P. 1
Markah Headcount Sekolah

Markah Headcount Sekolah

|Views: 980|Likes:
Published by chewhc00
Syarat lulus SPM, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Syarat lulus SPM, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: chewhc00 on Oct 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/01/2013

pdf

text

original

Panduan mengisi markah TOV dan ETR serta mencetak boring-borang headcount.

Untuk mencuba sistem berikut, sila download dari http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:012-4593412

Terdapat 2 cara. Cara 1 (Cara ini digunakan jika anda tidak menggunakan Sistem Markah/Sistem HeadCount bagi tahun sebelumnya.) 1 2 3 Pada Menu Utama, Klik butang "Ke Markah TOV dan ETR". Taipkan Rujukan Kelas, Nama Pelajar, Nama Kelas, Jantina, Bangsa dan No Kelas Ujian1 dahulu, kemudian taipkan No Kelas TOV. Taipkan Markah TOV bagi semua subjek yang diambil. Biasanya markah TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun bagi tahun sebelumnya. Kosongkan jika pelajar tersebut tidak ambil subjek itu. Contoh, utk tingkatan 5, TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 nya; utk tingkatan 3, TOV ialah markah peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 nya. 4 Setelah taipkan semua markah, klik Save untuk simpan data yang anda telah taipkan.

Cara 2 (Cara ini digunakan jika anda menggunakan Sistem Markah/Sistem HeadCount bagi tahun sebelumnya.)

Berikut ialah contoh untuk menyediakan TOV dari sistem markah/sistem headcount T2. 1. Pada Menu Utama Sistem Markah, klik butang "Import Data". Taipkan 1 jika import data menggunakan Sistem Markah; Taipkan 2 jika import data menggunakan Sistem Headcount/Sistem 2in1. 2. Buka fail Sistem Markah/HC yang mengandungi data markah semua peperiksaan bagi semua kelas T2 tahun sebelumnya . 3. Setelah data telah diimport, perbetulkan maklumat Tahun, Tingkatan, nama-nama peperiksaan, nama-nama kelas dan nama guru tingkatan. 4. Semak maklumat-maklumat lain yang terdapat pada helaian setup ini dan perbetulkan jika perlu. 5. Klik butang Ke Masuk Markah, perbetulkan nama kelas (Cth 2A menjadi 3A) dan nombor kelas Ujian1 jika ada perubahan. 6. No kelas Ujian1 yang bertanda B hendaklah diubah kepada no kelas di mana pelajar itu ditempatkan. 7. Pelajar yang telah berhenti hendaklah dipadamkan dengan menghighlight semua maklumatnya dari rujukan kelas sehingga ke hujung (sehingga markah

TOV/ETR) dan tekan kekunci "Delete". Baris kosong boleh dihilangkan dengan menekan butang "Susun Ikut Kelas". 8. Jika ada pelajar baru, sila taipkan namanya di bahagian bawah. Pastikan no kelas Ujian1 diisi mengikut no kelas pelajar itu ditempatkan. 9. Markah TOV boleh dipindahkan ke ruangan TOV seperti berikut. Pada Menu Utama, klik butang Ke TOV dan ETR, kemudian klik butang "Import TOV Dari Keputusan Tahun Sebelum“ (butang ini terletak di sebelah atas) dan ikut arahan yang dipaparkan. 10 Sekarang markah TOV telah dipindahkan. Markah TH hendaklah digantikan dengan markah yang sepadan. 11 Setelah markah TOV telah dipindahkan, klik butang "Hapus Markah" untuk menghapuskan markah peperiksaan T2 supaya anda boleh menggunakan fail ini untuk memasukkan markah peperiksaan T3 yang akan datang.

Kembali ke Menu Utama Klik pada Menu Utama

Sekarang Anda Boleh Cetak Borang-Borang yang diperlukan menggunakan menu utama. Borang-borang HC1, HC2, HC4, HC5, dan HC6 hanya perlu dicetak sekali sahaja iaitu pada awal tahun. Borang HC3-1, HC3-2, PM1 dan PM2 perlu dicetak selepas taip-tiap peperiksaan(OTI1 dan OTI2). Apabila mencetak borang HC2, gunakan butang cetak Semua Subjek Sekaligus”

Apakah itu Headcount? Apakah itu TOV? Apakah itu ETR?
Pengenalan Kepada Headcount
Apa Itu Headcount Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis

sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan. Istilah Headcount bermaksud : “An inventory of people in a group taken by counting individuals.”. yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah. Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid. Istilah Dan Asas Headcount TOV (Take Off Value) bermaksud nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti hasil pembelajaran (pencapaian akademik) dalam setiap mata pelajaran. ETR (Expected Targeted Result) bermaksud sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada sesuatu penilaian atau berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir. OTR (Operational Targeted Result) bermaksud hasil pembelajaran yang disasar berasaskan TOV dan ETR yang ditetapkan. Contoh: OTR1 dan OTR2. OTI (Operational Targeted Increment) bermaksud peningkatan hasil pembelajaran yang disasarkan. Contoh: OTI1 = OTR1 – TOV, OTI2 = OTR2 – OTR1 AR (Acquired Result) bermaksud hasil pembelajaran yang sebenar diperoleh pada beberapa peringkat peperiksaan. Contoh: Biasanya AR1 merupakan keputusan Peperiksaan Pertengahan dan AR2 merupakan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan. AR merupakan peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM TOV bagi Tahun 2,3,4,5 dan 6, Tingkatan 2 dan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas ialah markah peperiksaan akhir tahun tahun sebelum. TOV bagi Tahun 1, Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan tingkatan enam bawah biasanya ialah markah peperiksaan Pertengahan Tahun tahun semasa.

ETR adalah merujuk kepada keputusan peperiksaan yang sebenar iaitu UPSR, PMR, SPM atau STPM. Pengiraan OTI Jika setahun mempunyai dua peperiksaan yang utama, maka terdapat 2 OTI iaitu OTI1 dan OTI2 OTI1= Markah TOV + 1/3 (ETR-TOV) OTI2= Markah TOV + 2/3 (ETR-TOV) Contoh: TOV=50 Markah ETR=59 Markah OTI1= 50+ 1/3(59-50)=50+3=53 markah OTI2= 50+ 2/3(59-50)=50+6=56 markah

LAMAN DOWNLOAD UNTUK CONTOH-CONTOH SISTEM
Berikut adalah sebahagian daripada sistem yang anda boleh gunakan untuk mencuba. Sila klik pada pautan berikut untuk contoh sistem-sistem yang ada. Apabila kotak dialog dipaparkan, klik "Save" kemudian unzip fail tersebut dengan menggunakan Winzip atau WinRAR Untuk mula menggunakan sistem ini, jika anda menggunakan Excel 97-2003, sila masuk MS Excel dahulu, kemudian klik pada Tools, Macro, Security..., Low, Ok. Setting ini hanya perlu dibuat sekali sahaja. Jika anda menggunakan Excel 2007, selepas anda buka program, sila klik pada security warning, Options, klik Enable This Content. Jika anda menggunakan Excel 2010, selepas anda buka program, sila klik pada Enable This Content. Atau Untuk set Excel 2007 dan ke atas, klik pada butang Bulat Office , Excel Options, Trust Center, Trust Center Settings..., Macro Settings, Enable all macros(...). Kemudian klik Ok 2 kali.

_______________________________________________

SISTEM TERKINI (Mulai 5.10.2010 sehingga sekarang) Sistem Terkini Mengabungkan Sistem Markah dan Sistem Headcount (2 dalam 1)
Sistem terkini auto ETR yang canggih- Pada Menu Utama, Klik Sistem Headcount dan Klik Ke TOV dan ETR, Cari butang "Mencari Markah ETR", sila cubalah! ____________________________________________ Contoh Sistem Markah dan Sistem Headcount

Contoh Sistem Markah dan Sistem Headcount Gred Baru untuk T4 dan T5 Contoh Sistem Markah dan Sistem Headcount untuk P, T1, T2 dan T3 Contoh Sistem Markah dan Sistem Headcount untuk Tingkatan 6 Contoh Sistem Markah dan Sistem Headcount untuk Sekolah Rendah (SK/SJKC/SJKT) (Baru 14.2.2011) 1.Panduan Setup Komputer 2.Panduan Setup Sistem Markah dan Headcount 3.Panduan Mengisi Markah TOV dan ETR 4.Panduan Proses Sistem Markah dan Headcount
____________________________________________

Contoh Sistem Kokurikulum Untuk Membuat Sijil dan Menyimpan Rekod Markah Kokurikulum untuk Lapan Tahun

____________________________________________

Contoh Sistem Untuk Buat Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan

____________________________________________

Contoh Sistem Untuk Buat Sijil ULBS BI Contoh Sistem Untuk Buat Sijil ULBS BM

Contoh Sistem Untuk Buat Sijil ULBS Prinsip Perakaunan Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PEKA Sc Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PEKA Chemistry Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PEKA Physics Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PEKA Biology Contoh Sistem Untuk Buat Sijil Pendidikan Seni Visual Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PaAFA Contoh Sistem Untuk Buat Sijil Matematik Tambahan Contoh Sistem Untuk Buat Sijil PMoral Contoh Sistem Untuk Buat Sijil RekaCipta Contoh Sistem Untuk Buat Sijil Sains Pertanian

____________________________________________

Contoh Sistem Analisis Pencerapan P&P

____________________________________________

Contoh Sistem Kedatangan Guru dll
____________________________________________

Mulai tahun 2009, keputusan SPM telah menggunakan sistem penggredan baru seperti berikut: Gred Nilai Gred A+ A 0 1 A- B+ B C+ C 2 3 4 5 6 D 7 E 8 G 9

Dan juga kemungkinan besar pada tahun 2012, Bahasa Melayu dan Sejarah adalah wajib lulus supaya seseorang calon SPM layak mendapat sijil SPM dan ada kemungkinan subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Inggeris dll akan wajib lulus juga. Selaras dengan itu, maka peperiksaan dalaman untuk Tingkatan 4 dan 5 juga perlu menggunakan sistem penggredan baru tersebut dan juga perlu mengikut syarat lulus yang ditetapkan.

Kami telah menyediakan Sistem Pemarkahan Dalaman dan Sistem Headcount menggunakan sistem penggredan baru dan mengikut syarat lulus yang anda boleh pilih sendiri, contohnya BM dan Sejarah. Untuk mencuba sistem tersebut, sila download dari http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:012-4593412

SISTEM HEADCOUNT Dan SISTEM PEPERIKSAAN DALAMAN Program ini telah terbukti berkesan dan amat berguna untuk memproses borang-borang headcount (HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3). Program ini telah digunakan secara meluas di negeri Pulau Pinang dan Kedah Darulaman. Untuk mencuba, sila download contoh dari: http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html Pada masa kini, semua sekolah dikehendaki menyediakan headcount bagi semua pelajar termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Sudahkah sekolah anda menyediakan/mengisi borang-borang headcount tersebut untuk tahun ini (HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3)? Adakah anda menghadapi masalah ? Jika ya, Sistem Headcount ialah jalan penyelesaiannya. FUNGSI SISTEM HEADCOUNT 1. Sistem Headcount ini diprogramkan mengikut format JPN 2007. Ia diprogramkan dengan harapan dapat meringankan beban ketua panitia dan beban guru mata pelajaran dalam mengisi borang-borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1, PM2 dan PM3 bagi semua tingkatan (Tingkatan1-Tingkatan6)/darjah (Tahun1-Tahun6). 2. Ketua panitia/guru subjek hanya perlu menaipkan markah-markah TOV, ETR, markah-markah peperiksaan, Nama Guru Subjek dan rekod keputusan UPSR/PMR/SPM/STPM sahaja. Selepas itu, sistem akan menjana semua borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM1 dan PM2 secara automatik. 3. Terdapat cara yang mudah dalam Sistem Headcount untuk mengisi markah TOV dan ETR. 4. Program ini ditulis dengan cara yang mesra pengguna dan boleh diinstal ke dalam mana-mana komputer yang mempunyai MS Excel. 5. Di samping itu, program ini juga boleh beroperasi secara serentak dengan Sistem Markah Peperiksaan Dalaman supaya kita tidak perlu buat dua kali kerja untuk taipkan markah-markah peperiksaan sekolah. 6. Juga dalam program tersebut, terdapat panduan yang terperinci bagaimana menggunakan Sistem Headcount tersebut. Sekian, terima kasih.

HCChew Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:012-4593412 Untuk mencuba program Sistem Headcount ini, sila download dari: http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html (Nota: Jika anda tidak dapat download dengan cara klik pada link di atas, sila taip terus dalam ruang Address dgn http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html) Selepas anda download, sila unzip fail sistem headcount tersebut. Sebelum anda memulakan program Sistem Headcount ini, sila set MS Excel dahulu seperti berikut: Masuk MS Excel, Klik Tools, Macro, Security..., pilih Low dan klik OK. (anda tidak perlu bimbang, program ini dijamin bebas dari virus) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P:013-5015862, 0124593412 SISTEM MARKAH SEKOLAH MENENGAH/RENDAH (MARKS SYSTEM FOR SECONDARY/PRIMARY SCHOOL) Program ini telah terbukti berkesan dan amat berguna untuk membuat analisis peperiksaan termasuk peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM, STPM). Program ini telah digunakan secara meluas di negeri Pulau Pinang dan Kedah Darulaman. Apakah Kelebihan Sistem Markah Sekolah Menengah Ini? 1 Ditulis menggunakan MS Excel dan adalah "User Friendly", mudah dikendalikan. Boleh digunakan untuk memproses semua markah ujian/peperiksaan atau keputusan UPSR/PMR/SPM/STPM dari Tahun1-6, tingkatan peralihan hingga tingkatan 6. 2 Boleh digunakan untuk menyediakan Senarai Nama Kelas. Guru tingkatan hanya perlu taipkan nama pelajar dan sistem akan menyusun mengikut susunan abjad secara automatik. Analisis mengikut bangsa dan jantina juga dipaparkan secara automatik. 3 Tidak perlu proses instalasi. Program boleh berfungsi menggunakan mana-mana komputer yang diinstal dengan MS Excel. Program juga boleh berfungsi jika disimpan dalam pendrive. Apabila ujian atau peperiksaan diadakan, guru tingkatan hanya perlu taipkan markah-markah yang diperoleh oleh pelajar dan sistem akan melakukan kerja-kerja secara automatik seperti:

4

i) memberikan gred (julat gred markah dapat diubah bila-bila masa oleh sekolah sendiri) ii) menyusun dan memberi kedudukan dalam kelas dan kedudukan tingkatan (12 cara) iii) iv) v) vi) membilang bilangan A, B, C,.. yang diperolehi setiap pelajar membuat analisis keseluruhan yang terperinci membuat analisis subjek keseluruhan tingkatan membuat analisis subjek setiap kelas

vii) membuat analisis keputusan sebenar UPSR, PMR, SPM dan STPM viii) memaparkan graf carta peratus lulus bagi setaip subjek ix) x) xi) xii) mengira gred purata menyenaraikan pelajar yang berpotensi (ada gred A) mencetak laporan ujian/peperiksaan (menggantikan buku kemajuan) membuat streaming

xiii) mencetak marksheet mengikut kelas (gagal berwarna merah dan lulus berwarna biru) xiv) mencetak marksheet mengikut kedudukan tingkatan xv) mencetak senarai mengikut kaum

xvi) mencetak senarai pelajar terbaik dalam tiap-tiap mata pelajaran xvii) mencetak senarai mengikut pencapaian subjek (mana-mana subjek yang dikehendaki) xviii) mencetak senarai pelajar pilihan sendiri xix) mata pelajaran yang baru boleh ditambah sendiri xx) susunan mata pelajaran boleh diubah mengikut susunan sekolah dan banyak lagi fungsi jika anda mahir menggunakan Excel.

Fungsi terkini: i) menyusun kedudukan pelajar dalam kelas/tingkatan berdasarkan wajaran daripada ujian dan peperiksaan yang diambil (cth: 10% dari Ujian1, 40% dari Peperiksaan Pertengahan Tahun, 10% dari Ujian2 dan 40% dari Peperiksaan Percubaan/Akhir Tahun) ii) Markah boleh diambil kira atau tidak diambil kira bagi mana-mana subjek dan mana-mana ujian/peperiksaan.

iii) Data dalam program ini boleh berkongsi dengan sistem headcount. iv) Pelajar boleh semak keputusan peperiksaan melalui laman web sekolah. v) Jika guru tingkatan tidak buat komen, komen secara automatik akan dijana berdasarkan markah purata peperiksaan. vi) Anda boleh pilih subjek syarat lulus sendiri, contohnya BM dan Sejarah (Versi 2012 sahaja). Untuk mencuba program Sistem Markah ini, sila download dari: http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html (Nota: Jika anda tidak dapat download dengan cara klik pada link di atas, sila taip terus dalam ruang Address dgn http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html) Selepas anda download, sila unzip fail sistem markah tersebut. Sebelum anda memulakan program Sistem Markah ini, sila set MS Excel dahulu seperti berikut: Masuk MS Excel, Klik Tools, Macro, Security..., pilih Low dan klik OK. (anda tidak perlu bimbang, program ini dijamin bebas dari virus) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mr Chew H/P: 012-4593412

P/S: Kami juga ada sistem-sistem lain, antaranya ialah 1. Sistem Markah Peperiksaan Dalaman 2. Sistem Sijil Berhenti/Akuan 3. Sistem PEKA/ULBS/PLBS/PM/MT/PSV/PAFA/RC/SP 4. Sistem Rekod Kehadiran Guru 5. Sistem Headcount T1-T6 6. Sistem Kokurikulum Baru 7. Sistem Pencerapan P&P

Oleh: HCChew HP:013-5015862, 012-4593412 3.10.2011

Hubungi Saya chewhc2010@yahoo.com atau SMS ke 012-4593412

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->