You are on page 1of 1

Faedah mempunyai hobi Semua murid mempunyai hobi masing-masing. Hobi dapat mengisi masa lapang kita.

Setiap hobi , datangnya dari minat masing-masing. Setiap murid mempunyai hobi yang berbeza-beza. Hobi mendatangkan banyak faedah. Salah satunya, hobi boleh mengisi masa senggang kita. Kita akan terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah. Antara contoh hobi ialah , bermain bola sepak. Mengumpul syiling lama, mengumpul setem , dan pelbagai lagi Selain itu, orang yang mempunyai hobi akan dapat menambahkan pengetahuan lebih mendalam tentang hohinya. Contohnya ,jika hobinya bermain bola sepak. Kita akan dapat menambah kemahiran bermain permainan tersebut. Di samping itu. Kita juga dapat ramai kawan jika kita mengadakan perlawanan, contohnya bola sepak.Kita dapat bertukar-tukar fikiran dan idea. Kemahiran bermain bola sepak akan akan bertambah. Kita akan lebih cekap bermain permainan tersebut. Seterusnya , kita akan dipilih mewakili sekolah ke pertandingan yang akan diadakan. Jika kita memenangi perlawanan tersebut , kita akan mendapat ganjaran iaitu upah. Ini akan menambahkan wang tabungan kita. Oleh itu , kita hendaklah memlih hobi yang sesuai, yang dapat menjana pendapatan kita. Kita juga akan dikenali ramai. Jika ada perlawanan pasti kita akan dijemput menyertai perlawanan tersebut. Bukan kita sahaja dikenali , keluarga kita, sekolah kita ,tempat kita tinggal juga akan dikenali. Sekiranya kita dipilih mewakili sekolah atau negeri, nama negeri akan masyhur dan terkenal. Akhir sekali, pilihlah hobi yang banyak mendatang faedah kepada kita . Jangan jadikan hobi sekadar hobi semata-mata. Orang yang bijak akan memilih hobi yang boleh menguntungkan didinya.

You might also like