P. 1
isikandungan rekacipta

isikandungan rekacipta

|Views: 213|Likes:
Published by Joey Erik

More info:

Published by: Joey Erik on Oct 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/02/2015

pdf

text

original

ISI KANDUNGAN ISI MUKA SURAT

Rumusan/ Ringkasan Rekacipta 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10. 11. 12. 13. Profil peserta Pengenalan Objektif rekacipta Fungsi produk Kebaikan dan potensi komersil Carta alir proses Metodologi projek Gambarajah projek Pemasangan Inovasi projek Kos keseluruhan projek Kesimpulan Lampiran 15.1 15.2 Memo JKKP berkenaan Laporan Penaksiran IAQ (Hasil Ujian)

2 3 5 6 7 8 9 11 15 16 22 28 30

Code of Practice on indoor air quality (COP-IAQ), Department Of Safety and Health, KSM

Rumusan / Ringkasan rekacipta Masalah pemanasan global serta kualiti udara persekitaran yang tercemar pada masa kini memberikan pilihan utama untuk mencari alternatif lain kepada pengguna kenderaan khususnya bagi mendapatkan suhu selesa sebelum pemandu memasuki kereta, mengurangkan habuk dan kotoran serta implikasi kesihatan yang boleh membawa maut disebabkan oleh Indoor air quality (IAQ) yang tercemar di dalam kenderaan semasa memandu terutama perjalanan yang jauh. Bagi mendapatkan suhu selesa dan mengurangkan pencemaran udara (IAQ) rekacipta produk iaitu Penghidup Penyamanan Udara kereta tanpa wayar dengan fungsi e-IAQ (Wireless Car Aircond with e-IAQ function) telah direkacipta iaitu gabungan litar kawalan WRC, penapis udara nano dan Alat Penyuntik molekul oksigen (PO2). Ketiga-tiga alat ini boleh beradaptasi dengan alat penyamanan udara kenderaan sediaada. Objektif ialah untuk menghidupkan penyaman udara kenderaan tanpa wayar (wireless) bagi mendapatkan suhu keselesaan sebanyak 28 darjah Celsius di bahagian dalam kompartmen apabila mula memasuki kenderaan selepas terdedah (parking) dibawah cahaya matahari, mengurangkan kandungan habuk dan bahan-bahan yang mencemarkan udara persekitaran serta mengurangkan pencemaran IAQ oleh karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO). Fokus utama rekacipta ialah Mesra Pengguna, Mesra Kos dan Mesra Alam. Pasaran adalah amat besar kerana ia boleh diaplikasikan kepada semua jenis kenderaan empat roda dengan statistik tahun 2008 sebanyak 8002228 buah. Keputusan sebelum penggunaan selama 15 minit menunjukkan nilai bacaan IAQ bagi CO2 adalah melebihi paras 1000 ppm dan kandungan CO yang mencecah 5.0 ppm tanpa penunjuk penurunan. Tetapi selepas penggunaan alat e-IAQ selama 15 minit pula menunjukkan keputusan sebaliknya iaitu penurunan yang ketara bagi CO2 dan CO sebanyak 20.1 % dan 51.4 %. Bagi litar kawalan WRC, keputusan menunjukkan dalam tempoh 5 minit, suhu udara di dalam kompartmen turun daripada 35 darjah Celsius kepada 27.9 darjah Celsius. Secara keseluruhan objektif rekacipta adalah tercapai.

2

1.0 Nama

PROFIL PESERTA : Azman Bin Hussin : 750827085835 : Pengajar Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara : ILP Kepala Batas P.Pinang : Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara –MFI Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3

NO KP Jawatan Institut Kelayakan

Nama NO KP Jawatan Institut Kelayakan

: Ulul Azumi bin Abdul Hamid : 651230085135 : Pengajar Kanan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara : ILP Kepala Batas P.Pinang : Diploma Kej Elektrik & Elektronik –UK Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3

Nama NO KP Jawatan Institut Kelayakan

: Noliazri Bin Osman : 781012045607 : Pengajar Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara : ILP Kepala Batas P.Pinang : Diploma Kej. Elektrik dan Elektronik –BMI Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 Sijil Pendawaian Elektrik PW 2

3

Pertengahan.Pinang : Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Asas.Pinang : Diploma Kej Elektronik Perhubungan–Politeknik (PUO) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3 Nama NO KP Jawatan Institut Kelayakan : Abdul Rani Bin Shariff : 610608075165 : Pengajar Kanan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara : ILP Kepala Batas P.Nama NO KP Jawatan Institut Kelayakan : Ayub bin Mohd Rasidi : 800522086071 : Pengajar Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara : ILP Kepala Batas P. Tertinggi 4 .

Apabila kita meletakkan kenderaan di suatu tempat yang terdedah kepada kepanasan cahaya matahari untuk bekerja atau membawa keluarga. Penyamanan udara kenderaan adalah satu alat mekanikal yang amat berguna pada masa kini. lembab dan hujan sepanjang tahun serta isu pemanasan global seperti kesan rumah hijau dan potensi pengurangan lapisan ozon (Ozone depleting potential. Kemudian kita memasuki kenderaan tersebut dengan suhu yang tinggi dan terus memandu dalam keadaan yang tidak selesa.0 PENGENALAN Pencemaran udara dan pemanasan global merupakan satu topik yang hangat diperkata. kepanasan. ODP) menyebabkan penggunaan alat penyamanan udara begitu penting untuk keselesaan. keselamatan dan kesihatan pengguna kenderaan. ciri-ciri penyejukan yang dibekal oleh kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan penyaman udara adalah relevan dan berkesan. van dan lori juga telah dilengkapi dengan alat ini. ia boleh menyumbang kepada gangguan tekanan emosi. Isu-isu masa kini iaitu kepanasan iklim dan suasana persekitaran yang telah berubah. Pada masa kini. masalah kesihatan dan sebagainya. bukan sahaja di di Malaysia tetapi menyeluruh ke serata pelusuk dunia. bukan sahaja kereta yang dilengkapi alat penyaman udara tetapi bas. dipersoal dan diperbincangkan. Atas kesedaran isu ini. Faktor seperti keadaan cuaca di Malaysia yang panas kering. diperdebat. 5 . namun isu ini masih tetap berada di dalam perhatian masyarakat dunia. habuk dan kotoran serta pencemaran udara dan sebagainya di dalam kompartmen kenderaan. Perbagai punca telah dikaitkan terhadap permasalahan ini. kumpulan kami merekacipta alat inovasi yang dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan alat penyamanan udara kenderaan dan sistem penggera keselamatan sediaada supaya dapat mengurangkan kepanasan melampau di dalam kenderaan sewaktu mula dimasuki dan mengurangkan tahap pencemaran udara (IAQ) didalam kenderaan.2.

Menambahkan kandungan oksigen dan mengurangkan pencemaran kualiti udara dalaman (Indoor Air Quality) seperti karbon dioksida (CO2) yang menyebabkan mengantuk sewaktu memandu dan karbon monoksida (CO) yang bersifat beracun. Mengurangkan kandungan habuk dan bahan-bahan yang mencemarkan udara persekitaran yang menyebabkan masalah kesihatan serius seperti implikasi sistem respirotari badan. alahan (resdung) dan batuk. c. 1. a. Pada projek ini agenda inovasi ialah mencapai 3 aspek utama iaitu. b. sindrom kelesuan yang kronik. menyebabkan sakit kepala (migrain). Menghidupkan penyaman udara kenderaan tanpa wayar (wireless) bagi mendapatkan suhu keselesaan sebanyak 28 darjah Celsius di bahagian dalam kompartmen apabila mula memasuki kenderaan selepas terdedah (parking) dibawah cahaya matahari. Mesra Pengguna Mesra Kos Mesra Alam 6 .3. 3. masalah sistem respirotari dan boleh membawa maut. 2.0 OBJEKTIF REKACIPTA Terdapat 3 objektif utama projek rekacipta ini iaitu .

nyahbau serta kekotoran bendasing seminimum yang mungkin seperti Volatile organic compound (VOC). Alat ini diubahsuai untuk digunakan didalam kereta dengan menambah penyambungan DC12V. debu. Fungsi Alat Penyuntik molekul oksigen segar (PO2) Alat rekacipta ketiga dikenali sebagai Penyuntik molekul oksigen segar (PO2 ) telah diubahsuai daripada bahagian komponen penyamanan udara rumah sedia ada di pasaran. Fungsi litar kawalan Alat WRC Rekacipta pertama ialah membuat satu litar kawalan yang boleh berinteraksi dengan alat kawalan jarak jauh sistem penggera keselamatan (safety alarm remote control) supaya dapat menghidupkan penyamanan udara kenderaan dengan langkah proses kawalan yang disusunatur pada tempoh masa tertentu. VOC adalah contoh gas organik yang memberikan pencemaran kualiti udara sekeliling dan menganggu tubuh badan. Kepentingan O2 didalam 7 keselesaan dan kesegaran kepada pemandu disamping impak terhadap masalah kesihatan .4. Fungsi alat penapis udara berteknologi nano Alat rekacipta kedua pula ialah mengubahsuai alat penapis udara berteknologi nano sediaada penyaman udara rumah dan di pasang di bahagian udara balik (return air) penyaman udara kereta bertujuan menapis habuk. iii. Penggunaan PO2 ialah untuk menyuntik molekul oksigen segar (O2) dengan banyak kedalam kompartmen kereta dan memecahkan rangkaian atom karbon. i.0 FUNGSI PRODUK Produk ini direkacipta dengan fungsi berikut. Output utama rekaan adalah untuk mendapatkan suhu pada tahap selesa di dalam kereta sebelum pengguna memasuki kenderaan. ii.

bas.9 °C apabila mula memasuki kenderaan di tengah panas. Manakala bagi keseluruhan kenderaan empat roda (motokar. (Sumber : http://www. 5. mengantuk sewaktu memandu dan sebagainya yang boleh membawa maut sekiranya tahap terdedah yang tinggi. iv.my/stat/darat. kelesuan kronik.htm [Tarikh 20 Dec 2009]. Pembersihan udara (IAQ yang baik) di dalam kompartmen kereta menyumbang kepada keselamatan dan keselesaan penumpang dan pemandu serta mengelakkan kemalangan. (Rajah 9 dan Rajah 10) ii. Statistik oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi suhu tahun ke-3 2008 bagi motokar (semua jenis kereta persendirian) ialah sebanyak 7848783 buah.0 KEBAIKAN DAN POTENSI KOMERSIL Antara kebaikan rekacipta ini ialah : i. Menurunkan kadar Karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO) dalam kompartmen kenderaan sebanyak 21 % dan 52 %. Suhu selesa iaitu 27. karbon monoksida (CO).Kualiti Udara Dalaman (IAQ) adalah berkaitrapat dengan kesihatan udara persekitaran Menggunakan alat PO2 dapat mengurangkan pencemaran udara seperti carbon dioksida (CO2). teksi dan kereta pandu sendiri) ialah sebanyak 8002228 buah. Ini ialah kerana pasaran sediaada yang luas dimana kenderaan 4 roda merupakan kenderaan utama penduduk Malaysia.gov.mot. Rekacipta ini amat berpotensi untuk dikembang dan dikomersialkan kepada pengguna di Malaysia. VOC dan asap dan bau rokok yang meresap pada persekitaran kompartmen kereta yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti imlikasi sistem respirotari badan. habuk-habuk dan kotoran berterbangan didalam 8 . Menapis kenderaan iii.

0 CARTA ALIR PROSES Rajah 1 : Perancangan rekacipta 9 .6.

Rajah 2 : Carta alir Produk Penghidup Penyamanan Udara Kereta Tanpa Wayar Dengan Fungsi e-IAQ 10 .

Ujian IAQ dijalankan sepenuhnya oleh Pegawai bertauliah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKP).0 METODOLOGI PROJEK Alat penapis nano yang telah diubahsuai mengikut dimensi 135mm x 120mm. Tujuan adalah untuk mempastikan supaya kelajuan udara adalah bersesuaian dengan persekitaran. Apabila alat IAQ monitoring dimasukkan dalam kompartmen kereta. Buatan/tahun Jenis Aircond : Proton Iswara tahun 1998 : Denso . anemometer digunakan untuk mengukur kelajuan udara yang keluar daripada ducting. Parameter ujian ialah untuk melihat jumlah ppm (parts of vapor or gases per million parts of contaminated air by volume) ke atas kandungan berikut: i. Alat IAQ monitoring terlebih dahulu dihidupkan pada ruangan makmal projek untuk tujuan ujicuba dan pelarasan data yang akan diambil. Pada masa ini alat PO 2 akan mula berfungsi. Manakala Alat PO 2 dipasang pada tengah ducting utama di bahagian bawah Dashboard dan suis disambung kepada port penghidup pencucuh rokok. Kemudian alat IAQ monitoring diletakkan dibahagian tengah penumpang. Signifikan keberkesanan Alat PO2 juga amat bergantung kepada kelajuan udara kerana dengan kelajuan yang bersesuaian sahaja molekul oksigen dapat di suntik 11 . penumpang hadapan dan penumpang belakang. Kereta dipandu pada kelajuan 60 km per jam di kawasan sekitar Bandar Kepala Batas dan Bertam. Sistem penyamanan udara kereta dihidupkan. iii. Karbon dioksida (CO2) Karbon monoksida (CO) Jumlah volatile organic compound (TVOC) Suhu dalam kompartmen kereta Spesifikasi kereta persendirian ialah seperti berikut. ii. Bahan pendingin : R134a Untuk melihat keupayaan kelajuan udara. Data keputusan selepas dan sebelum penggunaan direkodkan selama 15 minit menggunakan kereta yang sama dan laluan yang sama. Seberang Perai Utara Pulau Pinang. iv. dipasang pada bahagian return air (RA) ducting. 3 orang gunakan untuk ujian ini yang melibatkan pemandu.7.

SA) bagi mendapatkan min kelajuan (m/s). Rajah 3 : Ujian IAQ didalam kompartmen kenderaan Alat indoor air quality (IAQ) monitor sedang diuji laras didalam makmal projek.keluar muncung alat tersebut. Data akan diambil pada 4 posisi keluaran udara bekal (supply air. Alat IAQ monitor dipasang didalam kereta pada kedudukan tengah. (Center) Skrin Digital Ipod Penyelarasan sistem penyamanan udara kereta : Kelajuan blower Termostat Aliran udara Jenis udara = HI = cool = secara langsung = dalam sahaja 12 . anggaran kelajuan sebenar SA di dalam ducting utama akan diketahui. Daripada min tersebut.

Lampu signal ON pada suis utama menunjukkan sistem PO2 sedang beroperasi. model AVM-01 13 . Rajah 4 : Ujian kelajuan udara (Supply air.Alat molekul oksigen aktif. SA) Nama Alat : Digital Anemometer .

0 telah dipasang sistem WRC dengan litar kawalan seperti Rajah 6 bagi membolehkan ia berfungsi seperti Rajah 2.00 petang. Ujian fungsi produk ialah dimana kereta ini diletakkan di kawasan parking yang tidak berbumbung pada pukul 2. Butang penghidup WRC diaktifkan (butang tambahan sistem kawalan keselamatan) dengan cara menekan sebanyak 1 kali (dalam 2 saat). (Rajah 5) Rajah 5 : Ujian Alat WRC 14 . sebuah kereta jenis proton perdana 2. Alat WRC berada pada jarak 50 kaki. Bacaan suhu dalam kompartmen kereta disukat dan direkod menggunakan alat termometer digital untuk melihat penurunan suhu selepas sistem dihidupkan. ujian litar kawalan WRC dijalankan. Selepas didedahkan pada panas matahari selama 10 minit.Bagi pemasangan alat WRC.

8.0 GAMBARAJAH PROJEK Rajah 6 : Lukisan Skematik pendawaian alat kawalan WRC 15 .

9. Jadual 1 Jadual 1 : Senarai peralatan yang digunakan Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 Peralatan Set spanar handtools Skru driver Philip Hand drill 16mm Pisau Cable tie Gunting Gam (PVC solvent cement) White tape Cutter Soldering set Anemometer Alat IAQ monitoring (Daripada JKKP Pulau Pinang) Kereta Perdana V6-2. Manakala Rajah 8 pula menunjukkan proses pemasangan Alat Penyuntik molekul oksigen (PO2) yang dipasang pada tengah ducting utama (Center of main ducting).0 PEMASANGAN 9. Dua jenis alat pengukuran digunakan iaitu anemometer untuk mengukur kelajuan udara (m/s) dan Alat IAQ monitoring untuk mendapatkan bacaan IAQ. 16 .0L Tujuan Membuka/memasang blower/wiring litar kawalan WRC dan lain-lain Buka skru Menebuk ducting Memotong wayar/penapis Mengikat wiring Menggunting penapis udara Menampal penapis Menutup wayar/lubang angina Memotong wayar Litar kawalan WRC dan PO2 Mendapatkan kelajuan udara Mendapatkan bacaan IAQ Alat penyaman udara/sistem penggera keselamatan Rajah 7 menunjukkan langkah kerja pemasangan penapis udara nano. menunjukkan senarai peralatan yang digunapakai. Manakala tiada sebarang mesin yang terlibat bagi projek ini.1 Peralatan yang digunakan Peralatan yang digunakan untuk membuat projek ini adalah peralatan tangan (handtools) yang biasa.

Ruangan udara balik (Return air. Blower dikeluarkan daripada sistem Memeriksaa keadaan blower dan kenalpasti kedudukan yang bersesuaian. RA) 17 .Rajah 7 : Aliran proses kerja pemasangan penapis udara nano Kedudukan blower dan cooling coil dibahagian bawah dashboard kereta sebelum dibuka.

SA) Penapis udara nano 2 bahagian diubahsuai mengikut luas permukaan ruangan RA Proses mencantumkan 2 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja.Kedudukan bahagian udara bekal (supply air . 18 .

Kedudukan penapis udara nano dipasang pada ruangan RA Blower di pasang kembali kepada kedudukan asal. 19 .

1 2 1. High voltage generator control circuit 3 4 4. DC 12 V input terminal Kedudukan bahagian controller (PO2 ) Kedudukan Bahagian discharge O2 Input high voltage 20 . DC 12V adapter dalam kereta 3. Bahagian keluaran molekul oksigen 2.Rajah 8 : Aliran proses pemasangan Alat Penyuntik molekul oksigen (PO2) Komponen siap Alat Penyuntik Molekul Oksigen (PO2).

DC 12V adapter disambung kepada bahagian pencucuh palam untuk menghidupkan litar Kedudukan semasa dipasang.Kotak digunakan untuk melindungi PCB Bahagian discharge O2 dipasang di dalam ducting utama supply air. 21 .

Ini menunjukkan keputusan yang baik dan mencapai parameter yang ditetapkan dimana penggunaan penapis udara nano ini adalah untuk memerangkap segala habuk dan kotoran yang terdapat di persekitaran kompartmen kereta. Sebelum ujicuba produk. Kelihatan penapis udara bertukar warna dan terdapat habuk dan kotoran telah diperangkap di bahagian jaring selepas digunapakai. 1) Dapat memerangkap habuk dan kotoran. Hasil penemuan juga membuktikan bahawa udara persekitaran didalam kompartmen kenderaan mempunyai kandungan habuk dan kotoran yang banyak yang amat perlu dikawal dan dirawat.10.0 INOVASI PROJEK Antara inovasi produk rekacipta ini ialah. Rajah 9: Alat penapis nano sebelum dan selepas ujian (a) Sebelum (b) Selepas 22 . Rajah 8 (a) menunjukkan penapis udara nano yang masih belum digunapakai (warna kekuningan). manakala Rajah 8 (b) menunjukkan penapis udara yang telah digunapakai selama 15 minit di dalam sistem penyamanan udara kenderaan (warna keputihan).

Suhu bilik ialah 24.2 59 Jadual 3 pula menunjukkan keputusan bacaan IAQ selepas produk inovasi eIAQ dipasang.9 63 52. bacaan CO2 adalah sebanyak 1076 ppm.8 darjah celcius dengan peratusan kelembapan udara sebanyak 71. bacaan IAQ turun sedikit bagi CO2 adalah sebanyak 1042 ppm tetapi mula menurun bagi bacaan CO sebanyak 1.0%.7 21.8 5 3.7 darjah celcius dengan peratusan humidity sebanyak 76. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 0. Apabila alat IAQ monitor dimasukkan didalam 23 . Apabila alat IAQ monitor dimasukkan didalam kompartmen kereta.9 %.7 1. tiada penurunan yang ketara bagi nilai IAQ. Tiada perubahan untuk nilai TVOC. Daripada keputusan selama 15 minit terhadap tahap IAQ di dalam kenderaan yang dilakukan. tahap pencemaran udara adalah tinggi bagi kandungan CO2 dan CO di dalam kompartmen kereta walaupun suhu dan kelembapan udara berada pada tahap selesa. bacaan CO2 adalah sebanyak 437 ppm.7 ppm. Pada 10 minit kemudian bacaan IAQ meningkat pula iaitu CO2 adalah sebanyak 1314 ppm. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 5.8 ppm. Suhu bilik ialah 21.7 % kelembapan 71. Bacaan TVOC pula ialah 0 ppm.5 ppm.7 darjah celcius.4 ppm.2) Dapat mengurangkan paras karbon dioksida dan karbon monoksida didalam kompartmen kenderaan Jadual 2 menunjukkan keputusan bacaan IAQ yang diperolehi sebelum memasang penapis udara nano dan Alat PO2.0 ppm.9%. Bacaan TVOC pula ialah 0 ppm.8 23. Suhu bilik ialah 23. Pada permulaan Alat IAQ monitor di’ON’ didalam makmal ujian.4 3. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 0.3 darjah celcius Sehingga ujian tamat pada tempoh masa 15 minit. Jadual 2 : Bacaan alat IAQ monitor sebelum penggunaan Alat rekacipta Masa ( minit) 0 1 5 10 15 TVOC (ppm) 0 0 0 0 0 CO2 (ppm) 437 1076 1042 1314 1134 CO (ppm) 0.9 59. Suhu bilik ialah 24.7 21. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 3.5 Suhu 24. Suhu bilik ialah 21.3 21. Pada permulaan Alat IAQ monitor di’ON’ didalam makmal ujian. bacaan CO2 adalah sebanyak 449 ppm. Pada 5 minit kemudian.7 darjah celcius dengan peratusan kelembapan udara sebanyak 63.

7 23. Jadual 3 : Bacaan alat IAQ monitor selepas menggunakan Alat rekacipta Masa ( minit) 0 1 5 10 15 TVOC (ppm) 0 0 0 0 0 CO2 (ppm) 449 1033 1520 945 896 CO (ppm) 0. Hal ini termaktub di dalam akta Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Manakala 24 .7 Suhu 24. bacaan CO2 meningkat sebanyak 1033 ppm.2 23.4 darjah celcius. Suhu bilik ialah 23. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 1. Di dalam kod amalan tersebut.1 % kelembapan 76. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 4.2 Sungguhpun tiada rujukan bagi mengukur nilai IAQ dalam kompartmen kenderaan terutamanya kereta persendirian pada masa kini. diikuti oleh bacaan CO sebanyak 3.kompartmen kereta. kumpulan kami hanya boleh merujuk kepada buku Code of Practice on Indoor Air Quality (COP-IAQ) terbitan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). bacaan IAQ naik bagi CO2 adalah sebanyak 1520 ppm tetapi mula menurun bagi bacaan CO sebanyak 4.5 4. Tujuan COP-IAQ ialah untuk melaraskan standad minimum bagi melindungi kesihatan pekerja atau pengguna yang berada dalam suasana persekitaran pekerjaan atau sebaliknya dan ruangan tertutup yang menggunakan alat pengudaraan mekanikal biasa atau sistem penyamanan udara di dalamnya. Perbezaan kandungan CO2 pada sebelum dan selepas penggunaan alat e-IAQ dalam tempoh masa 1 hingga 15 minit dilakarkan pada Rajah 10 dibawah.5 %. Suhu bilik ialah 23.7 darjah celcius dengan peratusan kelembapan udara sebanyak 57. Pada 5 minit kemudian. nilai IAQ semakin menurun dengan CO2 adalah sebanyak 896 ppm.9 ppm.5 54.4 23.7 ppm.1 ppm.7 3.7 ppm. CO sebanyak 10 ppm dan TVOC sebanyak 3 ppm.9 52.2 darjah celcius Sehingga ujian tamat pada tempoh masa 15 minit. Kementerian Sumber Manusia Tahun 2005 (ISBN 983-2014-51-4).9 57. Suhu bilik ialah 23.1 1. Tiada perubahan untuk nilai TVOC. Pada 10 minit kemudian bacaan IAQ menurun iaitu CO2 adalah sebanyak 945 ppm.7 23. had kandungan IAQ maksima yang dibenarkan bagi pencemaran seperti CO2 ialah sebanyak C1000 ppm.9 4.7 52.

Min kelajuan udara SA ialah 4. Tetapi selepas penggunaan alat rekacipta menunjukkan keputusan sebaliknya. peratus pengurangan selama 15 minit penggunaan alat e-IAQ bagi CO2 dan CO ialah sebanyak 20.0 ppm) daripada paras yang dibenarkan tanpa ada penunjuk penurunan. nilai bacaan IAQ bagi CO2 adalah melebihi paras yang dibenarkan (>C1000 ppm) dan kandungan CO yang mencecah separuh (5. Walaupun terdapat kenaikan graf pada 1 hingga 5 minit awal.3 m/s. 25 . Keputusan menunjukkan perbezaan yang begitu jelas dilihat pada kedua-dua graf perbandingan.4 %. Kenaikan ini mungkin disebabkan oleh tindakbalas atom carbon dengan alat tersebut. Secara keseluruhan.1 % dan 51. Data ini menunjukkan produk kumpulan kami berjaya mengurangkan kadar IAQ kepada tahap yang selamat jika merujuk kepada COP-IAQ daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. tetapi penurunan yang ketara bagi CO2 dan CO bermula pada masa 5 minit hingga 15 minit. Ini bermakna pada min kelajuan ini.Rajah 11 pula menunjukkan perbezaan kandungan CO pada sebelum dan selepas penggunaan alat e-IAQ dalam tempoh masa 1 hingga 15 minit. Sebelum penggunaan alat rekacipta. Bagi keputusan kelajuan udara SA yang keluar daripada 4 salur utama. Alat PO2 masih berfungsi dengan baik.

Rajah 10 : Graf kandungan CO2 melawan masa pada sebelum dan selepas penggunaan alat e-IAQ COP-IAQ (JKKP) Rajah 11 : Graf kandungan CO melawan masa pada sebelum dan selepas penggunaan alat e-IAQ 12 11 10 9 8 CO(ppm ) COP-IAQ (JKKP) 7 6 5 4 3 2 1 0 0 2 4 6 8 m a(m as init) 10 12 14 16 sebelum selepas 26 .

Rajah 12 pula menunjukkan graf suhu melawan masa yang diperolehi dalam kompartmen kereta semasa ujian dijalankan litar kawalan WRC. Rajah 12 : Graf suhu (darjah Celsius) melawan masa (minit) 40 suhu (darj ah celsius) 35 30 25 20 15 10 5 0 0 25 50 75 100 125 150 175 200 225 250 275 300 325 masa (saa t) 27 . Ini menunjukkan bahawa penggunaan litar kawalan WRC untuk tujuan membuang haba dalam kompartmen kereta berhasil. Keputusan menunjukkan dalam tempoh 5 minit.9 darjah Celsius. suhu udara di dalam kompartmen turun daripada 35 darjah Celsius kepada 27.

Dengan objektif mesra pengguna. senarai bahan untuk digunakan adalah seminimum yang boleh dan dioptimumkan supaya bajet perlaksanaan projek tidak tersasar atau membazir disamping mendapatkan keupayaan rekacipta yang boleh menyumbang kepada hasil keputusan yang terbaik. Jadual 4 menunjukkan bahan dan kos yang digunakan untuk menghasilkan litar kawalan WRC.50 1. mesra kos dan mesra alam.11.20 0.20 0. Projek ini menggunakan bahan-bahan yang biasa dan mudah untuk diperolehi di pasaran.20 0.60 0.00 46.00 15.00 28. Manakala Jadual 5 menunjukkan bahan dan kos yang digunakan untuk menghasilkan penapis udara nano.30 0. Jadual 6 pula menunjukkan bahan dan kos yang digunakan untuk membuat Alat PO2.50 0.30 0.00 0. Jadual 4 : Bahan dan kos untuk menghasilkan litar kawalan WRC Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 Bahan Switch 2 way 2 pole ( 6 leg ) Relay 40 A SPDT Relay 10A Relay 10 A 2 parallel output Relay 10 A 4 parallel output Resistor 1K Ω Resistor 2.2 K Ω Resistor 330K Ω Resistor 4.00 0. Kos keseluruhan projek ialah sebanyak RM 292.0 KOS KESELURUHAN PROJEK Projek ini dibangunkan dengan mengambil kira keadaan inflasi pada masa kini dan dalam usaha menyemai sifat tidak membazir kepada rakyat Malaysia umumnya.7K Ω Resistor 680 Ω Resistor 22 K Ω Resistor 47K Ω Preset Resistor 1MΩ Preset Resistor 1MΩ Diode 1N4001 Diode 1N4148 Preset 10KΩ Kuantiti 1 3 3 1 2 3 7 2 5 2 6 3 2 3 15 2 1 Kos ( RM ) 4.50 28 .30 7.70 0.00 24.92.

00 2.18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 Transistor C945 Transistor A1015 IC 555 IC 741 Capacitor 10µF 16V Capacitor 100µF 16V Capacitor 0.62 Jadual 6 : Bahan untuk Alat PO 2 Bil 01 02 Bahan Alat PO2 Pengecas telefon kereta 12 V DC JUMLAH KESELURUHAN Kuantiti 1 set 1 unit Kos ( RM ) 40.5 233.50 2.00 13.00 7.00 4.00 47.00 3.1µF 16V Capacitor 2000µF 16V Casing 1 core 2.00 25 31.00 1.00 16.00mm dia 10 m Relay Socket JUMLAH KESELURUHAN 4 2 3 2 2 3 3 1 1 1 9 4.30 Jadual 5 : Bahan untuk penapis udara Nano (Selepas ubahsuai) Bil 01 Bahan Penapis udara nano (120mm x 135mm) JUMLAH KESELURUHAN Kuantiti 1 set Kos ( RM ) 12.00 1.62 12.00 29 .

objektif projek ini adalah tercapai. Melakukan semula ujian penaksiran IAQ didalam kereta dengan tempoh masa 1 hingga 2 jam bagi medapatkan bukti yang lebih baik. iv.12.0 LAMPIRAN Lampiran 1 : Lampiran 2 : Memo JKKP COP-IAQ 30 .0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya.. Diharapkan produk ini dapat dipatenkan pada masa akan datang untuk tujuan pengkormesialan serta mendapat tempat di pasaran dan digunakan secara meluas oleh pengguna-pengguna kenderaan khususnya di Malaysia. Semoga produk ini menjadi rujukan dan dapat menyuntik dan menyerap semangat ‘ Malaysia Boleh ‘ dan juga daya kreativiti rakyat Malaysia khasnya dalam menuju sebagai Negara maju pada tahun 2020. Rekabentuk litar kawalan WRC yang lebih kecil dan menggunakan bahan teknologi nano. ii. i. Cadangan penambaikkan Antara cadangan penambahbaikkan produk ini adalah seperti berikut . Mewujudkan Code of practice on indoor air quality bagi kegunaan di dalam kenderaan. Menentukan posisi yang lebih sesuai Alat PO2 bagi mendapatkan kelajuan udara SA yang optima dan lebih efisen untuk mengeluarkan molekul oksigen dan kadar penurunan IAQ dalam kompartmen kereta. 13. iii.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->