kebersihan sekolah ialah…. Begitu pula dengan kemahiran membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk di mana murid akan cuba BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 7 . guru akan cuba menerangkan semula apa yang patut diperbetulkan. Pada masa ini. selepas murid memberikan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukan tadi.. Namun jika kita lihat dari aspek ayat yang mereka gunakan untuk menyampaikan jawapan itu tadi adalah kurang teratur . Di sebabkan itu.

Untuk itu.membina ayat tunggal dan ayat majmuk. kami akan menyuruh murid untuk membaca ayat-ayat tunggal dan ayat majmuk yang ada. Apa yang perlukan murid lakukan ialah membina ayat tunggal dan majmuk melalui beberapa patah kata yang disediakan. kami pertama sekali akan menerangkan terlebih dahulu definisi bagi ayat tunggal dan ayat majmuk dimana ayat tunggal yang akan mereka pelajari itu adalah ayat yang terdiri daripada 2 pecahan iaitu subjek dan predikat. kami akan cuba menyuruh murid untuk membina ayat trsebut berdasarka rangka ayat yang terdiri daripada beberapa patah perkataa. Bagi ayat tunggal pula. ia terdiri daripada dua ayat tunggal yang digabungkan menggunakan kata hubung. Subjek itu juga membawa maksud klausa yang diterang manakala predikat itu klausa pula yang menerang. Setelah murid mendapat penjelasan mengenai cara binaan ayat tunggal dan ayat majmuk . kemudian baru kami menerang bentuk ayat ayat tunggal da ayat majmuk yang ada dari segi binaan ayat tersebut. Pada masa itu juga kami akan bertanyakan kepada murid kata hubung yang pernah mereka pelajari sebelum ini. Sebelum menyuruh murid . Setelah murid menguasai cara membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk barulah kami menyuruh murid untuk membina perenggan ayat yang terdiri daripada ayat majmuk dan ayat tunggal yang mereka hasilkan. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 8 . setiap kemahiran yang cuba kami sampaikan. memerlukan pengetahuan secara asas dan berstruktur bagi membolehkan murid mengaplikasikannya sendiri. Ini merupakan antara faktor kami menggunakan strategi pengajaran direktif ini kerana. bagi mengajar kemahiran ini. baru lah kami akan menguji mereka dengan menyuruh memreka membina ayat tunggal dan ayat majmuk secara sendirinya dan berkumpulan.Apabila murid sudah dapat mnegukuhkan kemahiran yang meraka pelajari .

Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. Pendekatan eklektik merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. pendekatan yang kami gunakan ialah pendekatan eklektik. Guru boleh juga memulakan pengajaran dengan menyatakan undang-undang yang berkesasn dengan aspek bahasa yang diajarkan. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. Dalam perancangan pengajaran kami.   Contoh-contoh lain didapati daripada murid dan guru menerangkan undangundang aspek bahasa yang diajarkan Undang-undang bahasa digunakan dalam konteks yang hampir sama 9 BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH . Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang. sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.   Murid didorong untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama. cara atau langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas untuk mengatasi masalah dan sebagainya. berkesan dan mantap untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.Pendekatan Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah. Pendekatan eklektik ini mempunyai prinsipnya sendiri iaitu:  Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajarkan serta ditambah dengan contoh-contoh daripada murid. berfaedah. Kemudian contoh-contoh diberikan.

membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk di mana murid juga akan belajar membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk serta membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aplikasi Pendekatan Elektik Pendekatan yang telah kami gunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah pendekatan elektik. secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut  Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan. Sepertimana yang telah dijelaskan pendekatan ini merupakan gabungan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.Aplikasi pendekatan ini dapat kita lihat semasa kami cuba menyampaikan kemahiran yang hendak dipelajari iaitu menguraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan dimana murid akan belajar menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan memberikan alasan yang rasional serta mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti yang sahih. sekali gus ini dapat meningkatkan pemahaman murid.Semasa cuba menjelaskan kemahiran BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 10 .Pendekatan eklektik boleh dibahagikan kepada dua variasi.   Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada muridmurid yang mempunyai pelbagai kebolehan Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan. iaitu: a) Contoh  generalisasi  contoh b) Generalisasi  contoh  generalisasi\ Kebaikan pendekatan eklektik  Sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru-guru mentadbir pengajaran mereka di samping dapat memberikan banyak contoh dan penerangan.Selain itu.

Begitu juga dengan pendekatan deduktif yang diterapkan dalam pendekatan elektik ini. Pada masa yang sama juga kami akan menyuruh mereka untuk membina satu perenggan ayat dengan memasukkan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam perenggan yang akan mereka hasilkan. Pada masa itu. Ini merupakan kaedah induktif. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 11 . di mana. Setelah itu barulah kami akan meyuruh pelajar untuk membuat generalisasi terhadap apa yang telah dijelaskan iaitu dengan meyuruh beberapa orang murid untuk memberikan jawapan dengan cara yang telah dijelaskan bagi soalan perbincangan yang seterusnya. Setelah murid dapat memahami bagaimana struktur ayat tunggal dan ayat majmuk terbentuk barulah kami meminta beberapa orang murid untuk membuat generasilasi isi pelajaran yang telah disampaikan tadi dengan membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan rangka ayat yang telah kami sediakan. Ini dapat kit alihat apabila kami menerangkan terlebih dahulu apa itu ayat tunggal dan ayat majmuk. Seterusnya bagi mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. kami akan menyuruh murid untuk meneliti semula jawapan yang telah diberikan oleh rakan mereka. Contohnya cara untuk menghuraiakan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. murid akan terlebih dahulu memberikan jawapan . Kemudian. Dalam erti kata lain binaan atau struktur ayat tunggal dan ayat majmuk itu sendiri.yang akan dipelajari kami akan cuba menyampaikannya secara induktif dan deduktif. kami akan menyuruh mereka sendiri untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi. kami akan cuba untuk memperbetulkan serta menjelaskan cara memberi jawapan yang sepatutnya mengikut cara yang betul. Seterusnya. kami kami akan menjelaskan dengan terpeinci hokum-hukum atau cara yang betul dalam mereka menyampaikan jawapan.. Bagi aktiviti pengukuhan ia dilakukan secara berkumpulan. Pendekatan elektik ini telah kami aplikasikan bagi mengajarkan kemahiran membina dan meulis ayat tunggal dan ayat majmuk.

Secara lebih jelas kaedah ialah cara atau urutan dalam membuat sesuatu. satu hokum atau prinsip atau cara mengajar yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu Jika strategi bermaksud keseluruhan perancangan dan perlakuan guru. Lazimnya kesemua perkara dibuat berpandukan kepada prinsip-prinsip pembelajaran atau amalan yang biasa diterima dalam bidang pedagogi.Kaedah Kaedah merujuk kepada satu set tindakan bersiri. Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaranbahasa yang diasaskan oleh Charles A. Justeru konsep lebih konkrit dan tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Curren ialah seorang pakar dalam bidang kaunseling dan seorang professor dalam bidang BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 12 . memudahkan pemahaman murid. Dalam erti kata lain. memindahkan bahan dan memupuk nilai dalam diri murid. Selain itu. menarik minat murid untuk belajar dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan. kaedah boleh ditakrifkan sebagai cara yang digunakan dalam proses pengajaran untuk mengajarkan sesuatu kemahiran bahasa di bilik darjah iaitu suatu kaedah yang dirancangkan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran bahasa. Curren bersama-sama dengan rakan-rakannya. kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran bahasa seara teratur dan berlandaskan kepada pendekatan tertentu yang dipilih. Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah bahasa komuniti merupakan antara kaedah yang telah kami serapkan dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan. perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh guru untuk memudahkan penyampaian bahan p & p. maka kaedah pula bermaksud huraian cara-cara yang akan diambil oleh guru untuk menyampaikan pengetahuan.

beliau menjadikan guru sebagai kaunselor bahasa yang mahir untuk memahami masalah murid apabila mengajarkan sesuatu bahan bahasa. Mereka berasa bimbang dan takut jika mereka kelihatan bodoh sama ada oleh guru atau rakan-rakan sekelas. beliau menggunakan teknik psikologi dalam kaunseling.bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori structural. Bagi kaedah ini pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kognitif dan afektif. ayat dan model-model abstrk bahasa. kaunselor bahasa lebih peka kepada perasaan murid dan membantu mereka mengatasi perasaan negative untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lancer dan licin. proses interpersonal. LA Forge(1983) muridnya telah cuba meluaskan teori CLL. Justeru. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 13 . TEknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistic dan kemahiran tingkah laku. Seseorang murid yang belajar bahasa perlu memahami system bunyi. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi. proses pendidikan . Kaunselor bahasa memahami perasaan murid dengan menyuburkan empati kaunselor dan menegaskan penerimaan murid tanpa syarat. Proses social dalam bahasa boleh dikembangkan kepada enam perkara iaitu proses keseluruhan individu. Curran berpendapat bahawa untuk mengurang dan mengatasi kebimbangan ini. proses komunikasi dan proses kebudayaan. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran “whole person”. Namun pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai (Bahasa Sebagai Proses Sosial). makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.psikologi. Teori bahasa diasaskan pada bunyi. Dengan cara ini. proses perkembangan. Beliau membuat kajian cara orang dewasa belajar bahasa. Kaedah Community Language Learning(CLL) berkaait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing yang disebut sebagai TEknik Kemanusiaan. Beliau mendapati bahawa golongan dewasa sentiasa berasa terancam apabila berada dalam situasi pembelajaran yang baharu. Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan murid dalam satu interaksi. Dalam pengajaran bahasa. Curran tidak banyak menulis tentang teori bahasa kominiti.

rakaman. murid berasa selamat untuk dikritik. Peringkat pertama yang dikenali sebagai peringkat kelahiran. kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubungkait dengan perhubungan baik antara murid dengan guru dan sesam murid. transkripsim analisis. Falsafah pembelajaran melalui ini ialah komitmen di pihak murid sebelum proses pemerolehan bahasa dapat berfungsi. v. Peringkat kelima. murid bebeas bercakap dan membina identity sendiri. murid menunjukkan gaya dan pengetahuan linguistikyang sesuai . Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah seperti terjemahan. ii. terdapat lima peringkat cara kaedah ini digunakan iaitu: i. Dalam konteks ini bermakna. Curran menekankan kemesraan. Peringkat ketiga. pemahaman dan penilaian yang psitif terhadap harga diri orang lain. Murid tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada murid lain.perhubungan mereka perlu diperkembang. kerja kumpulan. iv. iii. Kaedah ini juga menekankan bahawa kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan keadaan hubungan baik guru dengan murid dan sesame murid. Peringkat kedua. Ini perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran kaedah bahasa komuniti berbanding dengan teori-teori lain. iaitu semangat kekitaan dan perasa keselamatan dipupuk. Pembelajaran dianggap sebagai satu pengalaman yang bersepadu. Namun murid tidak digalakkan belajar secara individu dan terasing daripada murid lain. Perhubungan dibina atas dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas pembelajaran Bahasa Komuniti. Berdasarkan pengamatan beberapa orang tokoh dan pendokong kaedah ini. gambaran BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 14 . bersifat peribadi dan bermasyarakat. pada peringkat ini murid mengetahui semua yang di ajarkan dan bersedia menjadi pengajar kepada orang lain. kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari daripada ibu bapa. Peringkat keempat.

Pembelajaran bahasa komuniti ini menggabungkanjenis dan aktiviti pembelajaran inovatif dan konvensional. Dengan itu juga. Disinilah kami akan mula membincang beberapa persoalan mengenai gambar tersebut dan pada masa inilah juga akan wujudnya interaksi antara murid dan kami. Di sini juga akan terbina hubungan yang baik antara kami dengan murid. guru akan bertanya kepada murid kedudukan tong sampah di dalam kelas tersebut. Aplikasi Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah ini telah kami gunakan bagi memulakan sesi pengajaran pada hari tersebut dimana kami cuba untuk menggalakkan interaksi murid dengan tajuk yang akan diperkenalkan . Maksud belajar perkara yang pernah mereka lalui. kaedah ini menggunakan psikologi dalam kaunseling atau dikenali juga sebagai teknik kemanusiaan.Contohnya. Mengapa kami menggunakan kaedah ini? Ini adalah bagi memudahkan penglibatan murid terhadap topic yang akan dipelajari. kegunaannya dan apa yang biasanya mereka buang di dalam tong sampah. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 15 .royong yang terdapat di sekolah.murid akan berasa selamat untuk menglibatkan diri dalam aktiivti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Selain itu. Dengan itu. maka mudahlah bagi kami untuk mendekati murid untuk menyampaikan kemahiran yang hendak diajar pada waktu tersebut. secara tidak lansung ia dapat menggalakkan interaksi murid.dan pemerhatian dan pendengaran serta perbualan bebas. Murid pula akan memeberi respond an seterunya disitu kami akan mula mencungkil pengalaman mereka tentang sampah. Kaedah ini menekankan bahawa pembelajaran manusia melibatkan faktor kognitif dan afektif. Kesimpulannya. Pada langkah tersebut. kami akan manayangkan beberapa gamabar yang berkaitan kebersihan di sekolah dan aktiviti gotong . kaedah ini juga telah kami aplikasikan semasa langkah pertama dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan . Dengan adanya soalan sedemikian . Contohnya.

disebabkan itu kami menggunakan kaedah ini bagi memastikan murid sentiasa terlibat aktif dan dapat memahami apa yang hendak kami samapaikan.Disamping itu. Di samping itu juga . murid akan belajar secara selamat. Ia dapat kita lihat apabila kami meminta murid memberikan jawapan bagi persoalan yang diberikan dan seterusnya memperbetulkan jawapan yang diberikanoleh murid secara perbincangan. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 16 . pemahaman dan penialaian adalah penting dalam memastikan teori pemerolahan bahasa dapat berfungsi di samping kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan keadaan hubungan baik guru dan sesama murid. kemesraan . Ini kerana. kami juga turut memberi pujian dan galakkan daripada murid untuk memberikan jawapan masing-masing.Malah kaedah ini juga turut digunakan semasa kami menjelaskan tentang kemahiran yang diajarkan iaitu menguraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan di mana murid akan menghubungkaitkan sebab dan akibat dengan memberikan alasan yang rasional serta mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti yang sahih. murid juga akan belajar membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. sepertimana yang telah ditekankan oleh Curran. Dalam erti kata lain mereka akan berasa yakin untuk memberikan jawapan terhadap persoalan lain yang akan dikemukan. Pada masa ini. Justeru . Di mana mereka akan membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk dan seterusnya membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 17 .Teknik Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Ada teknik pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada pengalaman. guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. kewibawaan. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan semasa melaksanakan sesuatu kaedah. kebijaksanaan dan keterampilan serta keperibadian guru. ketokohan. Justeru kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut juga sebagai „kaedah kecil mengajar‟. disebut sebagai teknik mengajar. Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan melibatkan aspek keterampilan.

Selepas sesi perbincangan. Prinsip teknik ini ialah. Tentukan tajuk yang sesuai dengan minat. Aplikasi Teknik Perbincangan Dalam melaksanakan teknik ini.Teknik Perbincangan Teknik perbincangan ialah satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk yang bertujuan untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Guru perlu member ulasan tentang kekuatan dan kelemahan murid dalam perbincangan. Pastikan jumlah ahli dalam satu kumpulan tidak terlalu ramai dan tidak juga terlalu sedikit. Member peluar dan ruang bagi mereka untuk bercakap. Semasa sesi perbincangan. Terdapt beberapa tujuan teknik ini iaitu. 1. Membentuk semangan kerjasama 4. Jumlah ahli yang sesuai ialah 2 – 6 orang dalam satu kumpulan. 1. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 18 . 2. Guru perlu membuat ulasan di akhir perbincangan 4. Menggalakkan perkembangan mental murid-murid. Memupuk pemikiran kritis dan berkongsi pendapat 3. Guru boleh menamatkan perbincangan setelah bahan cukup untuk dikongsi. Guru perlu membimbing murid tentang cara perbincangan yang dikendalikan 3. Guru juga perlu membetulkan kesalahan bahasa agar panduan bahasa sentiasa dipatuhi. Pujian hendaklah diberikan kepada murid-murid. guru perlu memberi penjelasan tentang tugasan yang diberikan terlebih dahulu. 2. guru boleh meminta laporan dariapda setiap kumpulan. kebolehan serta pengalaman murid. guru harus bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Ini bagi menggalakkan setiap ahli kumpulan mengambil bahagian.

BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 19 . Seperti dalam definasi teknik soal jawab di atas. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid. Sekiranya guru memilih murid dahulu baru disoal. walaupun teknik ini paling lama tetapi ianya sangat berkesan. Teknik soal jawab kami gunakan pada awal sesi pengajaran. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan. Aplikasi Teknik Soal Jawab. Kami memilih teknik ini dalam set induksi kami kerana kami berpendapat “biar ringkas tetapi berkesan”. inovatif. Di samping itu juga teknik ini juga mampu menarik penglibatan pelajar kerana soal jawab yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Pertanyaan guru adalah secara umum supaya semua murid akan masing-masing berfikir. logik dan kritis dan untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Teknik Soal Jawab Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan paling popular yang digunakan dalam bidang pendidikan. Guru juga dapat menarik perhatian murid melalui teknik ini. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Melalui cara ini. guru akan bertanya kepada murid mengenai kebersihan di dalam kelas. pemikiran murid lain tidak akan dijana.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. murid dapat menjana pemikiran mereka mengenai tajuk pengajaran pada hari tersebut. untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif.

3. Mengikut teknik ini. Sebutan (accent)  Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. melihat. Perbendaharaan kata (vocabulary)  Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 20 . Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : 1. kami juga turut menggunakan teknik latih tubi dalam sesi pengajaran tersebut.Namun begitu. Di samping itu. 4. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. 2. memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar.Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Kefahaman (comprehension)  Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. 5. teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Kefasihan (fluency)  Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu . Tatabahasa (grammer)  Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Selain itu ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan.Teknik Latih Tubi.

Penekanan teknik ini akan ditekankan pada bahagian bina setiap ayat tunggal dan majmuk. Begitu juga dengan ayat majmuk yang dibina daripada dua atau lebih ayat tunggal menggunakan kata hubung. Selain itu. ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. disini kami akan cuba mengulang serta menekankan penggunaan kata hubing di dalam binaan ayat majmuk yang murid hasilkan.Teknik ini merangkumi aspekaspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Ini bertujuan bagi memudahkan murid untuk mengingat struktur ayat-ayat yang telah mereka pelajari.Ciri –ciri lain yang turut terdapat BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 21 . Disamping itu juga teknik ini telah kami gunakan bagi memudahkan pelajar mengingat bentuk ayat tunggal dan ayat majmuk. ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Oleh itu.Dengan menggunakan teknik ini guru dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Berdasarkan kajian juga teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan „bagaimana‟. ia bertujuan untuk melatih pelajar untuk mengingat langkah bagi memberikan bukti yang rasional bagi setiap jawapan yang diberikan serta memboleh pelajar memperdalamkan lagi kemahiran untuk memberikan jawapan yang lebih terperinci dan tepat. Ini bagi memastikan murid peka terhadap penggunaan kata hubung di dalam mereka membina ayat majmuk.Aplikasi Teknik Latih Tubi Kami menggunakan teknik bagi memudahkan murid-murid untuk mengingat teknik yang betul dalam menhuraikan jawapan yang mereka perolehi berdasarkan soalan yang diberi. kami akan cuba menegaskan yang mana satukah penggunaan subjek dan predikat dalam ayat tersebut. Teknik Inkuiri Teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Setiap kali murid membaca atau membina ayat tunggal. Contohnya.

Mengkaji ramalan 3. Teknik ini juga turut kami aplikasikan dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan. Dengan ini.dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. pelbagai persoalan akan timbul dalam diri murid-murid. BMM3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 22 . Anatar langkah Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Membuat rumusan Aplikasi Teknik Inkuiri. Menganalisis 5. kami mengaitkan soalan mengenai gambar berkaitan kebersihan sekolah dan aktiviti gotong royong kepada situasi tempat tinggal mereka. Proses mengenali masalah 2. Ini bagi menimbulkan persoalan serta menghubungkaitkan persoalan yang telah kami timbulkan dalam diri mereka kepada situasi lain. Mengumpul maklumat 4. Contohnya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->