You are on page 1of 8

KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN: KAJIAN KES DI PULAU LANGKAWI

Pendapatan kepada pulau


Perkembangan sektor ini telah menyebabkan pulau Langkawi ini maju dari segi ekonomi. Dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Pertukaran wang asing daripada penduduk luar negara. Perbelanjaan pelancong dalam negeri juga menyumbang kepada pendapatan.

Peluang pekerjaan
Terdapat banyak pekerjaan dalam banyak bidang seperti perhotelan dan perniagaan. Dengan adanya banyak hotel-hotel dan perniagaan, make tenaga kerja di perlukan. Penduduk tempatan akan berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dan juga kadar pengangguran dapat dikurangkan.

Meningkatkan infrastruktur
Dengan berkembangnya sektor ini, maka infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang di sediakan di pulau in juga bertambah dan berkualiti. Perkhidmatan seperti feri dan teksi serta kereta sewa disediakan bagi memudahkan pelancong berkunjung. Pembinaan hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Membangunkan kawasan pulau


Pembinaan lapangan terbang dan juga hotel-hotel terkemuka. Membangunkan kawasan-kawasan pinggir pantai untuk dijadikan kawasan rekreasi. Membangunkan kawasan tanah tinggi dan juga kawasan lain seperti Kilim Geoforest Park.

Pelihara flora dan fauna


Walaupun pulau ini telah di eksploitasi sehinnga ke suatu tahap, pihak yang bekenaan masih lagi memelihara flora dan fauna yang terdapat di Pulau Langkawi ini. Sebagai contoh adalah Kilim Geoforest Park dimana flora dan fauna dipelihara dengan cermat dengan menyediakan habitat yang bersesuaian.

Pelihara tempat bersejarah


Sebagai contoh, makam mahsuri dan padang beras terbakar. Tempat-tempat bersejarah ini di pelihara agar ia tidak dilupai oleh penduduk tempatan. Bukan itu sahaja, ia juga dipelihara sebagai tarikan pelancong untuk mengetahui tentang sejarah pulau ini.

Industri perhotelan maju


Pelancong yang datang sepanjang tahun memerlukan tempat penginapan yang selesa. Maka industri perhotelan menyediakan perkhidmatan tersebut dengan secara tidak langsung industri ini berkembang pesat. Hotel-hotel di pulau ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

You might also like